Pilihan Antara Matrikulasi, Asasi Atau Diploma

Keputusan permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010 untuk lepasan SPM dan setaraf akan diumumkan esok, 1 Mei 2009. Manakala keputusan ke Program Satu Tahun (PST) Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2009/2010 telah pun diketahui pada 17 April 2009 yang lalu.

Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda

Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.

Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.

Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.

All the best!!

Related posts:

  1. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi
  2. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Diploma
  3. Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2008
  4. Asasi Sains Universiti Malaya 2008
  5. Kolej Matrikulasi Perlu Dimantapkan

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , ,
Read 485 articles by

238 Comments

  1. chaa says:

    salam ,
    nak tanya . kalau diploma ambik course akaun dan nnt time ijazah nak ambik course lain boleh tak ?

    tolong jawab pleaseee

  2. Aryati says:

    terima kasih byk2 amir said..ingatkan da xder pluang lg..syukur alhamdulillah..

  3. eve says:

    salam,nilam~
    slpas bce y ats tdi~ sayer mule t’pkir bhawa matrik n asasi lagi okeyh
    dri plih diploma~ but kini sy hanya dpt pgilan diploma jer~
    adakah terbaek untuk sy jika sy dapat rayuan perakuanan matrikulasi sedangkan sy tiada lgsug basic about akuan?~ mase spm sy alrn sains~ sy sgt buntu memikirkan hal niyh~ diploma skrg ramai owg xpndg da~ jadi ape lgi plhn untuk sayer?
    sdeyh ye sy~
    tlog beri pandangan~
    mengenai kisah sy ini~
    trimakasih~

  4. myra says:

    saya dpt matriks melaka n asasi sc kt UiTM.
    sy binggung nk masuk ape?
    tp sy pilih asasi sbb kalo amek asasi means that sebelah kaki kite da ade kt u,
    tinggal nk score betol2 ntok dpt kos yg kite nk.
    betol x? :)

  5. akuanakmsia says:

    aku pljr sains.aku dpt mtrk bidang sains,aku pon dpt uitm asasi law,cita2 aku nk jdi doktor.matrik/law aku tk minat.dlm upu aku letak asasi sains hayat pilihan aku yang paling atas.knp diowang kasi yang aku tak minta.result spm aku straight a..aku ada gak minta piln jpa..(perubatan),tpi tk tahu jwpnnya lagi.aku buntu skrg takut terlepas semuanya.jadi tolonglah aku ni.sape2 ada yang nak bagi pendapat?please..

  6. sweetguyz says:

    salam.boleh ke kalau kita tukar asasi sains fizikal di uia ke asasi perubatan di uia pada hari pendaftaran.saya dapat asasi sains fizikal tapi x minat.saya minat medic.for information,sy dpt 9A.BIO A,KIMIA A+,FIZIK A-,MAT A,MAT.TAM A-.PLEASE HELP…

  7. kak nor says:

    apa apa pun buat sembahyang istikharah dua rakaat, insyaallah Allah akan tunjukan yang mana satu.

  8. KMPH PNGK 3.7 says:

    Terkilan baca perenggan last.'Silap time SPM'.

  9. sam ng says:

    apa kah itu matrik jika perlu isi untuk isi untuk ruangan ini, tak tahu apa maksuknys, sesiape boleh bantu?

  10. Siti says:

    saya nak tnya nie,sy dapat 5a spm thun lalu..saya mohon asasi sains hyat di UNIMAS dan pilihan seterus nya diploma..saya xtahu mcam mane nak pilih ape2..
    boleh tlog x..plezzz

  11. nana says:

    org cakap klu masuk asasi lagi bagus sebab kite x payah nak apply u lagi klu kite excellent..

    habis tu klu kite masuk matrikulasi pastu nak tukar masuk asasi boleh ke? sebab kite x tahu samaada akan dapat asasi atau tak… so kite masuk matrik dulu.. klu x dpt asasi boleh terus je matrik tu… tolong la saya apa yang terbaik untuk saya ye…

    • kamarul says:

      Mmg klau result asasi bagus mmg blh terus msk u.
      Klau dapat tawaran dr Matrikulasi & Asasi blhlah pilih salah satu lagipun result asasi akan dpt sebelum hari pendaftaran matriks.

  12. i.a says:

    kalau dari diploma ke ijazah ..bleh trus smbg ke ?

  13. minx says:

    boleh bagi tak contoh2 soalan matriks (fizikal)…? tq

  14. minx says:

    plajar sederhana yg dilelong tu plajar yg dapat pointer brapa ya???

  15. minx says:

    boleh x bagi contoh2 soalan matrikulasi? (fizikal)..nk tau jea..tq

  16. rul says:

    encik,,, mcmane plak kalu kte gagal smasa kte mgikuti pr0gram matrikulasi….

    adkh pngajian kita harus dismbung kpd 2 semester lg???

    • anis says:

      klau dpt di bawah 2.00 blh merayu utk mengulang. jika rayuan diluluskan akan belajar semula 2 semestar. klau xlulus blh ambil stpm @ diploma guna result spm

  17. buntu says:

    saya dari sek teknik..saya ditwarkan ke aliran elektrik….so…lpas spm…saya ditawarkan ke matrik (aliran sains) dan juga m'dpt pggln upu ke universiti teknikal malaysia melaka (diploma kejuruteraan elektrik)…saya buntu!!!xtau nk masok maner?bleh bg cadangan????mase pon tggl bp ari je lagii…

  18. jinggo says:

    tq…coz bg maklumat macam ni.now br saya faham.sng la nk xplain kat anak.tq

  19. Alia says:

    Salam..Saya pljr tngktn 5 thun ni..Sya nk thu antara jurusan akaun dgn sains mana yg susah di matrikulasi?Apa mksud 'dilelong' untuk lpsn matrik yg krg cmrlng?

    • Qaseh says:

      Salam…
      Ramai kata Sains…
      pelajar itu akan ditawarkan program pengajian yg masih ada kekosongan walaupun program/kursus itu tidak berada dalam senarai pilihan mereka asalkan telah memenuhi syarat minimum

  20. azrin says:

    Salam..
    saya pelajar ting. 5 tahun ni.. tq coz bg info yg sgt berguna..
    nak tanya ni, kalo gagal/x sampai pointer dlm Asasi IPTA, apa crita?

  21. Farah says:

    salam..
    saya adalah pelajar lepasan spm dan akan menyambung pelajaran di peringkat diploma di UNISEL..
    saya ada soalan yg nk di tanya..
    boleh x kalau diploma ambil jurusan business admin di UNISEL..lepas tu degree nnt ambil jurusan lain tapi still under satu falkuti di IPTA?
    contoh; saya ambil diploma in business administrative at UNISEL and then degree saya ambil bachelor in marketing di IPTA?
    tlg saya..buntu sangat..tlg jawab A.S.A.P..
    tq

  22. Farah says:

    salam..
    saya nk tny.klu saya amik kos diploma in business administrative kt UNISEL.
    degree nnt saya boleh x tukar kos bachelor in marketing di IPTA lain?
    tlg la saya..

    • Siti says:

      Cuba semak dahulu syarat kelayakan masuk IPTA pilihan tersebut & jika perlu call bahagian kemasukan IPTA berkenaan.
      Secara amnya jika memenuhi syarat yg diperlulan memang boleh buat apa yang Farah cadangkan tu

  23. icha says:

    hehe . klo masuk asasi dpt elaun ker ?

  24. tufail says:

    saya pelajar spm 2011…macam mana nak mohon asasi??? lepas dpt rsult spm ke???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives