Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Diploma & Setaraf Sesi Akademik 2012 / 2013

Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan Diploma & Setaraf

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan September 2012 bagi program pengajian lepasan Diploma dan setaraf telah dibuka mulai 9 Januari 2012. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPTA.

Permohonan Melalui UPU

KATEGORI

Permohonan ke IPTA bagi lepasan Diploma dan setaraf terbahagi kepada 2 kategori iaitu;

  • Kategori E

    Pemohon yang menggunakan kelayakan Diploma & setaraf Aliran Sastera.

  • Kategori F

    Pemohon yang menggunakan kelayakan Diploma & setaraf Aliran Sains.

Mereka yang perlu memohon di bawah Lepasan Diploma dan setaraf ini adalah:

  1. Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS.
  2. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2010 atau sebelumnya.
  3. Lulusan Matrikulasi tahun 2010 dan sebelumnya.
  4. Lulusan STAM tahun 2009 dan sebelumnya.
  5. Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar
  6. Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran
  7. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

PROGRAM PENGAJIAN

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.

PERMOHONAN

PERMOHONAN LAIN

Sila rujuk juga permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 2 April 2012.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Nombor Unik ID yang dibeli sebelum 7 November 2011 adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM15.60 atau hubungi UPU di 03-8870 6755/ 6766/ 6767/ 6777 untuk mendapatkan nombor yang baru secara percuma. Sila rujuk Makluman UPU.
  • Contoh Slip BSN.

UPU DAN USM

Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi lepasan Diploma dan setaraf melibatkan 19 IPTA yang ada pengambilan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda kecuali Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012/2013. Walaupun begitu bagi program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM, permohonan perlu dibuat melalui UPU.

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi lepasan Diploma dan setaraf ini akan ditutup pada 2 April 2012.

MAKLUMAT DAN PERTANYAAN

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Kunjungi juga Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan Diploma dan setaraf Sesi Akademik 2012/2013 sila hubungi:Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 62200 WP Putrajaya.Hotline UPU: 03 8870 6767 atau Helpline UPU: 03 8870 6777

    Talian Am: 03 8870 6755/6766

    Kaunter: 03 8870 6778

    Faks: 03-8870 6864

    E-mel: upu@mohe.gov.my

  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

29 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Diploma & Setaraf Sesi Akademik 2012 / 2013

  1. hamba mengharap says:

    salam, sy ingin memohon bagi kemasukan ke ipta lepasa diploma tp sy belum mengambil MUET. sy akan mengambiL MUET pd bula Julai nty. adakah sy boleh memohon atau tidak ?

  2. nk tanya..sekarang final semester iaitu sem 6…jai cmne nk mohon upu???saya dari kolej kerjasama UTM/IKIP kolej???dan ada keputusan sehingga semester 5 aje??boleh ke saya memohon upu???sebab exam bulan 4 ini..terima kasih..

    • rasanya Raider tak boleh mohon melalui UPU skrg tapi cuba check dgn UTM samada mrk ada buka permohonan utk pelajar semestar akhir seperti yang ada di UiTM

  3. saya nak tnye saya lepasan asasi undang2 uitm kedah,utk mohon upu saye perlu mohon melalui lepasan diploma setaraf atau menerusi lepasan matrikulasi/pasum/asasi?.sebab senior saye kate kami lepasan asasi uitm kdah x boleh mhon under lepasan matrikulasi setaraf sb kami bukan undr kptm..mcam mane eak?tolong balas dgn segere…mohon sangat..trimas

  4. Saya dlm final sem iaitu sem6 dalam program Dip in Pharmacy diipts. Blh saya mohan ipta untuk melanjutkan ketahap degree. Berapa lamakah penggajian itu?

    tkasih.

  5. Salam, saya nak mohon bg kemasukan lepasan diploma utk upu, yg link itu dah disediakan tapi ada 2 lepasan iaitu lepasan stpm dan spm setaraf je.. mana nye bg lepasan diploma? terima kasih..

  6. Salam.
    Saya lepasan A Level dan ingin memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Saya perlu memohon di bawah kategori Lepasan STPM 2011 atau Lepasan Diploma & Setaraf?

  7. salammm..sy dh cuba byk kli nk isi utk lpsn diploma strf ttp smpai skrg link tu xleh nk bkak???

  8. Salam… saya sedang bekerja. Mempunyai ijazah dalam Pengajian Perniagaan, Saya berminat unjuk menambil course pendidikan diploma yang tempohnya 1 tahun (DPLI). Bila lagi permohonan akan dibuka?

  9. salam…tarikh tutup permohonan adalah 2 april..adakah saya perlu mengemukakan sijil2 berkaitan pada 2 april atau 19 april?

  10. Assalam,saya clon stpm 2010 dan mohon upu lg pdathn ni tp sy confusela dgn dokumen salinan Akreditasi MQA tu maksudnya apa ya?HELP ME PLEASE^^Thnks..

  11. bilakah tarikh pengambilan pelajar baru utk lepasan diploma bg program
    pendidikan bg thn 2012?

  12. Salam sy lepasan diploma kemahiran.. Bole saya menyambung pengajian diperingkat ijazah dengan memohon mana2 IPTS dan IPTA?.. Tq

  13. salam…saya lepasan stpm…td da tgk iklan ukm tutup 11/11 ne…mne nak aply ek?

  14. salam.saya nak bertanya mengenai UPU.saya sekarang berada di semester 6 (final semester).saya nak tanya.boleh ke saya apply UPU menggunakan keputusan semester 5?dan dalam masa yang sama.saya hendak memohon untuk UPU sementara menunggu keputusan semester 6 saya yang di jangka keluar dalam bulan 5.boleh ke saya memohon UPU?kerana saya dapati tarikh tutup untuk UPU pada bulan April.

  15. Salaam..sy belum tamat penajian foundation di uniten dan akan tamat akhir bulan 4 ini dan berhasrat nak continue study degree di ipta. Bolehkah saya isi borang upu sekarang?

  16. sy pemegang diploma dari politeknik.. ambil muet bulan mac 2013.. result belum keluar.. setakat ini sya masih belum mengisi borang upu secara online.. sedangkn tarikn telah ditutup.. adakah sy masih berpeluang untuk melanjutkn pelajaran ke peringkat ijazah.. kalau ada bagaimna cara??

  17. salam.saya nak tanya bila tarikh permohonan upu lepasan diploma?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.