Petronas mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai program latihan di dalam bidang teknologi petroleum yang akan dijalankan di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu.
Industri minyak dan gas terus mengalami perkembangan yang pesat di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya memerlukan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan mahir di dalam bidang operasi dan penyelenggaraan.
Program
- PTP-1 Program Teknologi Petrolium – Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran.
- Program ini mengambil masa 1 tahun termasuk latihan industri.
Syarat Memohon
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Diploma Kejuruteraan yang berkaitan/ sesuai dengan program ini antaranya adalah Kimia, Mekanikal, Elektrikal, Elektronik, Elektrikal, Elektronik dan Mekatronik
- Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1hb Januari 2012.
- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
DAN
Mempunyai kelayakan minimum SPM/SPMV seperti berikut:
- Kepujian dalam Matematik Moden atau Matematik Tambahan.
- Kepujian dalam salah satu mata pelajaran berikut: Kimia, Fizik, Biologi, Sains, Sains Tambahan atau mata pelajaran teknologi yang berkaitan.
- Lulus dalam Bahasa Malaysia/Melayu.
- Lulus dalam Bahasa Inggeris.
Cara Memohon
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Pemohonan PTP-1 Ambilan Julai 2012.
- Setiap permohonan dikenakan yuran proses (tidak dikembalikan) sebanyak RM10.00 dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD” melalui CIMB Bank Berhad – No. Akaun: 13020021371054.
- Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
- Anda dinasihatkan untuk menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran sebelum membuat permohonan secara online.
- Pemohon perlu memilih menu Pendaftaran Baru yang terdapat di bahagian kiri laman web untuk pertama kali membuat permohonan.
- Pemohon wajib melengkapkan kesemua maklumat di ruangan yang berkaitan.
- Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki, sekiranya maklumat yang diisi tidak lengkap, pemohon tidak boleh ke langkah seterusnya.
- Permohonan tidak akan diterima selagi butang "Hantar" tidak diklik.
- Sebarang permohonan pertukaran maklumat tidak akan dipertimbangkan selepas permohonan telah dihantar. Anda dinasihatkan supaya membuat proses kemaskini dengan teliti.
Tarikh Tutup
- Pemohonan PTP-1 Ambilan Julai 2012 ini akan ditutup pada 26 Apr 2012, jam 5.00 petang.
- Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut di atas tidak akan diproses.
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Temuduga dan Ujian Bertulis
- Keputusan pemilihan bagi mengikuti Sesi Temuduga dan Ujian Bertulis akan diumumkan secara online di laman web Pemohonan PTP-1 Ambilan Julai 2012.
- Semakan keputusan dijangka akan boleh dibuat pada 6 Mei 2012.
- Hanya pemohon yang berjaya disenarai-pendek akan dihubungi.
- Keputusan pemilihan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.
Maklumat
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:
- Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (T4P3003)
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu
Tel: 09-668 6134/6135/6150 (Ahad – Khamis, 9 pagi – 4 petang)
Faks: 09-668 6130
E-mel: instep@petronas.com.my
terbaik la… memang ditunggu2 tawaran ni.. hehe
[…] Sumber: eputra […]
[…] Sumber: eputra […]
lepasan spm 2011 bboleh apply ka ?
[…] Sumber: eputra […]
bleyh tak mohon lagi skarang ni ??
pergi kat sana , pergi kat pejabat pengambilan pelajar untuk memohon kemasukan julai ???
diploma dari politeknik boleh apply juga ke???
dipl0ma kejuruteraan awam bley x??
bile die bukak balik permohonan lagy ek? Telambat lak…
Bile die bukak application agy ek?
assalam..saya nak bertanya,, syarat pointer bagi lepasan diploma IPTA berapa ye ?
http://www.instep-online.my/Applicant/Announcemen…
if ader saudara mara or kawan2 nk apply instep
tawaran buka sampai 4 Nov – 15hb Nov je
Syarat2 ader dlm web tuh~
intake untuk 2013 bile bukak ?
hujung tahun ne ada lg
hujung tahun ini, dalam bulan berapa ?
http://www.instep-online.my/Applicant/Announcemen…
if ader saudara mara or kawan2 nk apply instep
tawaran buka sampai 4 Nov – 15hb Nov 2013
Bile bukak lg permohonan INSTEP
bila kemasukan unt 2013???SY BUDAK Diploma elektronik..tamat belajar hujung tahun 2012…
apply now.. .www.instep-online.my
apply instep now at http://www.instep-online.my
mmg cnfirm blh keja ke..
kira ok lah
aq nk apply la bila dh hbis bljr….mekanikal eng blh kan?
aku da intrview…nak tawu bile result kluar utk januari 2013
INTAKE JULAI 2013 BILA?
bila intake 2013? saya tamat belajar dalam bulan 4.2013 ini ,…
intake julai bila buka ??
salam semua..sy bru tamat diploma civil engineering.boleh kah saya memohon dan apakah bidang yang sesuai??dengar khabar,proses dan pengeluaran boleh diterima….berkenaan pendaftaran online,adakah pendaftaran perlu di dibuat balik sekiranya tarikh permohonan dibuka balik???sekian harap balas…trime kasih
jika saya mempunyai diploma pengurusan perkapalan boleh kah saya menyertai INSTEP ?
instep ada permohonan intake kedua tak??
sbb sy dah abis bljr dah..tp result tak dapat lagi..result dapat selapas tarikh tutup permohonan..
macam mana tu???
instep ada permohonan intake kedua tak??
nak tanya anak buah saya ada apply kat instep dan beliau dah lulus temuduga dan dah buat ujian kesihatan .tapi sampai sekarang dia masih belum terima surat tawaran dari instep untuk ambilan januar 2015