Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Diploma & Setaraf Sesi Akademik 2013 / 2014

Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan Diploma & Setaraf

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2013/2014 atau Ambilan September 2013 bagi program pengajian lepasan Diploma dan setaraf telah dibuka mulai 7 Januari 2013.

Permohonan Melalui UPU

KATEGORI PERMOHONAN

Permohonan ke IPTA bagi lepasan Diploma dan setaraf terbahagi kepada 2 kategori iaitu;

  • Kategori E

    Pemohon yang menggunakan kelayakan Diploma & setaraf Aliran Sastera.

  • Kategori F

    Pemohon yang menggunakan kelayakan Diploma & setaraf Aliran Sains.

Mereka yang perlu memohon di bawah Lepasan Diploma dan setaraf ini adalah:

  1. Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS.
  2. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2011 atau sebelumnya.
  3. Lulusan Matrikulasi Sesi 2011/2012 dan sebelumnya.
  4. Lulusan STAM tahun 2010 dan sebelumnya.
  5. Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar
  6. Lulusan GCE Advanced (A-Level)/ International Baccalaureate Diploma (IBD)/ Australian Matriculation Programme (Ausmat)/ South Australian Matriculation (SAM), Unified Examination Certificate (Senior Middle Three)
  7. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

PROGRAM PENGAJIAN

Permohonan ini adalah untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPTA.

Setiap pemohon dibenarkan memilih 8 pilihan program pengajian dimana 4 pilihan daripada universiti bertaraf Research University (RU) dan 4 dari IPTA selain RU.

Pelajar wajib memilih sekurang-kurangnya 2 pilihan program pengajian yang berlainan daripada universiti bertaraf RU dan 2 pilihan program pengajian yang berlainan dari IPTA selain RU.

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM15.60.
  • Contoh Slip BSN.

PERMOHONAN

PERMOHONAN LAIN

Sila rujuk juga permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi

PERMOHONAN USM

Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi lepasan Diploma dan setaraf ini melibatkan 19 IPTA yang ada pengambilan program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda kecuali Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi permohonan ke USM sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2013/2014.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi. Kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  • Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
    1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan Diploma/setaraf;
    2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
    3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
    4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
    5. Lulus temuduga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA bagi program pengajian yang memerlukan temuduga;
    6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
    7. Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA;
    8. Pencapaian akademik yang baik dalam peperiksaan SPM/Setaraf;
    9. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1); dan
    10. Bilangan tempat yang disediakan di IPTA.
  • Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada institusi yang berkenaan.

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN

Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang;

  1. Syarat Permohonan
  2. Syarat Pemilihan Program
  3. Dasar Pemilihan Lepasan Diploma/setaraf
  4. Dasar Markah Kokurikulum
  5. Penyediaan dan Pengiraan Merit
  6. Penajaan
  7. MUET
  8. Dasar Program Pengajian Pendidikan
  9. Dasar Pertukaran Program Pengajian
  10. Dasar Pertukaran IPTA
  11. Dasar Rayuan

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke IPTA melalui UPU bagi lepasan Diploma/setaraf ini akan ditutup pada 15 April 2013.

MAKLUMAT & PERTANYAAN

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama pada tahun-tahun lepas.
  • Para pemohon juga digalakkan hadir ke Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2013. Di sini pemohon boleh mendapatkan maklumat dari semua IPTA dan beberapa IPTS berkaitan program pengajian yang ingin dipohon.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan Diploma/setaraf Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
    Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
    62200 WP Putrajaya.

    Hotline UPU: 03 8870 6767
    Helpline UPU: 03 8870 6777
    Talian Am: 03 8870 6755/6766
    Kaunter: 03 8870 6778
    Faks: 03-8870 6864

    E-mel: [email protected]

  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

23 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Diploma & Setaraf Sesi Akademik 2013 / 2014

  1. […] Lepasan Diploma dan setaraf Lepasan SPM 2011 dan sebelumnya serta Lepasan STAM 2010 dan sebelumnya perlu memohon di sini. […]

  2. […] Lepasan Diploma dan setaraf (Lepasan Matrikulasi 2011/2012 dan sebelumnya perlu memohon di kategori ini) […]

  3. boleh saya tanya, bila boleh isi borang kemasukan ke unimas selepas pengambilan bulan februari??

  4. ade org kata lepasan diploma tk dpt apply upu lg btul ke??

    • boleh je..sy pon dh 2 tahun keje lepas tamat pengajian…ni baru nak mohon sebab teringin nak belajar pula..(^_^)

  5. saya lepasan stpm 2011, tahun lps permohonan sy ggl..jika sy ingin memohon lagi upu pd tahun ini kategori apakah yg harus dipilih sewaktu membeli no pin di kaunter/atm bsn?

    • boleh je kalau nak memohon semula..saya pun baru je beli no.pin….kita semua ni di bawah kategori diploma setaraf

  6. saya lepasan DIPLOMA, hari tu kakak saya terbeli no pin bg lepasan STPM, bila saya pergi semula utk bli yg bru, staf bsn ckp lepasan diploma pun boleh gune no pin yg sama utk lepasan stpm, betul ke? atau sy perlu bli no pin yg bru?

  7. hye…mcm mna nak isi upu lepsan spm tahun 2010 punya??

  8. Bagi lepasan diploma, kan kene hantar maklumat permohonan dan dokumen2 yg dia nak tu ke ipta pilihan sebelum 30 april. Tapi masalahnyer saya belum ambil MUET lagi, ingat nak ambil MUET julai ni, sempat la sebelum intake degree bulan9. Kira dia terima ke permohonan tu sbb belum ambil MUET ?? *risau tahap gaban*

  9. korang hantar surat permohonan ke u ..guna pos ape???
    sbb saya belum hntar ag…tinggal bpe hari je ag sblum 30
    april…

  10. mohd tawfiq says:

    nak tanya, saya dah ada SKM tahap 3 tapi boleh ke saya nak apply "Diploma" bidang teknologi maklumat(sistem) tahap 4 ? sedangkan saya habis praktikal 28 june 2013.. boleh ke ?
    tolong reply secepat mungkin ye.. TQ

  11. salam boleh nak tanya bagi lepasan diploma ipts bolehkah mereka nak bt pemohonan ke ipta dan bila boleh buat pemohonan tu??

  12. salam, saya nak tanya, permhonan lepasan diploma sekali setahun shja kan ? selain tu bole tak saya apply tnpa mohon melalui upu ? untuk makluman saya baru sahaja nak masuk semester akhir di politeknik dan insyaallah akan tamat pd nov2013.

  13. salam..sy nak tanya…lepasan politeknik kalau nak mohon upu bila ek?

  14. KentWong says:

    salam, nak tanye, saye baru habis diploma dr GMI, nak mohon masuk UPM, bila lagi kite boleh mohon untuk kemasukan UPU?

  15. salam .saya nak tahu kalau dari kolej swasta layak ke tidak untuk aply ke ipta

  16. […] yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat semakan. Jika menghadapi kesukaran untuk melayari […]

  17. apex otai says:

    salam….mcm mne nk isi upu utk lpasan diploma???knpa link dia xleh bkak???

  18. sy lepasan diploma dan sy nak tau bila permohonan upu dan permohonan uitm di bukan dalam tahun 2014 ? ble minta tlng

  19. syed amri says:

    assalamualaikum.w.b.t.. nk tnye.. sy baru je tamat Diploma kt poli.. nk tnye.. ble plak sy boley isi borang untuk sambung blaja peringkat degree..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>