29 Comments

ad Said,
September 3rd, 2009 @3:34 pm  

SALAM nilam.
saya telah membuat prmohonan untuk di atas.
tapi,saya jadi musykil.
takpe ke kalau saya dah buat permohonan untuk uitm sebelum nie,dan skrg saya memohon untuk institut pendidikan mara plak?

September 4th, 2009 @12:24 am  

well utk ad.xpe.nanti dy akan pertimbangkan mane yang layak.kalo da dpt uitm.mara tu xdpt la..tp ape2 ttap leh rayuan kan.hehe
ak dah lalu sume tu.skng ni ak da uni da.ape2 tanye jelaa

ad Said,
September 4th, 2009 @2:54 am  

Thx one piece.
Alamak,makna nya permohonan Uitm saya kena reject la?
Ruginye! Saya saje je isi institut pendidikan mara nie tadi.
Cam mne nie? :(

nilam Said,
September 4th, 2009 @9:02 am  

Ad,
Tidak kena kena reject tetapi kedua-duanya akan dipertimbangkan. Maknanya anda mempunyai dua peluang iaitu samada dapat UiTM atau IPMa, jadi lebih daripada ada satu peluang sahaja.

One Piece,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di sini.

ira Said,
September 4th, 2009 @1:21 pm  

macam name nak mohon kktm,,saya tak tahu ..bls pertayaan saya

ad Said,
September 4th, 2009 @1:46 pm  

Maafkan saya. Saya masih kurang faham nie.

Sebagai contoh, jika permohonan saya ke GMI diterima,adakah permohonan UiTM saya secara automatik akan di tolak?

Atau pun saya mempunyai peluang untuk menerima kedua-dua tawaran daripada pihak UiTM dan pihak GMI dalam satu masa?

nilam Said,
September 5th, 2009 @6:12 am  

Ira,
Anda boleh memohon secara online melalui Permohonan Online ATAU datang sendiri ke Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) untuk mengisi borang permohonan.

Ad,
Memandangkan kedua-dua permohonan diproses oleh pihak MARA tetapi oleh institusi yang berbeza, ada kemungkinan anda akan menerima hanya satu tawaran. Walaupun begitu ada kemungkinan juga anda akan menerima dua tawaran jika kedua-dua institusi ini tidak berkongsi maklumat permohonan.

Bagi mendapatkan kepastian yang jelas, saya cadangkan anda berhubung dengan kedua-dua pihak. Sementara itu jika ada pembaca lain yang ada pengalaman yang sama, bolehlah kongsinya di sini untuk panduan bersama.

ad Said,
September 5th, 2009 @1:32 pm  

please someone yang tahu?
sebab sekarang weekends. dah call pun diorang tak angkat.
Hrm,macam bawak masalah je isi benda nie.
Apsal la tangan ni gatal nak isi padahal saya target Uitm.

nilam Said,
September 8th, 2009 @10:14 am  

Ad,
Cuba hubungi mereka lagi.
Saya rasa tidak mendatangkan masalah kerana sekarang anda mempunyai kemungkinan samada mendapat tawaran UiTM atau GMI. Lagipun pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi ini.

ad Said,
September 8th, 2009 @10:29 am  

TERIMA KASIH, NILAM.
Saya telah mendapat email daripada pihak GMI. Berikut isi kandungnya:
>>
Terima kasih kerana berminat dengan GMI.
Untuk pengetahuan anda, UiTM ialah sebuah IPTA dan IPMa pula didaftarkan sebagai IPTS. GMI ialah salah sebuah IPMa.
Persamaan yang ada antara keduanya ialah nama MARA sahaja tetapi sebenarnya kami merupakan dua entity berbeza.
Ya, jika anda memohon untuk UiTM dan IPMa, bermakna ada kemungkinan anda akan mendapat tawaran dari kedua-dua IPT.

Terima kasih,

MOHD FAIRUDZ HAMDAN
Admission & Record Officer (Sr.)
Administration, Finance & Student Affairs Dept.

German-Malaysian Institute (GMI)

-Dan ini pula email daripada pihak Unit Pusat Institut Mara(UPIM):
>>
Perkara di atas adalah dirujuk

Untuk makluman UiTM tiada kaitan dengan IPMa jadi tiada
masalah permohonan yang telah dibuat oleh anda.

Kemungkinan anda akan dapat dua tawaran jika berjaya.

–Terima Kasih banyak-banyak kepada Nilam. ^^

nilam Said,
September 9th, 2009 @8:00 am  

Ad,
Sama-sama…. Gembira kerana masalah anda sudah selesai. Semoga anda akan berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

suhLD16 Said,
September 15th, 2009 @3:42 pm  

saya suda mendapat tindak balasn dari ikm kota kinabalu bahawa saya telah menggu 2 bulan untk mndapatkan surat tawaran dari ikm kota kinbalu pada 3 nov 2009,takut2 kalau tawaran saya terbatal tmpah sbab yang berikut…

suhLD16 Said,
September 15th, 2009 @3:44 pm  

adakaah saya mendapat twaran berikut

nilam Said,
September 15th, 2009 @11:26 pm  

SuhLD16,
Saya kurang memahami pertanyaan anda, walaupun begitu jika anda telah mendapat pengesahan akan mendapat surat tawaran, rasanya tiada apa yang perlu dirisaukan cuma anda perlu tunggu sahaja.

myra Said,
October 2nd, 2009 @10:45 am  

sya keliru..untuk memohon kktm sy perlu mengisi borong di UPIM ke?kalau isi borang di UPIM,knapa kos reka bentuk fesyen yang sya nak tak tersenarai??tolong bantu…

nilam Said,
October 2nd, 2009 @11:23 am  

Myra,
Benar, cuma klik di Permohonan Online dan seterusnya pilih Kolej Kemahiran Tinggi MARA.
Kursus Rekabentuk Fesyen ada di bawah Jabatan Seni & Rekabentuk, sila rujuk Maklumat Program KKTM.

myra Said,
October 2nd, 2009 @4:37 pm  

tp saya dah ambil borong kktm dan hantar ke pejabat mara..boleh ke kalau sy nak aply lagi secara online?

nilam Said,
October 6th, 2009 @12:52 pm  

Myra,
Tidak boleh kerana pemohon hanya boleh membuat permohonan dengan satu cara sahaja.

azmira Said,
November 9th, 2009 @2:14 pm  

nk tnyer skit..bila keputsan kmasukan ke kktm intake januari?brpa hri bulan ek?

nilam Said,
November 10th, 2009 @9:20 am  

Amira,
Buat masa ini belum ada maklumat mengenainya. Lagipun tarikh tutup telah dilanjutkan lagi sehingga 15 Disember depan.

Fairus Said,
December 8th, 2009 @7:14 pm  

akum, saya nak mohon untuk KKTM dalam bidang Interior Design. Tapi masa nk isi borang kemasukan KKTM on9 tu, xde pown diploma ID ? mcm mane saya nk mohon ?
blh tlg bantu secepat mungkin ?

dila Said,
December 15th, 2009 @12:24 pm  

asmekom…
mcam mne sy nk apply masuk kolej polytech mara bg bidang diploma computer system and networking? tp sy nk smbg dip je,sbb skrg sy dh ade sijil tahap 3… dan berapa yuran yang perlu dibayar???

yana_kedah Said,
December 17th, 2009 @10:15 pm  

ala,bru sya bru je tgk permohonan hari nie…(17 desember2009)lewat 2hari je tarikh ttp….
rugi nye x cari awl2……
nk smbg stdy………………..!!!!
ingt n smbg diploma senibina…
sijil 1&2 dah de,tp terlepas lak permohonan ke institut pendidikan mara nie…
aduh……

nilam Said,
December 21st, 2009 @1:15 pm  

Fairus,
Salam… Ada kemungkinan bidang tersebut tidak ada pengambilan bagi sesi Januari. Cuba semak semasa sesi pengambilan Julai pula.

Dila,
Salam… Anda boleh membuat permohonan secara online atau datang sendiri ke kolej yang berkenaan. Yuran pengajiannya adalah RM16,380 tetapi anda boleh memohon tajaan MARA jika layak.

Yana Kedah,
Saya difahamkan permohonan secara online telah ditutup tetapi permohonan secara terus masih dibuka di UPIM, Bhg.Pendidikan Tinggi MARA, Ibu Pejabat MARA, Bhg.Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA, Ibu Pejabat MARA, Kolej-kolej Profesional MARA dan German Malaysian Institute. Sila datang sendiri dan bertanya jika ada kekosongan dan nyatakan hasrat anda untuk belajar di situ. Jika tidak ada lagi tempat, anda boleh cuba di pengambilan yang berikutnya.

nur izyan bt jamal Said,
January 25th, 2010 @8:13 am  

mcm mne nk mohon kktm?

afiq Said,
February 8th, 2010 @2:52 pm  

dkt johor…
dimana tmpt rujukkan tok sy mengambil borang permohonan ipMA

fieya azeez Said,
March 17th, 2010 @2:33 pm  

salam…sy nk ty..camne nk online upim for nex intake?sy da try bkak tp no result..actualy my frenz y nk msuk,emmm…ble ye boleh isi borg for nex intke?n blan bpe intke for 2010…?sy nk tlg kwn sy..

fieya azeez Said,
March 17th, 2010 @2:36 pm  

sy nk ty bile nex intke for 2010..?

nilam Said,
March 17th, 2010 @4:15 pm  

Nur Izyan,
Anda boleh memohon melalui laman web http://online.mara.gov.my/upimonline/

Afiq,
Anda boleh memohon secara online di http://online.mara.gov.my/upimonline/

Fieya Azeez,
Salam… permohonan secara online telah dibuka sekarang di laman web http://online.mara.gov.my/upimonline/ Permohonan akan ditutup pada 15 April 2010 nanti.

Random Post

Leave Your Comments Below

Please Note: All comments will be hand modified by our authors so any unsuitable comments will be removed and you comments will be appreared after approved

Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.