Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi & Asasi Sesi Akademik 2012 / 2013

Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM & Asasi UiTM


Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan September 2012 bagi program pengajian Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2011/2012 telah dibuka mulai 9 Januari 2012. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPTA.

Permohonan Melalui UPU

KATEGORI

Permohonan ke IPTA bagi Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2011/2012 ini terbahagi kepada 6 kategori iaitu;

    • Kategori P

      Pemohon Lepasan Matrikulasi KPM : Aliran Perakaunan.

    • Kategori N

      Pemohon Lepasan Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi UiTM : Aliran Sains.

  • Kategori U

    Pemohon Lepasan Asasi UiTM : Aliran Undang-undang.

  • Kategori L

    Pemohon Lepasan Asasi UiTM : Aliran TESL.

  • Kategori K

    Pemohon Lepasan Asasi UiTM : Aliran Kejuruteraan.

  • Kategori J

    Pemohon Lepasan Matrikulasi KPM : Aliran Teknikal.

PROGRAM PENGAJIAN

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.

PERMOHONAN FASA I

PERMOHONAN FASA II

  • Permohonan Fasa II dijangka akan dibuka dari 21 Mei sehingga 28 Mei 2012 dan tertakluk kepada pindaan.
  • Fasa II ini memberi peluang pemohon mengemaskini permohonan selepas mendapat keputusan peperiksaan akhir semestar.

PERMOHONAN LAIN

Sila rujuk juga permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 2 April 2012.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Nombor Unik ID yang dibeli sebelum 7 November 2011 adalah salah. Anda boleh beli semula di kaunter bank BSN dengan harga RM15.60 atau hubungi UPU di 03-8870 6755/ 6766/ 6767/ 6777 untuk mendapatkan nombor yang baru secara percuma. Sila rujuk Makluman UPU.
  • Contoh Slip BSN.

UPU DAN USM

Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2011/2012 melibatkan 19 IPTA yang ada pengambilan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda kecuali Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2012/2013. Walaupun begitu bagi program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di USM, permohonan perlu dibuat melalui UPU.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi iaitu kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  • Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
    1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan Matrikulasi KPM, PASUM atau Asasi UiTM 2011/2012;
    2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
    3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
    4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
    5. Lulus temuduga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA bagi program pengajian yang memerlukan temuduga;
    6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
    7. Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA;
    8. Pencapaian akademik yang baik dalam peperiksaan SPM/Setaraf;
    9. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1); dan
    10. Bilangan tempat yang disediakan di IPTA.
  • Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada Kolej Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2011/2012 ini akan ditutup seperti berikut:
    • FASA 1 –  2 April 2012
    • FASA 2 –  28 Mei 2012 (tertakluk kepada pindaan)

MAKLUMAT DAN PERTANYAAN

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Kunjungi juga Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM Sesi Akademik 2012/2013 sila hubungi:

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 62200 WP Putrajaya.Hotline UPU: 03 8870 6767 atau Helpline UPU: 03 8870 6777

    Talian Am: 03 8870 6755/6766

    Kaunter: 03 8870 6778

    Faks: 03-8870 6864

    E-mel: upu@mohe.gov.my

  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

32 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi & Asasi Sesi Akademik 2012 / 2013

  1. salam.maaf saya ingin brtanya.sbnrnya saya keliru dgn kemasukan september ini.saya adalah pelajar lepasan asasi uitm undang2 tahun 2010/2011.saya telah menghantar permohonan ke program penerapan uitm untuk kemasukan februari 2012 ini. tp knpa ada pngambilan baru untuk bulan september 2012.sy ingin tahu,adakah saya juga layak untuk memohon bg fasa 1 yg bermula 9 jan 2012 lepas?mksud sy, boleh ke kalau sy hntar 2 permohonan?satu di uitm, dan 1 lg di UPU?adakah permohonan saya akan diterima?

  2. harga no pin bsn utk lepasan asasi/matrikulasi ni rm10.60 atau rm15.60 ?? di https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/ipta/ind… ditulis rm15.60?

