Permohonan Ke Politeknik KPT Sesi Julai 2009

TERKINI :

Permohonan kemasukan ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi Sesi Julai 2009 telah dibuka dan boleh dibuat secara online bagi kategori berikut:

  • Lulusan SPM dan setaraf.
  • Lulusan Sijil Politeknik KPT
  • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
  • Lulusan Diploma Politeknik KPT

Iklan

Iklan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2009 akan disiarkan mulai 15 Mac 2009 (Ahad) di akhbar berikut;

Mingguan Malaysia
Berita Minggu
Metro Ahad
Borneo Post (Sabah dan Sarawak)
Daily Express (Sabah)
Sin Chew Jit Poh
Tamil Nesan
The Star

Cara Memohon

  • Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2009 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian(on-line) dengan melayari laman web;
    http://www.politeknik.edu.my
  • Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00;
    - Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam digit sebelum meninggalkan kaunter BSN.
    - Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Julai 2009 dan Sesi Januari 2010 sahaja.
    - Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang dan terlupa.
  • Pemohon berkeperluan khas (masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM. Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2009 ditutup pada 17 April 2009 (Khamis).

Sila rujuk laman web Politeknik KPT untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi borang permohonan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
20 Comments Post a Comment
  1. cheila says:

    i want to know about when the new session apply to Politeknik for student after SPM? please let me know as soon as possible by sending me an email.. thanks a lot..

  2. nilam says:

    Chelia,
    Biasanya untuk pengambilan sesi Januari, permohonan akan dibuka mulai pertengahan bulan Mei dan ditutup pada pertengahan Ogos.

  3. annLee says:

    i just wana know when is the next intake after july?

  4. nilam says:

    AnnLee,
    Pengambilan berikutnya adalah untuk sesi Januari dan bagi tahun ini permohonan dijangka akan dibuka pada buka Julai ini

  5. fIZY91 says:

    betul ke politeknik setaraf dengan IPTA???
    sy dgr kbabar…..
    pe bagus nye ea politeknik ni..

  6. nilam says:

    Fizy91,
    Sila rujuk Kenapa Politeknik Jadi Pilihan untuk maklumat lanjut.

  7. radz969 says:

    bila permohonan utk kemasukan jan 2010 dibuka utk kesemua intistut..poloteknik,universiti dan MARA

  8. nilam says:

    Radz969,
    Tarikhnya berbeza-beza tetapi biasanya di dalam bulan Ogos dan September.

  9. fira says:

    bolh x sy buat permohonan pinjaman mara…
    untuk pengajian saya di politeknik nanti??

  10. nilam says:

    Fira,
    Saya tidak pasti pula dengan MARA tetapi anda memang boleh memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Negeri dan penaja-penaja lain.
    Sila hubungi MARA di talian 03-26915111 samb 1719/ 1732 untuk kepastian.

  11. Pert says:

    saya masih dalam pengajian di ipta. tapi ingin memohon untuk ke politeknik. adakah saya perlu berhenti belajar baru memohon atau boleh memohon walaupun masih dalam pengajian?

  12. nilam says:

    Pert,
    Saya rasa tiada halangan untuk anda memohon walaupun masih sedang belajar di IPTA.

  13. Pert says:

    terima kasih. saya cuma keliru. sebab kauselor saya yang cakap cam2. tp ok la. skg dah tau. hehe.. tq lagi skali. :)

  14. nilam says:

    Pert,
    Sama2.

  15. irin says:

    ble borang kktm,politeknik dan ipta buke yg 2intake punye?

  16. nilam says:

    Irin,
    Tarikhnya berbeza-beza tetapi biasanya di dalam bulan Ogos dan September.

  17. MIA says:

    tak dapat masok laman web politeknik lah…. ada cara lain tak nak dapat borang persetujuan??
    takot tak sempat antar….

  18. nilam says:

    Mia,
    Sekarang memang laman web Politeknik tidak boleh dilayari. Cuba hubungi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03 8939 4000 atau faks 03 8939 4045 atau E-mel: webjppkk@politeknik.edu.my untuk bantuan.

  19. aziemah says:

    cam ane nk mohon blek kemasukan poli nie?

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.