Permohonan Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia 2010

Yayasan TM merupakan sebuah badan amanah yang berdaftar. Ia ditubuhkan oleh Telekom Malaysia Berhad di bawah Surat Ikatan Pemegang Amanah. Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia tahun 2010.

Syarat

  • Terbuka kepada semua pelajar di Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2010 di sekolah bantuan penuh kerajaan.
  • Calon di Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A bagi keputusan peperiksaan UPSR 2009.
  • Calon di Tingkatan 4 mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan PMR 2009.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  • Mempunyai pendapatan kasar sekeluarga tidak melebihi RM 1,500 sebulan.

Biasiswa

Mereka yang berjaya ditawarkan Biasiswa Kecil Yayasan TM akan menerima kemudahan berikut;

  • Elaun poket RM 1,000 setahun bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • Elaun poket RM 1,500 setshun bagi pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
  • Berpeluang menyertai program-program pembangunan yang dianjurkan oleh Yayasan TM.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM.
  • Setelah permohonan dibuat secara online, salinan dokumen berikut dikemukakan;
    • Sijil kelahiran/kad pengenalan.
    • Salinan keputusan UPSR atau PMR 2009.
    • Slip gaji/pengesahan pendapatan ibu dan bapa/penjaga.
    • Salinan kad anggota bagi anak kakitangan Telekom Malaysia.
    • Surat cerai/mati jika berkaitan.
  • Dokumen tersebut perlu dihantar kepada; Sekretariat Pemilihan Biasiswa Kecil, Yayasan TM, Aras 9 Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu 50672 Kualal Lumpur

Tarikh Tutup

  • Permohonan secara online Biasiswa Kecil Yayasan TM ditutup pada 18 Februari 2010.
  • Dokumen yang berkenaan pula perlu sampai sebelum atau pada 26 Februari 2010.
  • Bagi permohonan yang tiada menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Maklumat

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kecil Yayasan TM ini sila menulis kepada;

  • Unit Pentadbiran Biasiswa, Yayasan Telekom Malaysia Aras 9 Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu 50672 Kuala Lumpur

20 thoughts on “Permohonan Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia 2010

  1. assalamualaikum..Saya ingin bertanya boleh kah kalau saya inginkan biasiswa itu sedangkan saya mendapat 4a didalam upsr 2009.Ayah saya memperolehi gaji sebanya 800.Saya ada 3 orang adik-beradik dan semuanya bersekolah..Ayah saya seorang pemandu lori sawit.
    Saya harap tuan dapat pertimbangkan soalan saya ni.Saya harap saya dapat.Insyallaah.

  2. Kenapa pihak tuan tidak membalas mesej saya….????

  3. Ida,
    Salam… Anda boleh cuba memohon tetapi peluang tidak sebaik jika anda mendapat 5A. Anda boleh juga cuba mohon Biasiswa Kecil Persekutuan, sila berhubung dengan guru sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

    Secret,
    Maaf, mesej anda yang mana?

  4. Salam. Sy ingin bertanya mengenai peruntukkan biasiswa untuk pelajar lepasan SPM 2009 bagi meneruskan pengajian ke peringkat yg seterusnya pada sesi 2010. Adakah pihak tuan/puan menyediakannya?

  5. Lin,
    Salam… Pihak Yayasan TM memang ada menawarkan biasiswa untuk lepasan SPM tetapi permohonan untuknya belum dibuka lagi. Maklumat lanjut sila rujuk Maklumat Tawaran Biasiswa Yayasan TM.
    Anda juga mungkin berminat untuk merujuk Program Penajaan JPA 2010 Bagi Lulusan SPM 2009.

