Pandangan Mengenai Tingkatan Enam

Pada 5 Mei 2010 ini dijangka tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 2010 akan diumumkan. Mereka yang memenuhi Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010 akan mendapat tawaran untuk memasuki Tingkatan 6 Bawah dan seterusnya menduduki peperiksaan STPM. Saban tahun tingkatan 6 ini seolah-olah menjadi pilihan terakhir bagi para pelajar lepasan SPM untuk menyambung pembelajaran mereka. Malah ada yang ragu-ragu untuk masuk semula ke sekolah bagi mengikuti kelas tingkatan 6.

Sehubungan dengan itu sebagai panduan kepada mereka yang sedang menimbangkan mengenai Tingkatan 6, dipaparkan petikan artikel tulisan seorang guru yang pernah disiarkan di Harian Metro bertajuk Ubah Persepsi Tingkatan Enam seperti berikut;

Pembelajaran di tingkatan enam adalah taraf tertinggi dalam sistem pendidikan sekolah di negara kita. Pelajar yang terpilih akan mengikuti pembelajaran mereka selama dua tahun dan diakhiri dengan peperiksaan awam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Namun demikian, sudah sekian lama masyarakat mahupun di kalangan pelajar sendiri yang menganggap belajar di tingkatan enam bertaraf rendah dan membuang masa.

Pandangan negatif itu menjadi fobia kepada sesetengah pelajar dan mereka yang terpilih ke tingkatan enam seolah-olah mengalami perasaan rendah diri kerana rakan lain layak ke kolej matrikulasi, politeknik atau institusi pengajian lain. Tanggapan umum ialah pelajar tingkatan enam terdiri di kalangan mereka yang tercicir untuk ke IPTA.

Sesungguhnya persepsi itu mesti dikikis segera kerana sistem pembelajaran di tingkatan enam adalah gerbang kedua untuk ke universiti. Pendapat mengatakan peluang pelajar tingkatan enam untuk melanjutkan pelajaran ke universiti adalah tipis boleh dipersoalkan. Jika kita perhatikan syarat kelayakan ke IPTA, kita dapati syarat minimum kelayakan masuk termasuk mempunyai STPM. Di samping itu, ada beberapa kelayakan lain yang setaraf dengannya seperti sijil matrikulasi, diploma, A-Level atau kelayakan lain yang diiktiraf.

Jadi, di sini jelas menunjukkan kedudukan STPM dimiliki pelajar tingkatan enam diiktiraf kerajaan. Mungkin tanggapan negatif itu berpunca daripada kebanyakan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke pusat matrikulasi. Situasi sebegini menjadi sindrom kepada pelajar yang gagal ke matrikulasi untuk menerima kemasukan ke tingkatan enam lantaran berasa malu kepada rakan. Inilah fenomena saban tahun pelajar tingkatan enam, berasa diri terpinggir dan tercicir.

Di samping itu, ada sesetengah pelajar beranggapan tempoh dua tahun di tingkatan enam terlalu lama dan mereka perlu benar-benar bersedia sama ada dari segi mental dan emosi untuk menghabiskan pembelajaran. Apatah lagi belajar di tingkatan enam pelajar masih terikat dengan peraturan dan disiplin sekolah sebagaimana pelajar junior lain. Belajar dan berada di bawah satu bumbung yang sama dengan pelajar tingkatan lain meninggalkan ‘rasa terpencil’ dalam sanubari mereka.

Sebenarnya keadaan berkenaan tidak timbul langsung jika pelajar menyedari mereka sebenarnya berada di gerbang universiti. Soal di mana kita belajar tidak penting. Yang perlu pelajar fikirkan bagaimana untuk merangkul kecemerlangan. Kesedaran dan komitmen menjadi tunjang dalam menjana kejayaan dalam mana-mana sistem pembelajaran. Belajar di mana-mana sebenarnya sama saja kerana tiada jalan mudah mencapai kejayaan.

Memang benar kejayaan itu milik semua, tetapi yang berusaha keras saja mampu mencapainya. Jika kita meninjau prestasi pencapaian pelajar STPM setiap tahun, ia menunjukkan kualiti sangat tinggi dan sentiasa berlaku peningkatan dari segi peratusan kelulusan. Hal ini menggambarkan pelajar tingkatan enam mampu muncul cemerlang sebagaimana rakan mereka di matrikulasi, politeknik atau kolej swasta.

Belajar di tingkatan enam banyak kelebihan. Antaranya pelajar akan mengikuti pembelajaran secara sistematik berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran bersesuaian dengan kehendak IPTA dan IPTS. Dokongan kuat dan sentiasa di bawah bimbingan guru juga adalah faktor utama membolehkan seseorang pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang. Hal itu tidak ada pada rakan mereka di matrikulasi atau di pusat pengajian lain kerana mereka terpaksa lebih berdikari.

Tingkatan enam adalah landasan terbaik untuk seseorang pelajar ke universiti. Sebenarnya peluang pelajar tingkatan enam melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka berbanding lepasan diploma. Ini kerana lepasan matrikulasi dan diploma tidak secara automatik layak ke universiti jika mereka gagal mencapai merit dan kelulusan ditetapkan.

Perlu diingatkan, pembelajaran tingkatan enam diadakan bukan untuk menampung pelajar yang gagal ke IPT, sebaliknya sistem pembelajaran tingkatan enam itu adalah wadah terbaik untuk pelajar mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran lebih luas yang bakal mereka tempuh di IPTA/IPTS.

Justeru, selama dua tahun di tingkatan enam membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk merenung diri dan menilai kemampuan sebenar ke arah masa depan yang lebih cerah. Halangan dan cabaran di tingkatan enam adalah jalan mudah ke universiti.

Ini kerana mereka yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam STPM, laluan ke universiti amat mudah dan mampu menyesuaikan diri untuk mengikuti pembelajaran di universiti. Apa yang penting, pelajar harus bijak merancang pembelajaran dan mesti sentiasa bersedia dari awal. Kepahitan dan kegetiran pelajar mengharungi masa dua tahun di tingkatan enam memerlukan ketabahan dan kecekalan. Tetapi, semuanya adalah lumrah ketika belajar.

Ingatlah wahai pelajar pesanan Imam Syafie yang antara lain berkata, “Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti apabila engkau menghadiri suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu.”

Sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit getir menuntut ilmu, meskipun sedetik, tentulah ia akan terjerumus ke dalam kejahilan seumur hidupnya. Demikianlah, betapa pengalaman getir ketika belajar adalah ubat mujarab untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Sesungguhnya sistem pembelajaran tingkatan enam masih boleh dipertingkatkan dengan lebih baik. Antaranya ialah mengadakan sistem kolej seperti pusat matrikulasi. Setiap negeri dibina satu kolej pra-U untuk menempatkan pelajar tingkatan enam. Ini tentu meninggikan imej dari segi fizikal dan mampu memantapkan emosi pelajar. Selain itu, pelajar tingkatan enam seharusnya lebih kerap dibawa melawat sambil belajar di universiti untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai suasana kampus universiti. Ini tentu merangsang minat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.

