Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan beberapa syarat untuk layak masuk ke Tingkatan 6 Bawah 2010. Syarat kemasukan ke Tingkatan 6 ini ditentukan mengikut jenis sekolah dan jenis calon.

Kemasukan

Mengikut Jenis Sekolah
  1. Sekolah Menengah Harian
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
Mengikut Jenis Calon
  1. Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  2. Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  3. Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2010
  4. Permohonan Calon SPM Ulangan 2010 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2011

Penentuan Nilai Mata Gred

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengambil keputusan untuk menetapkan wajaran yang akan digunakan di dalam pemilihan pelajar ke Tingkatan Enam Bawah bagi tahun 2010 disesuaikan dengan gred dalam SPM mulai tahun 2009 tanpa melibatkan pengubahsuaian dalam Sistem Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah.

Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.

Gred Lama Gred Baru Nilai Mata
1A A+ dan A 1
2A A- 2
3B B+ 3
4B B 4
5C C+ 5
6C C 6
7D D 7
8E E 8
9G G 9

Syarat Kelayakan

Syarat Am
  1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.
  2. Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.
Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan
Kemasukan ke Sekolah Menengah Harian
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.

Jurusan Kemanusiaan

  • Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan Mata Pelajaran
I Bahasa Melayu
II Bahasa Inggeris
III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV Sejarah
V Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
VII Matematik / Matematik Tambahan
VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil
XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Jurusan Sains

  • Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan Mata Pelajaran
I Matematik / Matematik Tambahan
II Fizik
III Kimia
IV Biologi
V Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.

Jurusan Agama

  • Calon mesti LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan Mata Pelajaran
I Bahasa Melayu
II Bahasa Inggeris
III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV Sejarah
V Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah
VII Matematik / Matematik Tambahan
VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X Pendidikan Syariah Islamiah
XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)
XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Jurusan Sains

  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.

Jurusan Agama

  • Calon mesti mendapat KEPUJIAN sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan Mata Pelajaran
I Bahasa Melayu
II Bahasa Inggeris
III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris
IV Sejarah
V Geografi / Pendidikan Seni Visual
VI Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah
VII Matematik / Matematik Tambahan
VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science
IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
X Pendidikan Syariah Islamiah
XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)
XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 12 hingga 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

Jurusan Sains

  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Syarat Mengikut Jenis Permohonan
Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  1. Mereka yang memenuhi syarat di atas tetapi tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
  2. Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi aktif di dalam penglibatan kokurikulum perlu memenuhi syarat berikut;
    1. Membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK pada 10 Mei 2010.
    2. Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
    3. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010.
    4. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
    5. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
    6. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 1 Jun 2010 tidak akan dipertimbangkan.
    7. Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM.
Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  1. Calon persendirian/swasta SPM 2010 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2010 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Sekolah Dan Jurusan seperti di atas.
  3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2010
  1. Calon sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2009 tetapi ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas hendaklah membuat permohonan melalui pengetua sekolah. Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:-
    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010;
    2. Memperoleh keputusan STPM 2009 bagi dua mata pelajaran dengan keputusan lulus sebahagian (Gred C-, D+ dan D) atau mendapat satu mata pelajaran lulus penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu mata pelajaran lulus sebahagian;
    3. Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2010 sebagai calon sekolah;
    4. Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan
    5. Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.
  2. Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi semua syarat di atas.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah tiga minggu selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
Permohonan Calon SPM Ulangan 2010 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2011
  1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM Ulangan 2010 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2011 dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :
    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010.
    2. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di atas; ATAU Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.
    3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.
    4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2009 di sekolah persendirian / swasta.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah dua minggu selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2010.
Permohonan Pertukaran Sekolah
  1. Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa. Keputusan adalah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang menerimanya. Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
    1. Surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah;
    2. Keputusan SPM 2009;
    3. Kad pengenalan;
    4. Sijil Kelahiran; dan
    5. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diambil
  3. Semua pertukaran sekolah hendaklah menggunakan borang seperti Akta Pendidikan 1996 P.U. (A) 275 Jadual Ketiga.
  4. Dalam kes di mana calon telah berpindah lebih awal dari surat tawaran dikeluarkan. JPN yang menerima akan mengesahkan kelayakan dan membuat penempatan segera.
Permohonan Pertukaran Jurusan
  1. Permohonan pertukaran jurusan dari Jurusan Sains ke Kemanusiaan atau sebaliknya hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri hanya dibenarkan memberikan kelulusan jika permohonan itu:
    1. Mendapat sokongan Pengetua; dan
    2. Calon berkenaan didapati layak masuk ke jurusan yang dipohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
    3. Calon mesti mengisi inventori minat bagi menyokong permohonan untuk ke jurusan yang dipohon.
  3. Walau bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang berkenaan. Keputusan kelulusan sama ada berjaya atau tidak harus dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 2 minggu daripada tarikh permohonan.
  4. Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat pada 24 Mei hingga 27 Mei 2010.

Maklumat

  1. Sila rujuk kategori Tingkatan 6 untuk mendapat lebih banyak maklumat yang berkaitan.
  2. Maklumat di atas diperolehi daripada Surat TKP(OP) Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010 dan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010.
  3. Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  4. Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran melalui Pn. Norchahaya Abd. Ghani di talian 03 8884 9456 atau En.Md.Jamal Hj.Bongkek 016 220 8322 atau En.Selamon Kosrin 03 8884 9352 dan no. faks 03 8888 6673.

196 thoughts on “Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Putra Nilam. Putra Nilam said: RT @eputra Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010 http://bit.ly/bChuy7 […]

  2. nabilah binti jusoh says:

    macam mana cara nk apply form6????
    msti isi borang online gak k???

  3. sitifazlina says:

    pehhhhhh…..gleq susah nk mohon…..layak kerrrrrrrrr aku nk msuk f6 neyyyyyyyyyyy?????????

  4. cmana mo apply f6??
    respon pliz………

  5. khairudin says:

    Untuk borang kemasukkan ke tingkatan 6 rendah nak melayari halaman mana ???

  6. amin nasrin says:

    low… korang….. cmne nk aply f6…. tlong la blas

  7. Nabilah, Edaramilie, Khairudin dan Amin Nasrin,
    Bagi lepasan SPM 2009, anda tidak perlu memohon tetapi akan ditawarkan ke Tingkatan 6. Cuma bila tidak dapat tawaran barulah membuat permohonan rayuan.

  8. boy_akuredha says:

    salam nilam!! emm, biler agknyer kpm nk bgtau kitaorang sumer bila nk inform yg kami leh masuk f6 ke x??kalu leh spesifik sket dia nyer tarkh…plezzzz

  9. cara pengiraan unit tu mcm mn?? 3 mata pelajaran terbaik dr kumpulan berlainan…mcm bm, bi, n sej ja ka yg nk kira???

  10. my result not so good wor….i din have A n B ….jus have C ,D n E…can i go form 6?

  11. BOY_AKUREDHA
    tarikh kpm nak bgtahu kite semua ni leh masuk f6 or not is one week before lower form 6 stat, dan tahun ni f6 stat 10 mei, jadi rase-rasenye dalam 5 may kot. tp tu teka je..

    TRACY OH
    basically, every one can enter f6. and i do think u can enter f6 with your result. and i think u’ll be offer for art stream, not science stream. if u x dapat f6, there always the rayuan button~ =)

  12. adik-adik,

    walaupun mungkin keputusan spm adik biasa-biasa saja, (xde A), jangan putus asa.
    memanglah ada syarat masuk tingkatan 6, tetapi ia bergantung budi bicara pengetua atau pihak sekolah.

    mengikut pengalaman akak masa form 6, kalau adik aktif kokurikulum dan banyak berjasa pada pihak sekolah, adik boleh dipertimbangkan untuk masuk form 6. pokoknya, jangan sombong dengan cikgu-cikgu dan cuba tunjukkan usaha dan kesungguhan untuk mengambil STPM tersebut.insya allah tuhan akan membantu kalau niat kita ikhlas..:)

  13. hw to check wheter i get form six or no?

  14. mcmn nak tau samada kita ditawarkan ke tingkatan 6?? sekolah akan call ah??

  15. guys..buat semakan kat moe.gov.my utk smakan f6

  16. mcm mana nk apply form 6?? melalui sekolah atau online sahaja??

  17. yg penting b’jaye….

  18. semoge b’jaye dlam mengejar syurga Allah

  19. bila baru dapat tahu senarai nama tingkatan 6 2010 ?

  20. 3 mei dpt taw either dpt masuk or not. tp xtaw tgk kat moe or emoe puya websites.. tunggu sajalar 3mei nanti.. dkt laman web jpn selangor ada pdf pasal tarikh f6 keluar..

  21. fatimah wahidah says:

    kalau saya ex-student SBP, bagaimana nak memohon ke form 6 di KISAS dan SMAP Labu, disebabkan saya dulu aliran sains agama.Tambahan pula,sekolah saya tidak menawarkan pengajian ke tingkatan enam.Nilam,plez respond..

  22. kptsan msk f6 blh semak gna sms g le.lps kptsan UPU kuar dh 2 bru snarai nama msk f6 kuar.,bsanye klu menuhi syrat klykan msk f6,xplu le memohon sb gerenti dpt punya..klu nama x tsenarai bru mta rayuan punya..

    bsanye klu f6 ni janji memenuhi syrat klykan gerenti nama da kat f6 wpun dr skh agama,skh asrama penuh n skh teknik..klu nk pndah ke sklh yg kta nk 2 memang blh tp mst daftar dlu kat skh yg dah ditetapkn..klu x t xdpt mta pindah..

    nk mta pindah skh msa f6 atau nk tkr aliran lak sma je..g daftar dlu bru mta pindah skh.asalkn mdafter kat skh yg ditetapkn.kat skh sy da stdn dr skh agama n skh teknik g.

  23. macam mana dyeorg tentukan stream kite? ikot blgn ‘a’ ker? that means dak yang byk ‘a’ ke sc stream and yg tak banyak a ke art stream ker? cenggitu? kalo camtu yang byk ‘a’ tp nak ke art stream kena lar belajar phyz chem semua tu dl sc stream before ke art stream?

    and kalau dyeorg x tentukan stream dgn bil ‘a’, dyeorg tgk kite punyer stream mase form 5 ker? yg sc stream kekal sc stream and vice versa? kalau budak teknik pdggn amik phyz, chem, akaun, pdggn/k’ushwnn , jd stream dyeorg ditentukan camne?

    maap lar, tak pandai nk terangkan… serabut otak ni sket.. thanx

  24. ain,
    ain ni nak ambik form 6 arts ke? tp ain aliran sains masa form 5?

    dun worry, kalau ain ditawarkan form 6 sains, ain merayu mintak tukar ke aliran yg ain nak. ia adalah normal jika sekolah selalunya menghalang pada mulanya, tp, adik perlu berjuang untuk keputusan adik.

    ramai bekas aliran sains yang pilih ambik arts masa form 6.. normal lah. malah ada kawan dulu dapat straight A masa spm aliran sains, tp tukar amik arts sebab dia nak jadi lawyer. (nak jadi lawyer kena amik subjek sejarah, and sejarah adalah subjek arts.)

    gud luck!

