Keputusan e-rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan STPM atau setaraf dan lepasan SPM atau setaraf sesi akademik 2010/2011 boleh disemak mulai hari ini 21 Julai 2010 selepas pukul 12.00 tengahari. Ini merupakan keputusan e-rayuan fasa 2 bagi lepasan SPM, fasa 1 telah diumumkan pada 4 Jun 2010 yang lalu.
Cara Semakan Keputusan e-Rayuan
Semakan keputusan rayuan ini boleh dilakukan melalui cara berikut:
- Laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di upu.mohe.gov.my atau terus sahaja ke Semakan Keputusan Permohonan e-Rayuan Kemasukan ke IPTA
- Laman web http://jpt.uum.edu.my atau http://www.jpt.utm.my
- Secara SMS dengan menaip UPU RESULT No. KP dan hantar ke 15888
Semakan boleh juga dibuat melalui saluran hebahan menerusi laman web universiti yang dipohon calon seperti berikut:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin(UNiSZA)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM)
Surat Tawaran
Calon-calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang terbabit manakala surat tawaran rasmi akan diserahkan kepada mereka semasa pendaftaran. Calon-calon juga perlu membawa bersama surat tawaran yang dicetak sebagai dokumen rujukan bagi tujuan pendataran di IPTA nanti.
Permohonan Rayuan Yang Gagal
Semua keputusan rayuan adalah muktamad dan jika tiada sebarang tawaran rasmi yang diterima sehingga 31 Julai ini, maka rayuan calon boleh dianggap gagal. Calon boleh cuba memohon semula untuk kemasukan sesi Disember 2010 atau Julai 2011 nanti.
Tiada Wakil Kementerian
Kementerian Pengajian Tinggi tidak melantik sesiapa sebagai ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon yang gagal mendapatkan tempat ke IPTA. Ini kerana semua pengurusan pengambilan adalah diselaraskan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.
Maklumat
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8883 5858 atau Helpline 03 8883 5848 atau talian am 03 8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
Semoga berjaya semua!
kenapa keputusan keluar tulis…diploma pendidikan…diploma uitm xde lagi ker???
Mekju, apa yg anda maksudkan? anda lepasan STPM atau SPM? Diploma pendidikan tu diploma lepasan ijazah laaa..
[…] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan SPM Sesi Akademik 2010: Kep… http://bit.ly/aE0nCG […]
yg bulan disember punyer intake tu kene mohon semule ataupun camne???
begini lama penantian..tak berjaya pula..sedihnya…
Mohd Nur Faizuddin , kene mohon semule. beli no pin skali lagi. kemudian isi borang balik.. selamat mencuba. good luck! 🙂
sedihnya…tak berjaya 🙁 aku mcm nak gila jaa..uhuhhuuu…
aduh nasib kite same la cik siti…sdeynya
sama la…..senasib kite……xpe..cube lagi thn dpn
fasa 2 nie uitm punye ke??atau utm n uum sahaja????
sume sekali yg ade kekosongan
urm
sedihnya :'(
aku punya la berharap dapat IPTA,
tapi hmmm….
same la….xpe…cube lagi thn dpn
salam cik nisa, boleh cuba lagi untuk disember nanti. untuk UiTM, cek kat website UiTM, InsyaAllah bulan 8 nanti borang kemasukan untuk disember akan dibuka. jgn putus asa. 🙂 cuba lagi.
assallammualaikum wbt….
err..nomber pin untuk kmsukan bulan desimber nie namanya apa ye??….bukan UPU g dah kan?..klu nak beli kat BSN nak kata pe??…
hmmmm….:(
no pin untuk uitm. if isi borang uitm la. 🙂
rayuan untuk bulan disember 2 ble ek??? xde yg awal skit ke aq nk smbung bljr nie…..
cara nak mohon yg ambilan disember mcm mana ye..
saya pun nak tahu gak ni
bulan disember untuk uitm sy tahu laa sikit2… saya share je lah info ok? kat website UiTM ada tulis borang kemasukan untuk disember dibuka bulan 8 nanti.. no pin kena bali baru la. yang x berjaya, jangan putus asa. cuba lagi. InsyaAllah bulan disember nanti dapat la. 🙂
mcm ngan ambilan disember?nak mohon mcn mane eh..
ya kot
kecewa!!!!!
me too
ni nak return balik stpm
kecewa..tak dpt huhu..sedih giler
sama la….xpe..cube lagi
adushh..sush giler nk dpt IPTA….
member2 masuk IPTS senang giler
silap2 IPTS gak ar aku apply….
kecewa..tak dpt…huhu 🙁
Btw dpt UNIMAS, Ade sape2 kt sini tahu bila kene register?
sedih teramat….
redha larh wahai hati….
n mcm ne nk wat ryuan kmsukan dis ek…
salam cik nailah, sy tahu tentang UiTM je.. baca komen saya kat atas tu.. jgn putus asa ok? utk disember, beli no pin baru, kemudian isi balik borang UiTM. cek kat website UiTM.. ada tulis kat sana. kalau x jumpa website tu, komen balik kat sini. saya cuba tolong apa yg terdaya je. jangan besedih.. 🙂
untuk bulan ogos dan dec uitm tu berbeza ke??
saki, isi borang di bulan ogos untuk intake bulan dec. 🙂
maaf,
sy tak bace rep at atas..