  3. assalam..
    saya akan menamatkan asasi uia (kos engineering) pada bulan Mei 2012 nanti dan bercadang untuk apply upu jugak..
    dalam kategori manakah sya patut pilih?
    adakah dalam Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM & Asasi UiTM atau Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan Diploma & Setaraf Sesi 2012/2013?
    harap sudi membantu..
    terima kasih

  4. salam. saya keliru samada saye perlu mohon upu melalui lepasan diploma atau lepasan matrikulasi/asasi/pasum since saye bekas plajar asasi undg2 uitm kedah..boleh terangkan dengan segera? terime kasih 🙂

    • salam… bergantung kepada bila tamat asasi
      jika tahun ini perlu mohon melalui lpsn mat/asasi/pasum
      jika tahun2 sblmnya perlu mohon melalui lpsn diploma & setaraf

  5. salam. saya merupakan Lepasan Matrikulasi 2010/2011,dan saya ingin memohon UPU sesi
    2012/2013??bolehkah saya memohon?
    jika boleh adakah saya dikateogorikan dalam Diploma dan setaraf??

  6. salam… memang boleh memohon
    apa yg saya faham lpsn matrik 2010 & sblmnya perlu mohon melalui kategori Diploma & setaraf
    lpsn 2011 & 2012 melalui kategori Matrikulasi/Asasi/Pasum
    apa2 pun cuba call UPU

  7. assalamualaikum,saya mohon pada pihak tuan,sekiranya ada format untuk rayuan untuk mohon ke ipts tetapi saya tidak mengambil subjek fizik,dan syarat untuk mohon belajar di kuin memerlukan subjek fizik,setelah saya rujuk ke kuin ,mereka mencadang kan saya mendapat kan format surat rayuan ke MMC,tapi setelah berkali kali mencuba masih gagal,terimakasih

  8. salam..untuk lepasan matrikulasi,mmg xde buka untuk kurusus perguruna KPM ke?

  9. saya kehilangan salah satu dokumen sokongan ke IPTA pilihan,iaitu surat lepas,dan saya tidak dapat mengambil surat lepas tersebut kerana sedang mengambil pengajian semester terakhir diploma saya,apakah harus saya lakukan?

  10. keputusan matrikulasi semester 2 keluar 29 mei….mcmana sy nak tau c0urse yg sesuai sdgkn rsult keluar lepas tarikh tutup fasa 2?

  11. slip bsn sya ilang….nombor pin yg ada d slip tuw pon sya x igt lgi…nak tnya x apakah ilang no. pin tuw…???? adakah ia m'halang sya mngisi permohonan upu fasa dua…????

  12. saya lepasan asasi sains hayat UIA ..
    bolehkah saya sambung degree ke universiti lain selain UIA yer?

  13. saya nak tanyak,,kalau saya tak silap,,result pelajar matrikulasi akan keluar pada 29 MEI 2012,,,tetapi tarikh akhir nak kemaskini fasa 2 pada 28 kan,,,so iya menjadi satu kesukaran bgi kami untuk membuat kemaskini penilihan kos nanti,,,adakah tarikh 28 mei di adalah official,,dan fix

  14. Dax konpius says:

    Tarikh keluar result utk student matrik pd 29 mei ni…..mcm mna nk kemaskini upu yg ditutup pd 28 mei ni?….adakah tarikh 28 itu btol?

  15. salam…..klu sye xdapat interview pendidikan s0 6ti bla kuar upu fasa 2 adakah sye kna plih u lain & k0s lain untuk gantikan k0s pendidikan di upsi????

  16. […] Pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi & Asasi Sesi Akademik 2012 / 2013 yang ditutup dalam bulan April 2012 yang lalu akan boleh membuat pengemaskinian permohonan mereka […]

  17. mohd hafizi says:

    salam..saya merupakan pelajar asasi sains UITM,. saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk mengemaskini tahap muet pada fasa UPU 2? saya telah mendapat keputusan muet yang rendah dan telah mengambil muet skali lg dan telah mendapat keputusan yang lebih baik. terima kasih

  18. klu saye x kemaskinikan upu bleh? sbb u yg dipilih mse fase 1, stil u yg sme yg sye nak pohon tuk fasa2 nie?? tq 4 helping..

  19. bila keputusan permohonan ambilan degree sepember 2012 keluar?

  20. saya nak tanya lepasan foundation/asasi dari ipts (universiti tenaga nasional) boleh x masuk ipta… klu boleh apa syaratnye??

  21. […] Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM […]

  22. assalam,
    saya lepasan matrikulasi 2011/2012 .boleh x saya sambung degree untuk tahun 2013??

  23. boleh x pelajar lepasan asasi UIA sambung degree kat U lain?..

  24. blh x lepasan asasi kuin smbung dgree kat U lain jg?

  25. hi im a full time diploma in nisrung student. nw sem7 yr3. will be completing my course in june 2011. will knw how do i get a scholarship or sponsorship b4 i cmplete my cs ive searched many places bt no proper ans.. pls help.. tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.