Permohonan Ke Politeknik KPT Sesi Julai 2009

TERKINI :

Permohonan kemasukan ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi Sesi Julai 2009 telah dibuka dan boleh dibuat secara online bagi kategori berikut:

  • Lulusan SPM dan setaraf.
  • Lulusan Sijil Politeknik KPT
  • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
  • Lulusan Diploma Politeknik KPT

Iklan

Iklan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2009 akan disiarkan mulai 15 Mac 2009 (Ahad) di akhbar berikut;

Mingguan Malaysia
Berita Minggu
Metro Ahad
Borneo Post (Sabah dan Sarawak)
Daily Express (Sabah)
Sin Chew Jit Poh
Tamil Nesan
The Star

Cara Memohon

  • Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2009 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian(on-line) dengan melayari laman web;
    http://www.politeknik.edu.my
  • Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00;
    – Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam digit sebelum meninggalkan kaunter BSN.
    – Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Julai 2009 dan Sesi Januari 2010 sahaja.
    – Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang dan terlupa.
  • Pemohon berkeperluan khas (masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM. Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2009 ditutup pada 17 April 2009 (Khamis).

Sila rujuk laman web Politeknik KPT untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi borang permohonan.

20 thoughts on “Permohonan Ke Politeknik KPT Sesi Julai 2009

  1. i want to know about when the new session apply to Politeknik for student after SPM? please let me know as soon as possible by sending me an email.. thanks a lot..

  2. Chelia,
    Biasanya untuk pengambilan sesi Januari, permohonan akan dibuka mulai pertengahan bulan Mei dan ditutup pada pertengahan Ogos.

  3. i just wana know when is the next intake after july?

  4. AnnLee,
    Pengambilan berikutnya adalah untuk sesi Januari dan bagi tahun ini permohonan dijangka akan dibuka pada buka Julai ini

  5. betul ke politeknik setaraf dengan IPTA???
    sy dgr kbabar…..
    pe bagus nye ea politeknik ni..

  6. Fizy91,
    Sila rujuk Kenapa Politeknik Jadi Pilihan untuk maklumat lanjut.

  7. bila permohonan utk kemasukan jan 2010 dibuka utk kesemua intistut..poloteknik,universiti dan MARA

  8. Radz969,
    Tarikhnya berbeza-beza tetapi biasanya di dalam bulan Ogos dan September.

  9. bolh x sy buat permohonan pinjaman mara…
    untuk pengajian saya di politeknik nanti??

  10. Fira,
    Saya tidak pasti pula dengan MARA tetapi anda memang boleh memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Negeri dan penaja-penaja lain.
    Sila hubungi MARA di talian 03-26915111 samb 1719/ 1732 untuk kepastian.

  11. saya masih dalam pengajian di ipta. tapi ingin memohon untuk ke politeknik. adakah saya perlu berhenti belajar baru memohon atau boleh memohon walaupun masih dalam pengajian?

  12. Pert,
    Saya rasa tiada halangan untuk anda memohon walaupun masih sedang belajar di IPTA.

  13. terima kasih. saya cuma keliru. sebab kauselor saya yang cakap cam2. tp ok la. skg dah tau. hehe.. tq lagi skali. 🙂

  14. Pert,
    Sama2.

  15. ble borang kktm,politeknik dan ipta buke yg 2intake punye?

  16. Irin,
    Tarikhnya berbeza-beza tetapi biasanya di dalam bulan Ogos dan September.

  17. tak dapat masok laman web politeknik lah…. ada cara lain tak nak dapat borang persetujuan??
    takot tak sempat antar….

  18. Mia,
    Sekarang memang laman web Politeknik tidak boleh dilayari. Cuba hubungi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03 8939 4000 atau faks 03 8939 4045 atau E-mel: webjppkk@politeknik.edu.my untuk bantuan.

  19. cam ane nk mohon blek kemasukan poli nie?