Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu SMKA & KAA 2012

TERKINI: Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SMKA / KAA 2012

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) diwujudkan dengan usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar berilmu pegetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri ummah dan negara.

Ini adalah satu lagi pilihan untuk pelajar yang cemerlang dalam UPSR selain memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Kelas Rancangan Khas - KRK

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mula diasaskan pada tahun 1977. Pada peringkat awalnya cuma terdapat 13 buah sekolah seluruh negara, tetapi kini terdapat 55 buah. Tiga buah daripadanya bertaraf Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh.

Kelas Aliran Agama (KAA)

Kelas Aliran Agama (KAA) adalah kelas khas yang diwujudkan di Sekolah Menengah Harian untuk memberi peluang kepada pelajar Islam mempelajari mata pelajaran seperti yang ditawarkan di SMKA.

Program Pendidikan SMKA

PMR (Tingkatan 1-3)

Mata pelajaran yang akan dipelajari adalah Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

SPM (Tingkatan 4-5)

Pengajian Islam – Sastera

Mata pelajaran yang akan dipelajari adalah Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Eonomi Asas / Prinsip Akaun, Perdagangan, Matematik Tambahan,

Pengajian Islam – Sains

Mata pelajaran yang akan dipelajari adalah Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi.

Pengajian Islam – Teknikal

Mata pelajaran yang akan dipelajari adalah Bahasa Arab Komunikasi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

STPM (Tingkatan 6)

Mata pelajaran yang akan dipelajari adalah Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah, Pengajian Am dan Sejarah / Bahasa Melayu / Ekonomi / Sastera / Geografi.

Syarat Permohonan ke Tingkatan Satu SMKA / KAA

  1. Permohonan hanya dibuka kepada murid yang menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  2. Pemohon dan ibu bapa hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
  3. Mendapat 5A dan lulus PAFA dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
  4. Mendapat sekurang-kurangnya  3A 2B dan  lulus PAFA dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 bagi kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA).
  5. Cemerlang di dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) untuk mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ATAU Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA) kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri pemohon.

Permohonan

  • Permohonan dibuka mulai pada hari keputusan UPSR diumumkan.
  • Borang Permohonan Masuk ke TIngkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Tahun 2012 boleh diperolehi di sekolah asal murid atau dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen berikut yang telah disahkan;
    • Sijil Kelahiran pemohon
    • Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon
    • Keputusan UPSR
    • Keputusan PKSR
    • Keputusan PSRA (Jika ada)
    • Sijil Kokurikulum atau yang berkaitan

Senarai Sekolah

Senarai sekolah yang ada menawarkan Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh disemak melalui sekolah pemohon, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Tarikh Tutup

  • Borang permohonan yang telah lengkap berserta dokumen sokongan hendaklah dikembalikan ke sekolah asal masing-masing pada atau sebelum 24 November 2011.
  • Pihak sekolah berhak menolak permohonan yang tidak mencukupi syarat, tidak lengkap atau lewat diterima

Keputusan Permohonan

  • Senarai pemohon yang berjaya akan dipamerkan di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing atau laman web Jabatan Pelajaran Negeri.
  • Surat tawaran hanya akan diberikan kepada pemohon yang berjaya.
  • Jika pemohon tidak menerima sebarang makluman dalam tempoh dua bulan dari tarikh tutup, pemohon hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Senarai Jabatan Pelajaran Negeri

Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri;

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri.

108 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu SMKA & KAA 2012

  1. hasna ramadin says:

    salam…

    saya ingin tahu bagai mana cara nak memohon Sek Men Keb Agama,
    untuk tingkatan satu tahun depan.

    sekian, terima kasih.

