Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Luar Negara Peringkat Ijazah Pertama Sesi 2/2010

Kemudahan pinjaman yuran pengajian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini adalah untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama. Pinjaman ini adalah untuk membiayai yuran pengajian sahaja. Perbelanjaan sara hidup, rawatan kesihatan, tambang perjalanan, alat tulis, buku dan keperluan yang lain perlu disediakan oleh pelajar sendiri.

Jenis Pinjaman

Ada dua jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu

  1. Pinjaman Khas Perubatan
  2. Pinjaman Biasa

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja terbahagi kepada tiga kategori umum;

  1. Bidang Krital
  2. Bidang Keutamaan
  3. Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)

Hanya kursus-kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sahaja yang akan diberi pinjaman.

Permohonan

  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di portal Jabatan Perkhidmatan Awam di Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Sesi 2/2010.
  • Dokumen-dokumen sokongan pula perlu dihantar ke JPA selewat-lewatnya 10 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.
  • Tempoh memproses permohonan ialah selama 40 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara online di Portal JPA selepas tempoh memproses permohonan selesai.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan kemudahan pinjaman yuran pengajian ijazah pertama di luar negara JPA adalah 30 Julai 2010.

Maklumat

Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja sila rujuk Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2010 untuk maklumat yang lebih terperinci.

Related posts:

  1. Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Di Luar Negara 2010
  2. Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara JPA
  3. Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2009/2010 Skim SPC
  4. Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2010/2011 STTP
  5. Keputusan Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , ,
Read 485 articles by

One Comments

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives