Keputusan e-Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan Setaraf Sesi 2013

Semakan keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) program pengajian lepasan STPM atau setaraf sesi akademik 2013/2014 telah boleh dibuat mulai 13 September 2013 pukul 12.00 tengahari tadi.

Keputusan e-Rayuan UPU

Mereka yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat semakan. Jika menghadapi kesukaran untuk melayari laman web yang berkenaan cuba buat semakan diwaktu lain kerana pada kebiasaannya berlaku kesesakan di awal masa semakan dibuka.

Semakan Keputusan e-Rayuan UPU

Surat Tawaran

  • Mereka yang berjaya dalam rayuan boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran di laman web IPTA berkaitan.

Dasar Pemilihan Rayuan

  • Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.
  • Jabatan Pengajian Tinggi tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam IPTA atau di antara IPTA.
  • Keputusan rayuan adalah muktamad. 

Peringatan

  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU dan semua universiti yang berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Semua pengurusan berpusat adalah melalui BPKP JPT dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767 atau Helpline 03 8870 6777 atau talian am 03 8870 6755 / 6766 atau faks 03 8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan juga boleh dibuat terus ke universiti yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

3 thoughts on “Keputusan e-Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan Setaraf Sesi 2013

  1. Salam..
    pengambilan pelajar bg lepasan dip ada lagi x?
    klau ada, tlg brkan tarikh permohonan atau link..
    sy dah 2 thn duk kat umah..

  2. Salam..
    permohonan kemasukan pelajar lepasan dip ada lagi x?
    klau msh bk utk permohan seterusnya, tlg brkan tarikh atau link..

  3. salan ….
    permohonan kemasukan pelajar lepasan Stpm/setaraf untuk second intake 2013/2014 bila buka permohonannya……??? and bila boleh beli kod pinnya… harap dapat jawapan secepatnya dari admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.