TERKINI : Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013
Darul Quran merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.
Sistem Pengajian
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun ( 6 semester ). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Syariah dan Dakwah.
Syarat-syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang belum berkahwin.
- Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun.
- Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :
- Bahasa Melayu
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam
- Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, dan
- Lulus Bahasa Inggeris
Atau
- Kelulusan yang diiktiraf yang setaraf dengan SPM
- Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.
Yuran Pengajian Dan Elaun
- Yuran pengajian tidak dikenakan.
- Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.
Cara Memohon
- Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi melalui laman web:
- Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk menduduki ujian bertulis dan temuduga.
- Borang Permohonan dan Borang Perakuan Diri yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
Pendaftar,
Darul Quran,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan. - Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-60635333 atau faks 03-60645497
Tarikh Tutup
10 hari selepas keputusan peperiksaan SPM 2008 diumumkan.
Calon-calon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas 2 Mei 2009 adalah dianggap tidak berjaya.
Assalamualaikum…saya sedang menanti keputusan spm.Saya teringin ingin memasuki darul quran.Masalahnya saya tidak mengambil bahasa arab tinggi di peringkat spm..tapi saya pernah mengambil bahasa arab komunikasi ketika pmr.Ada tidak cara lain untuk saya memesuki darul quran?
saya telah menghafaz 30juzuk alquran dan kini sedang menunggu keputusan spm ,seandainya keputusan spm saya tidak menepati syarat-syarat untuk ke darul quran adakah saya masih berpeluang untuk memasukinya juga?saya benar-benar ingin mendalami ilmu alquran di darul quran….
assalamualaikum….saya pn same dgn dua org shbt di ats sdg mnanti kptsn SPM…sy bnr2 ign msuk ke DARUL QURAN n dlm cuti 3 bln ni sy cm mgambil mase utk mghfz AL-QURAN..persoalan sy same sprt nabila..
seandainy kptsn peperiksaan sy xmnpati syarat utk ke DQ,adakah sy x akn diterima?
sy ign mdalami AL-QURAN dgn lbh mdlm n ign mymbg pljrn saye di DARUL quran..
yg sy dgr skrg ni adlh darul quran berkongsi dgn kuliyyah..kwn sy kate seandainy pljr x dtrme ke dq,mrke x akn ditolak ttp akn dimsukkn ke kuliyyah ini.adakah bnr?sy x kesh bljr di mane2 aslkn di bwh dq ttp kalu blh sy nk hidup di tmn dq,kuala kubu selangor…moge2 kami diterima ke darul quran kuala kubu n kptsn pprksaan blh mmbntu kami utk mmgang amanah ALLAH di DQ Kuala Kubu..AMINN..utk ke dua shbt di ats,andainy antunna terbc aduan sy ni,add la ym sy di almt email redgreen_92@yahoo.com utk antunna,marilah kite same2 bdoa,agr ALLAH mgiznkn kite utk mlanjutkn pljrn di DQ..tp kte harus igt,seandainy ALLAH x mgabulkn pmintaan kite,itu bmkne die mrncg yg terbaik utk kite..k..don”t be sad ok..maasalamah
saya lain pula dgn mereka….
thn 2010 ni saya akn duduki peperiksaan SPM …
slps ini saya ingin mengambil STAM dahulu…
then jika berkelulusan saya ingin memasuki dQ…
Tapi saya bukan seorang hafizah ,dalam itu juga saya ingin mendalami
alquran…apa pendapat anda…
saya pun sama ,saya bru lepas spm duduk rumah sahaja jika diizinkan Allah saya juga ingin masuk darul Quran tpkan saya takut saya blum bersedia memikul tanggungjawab untuk hafal alQuran ramai tak org pempuan yg boleh hafal dan kekal menghafalnya hingga akhir khayat saya takut berdsa apa pndapat semua ye?
Asslamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Saya juga ingin bertanyakan pendapat. Saya juga sama dengan keadaan kawan-kawan di atas. Saya merupakan salah seorang pelajar tahfiz yang sudah hafal beberapa juzuk Al Quran. Dalam masa 3 bulan pertama tahun ini, saya ke Mesir untuk bertalaqi di Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat, Syoubra,Kaherah.
Alhamdulillah, dengan berkat doa bersama, saya kini telah pun mendapat Sanad Talaqi daripada salah seorang Syeikh di Maahad tersebut.
Jadi sekarang ini, saya ingin bertanya, bagaimanakah untuk mendapatkan borang kemasukan Diploma Tahfiz Darul Quran bagi tahun 2010 ini? Kerana saya dapati ramai bekas pelajar Darul Quran yang telah menyambung pelajaran mereka di sana. Perkara ini amat menarik minat saya untuk menjadi seperti mereka dan ingin juga memasuki Darul Quran untuk mendalami ilmu Al Quran itu sendiri. Dengan ini, layakkah saya memasuki Darul Quran?
masalah saya sama mcm ashiyatun asma…. apa pnylesaianya??? tiadakah cara lain untuk memasuki darulquran…..???
Ashiyatun Asma, Nabila, Nur Auni dan Umairah,
Salam… Anda boleh berhubung terus dengan pihak Darul Quran untuk mendapatkan nasihat mereka. Saya difahamkan pihak Darul Quran ada menjalankan kerjasama dengan beberapa pihak.
Saya doakan anda akan berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.
Natasya,
Elok juga perancangan anda itu, ini bermakna insyaAllah anda akan ada kelulusan STAM dan Diploma Tahfiz Al-Quran.
