Tarikh Keputusan Permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010

TERKINI : Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2010

Sejumlah 166,261 permohonan telah diterima oleh UPU sehingga tarikh tutup permohonan untuk kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010.

Para pelajar lepasan SPM dan setaraf yang ada membuat permohonan melalui UPU ini dijangka boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka pada 1 Mei 2009 ini.

Semakan permohonan UPU ini boleh dibuat dilaman web rasmi kemasukan ke IPTA iaitu http://upu.mohe.gov.my atau secara sms UPU RESULT No. Mykad hantar ke 15888.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), calon yang berjaya akan diberi pilihan sama ada untuk mengikuti Program Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.

Mesyuarat Penyelarasan Bersama dengan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) pada 11 September 2008 telah bersetuju akan mengguna pakai dasar tawaran terbuka (double offer) di mana calon lepasan SPM yang layak akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.

Sekiranya seseorang calon mendapat dua tawaran, iaitu dari Matrikulasi dan juga IPTA, calon boleh menolak salah satu daripada tawaran tersebut dan mendaftar ke program tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Jika calon hanya menerima satu tawaran sahaja iaitu Program Matrikulasi KPM, adalah dinasihatkan calon mendaftar di Kolej Matrikulasi berkenaan pada 11 Mei 2009 ini.

Seandainya, calon memilih untuk menolak tawaran Matrikulasi, nama calon akan diproses dan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian serta kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kemasukan Ke IPTA.

Jika calon telah mendaftar ke Program Matrikulasi KPM, nama calon tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan kemasukan ke IPTA oleh BPKP JPT.

Calon yang mendapat tawaran mengikuti Program Pengajian Asasi atau Diploma di IPTA diwajibkan membuat pengesahan setuju terima tawaran IPTA dalam tempoh tujuh hari dari tarikh keputusan diumumkan melalui laman web IPTA berkaitan.

Calon-calon yang mengemukakan permohonan ke UPU dan tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan yang boleh dicapai mulai 1 Mei 2009 jam 12.00 tengah hari melalui laman web UPU dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh keputusan diumumkan.

Keputusan rayuan untuk program pengajian lepasan SPM dan setaraf dijadual akan diumumkan pada 5 Jun 2009 dan 10 Julai 2009.

Mereka yang memohon untuk mengikuti program pengajian Sarjana Perubatan pula boleh menyemak keputusan permohonan mulai esok 24 April 2009.

Sementara itu bagi para pelajar lepasan STPM dan setaraf pula dijangka akan boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke IPTA mereka pada minggu ketiga bulan Jun nanti dan bagi Diploma Pendidikan pula juga dalam bulan Jun tetapi belum diketahui minggu ke berapa.

Maklumat lanjut mengenai status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA boleh dirujuk melalui talian atau saluran berikut 03-8883 5858 / 5848 dan e-mel upu@mohe.gov.my serta melayari laman web rasmi kemasukan ke IPTA http://upu.mohe.gov.my.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
70 Comments Post a Comment
  1. nilam says:

    Yana,
    Salam… Secara amnya program pengajian tersebut melengkapkan diri mengenai sistem kewangan Islam dan mempunyai peluang kerjaya di bank dan bahagian kewangan syarikat yang ada kaitan dengan Islam.
    Tiada masalah untuk anda ingin memohon untuk pengambilan Januari nanti.

    Izzati,
    UIAM memang ada membuat pengambilan untuk sesi Januari.

  2. YANA says:

    thankz nilam…and apa pendapat nilam?hmmm saya tak minat math dan akaun…patut ke saya ambik bidang yg saya dpt tu?setahu saya bidang tu berkaitan akaun kan…???apa pendapat nilam kalau saya memohon kos perancangan bandar n wilayah??harap anda boleh menjawap soalan saya..terima kasih.

  3. nilam says:

    Yana,
    Sama2… Sememangnya lebih baik jika mengikuti kursus dalam bidang yang diminati tetapi ada kalanya kita tidak dapat apa yang diharapkan. Memang kursus yang ditawarkan tersebut ada kaitan dengan matematik dan akaun.
    Setahu saya program pengajian Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah juga memerlukan Matematik. Di samping itu anda juga perlu lulus ujian melukis, temuduga dan tidak buta/rabun warna.

  4. izzati says:

    pd pendapat nilam,antara UiTM n UIAM,mne lg bgs?.mksd sy,UIAM kn lbh byk subjek wajib kalau nk dibandingkan dgn UiTM.tmbh pulak sy xde background agama sgt..

  5. nilam says:

    Izzati,
    Kedua-dua mempunyai kelebihan masing-masing. Setahu saya di UiTM pun pelajar Islam perlu mengambil matapelajaran Agama.
    Apa yang penting pilih mana yang ada menawarkan program pengajian yang anda minati.

  6. izzati says:

    salam nilam.saya dh try cari info berkenaan dgn pengambilan pelajar lepasan spm 2008 ke UIAM untuk sesi disember 2009/januari 2010,tetapi tidak mendapat apa2.mungkin nilam dpt membantu sy….

  7. nilam says:

    Izzati,
    Salam… Laman web pengambilan pelajar UIAM adalah di http://www.iiu.edu.my/anr/index.html. Walaupun begitu saya tidak pasti samada UIAM ada pengambilan untuk lepasan SPM untuk sesi Disember. Mungkin boleh nantikan iklannya atau terus berhubung dengan UIAM untuk kepastian.

  8. izzati says:

    nilam,bagaimana pula dgn permohonan ke UiTM?

  9. fifi says:

    nilam, akhbar manakah yg mngeluarkan iklan intake sesi disember bg UITM? n bilakah trikh yg mgkin intake tu mula keluar?

  10. nilam says:

    Izzati,
    UiTM memang ada pengambilan untuk pelajar lepasan SPM. Lama web pengambilan pelajar untuk UiTM adalah http://www.uitmonline.edu.my/.

    Fifi,
    Saya tidak pasti suratkhabar mana dan bila iklan akan dikeluarkan. Cuma anda boleh selalu kunjungi ePutra atau terus sahaja semak di http://www.uitmonline.edu.my/ dari masa ke semasa.

  11. izzati says:

    nilam,sy telah menghubungi pihak UIA dan bertanyakan mengenai kemasukan ke universiti tersebut beberapa hari yg lepas.mereka memberitahu sy,sy perlu menulis surat rayuan dan kirimkan kepada mereka.blh x nilam bg tahu sy apa yg perlu sy tulis di dlm surat tersebut?ataupn nilam blh memberi contoh surat rayuan kepada sy.tq

  12. nilam says:

    Izzati,
    Saya tidak pernah melihat atau menulis surat rayuan yang berkenaan. Walaupun begitu secara amnya surat rayuan mestilah ditulis secara ringkas tetapi padat dengan maklumat. Anda patut nyatakan sebab-sebab yang dapat menyokong permohonan anda dimulai dengan mengapa anda memilih program pengajian dan universit berkenaan.

    Selepas itu nyatakan pencapaian akademik anda dengan menonjolkan matapelajaran yang cemerlang lebih-lebih lagi yang ada kaitan dengan program pengajian yang dipohon. Di samping itu nyatakan keazaman anda untuk berjaya dengan menonjolkan cita-cita, minat dan kemampuan diri anda. Tidak ketinggalan juga ringkasan pencapaian kokurikulum dan penglibatan kegiatan masyarakat jika ada.

    Salinan sijil pencapaian dan keputusan peperiksaan patutlah disertakan. Sebaik-baiknya semua dokumen ini telah disahkan.

    Semoga anda akan berjaya mendapat tempat.

  13. spark says:

    mcm mane nak daftar upu??ape web die???

  14. areyie says:

    bile ek nombor pin uitm dijual?

  15. ain says:

    Bila keputusan rayuan uitm sesi disember nak keluar????sape tahu???

  16. syawal says:

    mcm mana nk check kemasukan ke pra diploma ney………………..

  17. sape2 yang agak2 xdpt gak rayuan upu ni call sy k untuk kemasukan program uitm di kampus bersekutu uitm.. confirm dpt kerja juga selepas tamat pengajian.. syarat kemasukan keturunan melayu, minimum 5 kredit b.melayu, english & matematik wajib kredit..
    en zahid.. 017-6485408

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.