Keputusan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011

Semakan status keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi sesi Disember 2011 sudah boleh dibuat mulai hari ini, 26 Oktober 2011.

Semakan Keputusan Permohonan Politeknik

Semakan boleh dibuat di portal berikut:

Surat Tawaran

Semakan Keputusan Permohonan Politeknik Disember 2011

Calon yang berjaya mestilah mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran melalui laman web politeknik. Calon hendaklah menghantar segala dokumen yang diperlukan ke politeknik berkenaan. Setelah politeknik membuat semakan dan mendapati tiada percanggahan maklumat, surat tawaran rasmi beserta dengan dokumen pendaftaran akan diposkan kepada calon.

Pertukaran Program dan Politeknik

Mereka yang ingin memohon pertukaran program selain daripada kursus yang ditawarkan atau pertukaran ke politeknik yang berhampiran dengan rumah boleh membuat permohonan rayuan pertukaran melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik.

Rayuan Permohonan Kemasukan

Biasanya pihak Politeknik akan membuka satu applikasi khas untuk mereka yang gagal mendapat tawaran membuat rayuan permohonan kemasukan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan Politeknik ini boleh dikemukakan kepada Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi di talian telefon: 03-8891 6000 sambungan 6155/ 6156/ 6157/ 6158/ 6159/ 6160 atau faks : 03-8891 6001 atau e-mel : [email protected]

18 thoughts on “Keputusan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011

  1. kenapa program lanjutan bagi sijil perancang bandar dan wilayah politeknik untuk ke diploma perancangbandar dan wilayah pengambilan hanya sedikit dan kebanyakan yang layak tidak diterima permohonan.

  2. salam ,macam mana saya ingin membuat rayuan untuk kemasukan ke politeknik bole x bagi tahu saya cara die,tq..

    • salam… sebelum ini ada aplikasi khas yg dibuka utk membuat rayuan tetapi setakat ni belum ada lagi. Cuba call bahagian politeknik utk kepastian

  3. saya ingin bertanya, kenapa laman web politeknik.edu.my tidak dpt diakses sejak beberapa hari yang lalu? atau saya saja menghadapi masalah ini?

  4. kenapa surat tawaran rasmi untuk kemasukn ke politeknik merlimau belum sampai@dip0skn untuk sy…??

  5. Sy pelajar baharu sesi disember 2011..(PUO)…..!! sy tak dpt 'kolej kediaman pelajar'….!! kalau.. saya minta boleh dapat…ke…??

  6. mcmane…. buat rayuan….??

  7. saya ingin menghantar surat rayuan integrasi untuk
    diploma politeknik, kemanakah surat itu dihantar
    dan apakah alamat penuh? sekian terima kasih

  8. salam,macam mana cara saya nak tukar progam di poli kerana saya dah terlambat untuk beberapa minggu.sekian terima kasih.

  9. salam , npa nhe laman nha tak dpt akses ya ?

  10. salam macamana nak buat rayuan pertukaran politeknik, saya dah call bahagian pengambilan pelajar politeknik tapi tak dapat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>