Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012

TERKINI: Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK

Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Kelas Rancangan Khas - KRKIni memandangkan tempat di SBP adalah amat terhad dan tidak dapat menampung kesemua murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Melalui Kelas Rancangan Khas @ KRK  ini adalah diharapkan kecemerlangan murid-murid ini akan dapat diteruskan serta dapat membawa iklim yang positif kepada warga sekolah demi menjayakan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan berminda kelas pertama.

Syarat

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Tahun Enam yang layak dan berminat dari Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran di negeri sekolah pemohon.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dan lulus PAFA dalam UPSR 2011. (Sains dan Matematik mesti mendapat kelulusan A).

Permohonan

  • Permohonan dibuka mulai pada hari keputusan UPSR diumumkan.
  • Borang Permohonan Masuk ke TIngkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Tahun 2012 boleh diperolehi di sekolah asal murid atau dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Sertakan salinan Sijil Kelahiran, Keputusan UPSR serta salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon yang telah disahkan.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah yang ada menawarkan Kelas Rancangan Khas (KRK) ini boleh disemak melalui sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan adalah dua minggu selepas keputusan peperiksaan UPSR tahun 2011 diumumkan.
  • Permohonan lewat tidak akan dilayan

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan KRK boleh disemak di laman web Jabatan Pelajaran Negeri mulai 21 Disember 2011 dengan menggunakan angka giliran UPSR pemohon. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah melalui sekolah asal pemohon.

Senarai Jabatan Pelajaran Negeri

Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri;

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Kelas Rancangan Khas ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri.

76 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012

  1. SAYA BERMINAT UNTUK MEMASUKKAN ANAK SAYA YANG BERNAMA WAN MUHAMAD NAZWAN BIN WAN ABDULLAH KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI BAWAH TAJAAN MARA….
    TETAPI AMAT MENDUKACITAKAN SAYA MEMANDANGKAN KEPUTUSAN UPSR ANAK SAYA TIDAK MELAYAKKAN UNTUK MEMASUKI ASRAMA PENUH..
    KEPUTUSAN UPSR ANAK SAYA 3A 2B…MOHON JASABAIK TUAN UNTUK MEMBANTU SAYA BAGI MEMBOLEHKAN ANAK SAYA MEMASUKI SEKOLAH BERASRAMA PENUH…KERJASAMA DARI TUAN AMAT SAYA HARAPKAN…..013-9269908

  2. saya berminat untuk memasukan anak saya muhammad danish al fattah ke sekolah asrama di bidang sains tahfiz yang berdaftar dengan kementerian pelajaran malaysia tetapi agak menyedihkan kerana anak saya memperolehi 3A 2B mata pelajaran sains A manakala B untuk matematik UPSRA 4a 2b 2c saya memohon jasa baik tuan membolehkan anak saya meneruskan persekolahan di bidang akademik dan agama kerjesama dari pihak tuan amat saya hargai……….0163630060/0342662259

  3. saya risau sangat skrg ni.anak saya upsr dpt 3a 2b.[matematik dn inglish b]saya teringin sangat nak anak saya masuk sekolah asrama.tak ada ke mana2 sekolah asrama yg boleh terima anak saya.bantu lah saya

    • Boleh rujuk dengan sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk mengetahui sekolah2 yang menyediakan asrama

  4. assalammualaikum..adik saya mendapat keputusan upsr 3A 1B 1C.saya bercadang ingin memohon agar adik ditempatkan ke sekolah rancangan khas negeri.apakah syarat2 yg layak untuk penenpatan ini dan andai kata permohonan ditolak bolehkah rayuan dilakukan?

  5. SAYA SALAMAH MATUSOP , SAYA INGIN MEMASUKKAN ANAK SAYA NURUL IZZAH SYAZWANI BT SALMAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) , KEPUTUSAN UPSR ANK SAYA 4A1B . YANG MENYEDIHKAN , PIHAK MARA TIDAK DAPAT MEMPERTIMBANGKAN KEMASUKAN ANAK SAYA KE SEKOLAH BERKENAAN KERANA ANAK SAYA MEMPEROLEH B DALAM SAINS , ADAKAH ANAK SAYA BERPELUANG MEMASUKAN MRSM , KERJASAMA ANDA AMAT DIPERLUKAN – 0138802848

  6. muhd.hafizuddin says:

    saya zuraini che emri , saya ingin memasukkan anak saya ke yayasan selangor .keputusan anak saya 3A2B bolehkah anak saya dapat masuk ke yayasan selangor?encik tolong pertimbangkan

  7. Anak saya mendapat 5A dalam UPSR dan Mumtaz dalam PSRA. Syarat bagi kemasukan kelas Rancangan Khas adalah Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran, tetapi anak saya adalah dari Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi di bawah JAIS. Apakah anak saya berpeluang untuk memohon dan mendapat tempat?

    • Boleh berhubung dgn JPN Selangor di talian 03-55186500 atau boleh juga masuk sekolah di bawah JAIS iaitu Sekolah Agama Menengan (SAM) dan Maahad Tahfiz Negeri Selangor (MITST)

  8. ASSALAMUALAIKUM, ANAK DAH ADA 5 A, TAPI NAK LOGIN MRSN TERLAMPAULAH SUSAH DAH JUBA BANYAK KALI APA DAH JADI , ZAMAN INTERNET NI

  9. Mohd Rani bin Ismail says:

    Saya Mohd Rani Ismail ingin memohon tempat di sekolah Yayasan Terengganu sekitar daerah Dungun. Anak saya mendapat UPSR 4A1B/SPPIM 3A5B1C dan beliau dari Sek Ren Islam Al Amin Dungun (Sekolah Persendirian). Saya tidak tahu macam mana untuk memohon secara online kerana saya sentiasa bekerja diluar kawasan. Tolong hubungi saya di tel 0199155111 atau Lot 3502 Taman Permint Indah, 23000 Dungun, Terengganu. Harapkan bantuan dari pihak tuan.

  10. salam.Anak saya mendapat upsr 5A, anak saya berminat untuk memasuki MRSM.Saya telah mengisi dan menghantar borang secara online.Saya tidak memohon atau mengisi borang KRK(seperti yg tuan terangkan diatas), masalahnya sekiranya anak saya tidak ditawarkan SBP atau MRSM adakah anak saya akan terus bersekolah biasa disekolah yg telah ditetapkan JPN(sek yg berdekatan rumah).Bolehkah saya memohon KRK selepas tiada panggilan nanti.Saya amat berharap anak sy dpt memasuki MRSM daripada SBP, bagaimana harus saya lakukan.Tolong beri nasihat atau hubungi/sms 0176668916.Terima Kasih.

    • Salam… benar jika tidak ditawarkan ke SBP/MRSM akan bersekolah di sekolah yg ditetapkan oleh JPN. Oleh itu lebih baik memohon KRK.
      Utk makluman mrk yg mendapat tawaran SBP tidak akan dipertimbangkan ke MRSM

  11. Isyqi Adnan says:

    salam, Anak saya mendapat 4A 1C dalam upsr dan subjek bahasa Inggeris C. Anak saya berminat untuk memasuki Asrama Penuh Kerajaan. Saya dimaklumkan syarat2 untuk memasuki asrama tersebut sekurang2nya 4A 1B dan Matematik ,Sains wajib lulus dan anak saya mematuhi syarat2 itu adakah anak saya masih ada harapan untuk memohon tempat di asrama penuh kerajaan. Di harap pihak Tuan sila bagi penyelesaian atau hubungi saya: 019 3510260.Terima Kasih.

  12. salam,anak saya dapat 4a 1b dalam upsr. saya nak masukkan anak saya sekolah berasrama tun fatimah johor bahru.apakah syaratxnya dan dengan siapa yang sepatutnya saya berurusan…

  13. mohamad rasid says:

    mcmana nak apply sek. men. agama bandar penawar? apa syarat2nya?

  14. siti jahar shahrani says:

    salam, anak saya mendapt 5A dlm upsr 2011 dan saya telah mengisi borang MRSM secara online. bagaimana saya hendak menyemak borang online yg saya hantar telah diterima atau tidak…

  15. anak saya mendapat keputusan UPSR 3A 1B 1C, adakah beliau boleh memohon untuk memasuki KRK.

  16. salam… bagaimana untuk menyemak keputusan tawaran ke SBP sekiranya tidak menerima surat tawaran kemasukan ke SBP.

  17. bagaimana caranya untuk menyemak keputusan tawaran SBP melalui online sekiranya tidak menerima surat tawaran melalui pos. Biasanya bilakah keputusan tawaran SBP akan di maklumkan?

  18. Assalamualaikum,
    Anak saya Nur Zarifah bt. Ahmad Tarmizi mendapat 4A1B (B= B/Inggeris), adakah dia layak untuk memohon MRSM. Jika tidak dapat masuk ke MRSM, bolehkah berikan senarai asrama yang bagus dalam negeri Perak sebab anak saya berminat untuk masuk KRK.

