Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM & STAM Sesi Akademik 2013 / 2014

Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan STPM 2012 & STAM 2012/2011

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2013/2014 atau Ambilan September 2013 bagi program pengajian lepasan STPM 2012 dan STAM 2012/2011 telah dibuka mulai 7 Januari 2013.

Permohonan Melalui UPU

KATEGORI PERMOHONAN

Permohonan ke IPTA bagi lepasan STPM terbahagi kepada 2 kategori iaitu;

  • Kategori A

    Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM 2012 Aliran Sastera.

  • Kategori S

    Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM 2012 Aliran Sains.

Permohonan ke IPTA bagi lepasan STAM 2012/2011 hanya ada 1 kategori iaitu;

  • Kategori T

    Pemohon yang menggunakan kelayakan STAM 2012 atau 2011.

PROGRAM PENGAJIAN

Permohonan ini adalah untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPTA.

Setiap pemohon dibenarkan memilih 12 pilihan program pengajian dimana 4 pilihan daripada universiti bertaraf Research University (RU) dan 8 dari IPTA selain RU.

Pelajar wajib memilih sekurang-kurangnya 2 pilihan program pengajian yang berlainan daripada universiti bertaraf RU dan 4 pilihan program pengajian yang berlainan dari IPTA selain RU.

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Nombor Unik ID boleh dibeli secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah secara pukal dari 7 hingga 30 November 2012 lalu.
  • Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM15.60.
  • Contoh Slip BSN.

PERMOHONAN

PERMOHONAN LAIN

Sila rujuk juga permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi

PERMOHONAN USM

Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi lepasan STPM 2012 dan STAM 2012/2011 ini melibatkan 19 IPTA yang ada pengambilan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda kecuali Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2013/2014.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi. Kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  • Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
    1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan STPM/STAM;
    2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
    3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
    4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
    5. Lulus temuduga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA bagi program pengajian yang memerlukan temuduga;
    6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
    7. Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA;
    8. Pencapaian akademik yang baik dalam peperiksaan SPM/Setaraf;
    9. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1); dan
    10. Bilangan tempat yang disediakan di IPTA.
  • Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN

Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang;

  1. Syarat Permohonan
  2. Syarat Pemilihan Program
  3. Dasar Markah Kokurikulum
  4. Penyediaan dan Pengiraan Merit
  5. Penajaan
  6. MUET
  7. Dasar Program Pengajian Pendidikan
  8. Dasar Pertukaran Program Pengajian
  9. Dasar Pertukaran IPTA
  10. Dasar Rayuan

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi lepasan STPM 2012 dan STAM 2012/2011 ini akan ditutup pada 15 April 2013.

MAKLUMAT & PERTANYAAN

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama pada tahun-tahun lepas.
  • Para pemohon juga digalakkan hadir ke Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2013. Di sini pemohon boleh mendapatkan maklumat dari semua IPTA dan beberapa IPTS berkaitan program pengajian yang ingin dipohon.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan STPM dan STAM Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
    Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
    62200 WP Putrajaya.

    Hotline UPU: 03 8870 6767
    Helpline UPU: 03 8870 6777
    Talian Am: 03 8870 6755/6766
    Kaunter: 03 8870 6778
    Faks: 03-8870 6864

    E-mel: [email protected]

  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

13 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM & STAM Sesi Akademik 2013 / 2014

  1. student which sit for stpm 2011 cannot apply IPTA 2013/14 again ?

  2. [...] Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2012 dan STAM 2012/2011 Sesi Akademik 2013 / 2014 [...]

  3. [...] Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM/STAM Sesi Akademik 2013/2014 [...]

  4. [...] Maklumat ringkas bagi permohonan ke semua IPTA kecuali USM sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2012 Sesi Akademik 2013 / 2014. [...]

  5. Assalamualaikum , saya lepasan stpm 2012 , alhamdulilah sya dpt ckp2 3.00 , reslt ni menurun dri trial dan akhir thn tp sya ttp b’syukur saya dapat A dalam SEJARAH , B dalam SASTERA dan BM , C dlm P.AM . emmm sya sgt mnat nk melanjutkan pelajaran di USM , tp msalahnya sya dh tgk kt portal usm yg syrt kos yg sya nk tu p.am mesti min B , saya pulak cuma dapat c . agak2 patut x sya apply usm ? klo apply sya mentah2 akn ditolak ke ? sbb yg smak 2 kn komputer . tlg bls ye ^_^

  6. Halo,saya merupakan lepasan STPM 2011 tapi malangnya result PA saya tidak mencapai pointer 2. Jadi,saya mengambil keputusan untuk repeat semula subjek tersebut dan syukurlah PA saya dapat B-. Dengan berbekalkan pointer 2.67,adakah saya layak diterima di mana2 IPTA? Sebab saya dengar hanya 2.7 ke atas sahaja yang layak masuk U. Berkenaan dengan no pin,ramai yang kata perlu beli no pin diploma/setaraf. Tapi saya telah beli no pin lepasan STPM. Adakah pemohonan saya di upu tidak sah?

  7. Assalamualaikum ,, sy telah membaca panduan permohonan yang telah diberikan oleh pihak tuan ,, semasa sy mengisi permohonan ke ipta lepasan stpm 2012 , sy dapati "English GCE O Level" tiada dalam permohonan tersebut .. adakah berlaku perubahan dalam borang tersebut ? dan sekiranya sy memohon program pendidikan ,, bagaimanakah sy dpt memilih tempat untuk menduduki ujian medsi ? hal ini kerana , ruangan untuk memilih tempat menduduki mesdi tiada dalam permohonan .. mohon pencerahan .. terima kasih ..

  8. Saya lepasan stpm 2011.Dapatkah saya mengisi borang kemasukan?

  9. [...] ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2013/2014 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 11 Julai [...]

  10. […] di peringkat Asasi, Diploma, Profesional dan Ijazah di UiTM. Pengambilan pertama dahulu melalui UPU manakala pengambilan kedua ini melalui […]

  11. VIKNESSVARAN A/L NAVARATNAM says:

    Why i could not reapply my upu form.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>