SPM 2013

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan menyatakan seramai 470,395 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini 6 November hingga 5 Disember 2013.

Calon-calon peperiksaan SPM 2013 ini merangkumi seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Seramai 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM; 22,857 calon sekolah persendirian; dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Peperiksaan SPM 2013Semua calon perlu merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan itu berlangsung. Jadual waktu peperiksaan SPM 2013 telah diedarkan ke sekolah-sekolah dan boleh juga dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. Sementara itu seramai 30,863 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan SPM 2013 berjalan lancar seperti dijadualkan.

Sejarah 3 SPM 2013

Semua calon SPM 2013, dikehendaki membaca dan meneliti tema umum, Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa, bagi mata pelajaran Sejarah 3 (1249/3). Lembaga Peperiksaan menyatakan semua calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber, berkaitan tema umum itu sebagai persediaan menjawab soalan bagi tugasan khusus mata pelajaran berkenaan.

Tema umum ini adalah Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa, sejak mencapai kemerdekaan Malaysia menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.

Sebarang maklumat lanjut mengenai arahan dan tema umum bagi kertas Sejarah 3 itu boleh dimuat turun daripada laman rasmi Lembaga Peperiksaan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan bertulis SPM 2013.

3 thoughts on “SPM 2013

  1. mohd aidillah bin abdul latif says:

    saya sangat berminat dengan ikbn kinarut ini macam mana cara mahu mendaftar masuk???

  2. nor aishah binti abdullah says:

    Saya ingat memohon sijil skm tahap 3 bakery&pastry.umur 32 thn blh memohon ke&klu bln camne nak mohon?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.