Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2013

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Jun 2013.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan.

Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT, lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA, lulusan Matrikulasi KPM dan lulusan Institut Pertanian Malaysia.

Permohonan Politeknik

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :

  1. Politeknik Premier Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.
  2. Politeknik Konvensional Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
  3. Politeknik METrO Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

Senarai Program & Syarat Permohonan

Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon;

Cara Permohonan

Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 2 kategori.

Permohonan Melalui UPU

Permohonan Melalui Politeknik

  • Permohonan terus ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Institut Pertanian Malaysia
    • Lulusan Institut Kemahiran Tinggi PERDA
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Kolej Matrikulasi KPM
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Sila rujuk laman web Politeknik.
  • Borang Permohonan Melalui Politeknik.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Jun 2013 akan ditutup seperti berikut:

  • Untuk lulusan Diploma Politeknik pada 31 Mac 2013.
  • Untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT, lulusan Institut Pertanian Malaysia, lulusan Institut Kemahiran Tinggi PERDA dan lulusan Kolej Matrikulasi KPM pada 15 April 2013.

Maklumat

  • Sila rujuk iklan permohonan Politeknik Sesi Jun 2013.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Disember 2012 dan Julai 2012 sebagai panduan.
  • Pemohon juga digalakkan datang ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 untuk bertanya dengan wakil dari Politeknik berkenaan kursus yang diminati.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melaui UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8870 6767 atau Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : [email protected] atau layari laman web UPU.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melalui Politeknik boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03-8891 9240 Faks : 03-8891 9319 atau e-mel : [email protected] atau layari laman web Politeknik.

12 thoughts on “Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2013

  1. Kalau saya dah mohon untuk IPTA. Boleh ke beli lagi pin UPU untuk mohon Poli pulak? :

  2. iyqa hazani says:

    mcm mne nk isi poli ngn ipta?

  3. atikah tkah says:

    kluw sya dh mohon ipta/politknik premier,boleh x saya nk mhon politknik metro/ilka plak tp mgnakan no pin bsn yg sama????

  4. klau nak isi permohonan ke politeknik mcm mane ………..TQ

  5. klu dah isi melalui on line,pin no tu plak hilang.mcm mana ?

  6. Nurul Shakirah binti jafri says:

    ASSALAMMUALAIKUM,BOLEH SAYA TAHU BILA PENGAMBILAN KEMASUKKAN KE POLITEKNIK PANGGILAN KEDUA

    SEBAB SAYA SUDAH TERLEPAS UNTUK PANGGILAN YANG PERTAMA

    BAGAIMANA YA

  7. A-rif Zainul says:

    ASSALAMUALAIKUM,BOLEH SAYA TAHU PENGAMBILAN KEMASUKKAN KE POLITEKNIK..

    BOLEH TUNJUKKAN CARA KEMASUKKAN POLITIKNIK

  8. thanasiri says:

    Boleh tak kalau saya nak tukar course yang saya suka

  9. boleh ka lgi mohon msuk walau pun sudah ttup prmhonan .

  10. saya nk apply .
    ada sesapa blh tlg mcm mana nak mohon kemasukan walau pun sudah tutup .
    ini num saya 018-8707152

    dalia

  11. nor hakimah aqila says:

    bila tarikh permohonan politeknik bagi sesi september??
    dan boleh tunjukan cara bagaimana hendak memohon politeknik

  12. hye 🙂 bila tarik terakhir utk memohon Politeknik sesi Disember 2013 ? tlg reply asap ya .
    Thanks .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>