Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran telah memaklumkan bahawa pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 telah pun dibuka mulai 1 Februari 2011 yang lalu.
Pendaftaran STAM
Calon Sekolah
- Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.
Calon Persendirian
- Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.
Syarat Layak Menduduki STAM
- Telah mengikuti Kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang dipersetujui antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir DAN;
- Pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU;
- Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM semasa.
Yuran Peperiksaan STAM
- Bayaran yuran peperiksaan STAM sebanyak RM 300.00 dikenakan ke atas calon sekolah swasta, calon persendirian dan calon bukan warganegara yang mengambil semua mata pelajaran.
- Bayaran asas sebanyak RM 50.00 dikenakan ke atas calon yang ingin mengambil mata pelajaran tertentu dengan kadar yuran RM 25.00 bagi setiap mata pelajaran.
- Bayaran hendaklah dibuat melalui kiriman wang atau draf bank yang dibayar atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran secara wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.
Tarikh Peperiksaan STAM
- Sila rujuk Tarikh Peperiksaan Awam 2011 untuk mendapatkan tarikh dan jadual peperiksaan STAM 2011.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STAM 2011 adalah pada 31 Mac 2011.
- Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.
Maklumat
- Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan STAM 2011 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
- Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.
- Alamat dan nombor telefon Jabatan Pelajaran Negeri bagi setiap negeri boleh diperolehi di Senarai Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
bila keputusan kemasukan stam akan keluar?
knapa saya dikehendaki mmbayar yuran stam sebanyak RM300.00,sedangkan saya mendaftarnya dibwah sekolah..kwan2 saya yang lain semuanya mendapat bntuan zakat…saya mendapat tahu bhawa yuran RM 300.00 hnya perlu dibayar oleh calon persendirian..saya berharap agar saya tidak dikenakan bayaran tersebut..kerana saya tidak mahu menyusahkan orang tua saya..=(
Pendaftaran STAM dilakukan oleh S/U STAM di semua sekolah yang berdaftar Peperiksaan STAM, tidak kira calon berkenaan calon sekolah ataupun calon persendirian. Pihak JPN akan menyerahkan calon persendirian berurusan dengan sekolah yang menyediakan peperiksaan STAM. Oleh kerana Calon STAM perlu menyiapkan dua tugasan maka S/U STAM sekolah berkenaan akan memantau calon berkenaan. Status calon berdaftar di sekolah ialah calon mengikut pembelajaran sepenuh masa dan calon berdaftar di sekolah sebagai calon pensendirian tidak mengikut pembelajaran sepenuh masa.
betul ker bermula tahun depan stam akan diadakan selama 2 tahun bukan setahun lagi????
harap bkn dua tahun tpi setahun..
belum ada pekeliling menyatakan wajib pengajian stam selama dua tahun.
salam sya bdak stpm..tpi sblum tu sya ambk stam so blh x sya nk ambl peksa stam ???
sepatutnya boleh
Wa`alaikumus Salam, mengikut tatacara kelayakan 1.3.5.1 (d) dan 1.3.5.2 (c) calon yang mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM layak mendaftar STAM. Maka terlerai persoalan sekiranya layak ataupun tidak walaupun memiliki STPM.
[…] mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM […]