Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2011 Tergendala

Semakan Keputusan MRSM Ditangguh, Buka Semula Petang 24 Januari 2011

TERKINI – 25 Januari 2011
Surat tawaran sudah boleh dicetak.

TERKINI – 24 Januari 2011
Semakan telah boleh dibuat sila layari portal berikut:

Setakat ini hanya semakan boleh dibuat, surat tawaran masih belum boleh dicetak. Jika anda masih mengalami masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan semakan dan pengambilan MRSM sila hubungi ibu pejabat MARA di talian 03 2691 5111.

Maktab Rendah Sains MARAKeputusan permohonan kemasukan ke MRSM untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 telah diumumkan serentak pada tahun ini pada hari Jumaat 21 Januari 2011.  Pada tahun sebelumnya keputusan permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 diumumkan dahulu baru diikuti dengan Tingkatan 4. Pengumuman serentak ini mungkin telah mengakibatkan kesesakan pada portal semakan permohonan kemasukan MRSM 2011.

Pembaca ePutra telah mula melaporkan kesusahan dan seterusnya gagal untuk membuat semakan bermula dari petang Jumaat lagi. Semalam dan hari ini portal semakan tersebut terus tidak boleh dilayari. Akhirnya pada hari ini baru pihak MARA membuat kenyataan.

Berikut adalah petikan kenyataan yang dipaparkan dilaman web MARA mengenai perkara ini;

Semakan keputusan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tidak dapat diakses buat masa ini atas sebab-sebab tertentu. Sila semak semula mulai petang Hari Isnin 24hb Januari 2011. Kami mohon maaf di atas kesulitan ini.

Oleh itu mereka yang belum sempat membuat semakan atau telah membuat semakan tetapi belum mencetak surat tawaran perlulah bersabar dan menunggu sehingga portal semakan dibuka semula. ePutra akan membuat pantauan mengenainya dan memaklumkannya di sini.

Sementara menunggu portal semakan MRSM dibuka, mereka yang telah mendapat tawaran boleh mencetak Panduan Pelajar Baru MRSM dan Borang Pendaftaran Pelajar Baru MRSM sebagai rujukan awal.

46 thoughts on “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2011 Tergendala

  1. […] Semakan Keputusan Permohonan MRSM 2011 Tergendala […]

  2. muhammad zaki says:

    thnx for the maklumat eputra !

  3. insyaallah harap2 x jem lagi

  4. anastasyea says:

    dah check pagi nie .. dah OK rasanya =)

    Post Terkini: Tutorial Generate Backlink Percuma Dan Meningkatkan PageRank Untuk Blog Anda!

  5. […] Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2011 […]

  6. surat memang tak akan smpai rumah ? kena print sendiri ?

  7. nak appeal for mrsm ktne? cuz b4 it gave the link to e-rayuan, bt then now dh xde :/

  8. Aishah Md. Yusoff says:

    Bagaimana untuk membuat rayuan?

  9. Dukacita tiada button erayuan sekiranya permohonan gagal…..berbanding dengan link terdahulu….apakah yang akan terjadi kepada erayuan yang sudah di buat terdahulu.

  10. SUSILA BINTI OSMAN says:

    bagi yg gagal..bagaimane utk merayu

  11. so does this mean, now we cnt make any rayuan no more? ;O

  12. SUSILA BINTI OSMAN says:

    bagi yg gagal , bagaimana utk membuat rayuan

  13. knp xboleh buat rayuan ?

  14. Mungkin link ini bakal membantu

    http://eputra.com/rayuan-kemasukan-ke-maktab-rend

    sekiranya erayuan button tidak disediakan.

  15. Rasanya masih ada kelemahan pada sistem online tu…kejab ok kejab tak ok…last week ada bagitau bila daftar, ada button e-rayuan…hari ni langsung semua hilang….

  16. ibu kecewa says:

    Kenapa dah tak ada column untuk buat e-rayuan

  17. Tanda tanya says:

    Nak tanya sikit. Kemeterian kata kalau dah dapat SBP, pelajar tersebut tidak akan mendapat any tawaran untuk MRSM. Tapi kenapa ada yang dah dapt SBP dan masa yang sama dapat pula tawaran ke MRSM. Ini apa cerita……. Nak saya bagi bukti ke. Cuba bagi komen sikit.

    • Pelajar form 1 boleh dapat double offer (SBP & MRSM) bagi MRSM Gemencheh, Kepala Batas, Kota Putra & Pekan.

