Karnival Pendidikan MARA 2013

Karnival Pendidikan MARA 2013 ini dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Karnival yang diadakan setiap tahun merupakan kali ke 14 ini memberi maklumat peluang pendidikan dan perancangan kerjaya kepada pengunjungnya. Karnival Pendidikan MARA tahun ini bertemakan ‘Wadah Impian Dan Kejayaan’ akan diadakan di 10 lokasi seluruh negara berbanding 9 pada tahun lepas.

Tujuan Karnival Pendidikan MARA ini diadakan adalah untuk menyebarkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran karnival ini dilihat mampu memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan.

Karnival Pendidikan MARA ini juga memudahkan urusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA dan IPTS serta majikan untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi kursus-kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA akan menggerakkan tujuh IPMa secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat pengajian.

Aktiviti Karnival

Bagi Lepasan Sekolah

  • Pameran Institut Pendidikan MARA (IPMa), Institut Pendidikan Teknikal & Vokasional MARA (TEVT), IPTA & IPTS tempatan & luar negara
  • Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran
  • Yuran pengajian percuma di IPMa terpilih
  • Elaun bulanan / pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak
  • Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  • Permohonan terus dan temu duga terbuka
  • Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
  • Ujian personaliti

Karnival Pendidikan MARA 2012

Bagi Pencari Kerja

  • Pameran syarikat dan usahawan
  • Peluang pekerjaan dan keusahawanan
  • Peluang bertemu bakal majikan
  • Temu duga kerja terbuka
  • Ceramah kerjaya
  • Penulisan resume
  • Tips menghadiri temu duga
  • Grooming & etiquette
  • Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA
  • Pendaftaran JobsMalaysia
  • Ujian personaliti

Lokasi Karnival

Tarikh Lokasi Nota
16 – 17 Mac KUALA LUMPUR Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC #
23 – 24 Mac PAHANG Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan #
30 – 31 Mac JOHOR Plaza Angsana, Johor Bahru  
2 – 3 April SABAH Dewan Masyarakat, Tawau  
5 – 6 April SARAWAK Dewan Pameran Permata, Kuching #
13 – 14 April PERAK Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng  
17 – 18 April KELANTAN Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu #
20 – 21 April KEDAH Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar  
24 – 25 April TERENGGANU Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu #
20 – 21 April PULAU PINANG Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya  

Karnival Pendidikan MARA ini dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang kecuali di Sabah dan Sarawak bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Nota # – Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka akan diadakan di lokasi ini. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Karnival Pendidikan MARA dan Facebook Karnival Pendidikan MARA karnival untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan karnival ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03 2613 4859/ 4847/ 4854 atau faks 03 2692 7386.

One thought on “Karnival Pendidikan MARA 2013

  1. […] Karnival Pendidikan MARA 2013 […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.