Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2012

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang mempelawa mereka yang layak untuk memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan dan diluluskan oleh Yayasan Pahang.

Peringkat Pengajian

Sarjana / PhD

  • Pengajian di luar negara bagi pengajian dalam bidang-bidang tertentu dan kritikal sahaja yang tidak terdapat di dalam negara.

Ijazah Sarjana Muda

  • Pengajian tahun pertama dalam bidang-bidang tertentu dan kritikal iaitu Perubatan/ Pengajian/ Farmasi, Kejuruteraan, Sains Komputer, Ekonomi, Sains & Teknologi, Perbankan Islam, Perakaunan/ Persijilan Profesional Perakaunan, TESL dan Sains Sosial.

Syarat Kelayakan Memohon

Yayasan Pahang

Kelahiran

  • Pemohon seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Pahang, ATAU
  • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Pahang, ATAU
  • Jika pemohon serta ibubapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh tahun di Negeri Pahang dan akan terus menetap di Negeri Pahang perlu dapatkan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Rakyat/ Pengawai Daerah/ Penghulu Mukim.

Akademik

  • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian.
  • Pemohon yang memperolehi pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
  • Pemohon telah mendapat tempat atau tawaran ke IPT.

Lain-lain

  • Pemohon mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
  • Pemohon mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web Pinjaman Pendidkan Yayasan Pahang atau terus ke http://sispen.yp.org.my/
  • Borang permohonan yang telah disi dengan lengkap perlu dan dihantar secara online mestilah dicetak.
  • Borang permohonan dan salinan dokumen yang berkaitan hendaklah di hantar secara serahan tangan atau secara pos kepada :-

    Yayasan Pahang,
    Kompleks Yayasan Pahang,
    Tanjung Lumpur,
    26026 Kuantan,
    Pahang Darul Makmur

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan pinjaman pendidikan Yayasan Pahang ini ialah 27 Februari 2012.
  • Panggilan temuduga akan dimaklumkan secara sms dan emel dalam tempoh 3 minggu selepas dari tarikh tutup permohonan. 

Pertanyaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>