  25. […] 5 Mei 2010 ini dijangka tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 2010 akan diumumkan. Mereka yang memenuhi Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010 akan mendapat tawaran untuk memasuki Tingkatan 6 Bawah dan seterusnya menduduki peperiksaan STPM. […]

  26. sesipa ad pgalamn msuk f6 sains???kogsilah ckit…

  27. saya mix. ambil account, physics, chemist and keusahawanan pada waktu yg sama. jd mmg nak ambil account sebab phyz and chem and +m3 tak dapat a.

    cuma saya memang kalau boleh tak mahu hadap langsung dah lah physics, chemist semua tu. tu la yang saya tanya macam mana mereka tentukan aliran f6.

    pasal yg menghalang tu, masa kat sekolah lama pun cikgu halang saya tukar ke account, tu yang pindah teknik, so takda masalah kot..

    pasal sekolah pula, diaorang tentukan macam mana yer? ramai yang kata kerajaan akan kasi sek yang dekat dengan rumah kita, tp sekolah yang dekat rumah saya ni tak ada account la pulak. so camna tu?

    thanks

  28. kalau ain berminat dalam akaun, better ambil arts. ain boleh ambil kombinasi subjek seperti akaun, ekonomi, dan pengajian perniagaan. kalau tak dapat ambil semua subjek ni pun, adik boleh pilih mana-mana subjek yang ada di sekolah yang adik dpt tawaran form 6, asalkan adik yakin subjek tu adik boleh skor… ini penting supaya pointer tak jatuh.

    ( kalau ain rajin, cek syarat kemasukan kursus ijazah yang adik berminat di universiti nnt, lihat apa subjek-subjek yang adik perlu skor utk mohon kursus tersebut.)

    masalah sekolah tak tawarkan subjek ni memang selalu dihadapi pelajar tingkatan enam. pertama, kalau ain ada rakan sekelas yang lebih 15 orang memohon agar subjek tu diwujudkan di sekolah, sekolah perlu luluskan. tapi ini memang berisiko lah… better ain usaha cari sekolah yang ada tawarkan subjek yang ain mahu. lagi satu, ain boleh belajar sendiri subjek tu. tp ain kena pastikan ain ada cikgu atau kawan dr sekolah lain untuk berkongsi ilmu…

    apapun, daftar dulu mana-mana sekolah yg ada tingkatan enam. soal aliran dan subjek boleh dirunding sepanjang berada di tingkatan enam rendah.

    • bila keputusan rayuan tingktn 6 2010 di kluarkan??

    • Fatyn Nadiah says:

      em,.fatin berminat gak gn sbjek account nh..tp mse skul dlu xamik pom sbjek 2.jd org ckp..lw xdp basic,.ssh lar.cmne nh,.mse skul dlu..ftin nh aliran sains kjurtraan.tp ftin xmnt..2 y np amik account lw msk form6..cmne eh??

  29. Hey,how to calculate units to enter sc stream and arts stream?
    cuz i read the syarat kelayakan and don understand abt the units part.

  30. aduii…satu ape temuduga pun aqu tak dpt.. hrp2 form 6 aqu dpt laa…

  31. salam..nilam,sye dpt tau subjek2 utk aliran sains form6 are pengajian am,fizik,math t,kimia..kalo nk amik bio bleh??n subjek wajib lain xde ke??sowi r..xde pngalaman..harap dpt tolong eh..sesape r..n trime kasih bnyk2..!!

  32. naina relax le..jgn sdh k..da g org lbh mlg dr awk.smu xdpt.kna mrayu lg..sy doakn awk dpt f6.
    subjek wajib f6 pengajian am.pgjian am 2 cm bm dlu. kna lulus klu nk slmt.subjek pgjian am sgt pntg.kat unv t akn bljr bnda yg sma g cm nama subjek 2 je lin..
    klu aliran kmusiaan g sngle.alran sains f6 lbh susah dr di matrix.bg yg btl2 rs blh n yakin dpt result bgus msa ambil f6 sains,korg blh truskn.tp klu result spm hr 2 menunjukkn korg lmah subjek sains bk mta tkr aliran .2 lbh slmat g..

  33. sya dpt 3 mata pelajaran terbaik dgn merit terkumpul 10.adakah sya akn menerima tawaran ataupun perlu membuat rayuan

  34. masuk f6 rmai2!!!

  35. fatimah wahidah,borang x silap blh amik di jabatan pelajaran….

  36. sya dpt merit matapelajaran terbaik 10.adakah sya layak mendapat tawaran atau perlu buat rayuan

  37. sape2 tahu tlg respon yep……..tq

  38. fatimah wahidah says:

    boyz betul ke kene amik kt jbtn pelajaran? belum tarikh tutup ke?

  39. hye.. nak tanya ckit.. klu dah dpt tawaran pegi matrix, nama still ada kat senarai student yg dpt masuk f6 ke??.. coz sy dengar student yg dpt tawaran matrix automatically nama dia x da dlm senarai f6.. sy dpt twrn matrix tp parents x bagi pegi..sy jg dpt twrn intvw dr maktab tp klu blh sy nak apply f6 coz takut hasil intvw dr maktab tue x bgs..sy kena buat rayuan lps senarai f6 kluar ka??..sekiranya kptsn intvw tue bagus n sy diterima msuk f6, sy blh kluar dr f6 n pegi maktab or sy kena stay f6?.. waktu f5 sy dr science stream..result spm sy bgs n skrg sy nak jd cgu.. so time f6 sy kena ambik art stream ka??pls help me..sorry, byk soalan..

  40. Nurul Asrar says:

    salam,
    blh ana tahu syarat kelayakan untuk memasuki STAM?
    adakah perlu untuk mengambil SMA sebelum memasuki STAM?
    Alhamdulillah,ana mmg nk menjurus ke bidang agama

  41. LEEN

    1)apa yang saya dengar, macam tu la. siapa2 yang dapat matriks takkan dapat f6. tapi ntah la..

    2)actually, ramai buat camtu. takut tak dapat maktab, diaorag pergi f6 dulu untuk secure place nak belajar. kalau dapat maktab, boleh berhenti f6 and pergi maktab. and kalau tak dpt maktab boleh continue f6. so, pilihan di tgn anda.

    sorry, tak banyakmembantu.

    SYUKRI

    1)lets just wait till result keluar. kalau dapat, alhamdulillah, kalau tak dapat baru mohon.

    NURUL ASRAR

    1)maaf la, saya tak biasa dgn terms2 sekolah agama. cuba masuk forum iluvislam and tanya forumers kat situ. mungkin ada yang dapat membantu.

  42. salam…
    hmmm sy nk tanya tingkatan 6 ni ssh ke nak bljr…???
    sbbnya bnyk org ckp tingkatan 6 ni ssh…betul ke???
    helllpppp meee!!!

  43. salam,,saye ad aply mtriks,mktb ngn u,,skunk ney saye xdpt mtriks n mktb,,mgkn gak sbb sye pny ad.mths,,dis yer tersangatlah byk saingan,,spm sye cm dpt 5A1B1C1D1E,,so x pe lh,,sye tgh 2nggu rsult upu,,nme sye ad dlm snarai f6,,mak sye ckp 2nggu dlu rslt upu kuar then bwu dcide wether sye nk msk u or f6,,masalahnye sye xtw nk amek kos ape,,sye bdk sains stream ms kat skul dlu,,tp my fwen ckp syllabus sc f6 ssh gilerrr,,sye cnfuse larr,,kalo sye nk amek kos sstra,sye x pnah blaja lgsg,,sye ad bbrpa qstion kt cni,,

    1)pengajian am tu stdy tntg ape?
    2)snarai matapelajaran bg sc kos n sstra kos.

  44. ILY

    1) memang tak dinafikan amatla susah science stream tu, tapi di mana ada jln dsitu ada kemahuan.. ily punya science subjects ok ke cukup2 makan? kalau cukup2 makan, better reconsider sebab asas science kena kuat before masuk f6 ni..

    1) pengajian am tu RASANYA lah tentang sejarah, bm , isu2 semasa, sastera and bla bla… sort of

    2)SCIENCE-physics, biology, chemistry, math T,
    SASTERA-sejarah, geografi, akaun, bm, math S. (ini yg sy tau la.. kalau slh maap~)

    QEELA
    1) mana2 ergi pun mmg susa.. tgk kmampuan kitala.. let me just put it this way..
    matriks<stpm.. tapi f6 is one of the toughest exam in Msia. gud luck!

  45. bila senarai nama kemasukan tingkatan enam akan mengumumkan? krn adik saya dah xsabar2 utk sambung belajar la!

  46. kadang kala saya berasa tekanan krn exam akan tiba la dan selalu kat sek kan ada exam bulanan. saya ni selalunya dpt keputusan yg tdk memuaskan dan saya memang risau entah akhir tahun ni saya boleh jawab kat peperiksaan tak!

  47. adakah sesiapa dpt tolong saya?saye memang betul2 risau dan hari selasa nanti ada exam muet speaking lagi skrg hati saye memang takut la!

  48. hye….

    sy btol2 mta tlong nie…..

    misal lah sy dpt f.6 kat skul sy…

    tp sy nak tukar f.6 kat skul len…

    dgn alasan tak dpt fokus study klau sma klaz dgn kwn lma…..

    sbb klau sy dh stu klaz dgn kwn lma sy…kompom kondem la sy….

    xpat fokus….

    bleh ke????

    help me plisssssssssssssssssss……………….

    • bawa surat tawaran yg dh d downloadkan dr website…buat permohonan tukar sekolah d skolah lama (sambung f6 tu) n kmudian bawa surat sekolah ke pej pndaftaran daerah utk pohon tukar sekolah..bglah reason ape2 patut sbb nk pindah.klu nk tukar sekolah negeri lain pn boleh..bgtau je kononnya ikut keluarga berpindah.

  49. Undergroundz boys(MUHAMAD SYUKRI) says:

    saya dapat 3A PLUS dan yang lainnya kepujian yang baik tetapi tidak ditawarkan tempat ke universiti,jika dapat pun saya memang tak nak pergi kerana jika difikirkan pembelajaran di form 6 lebih banyak benefits..antaranya

    1.jimat kos
    2.jimat masa
    3.pembelajaran di form 6 lebih banyak mematangkan kita bebanding mereka yang buat diploma punya banyak peluang untuk honeymoon dan buat ala kadar saja
    4.STPM diiktiraf oleh semua universiti temapatan dan sebilangan di luar negeri(negara komanwel)
    5.ketertinggian STPM Lebih mendahului berbanding diploma dan jika dapat 4 prinsipal tarafnya sama dengan A-level/cambridge UK

    Kepada mereka yang tidak ditawarkan tempat ke universiti,usah berasa putus asa dan rendah diri hanya kerana ingin mengejar segulung diploma yang belum tentu menjamin apa-apa…

  50. salam..nak tye layak ke sye dpt f6 ngn kptsn 2a,3b,2c,2d,1e??

  51. mc ne nk apply form6 ny???huhu..and sy x fhm jadual nilai mata gred..mcm ne?

  52. scha-saya rasa kamu layak jika unit yang terkumpul itu tidak melebihi dari 8 unit…

    p/s..-keputusan tawaran ke Ting.6 boleh disemak mulai 5 mei 2010..siapa yang layak harus mendaftar pada 10 mei ini bagi kemasukkan ting.6 bawah…

  53. salam..menurut laman web jabatan pelajaran pulau pinang,tawaran STPM akan diumumkan pada 3 mei.2010…

  54. Hazlan Halim says:

    tak saba nak enter form 6…esok dah bleh check online kan??…jom satu sekolah masok f6 jom!!!btw kalau masok 6 n then dpt result bagos bleh ker kite nak enter oxford…

  55. mella88 says:

    mane ade..name list automatic kuar..check je kt skola

  56. alongmat says:

    esok kita chek ramai2 k…..jgn wisau-msti dpt nyer……janji merit 3 mata pelajaran terbaik jgn lebih 12 cukup..amin;’

  57. […] bagi tahun 2010 mulai 3 Mei 2009. Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran […]

  58. ADAWIAH says:

    sy nk ambk f.6 tp sy asl skol agm n dpt twrn jurusn agma.cmne nk tkr jurusan n tkr k skol kerajaan?tlong la!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!plzzzzzzzzzzzzz

  59. miera suhaimi says:

    borang pertukaran sekola lower f6 nak dpat kat mne ye??

  60. macam mane nak tukar jurusan. ade sape2 boleh tolong saye? jurusan sains tu macam mane?nanti kalw ambik sains then bole jadi ape(kerjaya)? ples help me…

  61. Saya dpt f6 jurusan sains…tapi..saya x tau lg apa yg nak kena blajar nnti..pliz gtau apa yg kta kena stdy dlm jrusn sains tu..

  62. Asmil Roslan says:

    Saya dpt twrn f6 dlm jurusan sains..apa yg kta kena study dlm jurusan sains tu.?N klau kta nak pndah jrusan serta pndah skolah lain macam mna?

  63. Saya dapat tawaran ke Tingkatan 6, dan saya masuk kelas sains dulu, tapi sekarang saya dapat aliran kemanusiaan!!!!!!!! MACAM MANA NAK TUKAR SEKARANG NI SEBAB KITA START BELAJAR MINGGU DEPAN DAN SAYA NAK JADI PAKAR FORENSIK KELAK~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  64. salam…sye dapat tawaran ke f6 dlm aliran agama…
    bole bgthu sye apakah subjek yang ditawarkan dlm aliran agama?

  65. sy dpt aliran kmanusiaan, , msalah sekarang sy tidak tahu aliran kmanusiaan tu ape subjek yg sy akan blaja . . sy msaih bru dan tidak tahu apa2 mngenai f6, , anyone please help me, , ,

  66. begitu terharu aku sbb rmai gak yg nk msok f6 ni….ingatkan aku sorang ja

  67. nilam,kalo nanti gi daftar form 6,tu kena pakai baju uniform skolah tu ker?10 mei ni dah kena daftar dah…

  68. yang kite tahu, nak tukar jurusan atau sekolah,mule2 kena daftar masuk dlu 10 mei ni. itu untuk selamat la. nanti, pergi pejabat sekolah baru,mintak borang tukar sekolah… then sape yang nak tukar jurusan,kena layak ambik jurusan yang korang nak. n ada kena kira pointer unit dulu, layak ke tak layak. then bru boleh. So, sape nak tukar jurusan pergi ambik borang kat sekolah baru,mintak nak tukar jurusan 24 mei – 27 mei…Saye dapat jurusan agame. n saye dah survei.subjek kena study ialah b.Arab, usuludin, syariah, pengajian am(wajib) n sejarah..saye nak jurusan sc. tapi dapat jurusan agama. So, saye nk tukar nanti. korunk sume jangan risau.. papehal boleh diperbetulkan lagi. yang x leh dperbetulkan tu, x taw la…. jangan risaw k… 🙂

  69. saye nk taw, cne dye kire unit? saye dapat jurusan agama. saye nak tukar.. so saye nak taw yang saye ni masih boleh ke tak boleh untuk tukar..

  70. saya sudah diterima untuk memasuki f6. .
    alhamdullilah. .
    saya dapat dalam jurusan KEMANUSIAAN. .
    jadi, yang menjadi tanda tanya kepada saya sekarang ini,

    1) apakah subjek yang akan saya pelajari dalam jurusan ini???
    2) jurusan ini tentang apa???
    3) senang atau susah jurusan ini???
    4) adakah stpm ini macam spm, boleh tambah subjek yang lain???

    tolong saya. . saya mahukan maklumat. .

  71. FAHMI….
    kmanusiaan ade byk sub…antaranaya…sjrh,geo,econ,akaun,peng.prniagaan,bm,math S,PENG.AM(wajib)
    stndart STPm 4sub je…

  72. bingung.. says:

    nk g f6..
    kna bwk pe time daftar..
    srt tawaran sja..
    or dkmen2 len??

  73. edaramlie says:

    bleh ka mnta tkar skolah & jurusan utk f6??..
    eda dpt skul n kos yg eda x mnat..
    cmana erk??
    coz eda bca kat ats ni,,
    yg bleh ubah slah 1 jak..
    samada kos or skolh..