Nurul Atikah,
Jika ada kesungguhan dan keyakinan, insyaAllah boleh.
Ahmad Tabrani,
Salam… Sila rujuk Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013 untuk membuat permohonan. Permohonan perlu dibuat secara online. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi terus Darul Quran.
salam, saya seorang professional tapi berminat untuk menghafaz quran. saya telah menghafaz beberapa surah- yasin, waqiah, sajdah, mulk, insan tapi tiada palajaran formal untuk menghafal satu quran… ada cadangan tak untuk kursus formal tapi part time memandangkan saya agak sibuk dengan kerja seharian
Saya bekas pelajar sebuah madrasah tahfiz swasta di sabah . saya pernah menghafaz al quran sebanyak 11 juzuk ketika menuntut di sana . pada tahun lalu saya telah berhenti dari madrasah tahfiz kerana melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh SBP di sabah . selepas SPM ini saya bercadang untuk mengambil DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN .masalahnya saya mengambil jurusan sains tulen dan tidak mengambil bahasa arab dan jurusan agama yq tinggi dalam SPM TAHUN ini .bolehkah saya mengambil diploma tahfiz Al quran di mana 2 tempat yg sesuai asalkan ianya bertarap diploma tahfiz yg diiktiraf di bawah JAKIM seperti DARUL QURAN . ini kerana saya ingin menghabiskan hafalan saya dan menjadi hafiz AL QURAN ..
Assalamualaikum,saya teringin sangat nak masuk Darul Quran sebab nak hafaz al-quran tapi saya tidak tahu macam mana nak daftar lagipun saya tengok syarat kemasukannya adalah lulus bahasa arab tapi saya tidak mengambil bahasa arab.Bolehkah saya masuk tanpa mengambil bahasa arab tapi saya ambil tasawwur islam?Saya harap boleh.
wa'alaikumussalam sy pelajar thun akhir diploma 012, kepada para bakal ustazah n ustaz ini,untuk memasuki darul quran tidak semestinya perlu memenuhi syarat2 berikut,semua adalah rezeki yg pnting niat kita masing2…..saat yg pling kritikal adalah ktika waktu tmuduga bg menentukn kita layak atau tidak,yang penting kita cuba memohon dan bnyk2 berdoa agar kita d plih oleh Allah untuk menjga kalamnya…….sy ada bnyk pengalaman aneh dimana kwn sy msuk dq tanpa memiliki bbrapa kritiria yg sepatutnya,yg pnting berusaha dulu,berdoa n bertawakkal.
as salam mualaik…alhamdulillah.memang ramai nak masuk kat sni..ana stju ngn pendapat us kamal dimana rezeki dr Allah sumaNya i2..ana pon memg nak masuk DQ..tp dulu ana dr teknik..penah mintak..tp xdapat…sebb nak bhasa arab…lpas ana berusha cr kolej yg ada bhasa arab..dan ana telah blajar selama setahun dalam bhasa arab..memg hidayah dr Allah..lpas 2 ana skarang dalam kuliyah al-auran tahfiz d insaniah..insyaAllah pd mggu hadapan insyaAllah hari khamis (12/5/2011) ana ngn ayah dan mak akan pergi ngn sendiri..dan ana memohon agar shabat doakan ana tuk dapat memsuki DQ dan blajar d situ…(mf atay tunggang langgang,xpandai taip)..:)
macam mana nk tau kite trpilih ke tak utk temuduga????
mereka akan menghubungi calon yang berjaya atau calon boleh telefon 03 6063 5349 /5350 utk buat semakan
assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh…………. saya disini hendak memohon agar supaya
pihak tuan dapat memberikan senarai nama yang layak ke darul quran kerana saya disini telah lama menungu keputusannya jadi, saya harap pihak tuan dapat memberikan keputusannya secepat mungkin
waalaikumsalam.. sila hubungi darul quran utk mendapatkan maklumat ini
Salam, saya nak tanya. saya sdg dlm peperiksaan SPM lagi. Saya nak masuk Darul Quran utk sesi 2012. tapi saya tak berapa nak faham la kat atas ni. saya belum mendaftar lagi. jadi mcm mane prosedur nak masuk DQ ni.
salam… bagi program diploma tahfiz 2012 akan dibuka dalam bulan mac 2012 nanti & akan ditutup 10 hari selepas keputusan spm diumumkan.
bagi program pensijilan tahfiz 2012 pula permohonan telah pun ditutup, rujuk http://eputra.com/permohonan-program-pensijilan-t…
assalamualaikum…
saya mau tanyak,kapan di buka pendaftaran darul quran dan apa saja yang harus dipersiapkan untuk lewat kesitu?
sila hubungi terus darul qarun utk maklumat terkini
salam..saya pelajar diploma syariah dan sudah tamat pengajian..bolehkah saya memohon program diploma di darul quran pula?.adakah dikira layak?.
assalamualaikum saya ingin bertanya anak saya mempunyai sijil menengah ugama dan telah mendapat sijil tahfiz ( hafaz 30 juzuk ) tapi belum pernah menduduki pepereksaan SPM adakah layak untuk memohon utk program yang ada di darul Quraan
assalamualaikum..sy berminat nak masuk ke maahad tahfiz darul quran,mslahnya sy tidak pernah mengambil aliran bhs arab tinggi..mcm mana cr nya sy nak msk ke maahad tahfiz tersebut?ada cr lain x?