Di samping itu, tenaga pendidik ditugaskan di tingkatan enam hendaklah dipilih daripada kalangan guru yang berpengalaman luas. Ini penting untuk meyakinkan pelajar bahawa mereka berdepan dengan tenaga pengajar berkebolehan tinggi yang sekali gus mencambah semangat meneruskan pembelajaran.

Hakikatnya, semua peluang belajar seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan memperkecilkan keupayaan diri sendiri lantaran kita gagal masuk ke pusat matrikulasi. Tiada halangan, hanya peluang. Itulah yang boleh kita katakan mengenai kelebihan pelajar di tingkatan enam.

Kata penulis motivasi Alias Muda, “Setiap orang dilahirkan unik bukan saja dari segi rupa paras, tetapi juga dari segi potensi diri. Keunikan inilah yang menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain, hebat dan istimewa.”

Sumber : Harian Metro

Related posts:

  1. Tingkatan Enam Dijenama Semula
  2. Panduan Tentang Tingkatan Enam
  3. Tingkatan 6 Akan Guna Sistem Modular
  4. Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2009
  5. Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , ,
Read 485 articles by

240 Comments

  1. naresh92 says:

    Sy dpt 8a, 2b dlm spm (2009). sy hanya dpt form 6 jer. tp my father kata jgn ambek f6 sebaliknya masuk ipts. sy dh bt rayuan utk matrix and upu. klu blh sy nak bt foundation, kt mne2 pn jadilah. Tp klu kte dh bt foundation kt ipts blh sambung bachelor kt ipta ke?

  2. ak nak pengsan dah!!!!!!! says:

    help me………………….

  3. ak nak pengsan dah!!!!!!! says:

    jurusan kmanusiaan 2 pa r?????

  4. ak nak pengsan dah!!!!!!! says:

    muet 2 pa plak???xambl xpe r??sistem modular 2 pa r???

  5. pza says:

    salam..saya xtahu nak masuk form6 ke x..tapi saya nak smbung belajar lagi..bila tengok kawan2 dapat matrik,ipta hati rasa sedih sangat..saya ni xdapat tawaran pape pun..tolong lah saya..tolong yakinkan saya tentang form6..mak saya pun mcm xsuka je saya terima tawaran form6 ni..hari pendaftaran form6 dah semakin dekat..nak tolak sayang..tapi nak terima pulak rasa ragu2..saya pun nak berjaya macam orang lain..xkan nak dok rumah ajer kan..mak xbagi kerja pun..katanya,doklah rumah dulu..rehat..selama ni pun abg2 yang dok sara..so apa beza kalau hang reja.. semua 2 membantutkan semangat..memang lah mak sakit tapi..xselesa berada di rumah sepanjang masa..bila kena perli dengan cikgu,sedar,n kawan2..em baguslah dok uma..mengabiskan beras jew..sedihkan..

  6. ak nak pengsan dah!!!!!!! says:

    wahhhhhhhhh…….smangat gler ak nk msok f6 pas dgr hujah2 ampa sume nie….hidup f6!!!!!go!go!!!jom2 sume msok f6,kta ggarkn rsult stpm 2012!!

  7. myadiva says:

    Aku Dah Laluinya-
    thanks for the sharing and advices. I strongly agree with u. :)

  8. Upper 6 says:

    Kepada semua warga Malaysia di luar sana(che wahh),

    Masuk form 6 adalah satu keputusan yang anda takkan regret..memang sebetulnya BEST sangat..I myself was like..uh huh form 6?sekali wow..memang best..Saya masuk form 6 sebab tak ready untuk melangkah ke alam universiti..dpt offer di uitm ..since saya tak ready,so tolak la..ingat form 6 boring since semua org berlumba-lumba tak nak pakai baju sekolah lagi..so basically,saya takde kawan dr sekolah yg lame la..form 6 actually adalah pre-U..u can bring ur laptop..wifi provided..(hang nak layan facebook pun boleh)..buat research..tp research hanya akan dibuat mase upper 6.2010 lower adalah last batch untuk stpm..spm candidates 2010 akan alami sistem mcm U jugak iaitu semester..pengalaman masuk form 6 memang best..kita org slalu stay back..pegi joging la,main squash la,badminton,konda kondi..mcm budak2 kan?hahaha lebih2 lagi kelas kita org hanya ada 10 org..we are kinda close to each other la..kalau boleh hari2 pegi sekolah..betapa shiookknya life dkt skool..ok thats it,adios~

  9. little fish says:

    aku ni result spm xla bgs sgt..nk kate truk xjgk la..sderhana je..aku xdpt matrik n upu..mmg sdih gler r..smpai aku xtau nk smbung blaja ktne..nk try ipts,aku tkt je tggung utang bbyk..aku pkr2 nk try msuk masterskil..sbb aku ni mnat sc..tp aku dpt twrn f6..mg aku frust gler xdpt result straight A’s time spm ri tuhh..bru smlm aku check on9 yg aku dpt f6..tp course yg aku dpt kemanusiaan..aku xmnat!aku nk sc..mslhnye skg,nti aku nk tukar course sure ke yg aku akan dpt tukar course yg aku nk???tlg jwb..aku mg nk msuk f6 ni n aku dh yakin btl nk msuk f6 n sahut cbrn stpm tuk produce new result spye parents aku leh bangge dgn aku..n aku rase f6 ni laa satu2nye jln utk aku capai impian aku tuk jd doktor..2 pun kalu aku leh tukar course..tlg la sesape yg ade pglaman bantula aku..aku nk tau blh ke aku nk tukar course n sure ke akan dpt course yg aku nk??????????????????????plzzzzzzz

  10. little fish says:

    n gtau la aku cmne care2nye nk wt ptukaran course..

  11. wanie says:

    salam, memang best gile bace komen2 korang sume…..rase macam bace buku gile-gile pulak. saya dapat twrn g form 6 dlm alirn sc tp masalahnya kalau saya ambk sc, sy tak bleh nak pegi sub kimia (kimia tak pernah lulus) tp saya suke addmath n kalau xnak ambil bio bleh tak?.cite2 saya nak jadi arkitek……rase2 ape yang patut saya ambik,sc or what???matpljrn untuk stpm kena ambil brape????? subject sc susah tak sebenarnya…..takut la nak ambik!!!! tolooooong laaaa sape yang ada pengalamn tue…..PLEASE!!!!!!

  12. wanie says:

    sebenarnya tak pernah terfikir pun nak masuk form 6 ni sbb ramai yang kate stpm ni susah. matrik n ipta tak bleh pegi. jadi mak n ayah suruh pegi form 6 sbb bleh ambil degree slalu lepas habis stpm(jimat mase berbanding ambil diploma). sebenarnya betul ke stpm ni susah?