  74. back to school~~~~~~~~~10mei2010~~~~~~~~~~pkai baju skola……hahaha…<3<3

  75. Ari Iouri says:

    Salam, saya pelajar dr sklh swasta dan telah membuat permohonan utk msk f6.
    Saya mempunyai beberapa soalan…
    -Bila blh dpt tahu keputusan permohonan tersebut?
    -Bila start belajar?
    -Adakah saya akan lambat masuk f6, jika permohonan diterima???

    I’m really curious to know… Please help me 🙂

  76. sy dgr form 6 amik MUET..
    btul ke??
    susah x MUET ni..??

  77. ridsect says:

    pembetulan…f6 hri ahad ni..9hb..sape2 ad pgalmn x msuk f6 sains???

  78. muet tu english test je…wajib amik….ade 4 komponen..reading,listening,speaking n writing…

    to mag…..
    i rasa alasan nak tuka skola d sebabkan kwn lame u mcm x bole terima je alasan tu…da sah2 la x bole tuka skola klu bg alasan cmtu….

    to pink92…..
    u tgk la unit die brape….klu A+/A adalah 1 UNIT…A- 2unit…B+ 3UNIT…dan strusnye….syrt die nak 3subject trbaik n xlbih pd 8unit….so,if u dapat 3A+ for example…that mean u da skor 3unit ar(less than 8unit)..so u lps ar syrt die….ade phm???tp tu utk kos kemanusiaan….klu sc xlbh 18unit tuk 3subject trbaik

  79. sy ddt f6..but sy dk kl skunk nie,,xley blik lg..dk umh pksdra…kne tgu bbik dtg dlu..ary sb2 nie blik..p skul kne bwa ape..cz sy x prin pon twrn f6….tkg

  80. Junya Itagaki says:

    Saya dapat kelas kemanusiaan, dan saya tak berapa minat jurusan tu. Dan saya tak boleh tukar jurusan atas beberapa sebab yg tidak dapat dielakan. Kalau pelajar kelas kemanusiaan, ambil matapelajaran tambahan drpd kelas sains, iaitu Biology dan Chemistry boleh tak?

  81. Rocky Chester says:

    Hye,ari nie baru sy dpt tau sy dpt twrn f6..
    tp pndftrn dah mula kmrin..
    hmmm…masalahnya skrg..
    ble lgi tak sy mendftr utk f6 nie sdgkn sy dal terlepas sesi pndftrn…
    anyone can help me plissss?????

  82. bley daftr lmbt kot cz ada kwn sy yg xdpt form 6 pn dorg apply..so shud be ok kot

  83. assalamualaikum..
    sye nak tnye nie…
    boleh ke dftr form6 skarang..
    sye bru tahu yg saye dpat twrn ke form6..
    xde information sblm nie

  84. nak tanya boleh,boleh x umur 19 masuk f6 balik,sebab saya btol2 minat masuk f6????????

  85. assalamualaikum,,saya nak bertanya boleh x umur 19 masuk f6???adakah saya terima balik??

  86. bile keputusan rayuan ke tingkatan 6 keluar???n mcm mane nk tahu keputusan tu??sape2 boleh tolg bagitahu x??

  87. nak tanya.. umur saya 19, tapi saya nak masuk ke Tingkatan enam. boleh ke? kalau nak masuk tingkatan 6 bawah 2011 boleh?

  88. Ahmad Safuwan says:

    camne wan nak masok ke KISAS Untuk aliran STAM bagi sesi 2011?pleaze reply!!!!

  89. macam mane wan nak masok ke KISAS untuk aliran STAM bagi sesi 2011?

  90. i ialah pelajar spm 2009..i kerja selama tahun 2010..boleh tak i masuk balik stpm 2011???pls give me a reply…i ned ur help…pls..

    • Rasanya Fen blh ambil STPM sebagai calon persendiriaan. Jika nak msk form 6 di sklh kena rujuk Jabatan Pelajaran Negeri

  91. ammelia tei says:

    saya bru dpt keputusan spm sementra sy tnggu upu ,sy ingt nk msk f6 dlu..result sy x bgs 1a-2b+2c+2c1e..blh sy msk f6??..bla semakan f6 2011 akn keluar??TLGG………………………PLEZZZZZ..i need to knw immediately….

  92. ammelia tei says:

    bla semakan senarai f6 2011 akn keluar?

  93. Fatyn Nadiah says:

    cmne kta np tw kte twarkn kew f.6..np check cmne scra online

  94. result saye = m3 A , addm3 C , bio B , chemist C+ , physc C+ . boleh ke saya apply form 6 sc stream ?

  95. mcm mne cre nk kira merit mata pelajaran untk dpt form 6?

  96. mcm mne pengiraan merit mata pelajaran untk memasuki form 6?

  97. sya nak msk from6 tpi tak thu mcm mna nak msk

    blh tak beri thu sya mcm mna nak msk from6 thun nie….

    lg pon sya nie pljar aliran teknik….

  98. in problems says:

    salam…sy nk mnta tlng sesgt……sy btul2 keliru,sy nk msuk form6 tp npew ada org kta sy xlyk untk msuk form6 sbb sy dpt 2A ja dlm spm…malahan depa kta sya kna amek kmhiran trus,,sy pn xtaw nk wat cne skunk nie….btl2 cnfiusssss,kpd mreka yg blh tlg sya,sy mnta tlg sesgt,,untk mmberi nshat plihan mna yg ptut sy ambil..

    • Jika anda ada 2 A tentu anda subjek lain yg B drpd 10 subjek yg diambil masa SPM.
      Maknanya tentu anda telah memenuhi syarat spt yg dinyatakan di atas.
      Oleh itu anda tentu mempunyai peluang ditawarkan ke tingkatan 6 nanti

  99. form 6 untuk pelajar spm 2010 start bila ???? bulan apa???tolong bagitau i…

  100. mcm mane nk thu kte lyak ke x?

  101. […] Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2011 […]

  102. Foo shu teng says:

    jika BM saya dapad gred D adakah saya layak dapad form 6?

  103. foo shu teng says:

    Bm saya dapat D blhkah saya masuk form 6 ?

  104. snarai nme yg lyak msuk f6 kluar awl bln mei???daftar f6 pon awl bln mei???camne tu….klu dpt matrik mmg xdpt twran tuk f6 ke???

  105. […] Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam 2011 […]

  106. nk tanye klu da dpt fom 6, mksudnye kite x kn dpt u da ke?

  107. help me plese says:

    nk tnya la, klau sya cme dapat 2 kepujian dari kumpulan dlm jurusan sains tapi tidak melebihi 18 unit, adakah sya masih layak untuk membuat penukaran ke jurusan sains ? alhamdulillah, sya dapat tawaran ke tingkatan 6 bawah dgn jurusan kemanusiaan tapi sya lebih meminati jurusan sains jadi sya nk tahu la samada sya ni layak ke x nk buat penukaran jurusan ?

    • blh cuba mohon pertukaran jika mmg lebih berminat dgn jurusan sains

    • vivien mekea says:

      kalau nak msk jrusan sains,kena btul2 mantain la sbbab bkan senang nak blajar jrusan sains ting.6 ni.aslnya sy dapat jrusan sains tapi 2 bulan kmudian tk bleh dah.aliran kmanusiaan lebih mudah.

  108. salam…skolah mane yg form6nye terbaek?..and skolah mane yg ade sbjek sains sukan?

  109. memng wjib kew kne dftr tngktn 6 dhlu sblom dpt twrn upu

  110. mcm mne nk tkr sek dgn cra online ea.?nk tkr ngri..lau dpt twrn kt mlka nk tkr kt klntn atau mne2..

  111. hai….sy nak tnya….sy ni lyk ke msk aliran sains tingkatan 6 dgn result spm ni:

    (A)-BI…..(B+)-SEJ…..(B)-BM,PM,MATH….(C)-PHY…..(D)-KIM,BIO…..(E)-ADMATH

  112. nk msuk form 6 tapi takot xboleh bawak la..

  113. boleh ke bawak law msuk form 6,,,tkot la..

  114. as salam…sy nk mx pendpt dr sape2…..cmni…sy dpt twrn ke matriks tok aliran sains…tapi saye rase saye xstrong tok amek bidg sais coz bio sy c+…fiz,kim n addmath b…….upu sy xpt…tp dah wat rayuan….then sy ase nk masuk fom 6 smentara tggu rayuan u….sape2 leh tlg sy tok choose mane yg lbih baek…matriks@fom6…..

  115. sham buntu says:

    cmne klau ggl dlm stpm ni ek..?? hmmm

  116. Salam..saya nk tnya skt,adakah bleh utk saya mlaporkan diri pd 11 mei sbabnya sya bru dpt thu yg saya ditawarkan ke smk agama sik dan dkhendaki mlaporkan diri pda 9 mei..Tlong slesaikan msalah saya ini..

  117. adakah sya bleh mlapor diri pda 11 mei kerana saya bru mngetahui tentang twaran smbung blajar d tingkatan 6 bawah di smk agama sik..dan dkehendaki melapor diri pada9 mei..

  118. Umie Aira says:

    Salam..adakah bleh bgi saya melapor diri pda 11 mei 2011 sbabnya dia mngkehendaki mlapor diri pada 9 mei 2011..Tlong selesaikan msalah yg dhadi saya..

  119. zorooscar says:

    sy sudah berumur 22thun..dan igin mengambil stpm…adakah boleh mengemukan rayuan untuk mendaftar di sekolah menengah harian untk belajar di dlm kelas dan mengambil peperiksaan seperti pelajar tingkatan enam yang lain???

  120. adekah saye boleh masuk ke tingkatan 6 tahun nie?? dan adekah kemasukan tgktan 6 untuk yang dpat result kepujian sahaja

  121. salam….family sy ramai yg pksa sy msuk form6…..sdgkn sy xminat lngsung…..ptut ke sy daftar isnin nie??? dan blh ke sy b'jya untk stpm??? rmai owg kta stpm susah sgt2….hati sy t'belah dua….bantu sy….ape yg bez sgt form 6??????

  122. asl semakan tngkatan6 x leh n buka….da masalah pa?

  123. salam…saya nk tnya…mcm mana pakej mata pelajaran d kisas???sy sdg amik f6 d smka n dtawarkan ke kisas..sy tkut bla dftar kisas nnt x sma mcm d smka..sy minat sejarah tp tkut ngan subjek ekonomi…sy risau klau nnt sy amik sej,kna amik eko skali…bleh bntu sy???

  124. apakah syarat/kelayakan seorg calon spm utk terus belajar di tingkatan 6

    yg mana saya dlm aliran perdangangan & seni

  125. tahun lalu sy dpt tawaran smbung form 6. sy telah daftar di sekolah tersebut.
    hari pertama persekolahan saja sy hadiri kemudian tidak pergi ke sekolah terus.
    jadi adakah sy masih lagi pelajar di sekolah tersebut? bolehkah sy hendak mengambil STPM tahun ini?

  126. insan buntu says:

    salam..sy dpt 1 A 4B 2C 2D..sy nk sgt mcok form 6..adkah sy layak..tpi bi sya xdpt kpjian..ad owg ckp sy xlyk mcok form 6 2011..sy kna ulang form 5 blek utk lyk mcok..btoi ka? sy xnk ulang blek form 5..tlg lah sy..sy btoi2 confius..knpa plak sy kna ulang form 5..pdahal sy nk mcok form 6..lyak kah kputusan sy 2..?

  127. tuan , anak saya hanya 2 kepujian 3 lulus atas 3 lulus sahaja bolekah anak saya layak masuk ting. 6 bawah

  128. Nk tanya.

    1:subjek untuk jurusan kemanusiaan

    2:subjek untuk jurusan sains

    3:skolah n jurusan ni kita xboleh pilih ka?diorang yg tentu kan?

    Thanks.harap ada yg boleh tlg.

    • pakej matapelajaran…

      *seperti biasa subjek PENGAJIAN AM mmg wajib.. dan 3 subjek tambahan yg perlu diambil juga bergantung kpd pakej matapelajaran yg ditawarkan pihak oleh sekolah..

      sbgai contoh SM. ST MARY SANDAKAN SABAH menawarkan dua jurusan iaitu JURUSAN KEMANUSIAAN dan JURUSAN SAINS

      jurusan kemanusiaan tebahagi kpd tiga…

      1. kemanusiaan (sains sosial), dan mata pelajaran yg ditawarkan ialah GEOGRAFI,EKONOMI dan SEJARAH.

      2.kemanusiaan (pengurusan perniagaan) subjek yg ditwarkan ialah PENGAJIAN PERNIAGAAN, EKONOMI dan MATEMATIK S

      3.kemanusiaan (bahasa dan sastera) subjek yg ditawarkan ialah BAHASA MELAYU, KESUSASTERAAN MELAYU dan SEJARAH.

      utk aliran sains pula terbahagi kepada dua..

      1. SAINS HAYAT , subjek yg ditawarkan ialah BIOLOGY,KIMIA dan MATEMATIK T.

      2. SAINS FIZIKAL, subjek yg ditawarkan ialah FIZIK,KIMIA dan MATEMATIK T.

      utk soalan ketiga tu.. skolah n jurusan tu akan dberi oleh pihak pendidikan.. dan sekiranya anda x berminat dgn jurusan yg diberi.. anda boleh memohon pertukaran jurusan melalui pihak sekolah bgitu juga dgn pertukaran sekolah.. sila rujuk kpd guru yg berkenaan d skolah yg anda dtempatkan..utk maklumat lanjut mengenai pertukaran sekolah dan jurusan.. sila baca semula artikel d atas 🙂

  129. kpd abg2 n kakak yg ada pngalaman blajar kat f6 ni…saya nak tanya ni… brapa tahap level susah sc stream f6 ni? byk yg cakap sc stream f6 susah sgt… saya nak try ambil aliran sc.. tp dsebabkn senior2 n cikgu2 asyik ckp ‘sc stream f6 susah!’.. saya jd lemah smangat… *saya masih nak teruskn perjuangan kt sc stream n tebus result saya yg xbrapa ok masa spm tahun lps T.T lgpun saya nak kejar cita2 saya*

    smoga ada yg bleh mmbantu 🙂

    • pada pendapat saya, susah atau senang itu bergantung kepada diri pelajar itu sendiri
      pastikan anda memilih subjeks yg sesuai dgn keperluan utk memohon kursus yg diminati itu

  130. cmane nk apply f6?????

  131. […] (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan […]

  132. Alhamdulillah..saya dapat jurusan agam tp saya x minat…saya pun belom buat keputusan ntuk terima ataw tolak tawaran tersebut…sya minat jurusan sc tp bole ke saya nak tukar jurusan ?
    apa yg perlu saya buat?perlu saya terima tawaran jurusan agama ataw terus ke pejabat pelajaran ntuk tukar jurusan sc?math=B,addmath=D,fizik=C,kimia=E..keputusan macam ni layak ke?tp sya mmg betul2 xnak jurusan agama…

  133. sy dpt 3a je spm tpi dtwrkn form 6, hairn sggh? hehe

  134. sy nak tanye…sementara tunggu rayuan matriks/upu,,boleh ke sy pergi form 6 dulu…pas2 klo dpt matriks/u,,boleh ke sy berhenti form 6,,,,,,n betul ke klo dah masuk form 6 kite dah x boleh pergi matriks/u :(…kurg jelas lah

  135. salam, saya nak tanya saya berumur 20 tahun pada 2012..masalanya skrang saya nk apply form6
    syarat mengatakan tidak melebihi 20 tahum.saya dah 20 tahun 4 bulan.agak saya dapat x masuk form6?

  136. sekira sdh hantar rayuan bila keputusan akan keluar…

  137. help me.. :-( says:

    salam..mcm mna klu saya dapat tawaran form6 thun ne..tapi saya lmbat daftar kat sekolah ary tu bab saya msuk plkn..cikgu saya bagi tahu saya..msuk tahun dpn n ckgu saya ckp isi surat rayuan..tapi kat laman web apa ya??tu yg bwat saya keliru..

  138. I harap i dapat msuk form6 thun depan..^_^

  139. […] (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan […]

  140. muhamad rul daud says:

    salam. . sye minta tolong sangt2x kt anda semua. .sye ni nak mohon form 6. . tapi tak dpt surat tawaran. . sye dh isi surat permohonan form 6 p sye tak thu macam mane nak download surt permohonan tu. . ckgu kate kt sye, , kena tunggu borang tawaran dulu. . bru boleh masok form 6. . ada sapa2x boleh tlong tak. .

  141. […] rujuk komen-komen di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010, Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010, 2011, 2012, 2013 dan Pandangan Mengenai Tingkatan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.