ok,
awk kate lau nk isi borng uitm kne bli no pin at bsn and ckp kat situ nk bli no pin 4 sec intake uitm an?
so,
contohnya,
utm ad jgk mnawarkan sec intake.
so kte kne ckp jgk lar nk bli utk utm??
so mknenye,
kte kne bli no pin stiap satu u yg ade mnwarkan sec intake…
cik yati saya ni merupakan pelajar stpm lepasan 2009,saya nak tahu bila saya boleh membeli no pin untuk kemasukan intake ke 2 ini and bilakah tarikh untuk intake ke 2 tersebut please….
xpe….allah maha mengetahui ape yg terbaik tuk kite
btl2..myb ada lagi baik masa akan datang kan..kte je yg xtau..
cm mne nk cetak twrn ke uitm?x boleh pon?
salam…
sume jgn pts asa k….usaha lgi…
da ambilan akn dtg…so try ag k….
jgn pernh pts asa k…gambate!!!!!!
hukhukhuk…sy pun sedih sgt2!!! (T___T)
siapa dpt unimas sila bgtau sye terutama kos sains sosial
ipta mengamalkan sistem kuota kot.
keputusan fasa 2 ni xpyh apply lg skli kan?
meritokrasi …..hmmm…:P
apakahh?
xphm?
kene apply lagi sekali kew? maksudnyer kene beli no.pin sume2 tulah????? cam ne ek? xphm tul la saye!!!!!
Boleh tolong senaraikan ipta yang mengambil kemasukan disember 2010…
hmmm…boleh bagi senarai U yang akan buka pengambilan disember x?stakat ni yg saya tau cuma uitm je…n bila bleh beli pin number?pliz reply…
kwn saya dapat 1.67 boleh u bidang pengurusan…rezeki die kot…
sy dapat 3.5 dan muet band 4.. pon xdapat sbb sy buat apply kos popular di universiti penyelidikan..
nak tnyer no pin tok second intake kuar bape ari bulan?
ya..betul tuh abg bob.. terima kasih atas pandangan anda..mungkin saya akan berkongsi bersama adik-adik saya atau sedara yg ingin memohon kelak. 🙂
Benar… apa yang penting kita terus berusaha.
Setahu saya tawaran permohonan pengambilan Disember biasanya akan dibuka dalam bulan Ogos / September.
Klu korang nk tauw sistem application upu ni mmg tak fair pown..klu results korang mcm gempak and straight A’s mmg confirm lar akan dpt IPTA and course yg korunk nk..
Tp if results korunk takat cukup2 credit je,jgn harap lar nk dpt IPTA yg korunk apply and nk dpt course yg korunk nk senang2 je if korunk takde org dlm yg tlg or mmg takde rezeki korunk..klu ade pown korunk kne tggu dlm setahun ke or maybe a few years..
Klu korunk nk tauw,student yg dpt results lg teruk dr korunk n kredit x cukup pown dpt course yg gempak mcm Law sume tu sbb guna org dlm..kire nasib jelar tu.
Besides,klu ade org dlm yg mmg siowt,diorang boleh buang name korunk dlm surat tawaran tu and gantikn dgn name org yg diorang nk tlg tu..so senang2 jelar org yg pkai org dlm tu masuk..
Well,mmg tak adil kn tp mane ade yg adil kt dunia ni..So,korunk berdoa jelar byk2 agar rayuan korunk dipertimbangkan oleh pihak IPTA ye..
Pepown,good luck and all the best utk korunk,jgn give up klu tak dpt IPTA pown..there’re so many ways to success.. =)
adakah smua pihak U akan mngambl rayuan utuk blan 12 nie 2010..trmasuk UDM…
[…] Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan SPM Sesi Akademik 2010 […]
ums n unimas ade dec intake x?
salam,
sy nak tanye nie..
skrg dah blm 8,
so penawaran tu bkk awal ker hjung sllunye?
and kne bli no pin at bsn lgi ker?
satu lagi soalan saya cik yatie apakah website untuk uitm cik yatie please….at (errienatala@gmail.com)
salam…nk tnye ni udm ad dec intake tak???
xpe…
sy pun hmpir sme dgn awk…
dpt second intake uum
awk mhon je akhr thun ni..
insyaallah dpt…
stuju2…stuju sgt!
sy lepasan SPM 2008. boleh mohon masuk UMS atau UNIMAS ka? ada intake bulan December?
saya pelajar diploma uitm…adkah sye layak utk mmhon universiti slen uitm…sekian…
Mmg layak
nk tny..saye wt pmohonan upu utk fasa 2 je..fasa 1 sy x wat..so nk check mcm mne ek?plz.ajar
utk semakan permohonan rujuk http://eputra.com/semakan-keputusan-permohonan-ke…
LEPASAN SPM 2010 YG X BEJAYA BOLEH BUAT RAYUAN UPU FASA 2 KAN????TARIKH KEPUTUSAN FASA 2 TU BILA KLUAR YE??SESAPE TLG REPLY….
Salam saya nak tanya apa perbezaan antara rayuan fasa 1 dan fasa 2?saya adalah calon spm 2010..saya tunggu rayuan.yang mana satu saya perlu lihat?
ryuan fsa 1 n 2 yg na erk,saya baru wt 1 kali ryuan.help me plez,saya tgh bgung nie,sesapa tlg saya…plez ya…saya sgt mgharapkn bntuan korang sume….
bukan ke kedua2 rayuan telah pun ditutup