    • eyma says:

      assalamualaikum …sebenarnya tingkatan 6 ni tak susah pon kan ? cuma kita perlu banyak membaca dan banyak kena pegang tanggungjawab …siapa yang tak biasa…memang rasa stress sangat…

    • syed hafiz says:

      sama r kite wany… aku pun dah pening! nk masuk form 6 ke xnk ni… kita sbenarya xperlu r nak dengar kata2 org! yang form 6 ni susah dan buang masa.. just tengok kemampuan pada diri kita sndiri…. klau rase bleh pegi form 6 just go!!! kalau xbleh bawak form 6 cepat2 brundur tp terserah r kpada individu 2 sendiri… tp ape salahnye klau kite nk mncuba….. sbenarnye form 6 ni bagus!! just kite kne blajar pada tahap maximum… jgn nk rase main2… k! itulh pndapat sy pada ari ini… sekian tp jangan kesian. wasalam.

    • syed hafiz says:

      mula2 memang r susah, noor mazarin iqwanie… kita kena blajar erti kususahan dahulu sbelum merasai nikmat kejayaan yang sbenar! biar kita berkayak2 dahulu bersenang2 kemudian. tapi kadang2 sy ade rase r ragu2 nk masuk. demi masa depan apesalahnye kita mencuba. never discouraged!

  13. pilot92 says:

    salam, boy_akuredha….
    manusia tu berbeza wataknya…..mungkin ade yg bersifat begitu apabila berjauhan dgn fmly…tapi itu yang tak fikir tentang ibu bapa la…tapi bg saya, lagi kte jaoh ngan ibubapa lagi kuat semangat kte nak blaja sbb taknak hampakan diorang yg dah byk berkorban utk kte spnjang kte berjauhan….ble kte jaoh ngan ibu bapa..kte sntiasa takot dgn budaya2 yg tak elok..jadi, makin rapat la hubungan kte dgn Allah supaya mintak dijauhkan dari perkara2 tersebut…insya-Allah …..saya terangkan perkara sbegini sbb sy punyai pengalaman blaja di sekolah berasrama dan sekolah harian..melalui apa yg saya lalui, sy prefer utk hidup berdikari….

  14. little fish says:

    weyh..asal xda org nk jwb soalan aku nihh

  15. Dak_konpius says:

    pening………please help me..

  16. kidz says:

    SFW…

    em,blh rujuk kat dlm web kementerian.xpon rjuk trs kat kmenterian d ptrajaya….kos agme,nk ke mesir blh pkai stam je.kan taon 08 msir btlkan MOU dgn mlysia sbb dkatakn pljr mlysia kurang myrlah kputusannya..(wallahu’alam) so,dwjudkan 1 sstem,mesir just trime bbdk stam je..utk morocco n jordan, mst pkai spm.bru2 ni ade sorg membe nk g moroco pkai stam,tp x dp.sbb stam blh g mesir je…syariah law??bgs2…

  17. boy says:

    klu gn stpm blh g tmur tgh,mmg ak da mntk.sbb stpm aku 3.8..tp mmg x leh la.tol ckp kidz.ak da jmp caunselor da.

  18. boy says:

    em,tol kot ckp kidz tu.ak try mtk gak tmur tgh.tp mmg x blh..f6 agme mmg x blh smbg kat sn.caunselor ak pon ckp

  19. ifa_4231 says:

    seronoknyer bace komen n pengalaman korg kat cni..rase teringin lak nk masok f6..bace kelebihannyer..tp saye da pindah ke n9..susah nk dpt kwn..so kalo saye masok f6..kene amik f6 kat skola n9..n tarikh masok f6 da dekt..saye dpt tawarn f6..jurusn kemanusian..mase time skola dulu..saye memg mint ekonomi..cikgu skola dulu pon kate..kalo nk amik degree dlm ekonomi..better msok f6..da dpt tu kire rezeki..peringkt diploma takde kos ekonomi..at the same time ngh tunggu result poli..mcm ne ni?patut ke masok f6..?tp jelez jgk tegok kwn2 dpt matriks..asasi n diploma..hmm..

  20. faiez says:

    aku skang dalam dilema la..

    sama ada nak masuk f6 ke or masuk kolej..
    upu and matriks ak dh x dpt..

    urm..sape2 bleh tlg bg suggestion x..???herm…

  21. wina says:

    little fish , ko bleh je kalau nk wat rayuan tok tuka course yg ko dapat . tapi memang x sure yg ko leh dapat ke x . sebab dye akan tgk kekosongan tempat blaja dlm jrusan sains tuh . lepas 2mggu ko mohon , dye akan bagitau ko dapat ke x . senang ko tengok syarat kelayakan masuk ke tingkatan 6 .

  22. kidz says:

    ifa 4231..

    jgn rsau.trs je amk f6.sng nk dpt degree dgn f6

  23. SFW says:

    kida and boyz thank for the info x pe uia pun ade law syariah x yah gi jauh2

  24. penang says:

    pmblajarn utk f6 mla ble r??10 ariblan nie juz dftar je kan??

  25. penang says:

    jrusan kmanusiaan nie cm ner r??xbpe nk pham ler..

  26. nASUHa92 says:

    slam u all..ak pn ngah pning ni.spm ak ok la gk..ak ad dpt twran f6.ak rgu2 nk msk f6 k x..twran cllege pn ad.tp lau ak amik cllege da tn2 lme.n cost ag..u n mktb ak xdpt..tp xpela mybe xda rzeki..blew ak bce ap kowg bgtw sume ni btoi gk..sb dlu ak pk f6 ni xda faedah nyew,buang msew j..blew pk2 blek bgos gk amik f6..ak xpnah sdar pn f6 ni byk faedahnyew..time kaceh 4 info2 ni.mang mbntu daku…………

  27. aida_kluang says:

    well!!well!! tq 4 de cmments..huhuhu.. anywy aq da rse ykin utk mlgkah ke f6..
    actually aq pn tkt nk g f6 sbb byk sgt cite ngatif yg ddgr,,hahaha
    tpi cm u all ckp,,(bg yg skong f6 lar..hehehe) f6 ni byk benefit nyer,,
    aq pcye lw da nme nyer rzeki,, ktne pn kte leh pegi,,,
    aq memula pn dgr gerun gk,, tpi sbnrnye rata2 yg ckp f6 ni ssh kn yg xpnh join f6,,
    they all dgr ckp2 owg jek..hahahaha..
    dyowg pn tkt dgn byg2 sndri.. n x ykin dgn kmampuan dri la guys..
    so bg yg dpt twrn f6,, pegi la.. spm u cn do it npe stpm xnk gnda kan usaha,,, kte kne bktikn,,pd bdk matrik n u,, kte pn hebat.. aq akn cbe gnda kn usha aq..
    so.. pkok pgkal nyer brmula dri dlm dri kte,, kte yg thu kmampuan kte,,
    jgn dgr ckp owg,, mcm kata pptah,,
    ,,XKNL MAKA X CINTA,,
    pkir2 kn la,,,
    slm syg,,
    aida =))

  28. Farris says:

    pening kepala la, form 6 ni ok ke?? sy dpt jurusn kemanusiaan.