      Harap maklum

      • Orang kampung says:

        Macamana pulak tu? Adakah ini dikatakan doublestandard ? kenapa pula student tersebut boleh dapat sehingga 2 tawaran sekaligus? ini tak adil kepada calon-calon yang lain.Apa istimewanya pelajar-pelajar tersebut?sepatutnya tempat tersebut boleh diisi oleh calon-calon yang lain.
        Saya pun mendapat tahu ada juga calon-calon yang mendapat 4A1B turut memohon ke MRSM setahu saya sewaktu mengambil borang tempohari hanya calon yang mendapat 5A sahaja yg layak memohon dan setiap permohonan harus disertakan sekali dengan slip keputusan peperiksaan.Adakah pihak MARA benar-benar telus didalam pemilihan ini.Sila komen…

      • a"ah..best nyeeeeeee

  18. susah lah kalau dah dapat SBP pun boleh dapat MRSM. buka peluang pada yang lain pula lah.

    kalau yang dah buat rayuan kat link sebelum ni, dikira lagi ke rayuan tu ?

  19. insan.prihatin says:

    kenapa perlu surat tawaran dicetak sendiri ? bagaimana pelajar2 yg tidak berkemampuan hendak mencetak berpuluh2 muka surat ? bagaimana murid di luar bandar ? saya duka cita dengan pihak mrsm berbanding dengan pihak sbp yg mengirim surat tawaran kepada pelajar2 yg ditawarkan .adakah mrsm tiada wang ?

  20. budriah asek says:

    anak saya telah mendapat tawaran di MRSM Betong, Sarawak, boleh tak kiranya saya memohon untuk bertukar ke MRSM Kuching?

    • tak payah tukar la aunty. . at least ade jgk kwn sy kt sne nnt. . ceh. . haha
      sy pn mntak mrsm kuching,tp dapat betong. . maybe dah full kali. . x diterima yg jauh2 ,
      btw, aunty dok area mne kt swk neh?

  21. surat tawaran pihak MARA yang hantar atau perlu dicetak sendiri ?

  22. masalah lah..sepatutnya kalau dah jadi macam ni…pihak mara kenalah hantar surat tawaran tu kepada pelajar yang berjaya..
    bayaran yuran yg sepatutnya dibuat seminggu sebelum pendaftaran pun tak dpt dilaksanakan..
    kalau brg pendaftaran dan panduan pelajar baru tu tak pe lah..masih boleh dibuka link dan dicetak…
    semua nyajadi tak lancar..dan menyusahkan ramai pihak…
    byk persiapan yg perlu dibuat..dan arikh mendaftar pula dah nak hampir..
    tak sempat rasanya kalau macam ni..

    harap kemukakan cadangan ni kpd pihak mara
    terima kasih……

  23. muhammad zaki says:

    kena sahkan ke sijil – sijil yg perlu dihantar bersama surat rayuan itu ?? tolong jelaskan perkara ini dgn segera . terima kasih 🙂

  24. laaa. kenapa dah tak boleh buka pula link kat atas tu ?

  25. Ayoyo…Saya suda tak dapat tawaran.Saya rasa saya ni bodoh.sebab impian saya nak masuk mara,tapi tak boleh.Sedih saya.Saya dah hilang asa untuk belajar sekarang.

  26. bilakah tarikh pemgambilan 2 mrsm????dan mcm mna nak buat rayuan mrsm????

  27. darx geram says:

    sal xde e-rayuan…da cm chipsmore jewp…kn sng law de e-rayuan…

  28. sy harap sy dpt stelah wat semakn lepas nie…tp………..

  29. bilaka trkh pngmbilan rayuan mrsm ke2 tahu???

  30. nak daftar pakai baju apa eh?

    • AchiE-cha Aina says:

      sy pn nk tny soalan yg sme..
      pakai baju kurung biasa la kot..
      klu pakai uniform sekolah ade lagi yg belum beli kn..

  31. muhammad zaki says:

    keputusan ke SBP tingkatan satu 2011 untuk intake kedua bila ?

  32. betul 2,bgi la pluang kt owng len ny x,ade yg dpt SBT dpt lgi MRSM..pnig pnig

  33. alamak. yuran x bayar lagi. camne ni? sape2 tolong aku 🙁

    • ak pn blum byr gak. .
      tp mara ade kte hari tu,suh byr mse daftar. .mungkin sbb surat tawaran lambat nk print sbb ta leh bukak hri tu. .tp mslhny kitorg org swk,tkut2 ta sme ngn smenanjung. .

  34. apa ni…bila hang pa suma nak telus buat kerja…..anak aku dapat 5A tak dapat masuk mrsm……kawan dia dapat 4A1B dapat masuk……hang pa buta huruf ke….buta nombor…..ikut hati nak aje aku ngadu kat SPRM,menteri-menteri.TV3 ke,biar 1 malaysia tahu.apa kata tahun depan hang pa bagi anak pinak hang pa je masuk MAKTAB KEPUNYAAN HANG PA TU…Tak payah orang lain isi borang ,temuduga,buat surat rayuan habis masa, buang duit je merayu kat hang pa…tapi elok juga hang pa bagi kroni kroni hang pa belajar kat maktab hang pa tu.biar depa kenal yang mana nombor 5 yang mana nombor 4,yang mana huruf A yang mana huruf B…hang pa kan buta perut….hang pa marah ka….aku lagi marah……

  35. nak approve dari sapa lagi komen yang aku hantar…….pamerkan aje…..