Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2012

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 sudah boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2012 mulai hari ini serentak dengan keputusan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.

Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan umum.

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2012.
  2. Secara sms dalam format MOE<jarak>T6<jarak>No.MyKad dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 8 Mei 2012 (terima kasih kerana berkongsi maklumat ini).
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.
  • Mereka yang sedang menunggu tawaran daripada UPU, perlu melapor diri di sekolah yang ditetapkan.

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan sebelum ini di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6.

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.
  • Mereka yang terpilih ke PLKN Fasa 2 dan Fasa 3 dinasihatkan membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Matrikulasi

  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Maklumat

  • Sila rujuk komen-komen di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010, Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010, 2011 dan Pandangan Mengenai Tingkatan Enam sebagai panduan.
  • Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  • Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.

28 thoughts on “Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2012

  1. pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 8 Mei 2012.

    • bagaimana hendak membuat pendaftaran pada masa nanti..?
      Secara Online atau Mengisi Borang di sekolah yang menyediakan aliran Tingkatan 6?

  2. nk tnye.. btol ke sistem form 6 2012/2013 telah diubah??
    then, btol ke, lau dpt 3.5 and above, boleh apply biasiswa jpa di bawah program ijazah luar negara 2014??
    and sy mohon pinjaman bolehubah mara di bawah program ijazah luar negara, jd, if I got, sy akan wt IB kt INTI before ke amerika.. maka, yg konfius, SEKIRAnya sy dpt mara tuh, mane yg lg baek antara mara and jpa?? (mara da konfem but jpa blom mohon lg..)…

  3. Semakan ni termasuk yg mohon ke kisas atau smaplabu tingktan 6 ke??mohon pncerahan..

    Jika bukan,agak2 bile tarikh semakan utk tingkatan 6 sbp??trima kasih..^^

  4. kalau mrsm tuh msok dlm kategori sklh pe ek?
    sklh bantuan kerajaan or sklh swasta?

  5. ridzwan hakim says:

    MAKSUD DIA???
    (Mereka yang sedang menunggu tawaran daripada UPU, perlu melapor diri di sekolah yang ditetapkan.)

  6. adakah sekiranya sedang menunggu upu memang wajib daftar di tingkatan 6 dahulu ?
    sebab setahu saya keputusan upu keluar pada 7 may 2012 … so still smpat kan nak tahu dpt upu or x ..

  7. ifa salleh says:

    nk tukar skola yg dtawarkn mcm mane ek???

  8. ape maksud ''Mereka yang sedang menunggu tawaran daripada UPU paerlu melaporkan diri di sekolah yang ditetapkan"??? sekolah yang ditetapkan mcm mana.??

  9. nak kongsi! dengar2 ckp cikgu skg nie tingkatan 6 guna sistem modulator dah….
    kena wat keja khursus!
    markah nya sbnyk 70 % dan mrkah kertas exam cuma 30 % jak
    plus,kena byar sbnyak RM 500 dan keatas
    tapi maklumat nie blum sahih lagi.

  10. Kongsi lagi!
    skg tingktan 6 guna sistem modulator uda iaitu kerja khursus yg membawa mrkah sbnyak 70 %
    dan mrkah untuk kertas exam cumalah 30 %
    plus++++,kita kena byar Rm 500 dan keats.
    masa bljar juga d bhagi kan kpd 3 smster
    (w/manapun kebenaran cete nie x pasti lagi just wait until we're gone to school again)

    • Salah maklumat yang awak agak2 tu…

      memang ada kerja kursus (PBS) tapi cuma 20% ke 40% bergantung pada subjek. exam: 60% – 80% la….sebenarnya kerja kursus tu…asal awak buat & hantar (tapi jangan la cincai)dah bantu studnt senang2 dpt 20% – 40%…senang je

      bayar RM500??? mak aih …banyaknya…

      Free sayang (utk skolah kerajaan @ bantuan kerajaan)….yang bayar RM50 tu kalau ulang kertas.

      So…pendek kata STPM Modular (bukan modulator) ni lebih baik dan memudahkan pengajian…

  11. kal ho naa hoo says:

    kisas punya hat form 6 lagu mna plak?

  12. milik dia says:

    sy ada memohon upu , akan tetapi , sy juga berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dan menerima tawaran . soalan sy , adakah sy boleh memilih untuk masuk ke tingkatan6 sekiranya pada masa yg sama sy juga diterima upu? mohon di beri respon secepat mungkin , terima kasih :)

  13. boleh tak nk tangguhkan pendaftaran ke tingkatan enam daripada 8 mei ke tarikh yang lain?
    sebab pada 8 mei sy ada interview untuk masuk ke MIAT bg course aviation engineering..

    • Dalam surat tawran mgatakan bhawa kgagalan anda untuk mdaftar pada tarikh tersebut adalah diangap telah mgabaikan twaran tersebut , tetapi cuba tanya dahulu di sekolah anda manala tau bole atas sebab yg x bole di elak kan!

    • kwn sy kata boleh je.. sy pun tak daftar lagi… isnin ni kot nak try tnya kat sekolah tu dulu…

  14. […] Tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 Rendah 2012 telah dibuka pada 25 April 2012 yang lalu. Para pelajar yang telah mendapat tawaran […]

  15. myrafana says:

    salam :) nak tumpang tanya , kalau kita buat rayuan utk form 6 agak2 bila boleh tau keputusan ?

  16. slm.sya mndapat twaran form 6 pada thun 2012.tetapi tidak trima sebab tidak tahu tentang kelebihan form 6 lagi.setelah tahu mengenai klebihan tu.sya tringin utk smbung ke form 6.tetapi bolehkah sya mndftar pda thun 2013.krana tlh trlmbat mndftAr pd thun ini

  17. […] di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010, Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010, 2011, 2012 dan Pandangan Mengenai Tingkatan Enam sebagai […]

  18. SALAM.saye pljr lepasan spm 2012 sye nk tnya mcm mane nak semak untuk kemasukan ke ting 6 ke sekolah kolej sultan alam shah (kisas) ??saya dah mohon tp apabila nk semak secara online tak ada link untuk semakan ke kisas.mohon pencerahan dengan segera.bagi memudahkan keputusan dilakukan sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>