Permohonan Pengajian Di Universiti Di Timur Tengah Sesi 2013/2014

Jabatan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014. Universiti Timur Tengah yang terbabit adalah universiti-universiti di Mesir, Jordon dan Maghribi.

Permohonan Pengajian Di Universiti Di Timur Tengah

UNIVERSITI DI MESIR

Universiti di Mesir yang tersenarai ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain-Shams, Universiti Mansoura, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq.

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Perubatan, Pergigian & Farmasi

    Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurangkurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

UNIVERSITI DI JORDAN

Universiti di Jordon yang tersenarai ialah University of Jordan, Jordan University of Science and Technology (JUST), Yarmouk University, Mu’tah University dan Al-Albayt University.

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

  • Perubatan & Pergigian

    Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)

    ATAU Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab

  • Pengajian Islam

    Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam

    DAN memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM

UNIVERSITI DI MAGHRIBI

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

PERMOHONAN

  • Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang pemohonan yang telah ditetapkan seperti di atas.
  • KPT hanya menguruskan penempatan pelajar sahaja. Pembiayaan pengajian ditanggung / diuruskan sendiri oleh pelajar.
  • Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara.
  • Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pengajian Tinggi di alamat berikut;

    Pengarah Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pengajian Tinggi
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4 No 2, Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 PUTRAJAYA

TARIKH TUTUP

Permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014 ini ditutup pada 31 Mei 2013.

PERTANYAAN

  • Sila rujuk dokumen Syarat Permohonan Ke Universiti Di Timur Tengah dan Borang Permohonan di atas untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:

    03-8870 6622 – Mariatul Zahira Binti Yahya
    03-8870 6611 – Siti Zubaidah Binti Che Daud

45 thoughts on “Permohonan Pengajian Di Universiti Di Timur Tengah Sesi 2013/2014

  1. salam…admin,klu nak apply utk course perubatan perlu ade subj bahasa arab jgk ke?
    ade sponsor tak?

    • awesomemindlikeme says:

      depends on which country you want to.if egypt,nope.you dont need that.

    • awesomemindlikeme says:

      and no,no sponsor..you finished studying the first year first(which the fees,you gotta pay on your own) and then if you get good result then you can apply to MARA etc

  2. Tak ada course akaun ke admin ?

  3. Tak ada course akaun ke admin ?

  4. [...] Permohonan Pengajian Di Universiti Di Timur Tengah Sesi 2013/2014 [...]

  5. 1. kalau berjaya untuk permohonan ni, bilakah tarikh pendaftaran ke universiti tersebut?
    2. kalau dah dapat tawaran,boleh tak tangguh pendaftaran hingga ke tahun depan?

    • MZubairAhmed says:

      Setiap tahun university di Mesir bermula pertengan september. Tahun ni untuk sesi 2013/2014 akn bermula 21 Sept. Semua akan masuk & terus mula belajar. Dinasihatkan datang seminggu awal untuk settle down dan cari suasana dulu.

  6. hii sy diploma grade,bole apply ke ijazah? but i didn’t get more than 6 credits in my SPM,i have studied diploma in nursing.but mahu continue study ijazah..macam mana tu?

  7. Anak saya dapat 11 kepujian dlm spm 2012 dn ingin mohon kuliah perubatan di universiti di mesir tp matematik tambahan dia hanya dpt c saje, subjek2 yg lain semua dh memenuhi syarat iaitu a dn b. …adakah dia layak utk memohon? tq….

  8. Anak saya dpt 11 kepujian dlm spm 2012 dn ingin memohon kuliah perubatan di mesir tp beliau hanya dpt c dlm matematik tambahan dn subjek2 yg lain dpt a dn b. Dia dr kelas sains tulen agama.adakah dia layak utk memohon?

  9. [...] Permohonan Pengajian Di Universiti Di Timur Tengah Sesi 2013/2014 [...]

  10. ada tajaan jpa @ mara utk perubatan ?

  11. Adakah sy layak utk sambung belajar ke jordan dlm bidang pengajian islam dgn result spm D dlm subjek +math,fizik & chemistry..tapi sy dpt A dlm subjek BA,BM,PQS & PSI

  12. Assalamualaikum. Permohonan untuk ke Maghribi hanya utk spm 2012 sahaja? Dan selain spm 2012 xlayak? Bermaksud yg spm 2009 xboleh apply lah? Walaupun cukup syarat kelayakan. Dan lagi satu, course islamic studies di Mesir ada 1 pilihan je ke untuk mahasiswi?

  13. assalamualaikum….saya mendapat semua kepujian dalam semua matapelajaran SPM…tapi english saya dapat C..sabjek lain saya dapat A dan B.adakah saya layak untuk memohon kuliah perubatan d universiti di mesir?

  14. assalamualaikum admin, klu result spm dpt c+ utk bio n kimia msh blh mmohon ka..?

