Permohonan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Politeknik 2013

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Politeknik KPM bagi sesi September 2013.

Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik ini dibuka kepada lepasan Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik yang berkenaan.

Senarai Program

Senarai program yang ditawarkan adalah;

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa

Permohonan Ijazah Sarjana Muda Politeknik

Syarat Am Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Malaysia di peringkat SPM/ Setaraf
  • Lulus Diploma Lanjutan atau Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Malaysian University English Test (MUET) Band 1.

Syarat Khas Program

Sila rujuk Maklumat Penawaran Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2013.

Cara Permohonan

  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon perlu membeli nombor unik ID berharga RM10.60 di BSN sebelum mengisi borang permohonan.
  • Borang Permohonan Ijzah Sarjana Muda  Politeknik 2013.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi September 2013 ini akan ditutup pada 30 Julai 2013.

Keputusan Permohonan

Semakan status permohonan Program Ijazah Muda Politeknik 2013 boleh dibuat pada 2 Ogos 2013.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Politeknik KPT.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Ijazah Sarjana Muda Politeknik ini boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03-8891 9240 Faks : 03-8891 9319

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.