    • Bagi di bawah kementerian pelajaran boleh dapatkan borang dari sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri
      Bagi di bawah jabatan agama negeri boleh dapatkan borang dari sekolah agama atau jabatan agama negeri yang berkenaan

      • macam mana kalau nak buat rayuan untuk gie skolaha asrama

        • Sila berjumpa dengan pegawai SPI (sektor pendidikan Islam) yang ada di setiap Jabatan Pendidikan Negeri. Kebanyakan sekolah agama mempunyai kemasukan yang amat sedikit sedangkan bilangan yang memohon begitu ramai. Ini situasi yang amat membimbangkan dan sangat menyedihkan. Contohnya satu sekolah agama cemerlang, mempunyai bilangan murid yang sedikit dalam bilik darjah. Tujuan pihak sekolah untuk mencari kecemerlangan mengkaburi matlamat Islam itu sendiri yang mahukan penyebaran yang lebih ramai dan menyeluruh. Sepatutnya sekolah agama yang cemerlang membuka lebih banyak kelas untuk memartabatkan Islam.

  2. Athirah 1999 says:

    Saya telah terambil borang biru yang telah diberikan oleh pihak sekolah..Saya ingin menukarnya esok iaitu pada 11/11/11..Saya nak tanya,bila permohonan untuk ke Tingkatan 1/2012 akan ditutup?

  3. sya nk tnya … bgaimna kalo mndpat 3A 1B 1C dan lulus PAFA .. Adakahh masih boleh lagi untuk memohon?

  4. sy ign bertanya,kalau keputusan upsr 2A,1B,2C dan lulus pafa,sekolah mana yang boleh saya memohon?

    • boleh rujuk dgn sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Agama Islam Negeri utk menyemak sekolah yang bersesuain

  5. Salam, anak saya dari SR Islam swasta bolehkah memohon? Tiada PKSR tetapi ada UPKK dan PSRA
    Terima kasih

  6. anak say mendapat 4A 1B adakah dia berkelayakan untuk ke sekolah berasrama penuh

  7. pemohonan untuk ke asrama penuh telah tutup…tapi masih boleh ke kita memohon

  8. anak sya pulak dpt 2a3b, kl hantar borang permohonan agaknyer kena reject x ye..?

  9. saiful amran says:

    anak saya dapat 2a3b…boleh ker apply sekolah smka atau kaa

  10. rozaidah bahari says:

    Anak sy mendapat 4a 1b dlm peperiksaan upsrnye dan psra cuma dapat jayyid. oleh
    Sekolah mana boleh saya cuba untuk menghantarnya?

    • Semua permohonan SMKA/KAA perlu di hantar ke sekolah asal pemohon, pihak sekolah pula akan menghantarnya ke JPN. Phak JPN akan menentukan sekolah mana yg akan ditawarkan

  11. salam anak sya mendapat upsr 2 a 2 b 1 c dan upsra 3a 5b 1c beliau layak ke kesekolah menengah agama berasrama seperti maahad hamadiah

  12. salam..anak saya mendpt UPSR 2a2b1c, UPKK 5a2b1c,kafa 3a1b..boleh tak memohon KAA

  13. anak saya dapat 3a 2b…..saya hanya isi borang kuning …..sebelum k,putusan upsr keluar……camne ye…saya tiada p,galaman…maklum anak pertama

  14. masih boleh buat rayuan ke kalau terlambat hantar ?

  15. salam anak saya mendapat 5a dalam upsr dan baru-baru ni mendapat temuduga sbp, kemudian dia mendapat temuduga utk smka. saya ingin tanya adakah sekiranya dia menghadiri temuduga smka ini bermakna dia tidak layak untuk diterima masuk ke sbp.

    • Salam… menghadiri temuduga SMKA tidak akan menjejaskan permohonan SBP. Malahan ramai pelajar yang telah masuk SMKA mendapat tawaran SBP

  16. anak saya mendapat 5a dalam upsr, dan mendapat temuduga sbp baru-baru ni. beliau juga mendapat temuduga smka, adakah sekiranya dia pergi ke temuduga smka ini secara autometik dia tidak mendapat tawaran untuk kemasukkan ke sbp.

  17. salam. saya telah mengisi borang sekolah SRK dan ingat boleh isi juga borang SKMA.boleh tak saya tukar jika ingin ke SMKA?