  15. Salam, kalau nk smbung d jordan utk pengajian islam n dh lps syart sjil stam kira blh la ni?ke tgk jgk rezult spm?.

  16. Kalau mintak mana2 tajaan untuk tanggung bljar kt sana,bleh tak?

  17. Saya berminat utk menyambung pengajian dlm bidang dentistry tp chemistry saya c+.yg lain semuanya cukup syarat.adakah saya layak Dan berkemungkinan mandapat tempat?

  18. Assalamualaikum, selalunya bila keputusan bagi permohonan ni keluar?

  19. Salam..kalau nak sambung pelajaran dalam pengajian islam(syariah dan law) di Jordan, boleh dapat biasiswa MARA @ JPA tak? Saya dapat A dlm PQS dan BA..A+ dalam PSI..

  20. Salam,

    Untuk bidang perubatan di Mesir, university mana yang terbaik?
    Tqvm

  21. mohd naim says:

    Salam, anak saya dapat 11A dalam SPM 2012. Dia nak belajar perakaunan islam di Jordon macam mana caranya?

  22. Salam ,

    Ada x course engineering utk lepasan matrikulasi ? Tq

  23. Assalamualaikum admin, pelajar lepasan STPM dlm bidang agama blh ke sambung bahasa arab kt mesir? kalau blh, bila tarikh permohonannya?

  24. klu kita dah ada ijazah pertama & kita nak buat ijazah yang kedua kat sana..adakah perlu memenuhi syarat2 tersebut jgk?atau ada syarat kelayakkan yg lain?

  25. abdullah says:

    klu kita dah ada ijazah pertama & kita nak buat ijazah yang kedua kat sana..adakah perlu memenuhi syarat2 tersebut jgk?atau ada syarat kelayakkan yg lain?

  26. mahathir alkhobiri says:

    aslmkum wrh,,, sy mahathir,, lepasan diploma pengajian bahasa arab dan tamadun islam,,,, ingin sambung degree di maghribi,,, bagaimana?

  27. salam.

    can i know when will be the result for this intake? thank you.

  28. assalamualaikum warahmatullah. admin, tumpang tanya. saya lepasan diploma dari kolej Islam dalam bidang Pengajian Islam. apa kelayakan yang diperlukan jika pemohon adalah lepasan diploma?

  29. Assalamualaikum,adakah perlu belajar arab komunikasi sekiranya belajar di timur tengah.. ?

  30. Assalamualaikum.saya tak mengambil bahasa arab dalam spm.tapi saya minat nak belajar di jordan.adetak university yg menawarkan kursus bahasa arab di jordan sebelum menyabung pelajaran dalam pengajian islam

  31. salam, ade tak prog mcm ni,, tp skali dgn biasiswa,,

  32. Salam

    Permohonan pengajian di jordan bg pelajar lepasan spm 2013 sudah bole isi borg kpt ke?

    mcm mane nk apply skali scholarship bg progrm ni?

  33. salam..

    saya ada satu soalan, utk ke jordan bagi pengajian islam terdapat satu subjek sahaja yg tidak mendapat sekurang-kurangnya B+.. tetapi dapat C.. boleh mohon ke? ataupun boleh buat rayuan?

  34. nak tanya la, utk ke jordan bagi pengajian islam

    boleh mohon juga jika terdapat satu sahaja subjek yg tak dapat B+, tapi dapat C.. ataupun boleh buat rayuan?

  35. Nurfarhana Suzairy says:

    Salam, mohon pencerahan apakah perbezaan antara Program MOU dengan Program G2G? Siapa yang layak untuk program G2G?

  36. Nurfarhana Suzairy says:

    Salam,

    Borang untuk permohonan pengajian tahun 2014/2015 bila nak keluar?

  37. salam….
    permohonan utk sesi 2014/2015 dah buka?

  38. salam ..
    saya nak tanya saya seorang guru dan apa syarat kelayakan untuk mendapat penajaan sambung master ke universiti timur tengah dalam bidang bahasa arab?

  39. SALAM.RESULT CUMA 5A SUB BM,MATE,SEJ,PI,ICT AND BI DPT (B) TP LAIN2 SUBJEK C+ TERMASUK BAHASA ARab TINGGI KECUALI KIMIA D.. ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK UNTUK MEMOHON PNGJIAN PERUBTN TERUTAMA DENTAL N PENGAJIAN ISLAM.TQ

  40. zamnudin mamat says:

    salam.anak saya mendapat 7A 4 B,dia bercita-cita ke Jordan untuk ambil perubatan tetapi subjek Fizik,kimia dan Biologi adalah B+.Matematik tambahan adalah A,adakah anak saya layak mendapat tempat di sana?terima kasih.

  41. assalamualaikum..dokumen sokongan 2 mcm mana??mohon penjelasan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>