Keputusan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk pengambilan pertama telah pun diumumkan.
Bilangan yang memohon jauh lebih ramai daripada tempat yang dapat ditawarkan di MRSM. Oleh itu sudah pasti ramai yang hampa kerana gagal mendapat tempat di MRSM.
Walaupun begitu mereka yang gagal ini masih mempunyai peluang kerana boleh membuat rayuan. MRSM biasanya akan membuat tiga kali pengambilan sepanjang bulan Februari sehingga April. Ini bermakna mereka yang gagal mendapat tawaran ini mempunyai dua kali peluang lagi.
Rayuan boleh dibuat dengan menulis surat rasmi kepada pihak MARA dan menghantar sendiri atau poskan surat rayuan tersebut kepada alamat berikut;
- Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)
Tingkat 19, Bangunan Medan MARA
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Sebarang kemusyikilan sila hubungi MARA di talian berikut;
Telefon: 03-26915111 sambungan 3323 (Kurikulum), 3399 (Perkhidmatan), 3392/3765 (Hal Ehwal Pelajar)
Faks: 03-26911658
Berikut adalah petikan dari laman web MARA berkaitan soal jawab proses membuat rayuan untuk dijadikan panduan.
| SOALAN | JAWAPAN |
| Jika saya tidak berjaya, bolehkah saya membuat rayuan dan adakah rayuan anak saya dapat dipertimbangkan | Boleh, setiap pemohon berhak mengemukakan surat rayuan sekiranya mereka tidak berjaya di dalam tawaran yang pertama.
Bagaimanapun, pemilihan kepada calon yang merayu masih tertakluk kepada merit pemohon. |
| Bagaimanakah surat rayuan yang terbaik dapat saya buat dan adakah perlu sokongan daripada sesiapa yang berkenaan? | Surat rayuan yang terbaik adalah surat rayuan rasmi. Sokongan dari mana-mana pihak tertentu adalah atas initiatif tuan/puan. Bagaimanapun, pertimbangan rayuan pemohon masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pemohon yang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar Peringkat Pengurusan MARA.
Sokongan rayuan digalakkan dibuat dengan menyertakan lampiran sijil-sijil yang diakui sah sebagai bukti penglibatan pemohon di dalam sesuatu aktiviti. |
| Bilakah rayuan saya akan dijawab dan bagaimana saya boleh mengetahui keputusan rayuan yang saya buat? | Oleh kerana pihak MARA seringkali menerima ribuan surat rayuan maka, rayuan-rayuan pemohon tidak semestinya dijawab oleh pihak MARA.
Calon diingatkan merujuk kepada Kad Jawapan yang dinyatakan dengan jelas bahawa setiap permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan sehingga akhir bulan April bagi tahun berkaitan akan dianggap tidak berjaya. Atau bolehlah menghubungi pihak kami di talian 03-26915111 sambungan 3331/ 3392/ 3394/ 3764/ 3765/ 3766 |
| Mengapa anak saya tidak berjaya sedangkan anak jiran / kawan saya berjaya ke MRSM? Keputusan UPSR anak saya lebih baik berbanding dengan anak kawan jiran / jiran saya? | Berjaya atau gagal seseorang calon dalam permohonan ke MRSM ditentukan oleh markah atau merit yang diperoleh oleh seseorang pelajar melalui 3 perkara berikut : a) 5A dalam UPSR – 25% b) SES (status ekonomi sosial) – 45% c) KoKurikulum – 30% (Kepimpinan, sukan, persatuan / pertandingan). |
| Mengapa anak saya tidak berjaya sedangkan anak jiran /kawan saya berjaya ke MRSM. Keputusan PMR anak saya lebih baik berbanding dengan anak kawan jiran/kawan saya | Untuk berjaya dalam proses pemilihan ke Tingkatan 4 MRSM pelajar mestilah mendapat sekurang-kurangnya 6A (A dalam Matematik atau Sains), lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan juga diambil kira status ekonomi sosial pemohon. |
Soal jawab penuh berkenaan Maktab Rendah Sains MARA boleh diperolehi di Soalan Lazim Pengambilan MRSM.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



nape ek?
kwn lala dpt 7a.
tp dye dpt mrsm kt kedah.
kwn laki lala 6a! dpt gk. lala dpt 8a!
asl belambak ag 8a, tp 6 7a yg dpt??!!
geram arh!!
nape cm uh??
serupe x pyh blaja pndi2 smpi 8a pon leh dpt mrsm!
D*MN!
nape mrsm suke wt org berasa kecewa???
npe mrsm berlaku tdk adil pd org yg cmerlg??
tau x efect mende bdo ni sume org lgsung x leh nk focus f4??!!!
adoh bai..
salam..saya nak tanya bagi pihak adik saya, jika pengambilan untuk kali kedua tidak berjaya.adakah ada lagi pengambilan kali ketiga? dan bila pnggilan untuk ambilan kali ketiga?
semekom…..kcwe dowh bley ryuan dtlak..skunk da msk scnd
intake tp stay x dpt…cbe try blku adl luw..kte owg yg bdptn rndh
bpntnsi blehy tp um..
saya dan beberapa org rkan tlah mandapat twran ke mrsm.sya mendapat twrn tersbut pd 1 april 2010.sya berminat untuk beljr di mrsm ttp trlbih dhulu sya ingin tnya bbrpa soalan.
