Permohonan Biasiswa Sukan KPT 2011

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh KPT dan Majlis Sukan Negara (MSN) serta sudah mendapat tempat di institut pengajian tinggi (IPT) untuk memohon Biasiswa Sukan KPT.

Biasiswa Sukan KPTBiasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.

Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Dr. Falsafah;
  3. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Lanjutan dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
  4. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
    • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
    • Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.
  5. Masih dan bergiat aktif sebagai atlet dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Calon-calon yang telah berjaya dalam pemilihan Biasiswa Sukan ini akan dikategorikan seperti berikut:
    • Kategori 1 – Atlet Elit Antarabangsa
    • Kategori 2 – Atlet Senior/Junior Antarabangsa
    • Kategori 3 – Atlet Kebangsaan
    • Kategori 4 – Atlet IPT/Negeri

Jumlah Penajaan

Elaun dan kemudahan yang akan diterima oleh penerima Biasiswa Sukan KPT adalah:

  1. Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.
  2. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
  3. Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan;
    1. Kategori 1 RM 1000 sebulan
    2. Kategori 2 RM 500 sebulan
    3. Kategori 3 RM 250 sebulan
  4. Elaun Peralatan Sukan RM1000 setahun.

Tempoh Penajaan

Tempoh maksimum penajaan bagi setiap peringkat pengajian adalah;

  • Diploma 5 tahun
  • Ijazah 6 tahun
  • Sarjana 4 tahun
  • PhD 6 tahun

Permohonan

  1. Permohona boleh dibuat di Permohonan Biasiwa Sukan KPT 2011.
  2. Tawaran hanya dibuka sekali setahun.
  3. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja.
  4. Setiap pemohon hanya layak membuat satu permohonan. Pemohon boleh membuat kemaskini sehingga tarikh tutup permohonan
  5. Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.

Temuduga

  1. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 12 – 18 September 2011 (tertakluk kepada pindaan).
  2. Pemohon yang layak ke panggilan temuduga sahaja perlu membawa bersama dua salinan cetakan permohonan yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN dari Pusat Sukan IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.

Tarikh Tutup

Permohonan Biasiswa Sukan KPT ini akan ditutup pada 19 Ogos 2011.

Pertanyaan

  1. Sila rujuk laman web Biasiswa Sukan KPT untuk maklumat lanjut.
  2. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
    • BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
      ARAS 2, NO 2, JALAN P5/6,
      PRESINT 5,
      62200 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
      (u.p. : Encik Azwan / Encik Tony / Encik Khuzaimi)
      TEL : 03-8870 4794 / 4779 / 6143
      FAKS : 03-89394303
      Emel : [email protected] / [email protected] / [email protected]

One thought on “Permohonan Biasiswa Sukan KPT 2011

  1. NOR ZURAIHAN ISMAIL says:

    assalamualaikum.saya ibu kepada seorang atlit sukan bola tampar yang masih lagi aktif dalam bidang sukan bola tampar ke peringkat kebangsaan seperti SUKMA (3KALI),PRASUKMA (2KALI) dan SUKPT(1 KALI) SUKAN-SUKAN ANTARA UNIVERSITI DALAM /LUAR NEGERA pernah memohon untuk biasiswa suka pada tahun 2013 tapi tidak dapat untuk ketemuduga.anak saya ingin memohon lagi boleh ke dan bagaimana.sekiranya pemohonan ini telah dibuka bilakah tarikh tutupnya dan bagaimana untuk memohon secara online atau manual.Anak saya mewakili wilayah persekutuan kuala lumpur yang sekarang menuntut di USM KUBANG KERIAN KELANTAN dalam bidang sains sukan /kesihatan.Anak saya sentiasa menyertai mana-mana pertandingan terbuka yang dianjurkan oleh mana-mana anjuran terutamana anjuran MSN.Anak saya juga bermain hoki untuk mewakili USM .saya mengharap sangat anak saya mendapat biasiswa sukan ini memandangkan keperluan dia dan kos sara hidup pelajar yang masih aktif dengan sukan.Segala keperluan sukan dan kos perjalan dia berulak alik dari kelantan ke pulau pinang atau ke kuala lumpur amat tinggi..Ayahnya hanya berkerja sendiri yang berpendapatan rendah dan saya adalah guru sekolah rendah bekerja di Kuala Lumpur dengan kos yang tinggi.Harapan saya agar anak saya dapat biasiswa sukan ini. memenadang minat anak saya terhadap sukan.adik-adiknya seramai 3 orang semua bergiat dalam sukan yang sama juga. tapi tidak belajar di KPT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.