  29. girlz says:

    de x sesape yg taw sistem modular 2 pe?????

  30. wina says:

    girlz , kalau nak cari sistem modular , carik kat site ni tajuk tingkatan 6 akan guna sistem modular . ataw cari di google -__-

  31. crystal says:

    ble start gne sistem modular?? tahun ni ke??

  32. ana ju says:

    sis.modular tu mengguna pakai sistem cam kat u….kire guna sistem semester ar…

  33. nishha.. says:

    haiii..TAHNIAH!!!!pd adik2 yg akn msk ke f6..satu fmly sy smua pnh msk f6.sy ak ke-4.3 org abg sy yg dh msk f6 krg ni dah krja smua.smuanye dpt msk UM jurusan eko.undang2 n sorg g abg sy dpt g UPSI ambil sub sejarah..jd siapa kta f6 ni mrugikan n xda standert.sy sndri krg msk f6 ambil sub eko.geo n bm..xsusah pun.bg yg pnh ambil piosains spm dlu lgle sng korg nk sesuaikn dri dgn sub eko n geo..smua da kaitan dgn kimia n biology ckit.sy dlu dpt twran f6 sains tp sy tkr ke f6 kemanusiaan sb sy xska sainas n xnk ambil risiko..klu dlu result spm adik2 truk n adk2 kna lupakn result spm 2.juz gve full attention stdy hart tuk stpm.pcyalah,spm truk xbrmakna stpm pun adk2 truk..hope god bless u all

  34. tulip gurl.. says:

    aduhh…ak pown pening la skank nie…ak dpat politeknik..course yg ditwrkan pula kjuruteraan awam mmg ak blajar time kat skh teknik lu..twran utk upu n maktab mmg ak xdpat..ak confuse la nak terima politeknik atau f6??????

    • mia liana says:

      salam,tulip gurl.em… sy nk tnye cket buleh? mcmne awk buleh taw yg awk dpt politeknik? bkn ke tarikh intake die lmbt lg. klu awk dh buleh cek,sy nk cek jgk. awk gne lmn web ape ye?

    • nurul idzwa says:

      ummm.. sme la kte tulip…sye pown xtaw na plih pom6 o poli

  35. zwh says:

    alhamdulillah. sy senang dgn komen2 adik2 semua. sy dulu penah belajar di ting.6. skrg sy pensyarah di universiti tempatan. sy syukur sy berpeluang belajar lg sehgga skrg utk phd sy pula. sy setuju dgn pndg adik2 bhw ting.6 bukan lah teruk tp ia juga adalah satu pintu utk kita dapatkan ilmu pengetahuan. Allah menyediakan bnyk pintu rezeki kpd kita. cuma pintu setiap org berbeza-beza. jika ada hanya 1 pintu …alamatnya mati sesak la kita bila terpaksa berpusu2 masuk dgn org lain. Apa yg penting ialah cara mcmana kita mendapat ilmu dan bagaimana pula kita memanfaatkan ilmu tersebut. Saya mendoakan agar adik2 semua berjaya!

    Sbg pensyarah, sy dapat bandingkan pelajar lepasan matrikulasi dan pelajar dr Ting6 dan diploma. pd pengalaman sy, pelajar ting6 dan diploma lbh berpengalaman dan lbh menghargai ilmu berbanding pelajar matrik. Pelajar lpsn stpm dan diploma biasanya dpt menyelesaikan tugasan dgn baik dan matang berbanding pelajar matrik.

    Namun, yg paling penting kita kene ikhlas dlm mencari ilmu. Teruskan usaha mu okay!

    salam

  36. lyne says:

    emm…btul ke komen2 korg nih?n psl mtrik tu.yg dpt 4A’s n above jak ka yg dpt?less than that? i dont think so..bnyak A pn kalo x mnpati syrat pn,xlayak..cm kwn sa yg dpt 5a’s tp kimia D..xdpt jugak..

    n psal f6 nih.bsmngat plak nk masuk tgk komen2 korg ni..gkpn sa dgr,mtrik ni bg sjil lelong ja kt pljar yg bwah 3.5 pointer..bhya tuu.. tp sa bnggung lar..nk tkar course or x?sbb kalo tkar course, sa xda bljar geo msa f4&5 dluk..n sa xsuka subjek sej..n pnah gagal..tp bila spm.ntah2 mabuk ke pyemak krtas sa tu.dia bg B wehh! n kalo xtukar course(sns),ssah sgt, mmndangkn ada kmia.sbb sa lemah kmia.bab tu xpat mtrik..huhu..tp sa suka fzk n bio..should i go for kmanusiaan?? help me!!

  37. Jensen_Ross says:

    Hmm…yeke kne dpt 4a keastas bru dpt tawaran f6? setahu aku,de kwn ku ni dia xde a langsung tapi dapat masuk matrik mane ntah…so d conclusionnyer kowng nyer grade 4 subjek yg dorg mintak bgs skit…mcm b+ pun boleh pe…

  38. HAMBA ALLAH says:

    salam..zwh tahniah kerana skarg awk dh jdi pensyarah..ini smua berkat usaha dan kegigihan awk juga..tahniah skali lgi..sya nk tnya kepada zwh..ssh sngt ka f6 nie..?ramai org yg ckp cm2..sya dpt pi f6 tpi sya xpsti nk pegi ke x..sya tgh berbelah bgi skarg niey..upu n poli sya xdpt..nom tgh tunggu rayuan..sya hrp zwh blh la 2lg bgi nasiht n explain sket about f6 niey..tq..

  39. boyz says:

    hamba Allah…

    trskan amik f6..sy pljr stpm gak.spm trk.upu x dpt.mktab x dpt.apetah lg mtrik..hehe.poli je dpt….tp skrg…sume da brbh.dpt 3.8..syukur msk f6.so, pk2 kan la ye

  40. bubujie says:

    hye.. sye bdak srwk.. huhu.. sya tgah kliru skrg.. rsa mcm x bez je msok pom 6.. sdih btol bla dpt tau x dpt ipta.. n pom 6 adalh plhn trakhir.. so.. takde plhn.. sye tpksa msok.. lbih2 lgi sye dpt aliran sc.. nie yg buat sye mkin stres.. huhu.. help me.. brbloi ke msok pom 6 nie..

  41. kan manny says:

    STPM is realy hv a a gud advantange…even better choice 4 us n bright future too…

  42. fedora says:

    dlu f4 ngn f5 sy dr aliran sains then f6 ambk kmanusiaan. x pnah ambk geo tp my result for geo 4.0 utk stpm. f6 x susah kalo kita rajin stdy.