1 adakah twran ke mrsm dibuat melalui panggilan telefon?semua rakan saya yang mendapat twrn tersebut adalah melalui panggilan telefon.
2 sblum ke mrsm memang perlu hadir taklimat seperti yang disuruh ke?memang ada taklimat ke?
3 bpa sya yang mendapat panggilan telefon tersebut telah diberithu bhw sya telah mendpt twrn untuk ke mrsm tetapi tdak dinyatakan mrsm yang mana satu.ada diantr rkn sya ditwrkan ke mrsm mukah dan disurh mndftar pd 6hariblan iaitu pd hari selasa pdhal pd hari trsbut sya pula disuruh untuk menghadiri taklimat.
4 sya bljr di smk methodist sibu dan telah mendpt 7A 1B(pendidikan islam) dalam pmr.sya bknlah seorang yang aktif dalm kk.unit berunifom sya hanyalah kadet remaja yang sya ambil hya smsa sy di tingkatan 1.tingkatan 2 dan 3 sya tak ambl mana2 unit bruniform ttpi ambil skan tenis di tnagkatan 2 dan klab koperasi di tngkatan 3.thun ini (ting.4) sya tlh mghadiri kadet remaja.
4 boleh trngkan apa itu status ekonomi sosial?
Nurfauzani,
Salam… memang benar pada awalnya ada pautan untuk e-rayuan tetapi selepas itu laman web itu sudah ditutup. Semua rayuan perlu dibuat secara surat rasmi yang dihantar terus ke pejabat MARA.
Mahfuzah,
Agak sukar untuk saya menjawab kenapa anda tidak terpilih cuma pihak MARA yang lebih arif. Memang semua yang ada membuat rayuan ada peluang semasa pengambilan kedua dan ketiga. Mereka yang berjaya mendapat tawaran di pengambilan ketiga biasanya akan dihubungi melalui telefon dan surat.
Akida,
Semua rayuan mestilah dibuat terus kepada pejabat MARA.
Lalalu,
Pengambilan ke MRSM tidak hanya berdasarkan pencapaian akademik semata-mata. Di harap anda tidak merasa kecewa kerana masih ramai yang cemerlang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM maupun SBP. Jika kita terus berusaha dan bersungguh, kejayaan dan kecemerlangan boleh dicapai di mana sahaja.
Baihaki,
Salam… Memang benar dan pengambilan ketiga telah pun bermula. Mereka yang berjaya akan dihubungi melalui telefon dan disusuli dengan surat tawaran.
Sulaiza94,
Salam… Jangan berputus asa terus berusaha di mana pun anda belajar. Tentu ada hikmah dengan apa yang terjadi ini.
Iya,
Tahniah kerana mendapat tawaran ke MRSM.
1 Benar memang biasanya begitu bagi pengambilan kedua/ketiga.
2 Benar.
3 Biasanya taklimat akan diadakan di MRSM yang ditawarkan tetapi ada juga diadakan ditempat lain sebelum dimaklumkan MRSM di mana anda akan ditempatkan.
4 Status sosial ekonomi sosial itu merujuk kepada latar belakang keluarga seperti pendapatan, tanggungan, pekerjaan, tempat tinggal dan yang berkaitan dengannya.
saya tringin sgt nak tau..ada x twran utk sy..coz sy pindah dr skuwl lama..x tau la ada x twran utk sy..mcmna nak cek eh”…
adakah masih di perbolehkan untuk menghantar surat rayuan kepada pihak mara..?
adakah ia masih boleh dipertimbangkan..?
asalamualaikum…..saya mempunyai seoarang adik yg bersekolah di asrama semai bakti felda…didalam peperiksaan pmr yg lepas…dia telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang iaitu 8A….
so…pihak felda ade offer dia utk belajo ke mrsm trolak….so masa buat semakkan dlm internet…nama nye tak de dalam senarai….sedangkan kan kawan dia yg dapat 6A…pon bleh dapat….adik saya aktif jugak dalam kokurikulum nye di sekolahnye….atas sebab apa ekkk…..nama dia tak tersenarai…
nama adik saya ialah:
NURFATIN UMIRA BTE A.RAHIM
IC NO:940917-01-5184
SEK,MEN[P] SULTAN IBRAHIM,JOHOR BAHRU.
ASRAMA SEMAI BAKTI FELDA.
Saya plajar tingkatan 1.Saya telah memperoleh 5A dalam peperiksaan dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam persatuan mahupun yang lain.Keputusan saya dalam peperiksaan sepanjang tahun 2009 juga mencapai keputusan 5A. Saya juga telah menyertai pelbagai pertandingan di sekolah.Saya berharap pihak tuan akan mempertimbangkan rayuan saya..
Angka giliran:DC1571080
Saya teingin ke mrsm tetepi tidak berjaya sedangkan kawan2 saya yang lain berjaya.Keputusan saya telah mencapai 5A.