    • Salam.. utk MRSM perlu 5A. Utk senarai sekolah tu sila berhubung dgn Jabatan Pelajaran Negeri Perak, mrk mempunyai maklumat tersebut

  19. Asalamualaikum,
    Anak saya telah mendapat 4A 1B(B-B/Inggeris),saya telah ke MRSM utuk meminta no pin agar dapat mengisi borang melalui online tp kerani bertugas berkata keteria masuk MRSM adalah 5A.Begitu jugak bila saya buat pertanyaan di pejabat daerah mara mersing dan kota tinggi.Sedia macam tidak bernilai keputusan yang anak saya dapat.bantu la saya

  20. Assalammualaikum,
    Anak saya Nur Aisyah bt Ismail dapat 5A dalam UPSR, Mumtaz PSRA dan 8A UPKK. Masih ada peluang tak untuk dia ke SBPI , SMKA atau MRSM? Anak2 kawan ada yang dah dapat interview ke SBPI dan sek sains.. Jika dia bersekolah di SMK aliran KAA, boleh tak bertukar ke SMKA negeri lain dengan menggunakan keputusan UPKK.

    • Salam… peluang tu memang ada.
      Yang dipanggil temuduga itu hanya utk pemilihan kuota pengetua sbyk 20%.
      Boleh buat rayuan

  21. Bagaimanakah atau adakah cara untuk membuat permohonan ke MRSM setelah tarikh tutup permohonan.Adakah permohonan akan diulang?

  22. kalau saya terlambat menghantar borang adakah ia akan diterma atau saya kena rayu?

  23. Anak saya mendapat 4a,1b-inggeris.dari sekolah minden heights,Penang.adakah anak saya Akan diterima masuk ke sekolah Bukit Jambul,Penang?

    • Sila call PPD atau sekolah yg berkenaan kerana penempatan ditentukan oleh jabatan melainkan ada membuat permohonan lain

  24. noorche sali says:

    anak saya nurul syahirah mendapat 3a 2b upsr lalu (b-B.inggeris & sains).. adakah peluang anak saya untuk memasuki sekolah menengah sains sabah,kota kinabalu ? dia telah memohon untuk kemasukan sm sains sebelum keputusan upsr keluar .

  25. keputusan KRK 2012 boleh disemak di mana ?

  26. Haslina Hassan Basri says:

    Asalamualaikum,

    Anak sulung saya Muhammad Shafi Hazwan b. Mohd Shazrin telah mendapat 4A 1B(B-B/Inggeris). Untuk pengetahuan Tuan/Puan saya tidak memohon SBP kerana permohonan telah ditutup. Adakah anak saya masih berpeluang untuk masuk asrama penuh. Adakah permohonan akan di buka semula? Bila jika ada dan macam mana cara untuk saya menghantar permohonan.

    Anak saya teringin sangat untuk masuk ke sekolah sains selangor atau mana mana sekolah asrama penuh. bantu la saya. Terima kasih.

  27. Abd Majid Bin Wahab says:

    Saya nak kan anak saya memasuki ke sek MRSM tetapi persaingan terlalu ramainya dan anak saya pun telah melalui ujian temuduga dan bertulis , boleh kah anak saya ditempatkan ke sek SMKA Bandar putera Kulai. Anak saya keputusan UPSR 5A. Harap dapat membantu kecemerlangan anak-anak bangsa.

  28. HAZANA HASAN says:

    anak saya mendapat 5A dlm upsr, mumtaz PSRA.sebelum ini dia ada memohon SBPI secara online tetapi tidak menghantar borang ke sekolah tersebut.adakah masih ada peluang untuk memohon kembali SBPI.terima kasih.

  29. Nama saya Florina Ramle.keputusan UPSR saya pada tahun 2010 ialah 5A.Saya sekarang adalah pelajar tingkatan 1.pada tahun lalu saya tidak berpeluang memohon untuk memasuki SBP.adakah saya berpeluang memasuki SBP pada tahun hadapan?

  30. Anak saya mendapat 5A dalam UPSR 2011 dan dia aktif berjawatan dalam kokurikulum termasuk timb ketua pengawas sekolah serta mewakili sukan mssd, tetapi gagal mendapat tempat dalam SBP: STF dan Sek Men Sains. Soalannya, apakah sebenarnya kelayakan tambahan yang diperlukan selain dari perkara2 diatas? Atau perlukah mendapat surat sokongan dari pihak berpengaruh.

    • memang ramai yang menghadapi situasi yang sama, cuma jawatankuasa pemilihan sahaja blh memberi jawapan yg sebenar

      • Jika ramai yang menghadapi perkara yang sama, perlulah ada ketelusan dan juga pihak kementerian perlu memastikan pelajar2 cemerlang dari segi akademik dan ko kurikulum tetapi gagal masuk SBP mendapat tempat yang sewajarnya agar kumpulan seperti ini akan dapat meneruskan kecemerlangan yang akan memberi kebaikan pada bangsa, negara dan agama. Sebagai ibubapa, kita tidak tahu kemana harus di tuju dan anak2 mengharapkan sesuatu dapat ibubapa lakukan.

  31. Salam Tuan, masih terdapatkah program kelas Rancangan Khas MOE di sekolah2 Kolonial/Mubaligh di Perak?

  32. SAYA HARAP ADIK SAYA JULIA FATIHAH MENDAPAT PELUANG BELAJAR DI (KRK PAHANG)
    ALHAMDULILLAH PERCUBAAN UPSR DIA DAPAT 4A 1B. DAN SAYA YAKIN DIA BOLEH DAPAT 5A DALAM UPSR … TP RAMAI BUDAK2 CERDIK SEKARANG… KENA LAH MEREBUT PELUANG YANG SEKETIKA INI… INSYAALLAH

  33. SAYA NORAZURAH BINTI SABAR INGIN MEMASUKAN ANAK SAYA MUHAMMAD FAKHRI BIN MUSTAPAH KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TETAPI MENDUKACITA KEPUTUSAN UPSR DIA TIDAK MEMBERANSANSANGKAN IAITU 3A 2B SAYA MEMOHON JASA TUAN UNTUK MEMBANTU TERIMA KASIH

  34. Assalamualaikum, saya norani ibu kepada ainul batrisya. Jika dia mendapat 3A2B adakah boleh mendapat masuk ke SBP ? Dia sangat berminat memasuki sekolah tersebut. Saya memohon jasa Tuan/puan untuk membantu. Terima kasih

  35. soleha faridudin says:

    Assalamualaikum. saya soleha binti faridudin, kakak kepada MUSTAQIM BIN FARIDUDIN, adik saya dapat 3A 1B 1C dalam UPSR, dia sangat berminat memasuki sekolah SBP, adakah dengan keputusan itu, adik saya masih ada harapan ? terima kasih. =)

  36. Assalammualaikum.. saya ibu kepada Muhammad Afiq Rohaizam.. anak saya mendapat 5A, bagaimana saya nak pastikan yang anak saya boleh mendapatkan sekolah Rancangan Khas. Anak saya tidak berminat untuk duduk di asrama. Saya sangat berminat untuk mendapatkan anak saya Sekolah Menengah King George V di Seremban.. Bantu saya bagaimana untuk memohon. Saya berjanji akan memantau pelajaran anak saya sekiranya dia berjaya ditempatkan disana.

  37. Anak saya sekarang dia tingkatan satu dia dapat 3a dalam upsr tahun lepas pada pertengahan tahun haritu sekolah dia telah mengadakan pertukaran kelas dan anak saya telah masuk ke kelas pertama iaitu kelas krk adakah dia secar sah murid krk atau tidak kerana dia mendapat 3a sahaja

  38. Bagaimana nak tau berjaya atau tidak…semalan call pejabat kata ari ni tengok online…Tak da pun…Bagaimana nak buat rayuan..kalau tak berjaya..Kesian tengok anak saya walau dapat 5A..tapi tak dapat mana2.. Dulu anak saya yg kedua pun dapat 5A tapi tak gak dapat mana2…

  39. mohon saya bertanya, adakah sekolah berasrama yang menerima anak saya kerana beliau ingin sekali belajar di sekolah berasrama, tapi malangnya keputusan upsrnya hanya mendapat 2b 3c. tolonglah saya, buntu saya memikirkan pekara ini memandangkan sekolah akan dibuka x lama lg. saya harap anak saya dapat masuk ke sek asrama, untuk mendisiplinkan dirinya.

  40. jailani bin kamis says:

    antara Kelas Kawalan dan Kelas Rancangan Khas,,,yang mana lebih baik? minta penjelasan

  41. Pathetic parents! tengok tajuk tu … Permohonan ke KRK. Tp rata2 nak hantar anak ke SBP.

  42. Keputusan percubaan upsr saya tidak begitu cemerlang. Bolehkah saya menunggu keputusan upsr yang sebenar untuk memohon kemana-mana sekolah kawalan@ sekolah krk. Sekiranya saya belajar di negeri Selangor, adakah saya boleh mendapatkan tempat di Pulau pinang.Mohon penjelasan dari pihak yang terlibat. Terimakasih..

  43. […] komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kawalan 2013 serta Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012 untuk maklumat […]

  44. […] hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain seperti Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas (KRK) atau Kelas Aliran Agama […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>