  43. bubujie says:

    ekonomi tue ssah tak?

  44. gegurlz says:

    tulip gurl….ko dpt poli mane??????????

  45. tulip gurl.. says:

    gegurlz..sy dpat poli kulim tuanku sltnah bahiyah..tawu ke???gegulz dpat poli gak ke??

  46. alongmat_92 says:

    salam…….sya sknk dh msuk f6…dan sya jga selaku wkil pelajar lowest 6…huhu///best giler f6…semoga bjaya k tok rkan seangkatan sya…akhir kta…majulah f6 untk negara…[pra u smk abdullah munsyi]

  47. wany jafri says:

    salam……
    ak ske bce komen2 korg nih…. actually, ak slh sorg yg berada dlm dilema cm korg… ragu2 nk pg ke xnk f 6.. sbb friend of mine told me tht, klo nk msk f 6 ni kne rajin la… ak ni jnis yg mls sket nk ngadap bku..skadar dgr pe yg ckgu ajr time lm klas n wt home work yg ckgu bg.. tp ble ak bce komen2 korg yg kbykn nye adlh ex stdent f 6, ak rse ade baek nye ak msuk f 6…wlpn ak mmg dh pg dftr tuk f6, tp ak xpg skola lg….sbb ak wt ptukaran skolah, so ak rse ak mls la nk ulang alik…huhu.. tp wlau ape pn, ak rse f 6 ni is the best way 4 those who wants achieve the highest level of stdies without taking a long time.. yela, pas f 6 korg trus smbung dgree, then mster, then phd…insyaAllah klo ade rzki…. yea x? mmg la klo msk f 6 ni korg kne jd bdk skola blk, tp pcya la korg bkn jd cm bdk skola spt f1-f5…sgt2 bbeza..lyanan dpd guru2 pn bbeza.. cm mk sdare ak ckp, pcaye lah f 6 ni 1 pngalaman yg best sgt2… lg 1, ak stuju sgt klo kmnterian nk tkr sistem pngajian f6 tu kpd sistem modular… sbb byk prubahan dpt dlakukan n 1 of them is, dpt mngubah tggapan negatif msyrakat thdp f 6 nih.. lg 1, ia jgk dpt mdedah kan plajar2 dgn suasana di uni nt… at least kte xdela dpt culture shock kn bbnding ngn dak2 u n cllege.. mmg truk ble kne clture shock…ade yg xpat hndle pn..huhu.. oky lahh… last but not least, ak rse f 6 adlh yg tbaek pnyer! korg pk2 kn la mne yg tbaek utk dri korg yea, ape yg korg nk sbnrnye lm idop korg ni..pdlikan kte org.. assalamualaikum…

  48. Bruce says:

    Hmm…yeke kne dpt 4a keastas bru dpt tawaran f6? setahu aku,de kwn ku ni dia xde a langsung tapi dapat masuk matrik mane ntah…so d conclusionnyer kowng nyer grade 4 subjek yg dorg mintak bgs skit…mcm b+ pun boleh pe…

  49. wany jafri says:

    to bruce: nk msk f 6 ni x smestinye kne dpt 4 A ke atas… sme jgk cm matrix tu… x smesti nye korg kne dpt 4/5 A… syrt nk msk matrix ni klo xclap kne crdit dlm certain2 sbjek yg related dgn krsus yg korg minx utk matrix tu…. ade mber ak tu dpt 1 A je tp dpt gak pg matrix…. korg jgn tclap plih krsus dh la.. yg pnting pilih krsus bdasarkan result dn kemampuan diri…

  50. ana ju says:

    tilip gurl….

    ana pun dpt poli kat sunku sultanah bahiyah…dip marketing…tp x pegi ar…just concentrate in form6..huhu…(form6 best~~~~)u dpt kos pe?

  51. Shafyda Zahra says:

    Salam..
    huhu..sronok gak dpt msuk f6 nieyh..
    tpi yg xbestnya..sistem modular tu hnya akn dgunakn pda thun hdpn d sklh aq..huhu..wlupun mcm tu..sklh kitaorg da bwt pmbhruan tntg uniform ppu bwh..hehe..chantek la..siap pki kad matrix lgi..mcm pljr u gtu..huhu..

  52. efa Said, says:

    best sgt bace korg nye cmnt tp aku pown dlm dileme but after read ur cmnt aku decide utk msuk f6 la , hrap akn bjye dlm result stpm nty .

  53. fie says:

    salam…
    boleh bagi pandangan mana satu yang bagus…
    politeknik o form6….?
    poli dapat perbankan dan kewangan islam…
    mana satu nie…

    • iefa says:

      fie..samelh kte dpt politeknik corse yg sme… sye pi ngah peng pk n truskn fom6 or nk msuk poitek… mne yg ok ni… arrgggghhhhh……!!!!!!

    • dirext u says:

      nie lah sbb aku blh baca sampai cni…aku dah apply poli dan sekarang ku bru mula study kat poli…

      tp ku ada rasa mcm nak balik pg f6…sbb aku rasa blm bersedia nak melagkah ke alam unversiti nie..

  54. iekah says:

    dilema skg…nk trs f6 or nk g poli ni…f6 asew sush sgt agpon dpt alirn p.p ngn stra,msty ssg nk skor.tlg..

  55. miss ayunie says:

    hmm 4 me,.. f6 bkn x bgus,.. but Y most of s2dent x nak f6, because of d standard itself,..
    1. tenaga pengajar- still xder beza ngan time f5 n below,.. cer bwkn tnaga pngajar yg berasingan, (mCm lecturer sbnr) n some one yg mmg betul2 ada pglmn dlm industri,..

    2. f6 melatih tuk hdpi dunia luar?? but 4 me,.. f6 x independent sgt,.. compare time d U,.. time d U, kita lebih berdikari,..n x yah pki uniform sKoLa,.. time wat presentation,.. pljr wanita di alu2kan bermekap n both dilatih untuk berpenampilan menarik.. which ,kita x leh during f6…

    3. standard kemasukan f6,.. most of pljr lemah still dpt msuk f6,… compare ngan pljr yg berkeputusan agak baik,.. jadi,.. dmna anda??,.. bertanding d gelanggang yg mana??

    justeru e2,.. sya berpendapat, kalau mahu mnarik minta peljr untuk masuk f6,.. perlu ada peningkatan dari segi e2,..