  6. salam. saya ingin memohon biasiswa tm bagi pihak adik saya.adik saya sekarang baru memasuki tingkatan 1 di sebuah SBP. kami mempunyai masalah untuk memohon mana-mana biasiwa memandangkan pendapatan bapa kami melebihi syarat yang ditetapkan oleh kebanyakan biasiswa.contohnya, yayasan tm sendiri menetapkan pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM1500.pendapatan bapa saya RM2300 tetapi kami mempunyai keluarga yang besar iaitu seramai 9 orang dan kesemua 7 orang adik beradik saya sudah memasuki asrama.bayangkan, RM2300 untuk menampung perbelanjaan keperluan 7 orang di asrama?untuk mendaftar seorang daripada kami sahaja memerlukan lebih kurang RM1000.jadi saya berharap pihak yayasan tm turut memandang tanggungan anak selain daripada pendapatan ibu bapa.saya juga amat berharap saya mempunyai peluang untuk memohon biasiswa tm bagi adik saya pada tahun ini.terima kasih.

  7. Sakinah,
    Syarat yang ditetapkan adalah sebagai garis panduan sahaja. Oleh itu semasa membuat permohonan anda patut sertakan semua maklumat yang boleh membantu pihak yang menawarkan biasiswa menimbangkan permohonan anda.
    Selain Yayasan TM terdapat juga bantuan dari pihak lain untuk pelajar sekolah, sila hubungi Kaunselor Sekolah untuk maklumat lanjut.

  8. salam,Saya telah pun memohon untuk mendapatkan biasiswa pelajar tingkatan 4 tetapi keputusan masih belum di keluarkan sama ada saya layak mendapat atau pun tidak.Harap pihak tuan beri jawapan

  9. SALAM. saya dah dapat biasiswa ni untuk tahun 2010. tapi, saya mesti apply lagi ke untuk tahun depan?

  10. salam..
    sy seorang anak pekerja TM cawangan Rasah N. Sembilan.
    tahun lepas saya telah menduduki PMR 2009 dan telah mendapat 9A dalam peperiksaan tersebut.
    ayah saya telah memohon biasiswa tersebut untuk saya pada tarikh 25/1/2010 tetapi sehingga sekarang saya tidak perolehi sebarang jawapan daripada pihak tuan. adakah keputusan saya tidak layak untuk peroleh biasiswa daripada pihak tuan atau pun saya terlepas pandang untuk mengikuti maklumat seterusnya? hal ini kerana saya telah bersekolah di sekolah berasrama penuh Kolej Islam Sultan Alam Shah.. dan jarang pulang ke rumah..
    saya harap pihak tuan dapat jelaskan kepada saya kenapa saya tidak menerima sebarang jawapan tentang semakan tawaran biasiswa tersebut.. dan saya telah cuba untuk mencari semakan tawaran biasiswa itu tetepi tidak jumpa..
    terima kasih sekiranya pihak tuan dapat membalas komen saya ini.

  11. salam..saya sekarang sdg mlnjutkn pljran ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan di UUM..adakah saya layak untuk membuat permohonan biasiswa TM…krn sebagaiman yg sy da baca permohonan hanya untuk mereka yag baru sahaj ingin melanjutkan pljrn,,tq

  12. salam, saya pelajar tingkatan 4, mendapat 9A dalam pmr 2010. bolehkah saya memohon biasiswa kecil tm ? bapa saya seorang pesara dan tidak bekerja lagi manakala ibu saya berpendapatan bersih sebanyak RM 1,670.00.saya mempunyai empat orang adik beradik dan keempat2nya masih belajar lagi.

  13. salam..kenape saye na mohon biasiswa TM tu xlepas..??bile saye isi borg tu online..

    dea asyik tulis error je..tapi masalahnye saye salah tuils kt mane..??cakap laa..>!!!<

    buadd penat saye isi je..

  14. salam. saya pelajar semester 2 di UTM KL, dan say berminat untuk memohon biasiswa TM memandangkan keputusan semester 1 saya memberansangkan. bolehkah saya tahu laman web di mana saya boleh memohon biasiswa ini?

  15. assalamualaikum…saya memohon untuk thun ini…
    tahun lpas i have get 9a….
    lepas itu,saya memohon biasisiwa ini…tpi sampai sekarang saya masih tidak mndapat ap-apa berita…macam mana ni….?????

  16. salam 1 malaysia. anak saudara saya telah memohon biasiswa kecil tm. dia belajar ting 1 dan mdpt 5A. soalannya. bagauimana hendak semak adakah anak saudara saya dapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.