SPM Boleh 12 Mata Pelajaran

Baru-baru ini Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan bahawa jumlah mata pelajaran yang dibenarkan untuk peperiksaan SPM cuma 10 sahaja semenjak 2010. Walaupun begitu Kementerian Pelajaran sebenarnya memberi kelonggaran kepada calon mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan yang menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang boleh diambil adalah 12.

SPM 12 Mata Pelajaran

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud. Menurut beliau, dua mata pelajaran tambahan itu mestilah dipilih daripada mana-mana mata pelajaran yang telah disenaraikan dalam peperiksaan SPM, kecuali mata pelajaran teras.

Calon SPM memang wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

Calon SPM boleh membuat pilihan untuk mengambil mana-mana mata pelajaran elektif yang ditawarkan sehingga maksimum 10 mata pelajaran. Kelonggaran diberi kepada calon untuk menambah dua mata pelajaran elektif, antaranya Kesusasteraan Cina, Kesusasteraan Tamil dan Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam dan Pendidikan Seni Visual.

gambar asal: JamesNixonSteel

One thought on “SPM Boleh 12 Mata Pelajaran

  1. […] TERKINI: Calon SPM boleh ambil maksimum 12 mata pelajaran. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.