  56. Celaru!!! says:

    ermmmm aku dpt matriks tp aku dah reject awl2 & aku dpt diploma business studies kat UITM gak 26 Jun nie kna dftar….tp bapa aku ckp klo amik bisnes skng nie ssh nak dpt keja kat kerajaan+swasta pun blm tentu lg x tjamin!….aku cek kat SPA pun mostly jobs dia mnta STPM/Diploma in Public Administration! 1 job je aku jmpa kat SPA utk Business….lpas aku fkir2 aku rasa aku nak msk frm6 smbl2 tu aku ble identify my talent+interest ekcli dlm bidang apa….klo ikutkan hajat bapa aku dia nak aku amik Law tp klo ikut mnat aku dr dulu business lar kan tp mslah pluang keja lar plak nnt….wat bsnes tu snang tp modal tu ssh!!! hahahaha

    so am i stupid+mad going to F6 instead of Matriks/Diploma???

    p/s: ekcli aku x dpt msk f6…korang rsa smpat x aku nak mohon msk f6??? tolong lar aku sesangat!!!

    • Nilam says:

      Sebenarnya mereka yang telah mendapat tawaran ke Matrikulasi tidak akan mendapat tawaran ke Tingkatan 6. Jika menolak Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6 perlu membuat permohonan.
      Sila dapatkan maklumat lanjut dengan mengunjungi sekolah yang anda ingin mendaftar ke Tingkatan 6.

      Mereka yang telah tamat belajar di universiti tidak semestinya perlu bekerja makan gaji di sektor awam atau swasta. Mereka yang berminat untuk berniaga atau bekerja sendiri boleh mendapatkan bantuan yang disediakan oleh badan kerajaan seperti MARA dan PNB.

      • Celaru!!! says:

        terima kasih Azhad Nilam atas info tu….sbnarnya bapa saya tlh uruskan permohonan ke tingkatan.6….insyaallah jika xde halangan slpas cuti sem. nie saya akan memasuki ting.6.

        saya ingin bertanya msh ka peluang saya terbuka utk mengambil jurusan Undang2 semasa degree sprt d UM,UKM,UITM dgn hnya berbekalkan Sijil STPM wlaupun saya mndapat CGPA yg tggi nnt??? sbb mmndangkan UM & UITM ada mnyediakan prgrm Asasi Undang2 jd sdh tentu mreka akn mmbri keutamaan kpd pljr asasi mreka d prngkat degree nnt…

        akhir skali, ada cadangan subjek apa yg terbaik utk saya ambil d tngktn.6 utk melayakkan saya mengambil jurusan undang2 d prgkt degree nnt???

        • Azhad Nilam says:

          Sama-sama… Lepasan STPM memang mempunyai peluang untuk mengikuti jurusan undang-undang di universiti yang menyediakan program asasi dalam bidang yang sama.
          Keutamaan masih berdasarkan pencapaian akademik tetapi jika 2 calon mempunyai penyampaian yang sama, saya difaham mereka yang dari asasi universiti berkenaan akan diutamakan.
          Sila semak di laman web UPU bahagian Syarat Khas untuk mengetahui syarat minimum untuk layak memohon bagi setiap universiti.

      • akmal says:

        salam… saya juga seperti celaru…
        saya keluar dri mtrik dn ingin msuk ke f6…
        mcm mna sy nk msuk f6 balik???
        saya keliru adakah sns stream boleh plih sama ada sns hyat atau sns fzikal…??
        sbb sy mnat fzik dn x minat bio… n cita2 sy ingin wat ngnring…

  57. ide says:

    pd yg nak msuk f.6 tu truskan je.f6. jimat.insyallh de rezeki ley dpt biasiswa..lgpun kurg mslh sosial coz di bwh sek.kai bju sek lg jimat..klu U msti cbuk nk shoppg baju.nk stdy ke melaram??

    wina,klu xmo pendidikan ada kos len.mcm pentadbiran awm,pengurusan sumber manusia.bnyk lg..sy pljr stpm thn ni..spm sy agk cmerlang coz sy pljr aliran sns pd mulanya tp sy kurg mahir MT t,jd btukar aliran ke kemanusiaan y agk mudah jika kite rajin.tiap upt agk memberansangkan.sy mkin bersemangat bila upper thn lps dpt 3.85 sedangkan spm dia dlu corot.

    so,keep ur gud work

  58. pussy says:

    yala..benar ba tu..aku pn truskan f6 even poli dpt p aku xmo ikt..f6 byk merits nya ba..btw,sama2 la kita muda-mudi Msia bjuang utk mcapai kcemerlangan dlm segalanya slaras ngan 1Msia…chiayooo…

  59. aku plajar f6 says:

    Aku skg tgh study kat f6. dpt upu dan pdt tpi x amik. mmg byk kelebihan f6 nie. law result bgs mmg dpt smbg trus ke dgree. jmat msa n kos lgi. lagipun f6 nie diiktiraf semua u kat dunia jadi law result gempak tue sng la dpt biasiswa study kat oversea tue. lgipun law nak diikutkn skg law nak msuk dgree stpm dlu dia nak tgk. f6 sng law blajar. aku skg amik aliran sns. mmg la risiko tu tgi sgt. tpi aku nak amik cabaran. skg tgh struggle la nie tuk setaun setgh nie. jdi jn la mrendah2 kn f6 ne bap law nak dikira kan f6 ne lebih mantap dan standart dri len2 tue. law xnak buang msa amik dip msuk la f6. akhir kata study smart :D

  60. user left comments says:

    nak masuk maktab perguruan atau form 6 lebih baik? sekarang saya ni tak dapat membuat pilihan sedangkan keputusan tawaran kplspm telah keluar hampir seminggu… macam mana nye? kalau pilih maktab, habis pengajian nanti, pasti ada kerja… tapi, kalau masuk form 6, belum tentu dapat keputusan yang baik… kalau baik pun tak pasti sama ada dapat universiti ke nanti… ada tak kerja pun masih tak tahu… macam mana ya? tapi, saya masih suka form 6 sebab lebih banyak pengetahuan yang dapat diperlajari… termasuk bio, kim, mat… tapi, kalau masuk maktab, tiada lagi subjek2 tersebut… macam mana sekarang ni? maktab atau form 6?

  61. heartbeat says:

    salam,
    pda saya la,matrik,stpm n diploma masing2 ada klebihan..tpi rsanya kalu boleh jgn amik diploma sbb masa studynya sgt pnjg bbanding yg lain2..boleh kta agak kerugiaan la utk lepasan diploma bbanding lepasan matrik n stpm,lagi2 klu result plak x ok.
    matrik plak bagi sya bnyk kelebihannya.ramai yg kta kat matrik susah nk dpt kos best wpun result gempak..x semestinya.