    • Salam… permohonan ke SMKA telah ditutup pada 24 Nov tapi cuba pergi ke sekolah untuk rayuan membuat permohonan

      • saya nak tanya, kalau UPSR 3A 2B dan UPSRA 4A 5B, tidak boleh memohon ke SMKA ke? dan adakah KAA (Kelas Aliran Agama) dan Sek Men Keb Agama berbeza sekolah? atau KAA diajar di SMKA?

        • Syarat utk masuk SKMA & KAA adalah seperti yg dinyatakan di atas.
          KAA dan SMKA adalah di sekolah berbeza, baca penerangan yg diberi di atas

  18. raja munawar syah says:

    anak saya mendapat 1A4B dalam upsr,,1a 1b2c dalam SPI[sijil pendidikan islam]…boleh ke kalau memohon ke soklah agama?

  19. saya nak bertanya, anak saya 4a 1b memohon kedua 2 sbp dan smka, bila keputusan atau temuduga sbp dan smka akan diberitahu

    • Temuduga utk kuota pengetua SBP telah pun bermula, pihak sekolah akan menghubungi calon jika terpilih utk menghadiri temuduga tersebut. Mengenai SMKA tidak pasti

  20. boleh tak nak dapatkan senarai sekolah harian biasa di Kuala Lumpur yang ada KAA ni?

  21. aida najwa says:

    kalau dpt 3A 1B 1C boleh mohon SMKA tak????

  22. anak saya mendapat 4a 1b upsr manakala psra jahidjidan ada kah dia ada peluang keSMAK?

    • pengambilan pertama biasanya hanya 5A sahaja akan mendapat tawaran tetapi pengambilan berikutnya mereka yg 4A 1B mempunyai peluang

  23. salam….bagaimana saya ingin mengetahui samaada permohonan anak saya ke smka dapat ataupun tidak? nama anak saya NURUL FARAH NABILAH BINTI ABD RASHID. IC NO: 990223-01-5572. saya harap pihak tuan dapat memberitahu saya dan bilakah tarikh untuk membuat rayuan. terima kasih.

    • salam… keputusan akan diumumkan dilaman web JPN dan dipaparkan di PPD
      rayuan boleh dibuat selepas keputusan diumumkan

  24. bila keputusan kemasukan SMKA boleh diketahui, bagaimana cara kita boleh semak keputusan tersebut adakah melalui online juga.

  25. azlinda binti zainal says:

    anak saya 3A 2B dlm upsr dan MUMTAZ 91.3% dlm psra.adakah layak utk memohon SBP , SMKA
    atau KAA.terima kasih

  26. salam….saya nak tanya….permohonan sbp tlh dtutup sblum result upsr sebenar keluar….adakah dengan menggunakan kelayakan trial layak untk dpt masuk ke sbp? saya kurang faham sekiranya trial mndpt 5a tetapi result sebenarnya 4a 1b, ada peluang tak untuk ke sbp?

    • salam… tawaran kemasukan ke SBP adalah berdasarkan keputusan sebenar UPSR, oleh itu hanya yg dpt 5A sahaja ada lebih peluang

  27. salam….saya musykil…kenapa borang sbp diberi pd murid selepas keputusan trial,bukannya tunggu keputusan sebenar di keluarkan? sekiranya murid tlh mengisi borang sbp tetapi keputusan upsr sebenar tidak cukup syarat, adkah permohonan itu tidak dterima?

    • salam… pemilihan memang berdasarkan keputusan sebenar, jadi mrk yg tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan
      hampir semua permohonan di bawah kementerian pelajaran ditutup sebelum keputusan sebenar diumumkan

  28. salam..anak saya telah terpilih untuk memasuki KAA. Tapi bolehkah saya ingin membuat pertukaran ke sekolah lain yang juga mempunyai KAA?

  29. salam…saya nak tanya kalau anak perempuan saya dapat

    4A 1B..KAFA dapat 7A1B.. layak ke masuk sekolah agama berasrama. dah lulus ujian bertulis kat SMKAL dan dah pergi interview tapi dpt kat sekolah setiawangsa tak duduk asrama.. rasanya ada peluang dpt masuk asrama tak kalau mcm ni.. yang tak syok anak saya duduk kat loke yew.. tapi dpt kat setiawangsa . keliru mcm mana pemilihan sebenar..tq

  30. rozaidah bahari says:

    Salam..result untuk ke sbp telah keluar, anak saya gagal ke sekolah tersebut, tetapi saya telah memohon e-rayuan bila kah result selepas tu dijangkakan keluar. Dimanakah harus saya menyemak untuk smka pulak. Sekian, terima kasih.

  31. Anak saya mendapat 3a 2b dalam upsr, 8a dalam upkk, 8a 1b dalam upsra bolehkan memohon untuk ke smka, tapi tarikh kemasukan dah tutup, macamna eh.

  32. Salam..permohonan ke sbp anak saya telah ditolak dan saya telah membuat e-rayuan..bagaimanakah caranya untuk memohon SMKA jika belum memohon secara online..

  33. bilakah keputusan kemasukan smka negeri perak???

  34. […] pelajar lepasan UPSR 2011 yang ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Kelas Aliran Agama (KAA) 2012 sudah […]

  35. rabeah ghazalli says:

    benarkah murid Melayu Islam lepasan UPSR di SJKC tidak dibenarkan memohon Sekolah Berasrama Penuh?

    • begitulah setahu saya juga ttp utk kepastian tanya dgn Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

  36. […] Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain seperti Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas (KRK) atau Kelas Aliran Agama (KAA). […]

  37. erm…… boleh saye tanye
    bolehkah saye berpindah antara smka ke smka yg lain????

  38. saya nak link permohonan. terima kasih

  39. salam..
    sy mempunyai anak tingkatan 3 pada tahun 2012. anak saya menduduki kelas KAA di smk pasir gudang 1. beliau mencadangkan kepada saya ingin menyambung bahasa arab untuk tingkatan 4 tetapi di smka segamat. sy telah melayari internet untuk mencari borong permohonan tersebut. tetepi borang on9 itu telah tarikh tutup. adakah sy masih berpeluang untuk mohonkan smka untuk anak sy ?

  40. salam..
    jika keputusan pmr 2012 sudah keluar,,masih bolehkah lagi sy mohonkan smka untuk anak sy, sedangkan sy terlepas untuk memohon menggunakan borang on9..
    jika tidak boleh,adakah sy perlu buat rayuan dan di mana sy perlu mendapatkan borang rayuan tersebut?

  41. Danty Masatur says:

    nama anak saya Ain Fatiha bt.Yahood (dari sk.senai. kulaijaya)
    inginkan jawapan dia berjaya atau tidak diterima bersekolah di smka bandar penawar.
    saya belum terima apa-apa surat jawapan..terimakasih

  42. Sekiranya ank saya dr aliran agama, prlukah unt teruskan ke sek agama darjah khas?waktu pembelajaran KAA di SMK P.GUDANG 1, adakh sm dgn kelas biasa?

  43. As Salam,

    Saya ingin bertanya kalau anak saya tidak memohon SMKA secara online sebelum ini tetapi ingin membuat permohonan boleh lagi ke?

  44. anak saya dapat 5a, tetapi permohonan ke smka telah ditolak, sebaliknya ditawarkan KAA. bolehkan merayu mohon tukar dari KAA ke SMKA?

  45. Anak saya merupakan warganegara malaysia dan saya ibujuga warganegara malaysia dan bapa iaitu suami sy adalah penduduk tetap. Layakkah anak sy membuat permohonan.

  46. kalau dapat upsr 5A dan upkk 8A tapi sekolah SRA swasta boleh mohon ke smka atau KAA. bol;eh ke buat rayuan

  47. […] Sila rujuk komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kawalan 2013 serta Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu SMKA & KAA 2012 […]

  48. Rosli bin Musa says:

    Salam…

    Saya ingin masukkan anak saya Nurul Natashaya Aqilah ke sekolah SMKA, bila boleh saya buat permohonan dan bila permohonan dibuka untuk kemasukan tahun 2014. tq

  49. MAHIRAN AHMAD says:

    anak saye mndapt keputusan UPSR 5A..ank saye ade memhon SMKA,SBP..Jdi saye nak tahu brp hribulan surat2 akan sampai?

  50. anak saya mendapat 4a 1b dan psra mumtaz dan telah memohon SMKA. Bila saya boleh tahu jawapan untuk tawaran tersebut.

  51. Sarawati Suhaili says:

    Assalamualaikum,anak saya nur sarafana hikma dia dapat 2A 2B 1C dalam upsr dan upkk pula dia dapat 5A 3B layak kh dia ke sekolah SMKA?

  52. […] Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain seperti Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas (KRK) atau Kelas Aliran Agama (KAA). […]

  53. Assalamualaikum , anak saya dapat 3A 2B dalam UPSR dan 83%JaidJiddan dalam PSRA tahun 2013 layak ke mitak sekolah berasrama di smk18 hebat untuk tahun 2015 ? saya ingin memohon untuk kemasukan pelajar baru ..anak saya sekarang berumur 13 untuk tahun 2014.

  54. Assalammualaikum.. boleh ke kite memohon sekolah agama tingkatan 1..mengunakan sijil upsr dan surat dari sekolah pondok..kerana anak sy tidak bersekolah agama..cube belajar di pondok pmkt pada setiap hujung minggu

  55. assalamualaikum. adakah boleh masuk sekolah ini untuk tingkatan 2?

  56. shereena ismail says:

    A’kum..anak saya mendpt result UPSR 4A 1B dan UPKK 7A 1B..layakkah utk kesekolah SMKA..unk result UPSR yg 1B pun sedang buat rayuan kerana anak saya sentiasa dapat A utk subjek sains.. UPSR trial pun 5A..

  57. Assalammualaikum, anak saya dapat keputusan psra jaidjidan layakkah mohon kesekolah beasrama Sekolah Menengah Agama Hishammuddin Klang

  58. salam,sy dr kuantan,pahang ank sy mendapat UPSR 1a2b2c upkk mendapat 6a2b dan pafa lulus ank sy berminat dalam bidang agama macam mana nak mohon mana2 SMKA sesuai dengan keputusan ank sy

  59. Anak saya bersekolah di selangor dan telah memohon SMKA tp tidak berjaya.Saya telah membuat rayuan secara online.Boleh tak saya membuat rayuan permohonan ke smka di negeri selain selangor.

  60. haris haikal says:

    Nak tanya.. ade pemohonan secara online tak?

  61. Nurul aifa natasha bt shamsuddin says:

    Di online ini borang smk telemong ada ke…???

  62. Nurul aifa natasha bt shamsuddin says:

    Slam….

    Tumpang tanya…sya nak thu bagaimana nak mohon smk telemong

  63. Muhamad Fairuz Rahman says:

    Anak saya mendapat 4A 1B dlm UPSR dan lulus darjah 5 sekolah agama. Boleh ke saya hendak memohon kemasukan sekolah menengah agama?

  64. salam..ape laman web utk borang rayuan smka terengganu?

  65. salam…..mcm mane saya nak dptkan borang rayuan smka bgi negeri terengganu?

  66. Saya linda..

    Assalammualaikum, anak saya dalam ujian percubaan UPSR 2017 ini, telah mendapat 2A 2C 1B 1D, dan Ujian UPKK 6A 2B, anak saya benar² berminat dengan sekolah Agama, jadi layakkah anak saya utk masuk ke sekolah ini.. Terima kasih..

  67. Assalamualaikum.ank saya dpat 2A3b1B upkk 8A psra Jaid jiddan.adakah layak ank sy mihon ke SMKA?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.