Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2013

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan untuk Biasiswa JPA PIDN bagi sesi 2013/2014 mulai 9 September 2013. Permohonan ini adalah untuk pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2013/2014 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan.

IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:

Biasiswa JPA PIDN 2011

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Malaysia-Japan International Institute of Technology (UTM-MJIIT)

IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Universiti Luar Negara Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA adalah seperti berikut:

  • University of Nottingham
  • Monash University
  • Swinburne University of Technology
  • Curtin University of Technology

Syarat-syarat Permohonan

A. Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2013;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas:
    • Peringkat ijazah pertama (bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua dan ke atas dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; ATAU
    • Peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

B. Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke IPT seperti yang disenaraikan di atas sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut;

  • SPM 2012 – Gred A- dalam 7 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, atau
  • STPMCGPA 3.50 (minimum 4 matapelajaran gred B)
  • STAMCGPA 3.50 (minimum 10 matapelajaran gred Jayyid Jiddan)
  • Matrikulasi / AsasiCGPA 3.75
  • A-Level – 12 mata dan ke atas (minimum 3 matapelajaran gred B)
  • International Baccalaureate (IB) – 37 mata dan ke atas
  • Pelajar tahun satu dan ke atas di IPTA – CGPA 3.50 (CGPA terkini), atau
  • Diploma / Lepasan Diploma – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

Walau bagaimanapun, pelajar perlu memohon penajaan secara dalam talian (online) bagi memastikan pelajar berminat dengan program ini.

Bidang Tajaan

  • Kejuruteraan dan Teknikal 
  • Sains Sosial
  • Klinikal dan Kesihatan
  • Sains Fizikal
  • Sains Hayat

Sila rujuk Panduan Permohonan Biasiswa Tajaan JPA 2013 untuk senarai kursus yang termasuk dalam penajaan bagi setiap bidang di atas.

Bidang Yang Tidak Ditaja

  • Pendidikan;
  • Penerbangan / Penyelenggaraan Pesawat;
  • Diploma / Ijazah Kejururawatan dan Separa Perubatan;
  • Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
  • Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
  • Bidang/ Kursus yang mensyaratkan pelajar mengambil/ mengikuti sebahagian daripada mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
  • Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Calon yang sedang ditaja bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/ Agensi.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
  • Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250 dan elaun kertas projek RM 150.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500 dan elaun kertas projek RM 150. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.

Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.

Tempoh Kontrak

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

Peringkat Diploma

  • Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun

Peringkat Ijazah

  • Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
  • Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melayari
    1. http://esilav2.jpa.gov.my atau
    2. http://www.jpa.gov.my atau
    3. Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2013 (PIDN)
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Penghantaran Dokumen

Calon yang telah memohon secara dalam talian diwajibkan untuk mengemukakan dokumen seperti berikut:

  1. Slip Pengesahan Permohonan
  2. Salinan Mykad Pemohon
  3. Surat Tawaran ke IPTA /IPTS
  4. Keputusan peperiksaan terkini mengikut kelayakan
  5. Borang Pengesahan Pendapatan Keluarga.
  6. Slip Gaji Ibu/Bapa (jika ada)

Dokumen tersebut perlu dihantar secara pos ke :

  • Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Aras 5, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya

Dokumen tersebut perlu diterima oleh JPA selewat-lewatnya pada 20 September 2013.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2013 ini ialah pada 17 September 2013 16 September 2013. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2013 ini dijangka akan diumumkan pada 21 Oktober 2013 di laman web JPA, eSiLa.

Maklumat

  • Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013.
  • Rujuk juga komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010, 2011 dan 2012 sebagai panduan.
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat pidn2013@jpa.gov.my

19 thoughts on “Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2013

  1. bagaimana ingin membuat permohonan bagi pelajar yang baru mendapat keputusan peperiksaan pada bulan november 2013?

  2. Kalau saya pernah tolak tawaran spa,nama saya akan diblacklist x utk jpa??

  3. seperti anis saya ingin bertanya macamana nak apply kalau baru mendapat tawaran untuk diploma pd bulan November 2013

  4. bilakah keluar keputusan pidn 2013?

  5. bagaimana caranya untuk membuat rayuan jika permohonan tidak berjaya?

  6. same question,how to do rayuan?

  7. hanny farhanny says:

    medic USM . 4.00 . xdapat JPA . macam mana nak buat rayuan? 🙁

  8. macam mana cara nak buat rayuan. pls guide me

  9. plis help us ….. how to do rayuan?????
    seriously need someone help 🙁

    • Sama jgk nk tnya,mcm mne nak buat rayuan..

      Sy dh email ke bhgian penawaran tnya mcm mne

      nk buat rayuan tp xde repond lg..sape2 yg tau tlg inform..

  10. bagaimana untuk membuat rayuan bagi biasiswa jpa pidn 2013/2014?

  11. sekiranya tawaran berjaya,adakah masih perlu menghadiri temuduga?

  12. ak pom nk wat rayuan..call diorang x angkat2

  13. Cannot do rayuan, it base on luck maybe too much people got high pointer and apply jpa, exceeding qouta.

  14. macam mana nak buat rayuan untuk jadi 4 tahun, sy ditaja utk tahun 3 dan 4 sahaja, bermaksud 2tahun sahaja. siap2 tahu boleh share ?

  15. saya nak tanya pendapat tentang budak lepasan stpm yang memohon biasiswa untuk ke ijazah luar dan dalam negara..
    orang kata budak lepasan stpm, susah untuk dapatkan biasiswa untuk sambung ijazah berbanding budak diploma.. betul ke? tolong bagi pendapat 🙂 saya xtahu nak sambung tingkatan 6 atau ke diploma…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.