    Alhamdulillah,sya seorg lepasan matrik tahun 09/10 n dpt tawaran ke uitm utk kos medic dgn pointer 3.8.seorg lagi kawan saya dpt farmasi dgn pointer 3.79 juga di uitm..mostly kawan2 sya yg dpt 3.7 n above bleh dpt kos yg diorg minat sperti farmasi,biomedic n lain2.so spa yg kta medic kena dpt 4 flat utk lepasan matrik,itu x benar.persaingan memang hebat tapi kita kena ingat rezeki ni bkan milik manusia,so insyallah klu kita betul2 berusaha,kita mesti boleh dapat.

    pndpt saya,klu spa2 yg dpt matrik,baik pergi matrik.tpi ingat kena betul2 berusaha,n insyallah boleh berjaya.malah ada yg pointer kurang bagus,wpun dilelong still dapat tawaran U.pensyarah sya pernah beritahu hampir suma pelajar lepasan matrik insyallah pasti akn dpt tempat di U kerana keutamaan biasanya lebih dberi kepada student matrik.stpm n diploma juga akn ditawarkn ke U,jadi tiada apa yg harus dbimbangkn.kena beringat,wpun belajar dmatrik,kalu malas,susah juga nk dpt U.semua bgantung kpd kesedaran diri sndiri.

    Yang paling pnting,pa sja yg kita amik,pastikn itu pilihan terbaik.jgn mnyesal n teruskn pndg ke hadapan.pegang pda prinsip jgn ulangi kesilapn yg sma msa spm.matrik,stpm or diploma merupkn peluang kedua utk kita capai impian kita.buat yg terbaik n selebihnya btawakal,insyallah boleh berjaya.

    • blueberry says:

      hurm,,,sy dpt matrik kt kuala nerang,kedah aliran akaun…ptut ke sy pegi??bljar kt mat rik ni mcm mne ek??

  62. was-was says:

    aku skrang ni dah masuk form6,tapi aku masih was-was dengan diri aku sendiri..sbab aku ni bukanlah dikategorikan student yang pandai..@cerdik,jdi aku takut kalau2 aku tak dapat sambung pengajian aku ke tahap yang lebih tinggi….tpi aku takkan cepat mengalah…….sbab setiap yang masuk form6 ni semuanya nak masuk u.!!!tpi klau pointer aku ckit..ada tak pluang aku masuk u??????

  63. sam says:

    salam.msh smpat ke sy msok ting 6 wlupon da msok blan Julai..???

  64. ijat says:

    saya nak tanya lah banyak orang mengatakan bahawa tingkatan 6 mudah mendapat univesrsiti berbanding dgn bdk ipta

  65. eady says:

    aku pn setuju..ade cikgu aku yang ckp,bdk t6 kalau wat degree,dieorg hanya ulang balik benda yang dieorg dah belajar masa at t6..t6 punya topik bagi sesuatu subjek sangat luas berbanding dgn pelajar matrix…xhairan la dalam tahun pertama,pelajar t6 hanya perlu ulang kaji shj berbanding dgn pelajar matrix yg kene belajar benda baru(actualy dah lama bg bdk2 yg pernah masuk t6)….

  66. kiki says:

    nak masuk f6

  67. kiki says:

    AKU ASE KALO NAK MASOK F6 MMENG KENE ADE MATLAMAT
    MAKSODNYER KENE STRUNGGLE GILER2
    SELALU BACE BUKU NAK ISU SEMASE TU JER
    SATU THN SETENGAH TAK LAME
    PASTU TEROS DPT MASOK U
    INSYAALLAH KALO KORANG BETOL2 STUDY N XDE MAEN2 DAH…AKAN DPT IJAZAH KAT TGN KORANG SEME
    BETOL TAK BEKAS F6?

  68. kiki says:

    AKU ASE KALO NAK MASOK F6 MMENG KENE ADE MATLAMAT
    maksodnyer korang kene strunggle giler2 n rajin bace buku
    tu jer pastu dpt lah sijil stpm n boleh sambung belajar kat u
    sy budak spm 2010 n tgh tunggu result minggu dpn
    belajar pon sekejap jer satu setengah thn jer
    tak lame kan ? manfaat kan mase yg ade …ae

  69. erique says:

    AKU NI EX-F6…kpd lepasan spm 2010 yg nk msk F6,baik teruskn niat korang cz U ni byk kelebihan…1 yg korang xtau pasal F6 ialah ms kat F6,korang akn bljr byk benda secara detail btl x..tp ade kebaikan nye cz bila korang nk wat degree nnt,masa tahun 1 kat U nnt,korang akn jumpa blk ape yg korang dh bljr ms F6…so tahun pertama 2 kira korang hanya perlu wat ulang kaji je blk…tp bdk matrik kne bljr benda baru cz sume uh xde dlm silibus dieorg…btw F6 best cz korang akn rasa muda & korang akn belajar utk jd pemimpin(wlpn just pimpin junior korang je)…(aq skrg ngah wat degree)

  70. buntu says:

    result spm aku hancur …… aku amik science stream …. semue subjek science(BIO,KIMIA,FIZIK) aku dpt E …..
    so parents aku soh amik f6 je ……….. aku nak jadi pakar forensik …….. tp subjek sains x sebati ngan aku ……. kalo subjek lain as BM,MATH,SEJ,PI aq dpt A &B …..cume BI je arr …setakat kedit jee (C) ………… arghhhhhhhh ……….. ape harus aku lakukan …. someone help ………. :)

    • nurul says:

      spm bkn penghujung segalanya cuma jika result krg baik akan membatas pilihan utk sambung belajar.
      Mcm Buntu kamu cuma amat lemah dlm mata pelajaran sains tp memuaskan dlm yg lain.
      Jika masuk form 6 blhlah pilih subjects yg sesuai. Mungkin blh semak dulu syarat2 kelayakan nak msk u kursus yg tertentu & pilih subjects yg memenuhi syarat tu….

  71. anyys says:

    sper2 blh tlg aq nie…..
    mak n ayh aq smue ttg aq nk msuk f6,,,
    coz f6 mmg ssh gler dyer org ckp gtur…
    kekonfius nie…adkah btol form6 mmg really ssah?????????

  72. emelda says:

    aslmlkm… aku bercdng nak msuk f6. tpi semo orng pdng rndah kat aku… kwn2 & fmily smua x stuju… diorng kata f6 x mnjmin mse depan.. skang nie aku btul2 cnfse…. aku x thu apa aku ptut plih.. f6 or u…

  73. mia says:

    hi..saya nak amik aliran sastra..if lepas stpm nanti saya nak amik undang-undang ok x?komen plez

    • ika says:

      eh kite sme la mia nk amik law….. haha ……
      mm .. subjek ape yg perlu amik erk ……. senior2 helpme pliz ..

  74. neya says:

    serius aku pn dilema ni. mse nk spm dlu aku nekad sgt2 xmo msuk f6.

    tp skrg bila aku bace komen2 ni sume. ttbe tergerak hati la pulakk.

    aku tgk kkak aku bljr kat f6 pn mcm da teruk sgt. kkak aku msuk f6 pn sbb ayh aku yg suruh. kkak dpt poli kat PD. tp ayh x bg pergi sbb jauh sgt dan xde sedare duk kat sne. at last kkak aku msuk f6. dan skrg. aku. xthu nk g ke tak f6 ni. dpt twrn tp x bgtahu lagi kat ayh aku.. huh~~

    tgu je la u. dapat ke tak. kalu x. mcm ne pulakk?? hadooii..

  75. blueberry says:

    sy dpt mtrik kt kedah jurusan akaun,,rse2 ptut x sy pegi??k0npius sgt2 ni..huuuu…

  76. nurul says:

    salam…dlu spm ambik kos sains…lpas 2 dapt twran f6 sains…..tp rmai ckap klau f6 aliran sains ni ssah…then klau nk ambik sastera sy x de bacis sastera…..cam ner ni???sastera ni camner plak????

  77. nurul says:

    salam….sy blur skrang ni….spm sy ambik kos sains…sy dapt twran f6 sains…rmai yg ckap f6 sains susah…then klau sy ambik f6 sastera sy x de basic..cam ner ni?????

  78. delio says:

    jika di bezakan antara f6 ngan matrik..f6 lagi byk kelebihanya..andai kata fail matrik, taraf yg ade hanya som. tp kalau f6 kita dah same taraf ngan diploma..f6 adalah landasan terbaik untuk ke u..tk de susahnya dnegan f6.. kami dah membuktikan..saya dan adik berjaya ke upsi dan usm melalui f6.. tkde yg mustahil jika itu yg kita nk..

  79. mimieee says:

    sy nak tnye f.6 course science mcmane? ramai org kate sush n x boleh bawak…saye suke tp saye takot x boleh bwak..help me,tell me about it

  80. sep ngotok says:

    salam..sy tgh buntu ni..xtau nk ambik aliran mane..sy dpt f6 alirn sains tpi sy xleh nk ikut klu sains coz f5 dlu pom sume sbjk sains sy truk..huh! hmm..sy ade trpk gk nk tkar ke sastra tp..kwn sy ckp klu sastra 6ti susah nk dpt tmpt bljr sbb sains lbih di utmakan ..btol ke ek??

  81. budak lower 6~ says:

    Saya budak baru . Banyak benda yang saya dapat dalam f6 nie . f6 ni tak macam ambek diploma , kita lagi rapat dengan cikgu2 . kalau diploma tu nak jumpe lecturer kompm2 la kena wat appoitment dulu . Kalau f6 ni hubungan cikgu n anak murid xde jurang.Jadi , sy semakin bersemangat nak teruskan f6 ni , walupun , kadang2 ayah sy kurang support dengan pilihan sy ni , ye lah , sebelum ni sy ada dapat tawaran UiTM dalam course pengurusan maklumat , tp saya tak pergi , sebab sy mmg xminat course tu , jadik sy berpendapat kalau dah xde minat dalam course tu dan memakan masa yang lama nak buat degree , kenapa sy pilih jalan tu , kepada Encik Ayah , sy harap Encik Ayah faham kenapa saya buat keputusan senekad ni . Doakan kejayaan STPM sy tahun hadapan ^__________^

  82. wawan LB2010 says:

    law aq lak F6 nie adlh plhn yg plg bek skl bab aq nie bkas dak F6, s0 aq taw la….
    dak lpsn F6 trus je amk ijzah , s0 x yah la nk amk dploma ag, dahla leh skip korgnye mse….
    dlu aq sgan gan kwn aq yg len bab dorg dah msuk U kan, tp skrg aq bgge bab aq dpt potong dorg bab aq trus ijzah, aq 1thn stgh beze nye gan dorg pastu gaji nye pon ag tggi drdorg mne la aq x bgge….
    s0000 ia tpulg gan korg, nk blrj0 taw nk men2 pas dah ggal lam SPM korg…..
    s00oo wat la plihan yg bjak dlm plhan subjk yg korg nk amk mse F6 nT jgn amk yg ssah nk bwk bab F6 nie jln yg mdh tp agak ssh klaw korg x seriusssssss……wawan

  83. Putera Watan says:

    Kalau dilihat, para pelajar pra-U lain seperti matriks KPM atau asasi KPT semuanya mendapat elaun atau bantuan kewangan, saya ingin bertanya kepada admin ataupun sesiapa sahaja, adakah tingkatan enam juga mendapat elaun ataupun bantuan kewangan?

    • dirext u says:

      elaun memang sorry lah kat f6..sbb kat f6 ada BIASISWA lah BEB!!! utk yg kurang berkemampuan je lah tau…

  84. Budak tingkatan 6 bawah tahun ni says:

    sy dpt tawaran ke U pahang…tp sy tolak sbb sy tak minat course dip sains komputer lps tu diploma 3 tahun kena belajar…so, trpaksa pulak hutang lagi..pstu nk ambil degree hutang lagi..kalau di campur2 bnyk dh hutang kita..sbb tu sy ambil tingkatan 6…tak payah hutang2…kalau nk hutang pun time ambil degree je..habis stpm kn terus ambil degree…jimat kos dn masa…masa masuk tingkatan 6 ni bnyk yg halang…biasalh..manusia…tapi sy tak putus asa…sy nk buktikan kt diaorg semua yg pandang rendah dgn tingkatan 6 ni…sy akan menjadi seorg pelajar cemerlang stpm tahun ni…jika Allah izinkan!!!! sy sokong tingkatan 6!!!!!!

  85. fadzrul says:

    sy dpt matrik n u….
    p ttp memilih tg6…
    y?
    sbb sy rase tg6 nie lebih baik…
    kalo result bguz pon xpyh la pndg enteng sgt pd tg6 nie k…
    mgkn ad org yg ketawekn kite amek t6, p tgklh, diowg dpt ketawe lg x bile kite dpt U yg kite nk…
    kptsn terletak ditgn kita~~..
    hehe

  86. What U Say bout this says:

    huhuhu…bermacam-macam comment yang aku baca sampai habis…dah berjam2 duduk kat dpn laptop
    best juga dpt berkongsi pandangan…memang memberi banyak maklumat berguna…
    but…apa yang aku dapat buat kesimpulan nye….
    f6 sememang nya mempunyai byk kebaikan spt apa yg korang dah baca kat atas nie…
    tapi…korang mesti faham jugk kena institusi lain ditubuh kan mcm UITM,matriks,poli..
    nie semua adalah kerana "MINAT" yang berbeza..atau pun cita-cita setiap orang yg berbeza…
    sebagai contoh nya …..klu korang minat nak jd peguam,doktor,askar etc…pegi lah f6…
    klu korang minat nak jd cikgu pulak…pergilah UPSI…
    klu minat dlm bidang partikal…masuk lah politeknik…

    tp nie cuma adalah berdasarkan daripada pandangan aku sebenar nya…
    bukan bermaksud aku nie betul sgt…

    by the way…aku rasa f6 is still best decision…

  87. aerol says:

    minta di izinkan coy yeaa ;) .. nnti saya letak sumbernyaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives