45 Comments

wahda91 Said,
May 7th, 2009 @9:35 am  

assalamualaikum..
sy baru je dpt twrn ke form 6 utk jurusan sc..
sy nak tny pe subjek yg prlu sy blaja t??

wteva91 Said,
May 7th, 2009 @12:52 pm  

assalamualaikum..
sye br sje mndpt twrn bg aliran kemanusiaan..
boleh trgkn srbe sdkit tntg aliran ini?

nilam Said,
May 7th, 2009 @3:22 pm  

Wahda91 dan Wteva91,
Salam… Secara amnya untuk peperiksaan STPM perlu ambil minimum 4 @ maksimum 5 matapelajaran daripada senarai matapelajaran yang ditawarkan.

Matapelajaran itu adalah Pengajian Am (wajib), Bahasa Melayu, Bahasa China, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Syariah, Usuluddin, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Physics, Chemistry, Biology, Sains Sukan dan Seni Visual.

Matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Sukan khusus untuk aliran sains sahaja. Di samping itu semua pelajar perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET).

yANa Said,
May 12th, 2009 @9:17 pm  

saya ditwrkn jrusan kemanusiaan.saya diminta utk memilih 2 subjek dari subj bm,ekonomi dan jg pngajian prnigaan. bolehkah saya tidak memilih subj BM. Adakh subj BM itu penting untuk memasukki univrsiti slps STPM?..

Muhd. Hafiz Said,
May 13th, 2009 @12:48 am  

yANa Said,May 12th, 2009 @9:17 pm
saya ditwrkn jrusan kemanusiaan.saya diminta utk memilih 2 subjek dari subj bm,ekonomi dan jg pngajian prnigaan. bolehkah saya tidak memilih subj BM. Adakh subj BM itu penting untuk memasukki univrsiti slps STPM?..
__________________________________________________________________
Subjek Bahasa Melayu juga merupakan subjek pilihan. Sekiranya anda bercadang untuk mengambil jurusan yang berkaitan di IPTA seperti pengajian melayu atau lain2nya yang berkaitan anda perlu memilihnya. Sebaik2nya anda teliti terlebih dahulu jurusan yang bakal anda pilih dan ambil, kemudian kaji jurusan yang ingin anda ikuti semasa di IPTA. peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA lebih luas kepada lepasan STPM berbanding calon Diploma dan matrikulasi.

nilam Said,
May 13th, 2009 @7:39 am  

Yana,
Harap jawapan Muhd Hafiz dapat membantu.

Muhd Hafiz,
Terima kasih kerana berkongsi maklumat di sini.

Muhd. Hafiz Said,
May 13th, 2009 @10:58 am  

Sama2 nilam, selaku bekas pelajar tingkatan 6 dan lepasan STPM 2008 saya harap dapat berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya dgn orang lain.

datien Said,
May 13th, 2009 @4:00 pm  

salam..
ay ni nak bertanya…
rmi rakan sy b’kata subjek ekonomi susah…
adakah ini benar?…….

dan suasana dlm kelas amat memebosankan…
bg la tahu kebenaran..
kerana ay akn mendftr tingkatan 6 pada isnin ini..18 mei 2009

chat_stereo statik Said,
May 13th, 2009 @9:23 pm  

klu form 6, sya x nak amik subjek math, bleh x???

Muhd. Hafiz Said,
May 13th, 2009 @10:07 pm  

Ya mmg x dinafikan subjek Ekonomi merupakan salah satu subjek yg sukar… Kerana anda akan m’pelajari MIKROEKONOMI (kertas 1), d dlmnya anda akan m’pelajari teori2 ekonomi, cara pengurusan ekonomi, p’masalahn ekonomi, ekonomi peringkat domestik dan hal2 lain yg b’kaitan ekonomi.. dan MAKROEKONOMI (kertas 2), di dlmnya lebih m’bawa kpd ekonomi peringkat antarabangsa…. Abang saya yg juga merupakan bekas calon STPM 2007 juga mengambil subjek ini…

Bosan @ x b’gantung kpd individu itu sendiri… saya juga prnh mengalami pengalaman yg sama stlh masuk ke tingkatan 6… Ya mmg majoritinya mcm tu, tapi x boleh dijadikan halangan utk mematahkan smgt belajar kita…

nilam Said,
May 14th, 2009 @12:16 am  

Muhd Hafiz,
Alhamdullilah, semoga ramai yang dapat manfaat daripada pengalaman dan ilmu yang anda ada.
Saya sendiri tidak pernah belajar di tingkatan 6 jadi jawapan saya cuma berdasarkan pembacaan dan maklumat yang dapat saya cari. Terima kasih Hafiz.

Datien,
Harap komen Muhd Hafiz dapat membantu.

Chat_stereo,
Saya rasa boleh tapi pastikan ia tidak menjejaskan permohonan ke program pengajian yang anda ingin mohon.

liyana Said,
May 14th, 2009 @12:33 am  

matrik dua taun ngn stpm………..
ape pndpt anda?

miz Said,
May 14th, 2009 @7:21 am  

salam, org bru disini….
saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kemasukkan ke tingkatan 6 yg dtawarkan oleh sebuah sekolah ini.

di dalam surat teresbut menyatakan saya terpilih utk mengambil jurusan sains / kemanusian. Adakah ini bermaksud saya diberi 2 pilihan?

boleh tak sesiapa memberikan sedikit details mengenainya?

boleh tak kita memilih sendiri subjek yg ingin kita bawa sahaja? at the same time, adakah itu bermakna kita perlu belajar diluar jikalau subjek yg kita minati tidak ditawarakan disekolah?

Jikalau ade saudara/i yg mempunyai experience semasa berada di tingkatan 6 harap sudi berkongsi

YM: izgamercrew@yahoo.com

miz Said,
May 14th, 2009 @7:27 am  

lupa lak nk bertanya,
saya mendapat surat tawaran nie pada hari semalam (13 May) tetapi didalam surat menyatakan tarikh lapor diri semasa (11 May), disitu juga menyatakan kegagalan melapor diri pada tarikh yg ditetapkan dianggap menolak tawaran? huhuhu

saya teringin jugak nk masuk form 6 nie…
masih ade lagi ker peluang nk mohon form 6 nie?

details skit..

nilam Said,
May 15th, 2009 @3:50 pm  

Liyana,
Saya rasa persoalan anda telah terjawab.

Miz,
Salam… Memang benar anda boleh membuat pilihan jurusan mana yang anda minat. Anda juga boleh memilih matapelajaran yang ingin diambil berdasarkan kursus apa yang anda rancang ikuti di universiti nanti. Jika matapelajaran yang anda pilih tidak diajar di sekolah anda sekarang, anda boleh mohon bertukar sekolah atau belajar sendiri matapelajaran tersebut.
Sila rujuk Panduan Tentang Tingkatan Enam untuk mendapatkan lebih maklumat.

Anda pergi sahaja ke sekolah yang dinyatakan untuk mendaftar dan nyatakan anda baru mendapat surat tawaran tersebut.

Fazza Said,
May 16th, 2009 @8:41 pm  

Ade sape2 tak yg ada experience study sbjek chemistry form 6??? Susah sgt erk?? Sya bkal msuk form 6 aliran sains dan sbjek ni mmg dimstikan ambik dlm skul sya..

nilam Said,
May 18th, 2009 @10:34 am  

Fazza,
Harap ada pembaca yang dapat berkongi pengalamannya belajar matapelajaran Kimia di tingkatan 6.

EJAH Said,
May 19th, 2009 @11:45 pm  

ASSALAMUALAIKUM…
SYE DLM DILEMA,PAKEJ YG SYE AMBIK NE PENGAJIAN AM,P.PERNIAGAAN,BHSE MLYU,MUET N GEOGARAFI/SEJARAH…
SYE XTHU SMEADA NK AMBEK SBJEK GEOGRAFI/SEJARAH…
RSENY MNE LBH SENANG NK SKOR NGN CEMERLANG???

nilam Said,
May 20th, 2009 @9:18 am  

Ejah,
Salam… Saya tidak pasti mana yang lebih senang. Mungkin mereka yang ada pengalaman boleh menjelaskannya.
Walaupun begitu saya syorkan anda rancang ijazah apa yang anda cadang ikuti di universiti nanti kemudian semak samada matapelajaran Sejarah atau Geografi lebih membantu untuk memohon kursus berkenaan.

Muhd. Hafiz Said,
May 21st, 2009 @2:07 pm  

Klu amek geografi ada point nanti nk jwb karangn Pengajian Am Kertas 2… Sbb byk fact dlm subjek tu yg bleh digunakan utk dijadikn isi time nk jawab and wat karangn nnt.. Klu Sejarah plak, ada point utk jwb P.Am kertas 1, sbb byk nk kena ingat fact psl negara, p’lembagaan.. Rakan2 saya yg amek Geog ni diorg kata x der la dificult sgt klu dh wat study awal2 la.. sama la gak ngan Sejarah.. kn ada 2 geografi yg nk kena blaja : Geografi Fizikal & Geografi Manusia.. Masa time nk isi UPU nnt, ada gak Courze yg nk kena ada Sejarah, ada yg nk kena ada Geografi…

nilam Said,
May 22nd, 2009 @9:27 am  

Muhd Hafiz,
Terima kasih.

anis Said,
June 1st, 2009 @9:03 pm  

nasihat terbaik, cuba bayangkan bidang apa yang ingin dipohon di universiti nanti. jangan ambil subjek2 tertentu juz sebab nak skor padahal tak minat. sebab peringkat stpm ni, kalau tak minat subjek tu, mmg terasalah SUSAH. ingat, setiap subjek yang dipilih di peringkat stpm, kena belajar secara mendalam dan terperinci. jadi, pilih lah yang terbaik utk masa depan.

pengalaman saya, saya ambik ekonomi padahal tak minat. kesudahannya saya cuma subsid dalam ekonomi. saya mengaku saya terpengaruh dengan cakap2 org bahawa ambik ekonomi nie dapat membantu pilih banyak kursus kat u. padahal kalau saya tak skor dengan baik, tetap takde gunanya.

mujurlah dalam 3 subjek lain yang saya minat, saya dapat skor A. dan gred ekonomi saya yang tak bagus tu cuma memburukkan sijil saja.. jadi, jangan jadi macam saya.. pilih subjek baik2.

nilam Said,
June 2nd, 2009 @9:00 am  

Anis,
Terima kasih berkongsi pengalaman anda di sini, semoga ia dapat membantu mereka mendapat kepastian matapelajaran yang ingin diambil semasa STPM nanti.

aryue Said,
June 25th, 2009 @4:33 pm  

salamm…sye bru masuk form 6 tahn niey…saye akui yg form6 ni amat bgus.bagi sye lebih bagus dari matrx..tp saye rase risiko kat form6 ni besar sgt..skang ni saye dapat twaran diploma di ipta..saye pn minat dgan kursus yg saye dapat..tp saye syang dgn form6 nie…jd skang saye konfius sgt …x tau nak pilih yg mane …agak2 ape yg saye patut plih ek???

nilam Said,
June 30th, 2009 @11:59 am  

Aryue,
Salam… Dilemma untuk memilih ini telah banyak dibincangkan di bahagian tentang Tingkatan 6 ini. Mungkin dengan membacanya boleh membantu anda membuat keputusan. Apa yang penting anda perlu tahu cita-cita, minat serta kemampuan diri anda sebelum membuat keputusan.

Rose Said,
July 23rd, 2009 @8:52 am  

My sis ada masuk form 6..skrg ni tengah cari buku2 rujukan yg sesuai.Siapa ada info tolong bagitau..senarai2 yg perlu.

TQ

nilam Said,
July 25th, 2009 @8:19 am  

Rose,
Harap ada pembaca yang dapat membantu anda.

ereney Said,
August 26th, 2009 @1:05 pm  

kpd adik wahda91,

kalau adik fikir memasuki tingkatan 6 adalah merugikan terpulanglah tapi sesuatu pengalaman tidak akan dapat dilupakan dlm tingkatan 6 ne yang penting mesti rajin membaca,bt rujukan banyak2,mengikut setiap perkembangan semasa tu je lah nak dibuat bukan nya susah pun.akak pun karang di tingkatan 6 atas mmg byk yg dpt akak pelajari dan lalui tiada pengalaman begini time f5 dulu.

nilam Said,
August 27th, 2009 @9:43 am  

Ereney,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di sini.

cindy Said,
September 26th, 2009 @8:43 am  

slm muhibah..sy pelatih d IPGM,major pengajian sosial..
sma ke sukatan pelajaran kmi dgn student form6 yg ambi geo & sej??

nilam Said,
September 29th, 2009 @11:28 am  

Cindy,
Saya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai kedua-duanya. Harap ada pembaca lain yang dapat membantu.

May Said,
October 10th, 2009 @1:07 pm  

Haloo ebribadi…
Ni nak tny ni…ehem.
Umur sy 21. Akhir2 ini sy sedar akan kepentingan stpm dan teringin mengambil peperiksaan secara persendirian pada 2010. Malah sy juga telah membeli buku2 dan berusaha belajar sendiri.
SPM sy ada 8kredit 2lulus. Masalah sy ialah :

1) Keliru dengan subjek apa yg harus diambil dan berapa subjek perlu diambil? Bolehkah sekiranya sy cuma mengambil subjek PA, BM, GEO dan MUET? Sesuaikah subjek2 itu kerana sy sangat bercita2 memasuki mn2 U dlm bidang muzik @ GEO.

2) Sblm ni sy pernah belajar di kolej swasta dlm bidang Leisure & Management. Tp, sy quit krn sebenarnya sy tak minat pd bidang itu. Dan sy berhutang RM8k dgn PTPTN. Adakah ini akn mempengaruhi permohonan sy ke U nti?

HARAP ADA SESIAPA DAPAT MEMBANTU .
Terimakasih.

YM : alexmay7688@yahoo.com.my

nilam Said,
October 12th, 2009 @2:03 pm  

May,
1. Secara amnya untuk peperiksaan STPM perlu ambil minimum 4 @ maksimum 5 matapelajaran daripada senarai matapelajaran yang ditawarkan. Sila rujuk penulisan dan komen-komen di Panduan Tentang Tingkatan Enam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pemilihan mata pelajaran bergantung kepada program pengajian yang anda ingin ikuti di universiti, sila semak Syarat Khas di laman web UPU bagi mengetahui syarat kemasukan.

2. Sepatutnya hutang dengan PTPTN tidak akan menjejaskan permohonan anda.

May Said,
October 13th, 2009 @9:51 am  

nilam Said,
October 12th, 2009 @2:03 pm

May,
1. Secara amnya untuk peperiksaan STPM perlu ambil minimum 4 @ maksimum 5 matapelajaran daripada senarai matapelajaran yang ditawarkan. Sila rujuk penulisan dan komen-komen di Panduan Tentang Tingkatan Enam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pemilihan mata pelajaran bergantung kepada program pengajian yang anda ingin ikuti di universiti, sila semak Syarat Khas di laman web UPU bagi mengetahui syarat kemasukan.

2. Sepatutnya hutang dengan PTPTN tidak akan menjejaskan permohonan anda.

” Terimakasih banyak2.”

nilam Said,
October 14th, 2009 @8:33 am  

May,
Sama-sama…

lily ting Said,
November 10th, 2009 @9:46 am  

Saya seorang pengajar mata pelajaran geografi T.6. Pelajar saya berminat untuk mempelajari Geografi tetapi tiada usaha. markah yang diperolehi adalah dalam lingkungan 3-20 markah( longgar pemarkahan) bagi setiap kertas. alasan tidak mahu tukar subjek lain( pendidikan seni visual) ialah anggapan mereka mata pelajaran pendidikan seni visual menyusahkan mereka untuk masuk ke universiti..sekolah saya hanya tawar m/p elektif Geografi @ Pendidikan Seni Visual aliran sastera. apakah nasihat yang sepatutnya kepada golongan pelajar ini?

nilam Said,
November 11th, 2009 @10:13 am  

Lily Ting,
Cikgu boleh memberitahu pelajar anda, jika mereka tidak ada kesungguhan dalam mata pelajaran Geografi daripada sekarang bagaimana mereka hendak mendapat gred yang baik semasa STPM nanti.

Saingan mendapat tempat di IPTA juga amat sengit. Peluang akan lebih cerah jika mereka mempunyai gred yang baik secara keseluruhan. Tidak kiralah samada ambil mata pelajaran Geografi @ Pendidikan Seni Visual tetapi jika tidak mendapat gred yang baik tetap susah untuk masuk IPTA.

ewan Said,
December 3rd, 2009 @2:50 pm  

saya dlm dlema sama ada untuk memberikan tumpuan dlm subjek ekonomi di ting 6. ini krn saya tiada asas mata pelajaran ini lansung dsbbkan sms d ting 5 sya mngambil jurusan sains. Eko sedikit mencabar bg sy, untuk makluman saya mengambil 5 sub d t6. Iaitu eko, geo, sej, bm, dan pa. jikalau saya kengepikan eko dan memberikan tumpuan kpd 4 shj sub lain mcm mana? adkh sukar u sy menyambung ijazah d ipta jk bpeluang nanti. harap anda dapat membalas comment sy ini d emel sya sendiri nanti IAITU umphz91@YAHOO.COM.MY

nilam Said,
December 4th, 2009 @8:41 am  

Ewan,
Pertama sekali anda perlu mengenal pasti minat dan kursus apa yang anda ingin mohon di IPTA nanti. Maklumat kelayakan syarat minimum setiap kursus boleh disemak di laman web UPU Syarat Khas.
Selepas itu anda boleh membuat keputusan mata pelajaran mana yang patut anda fokus dan samada wajarkah anda abaikan mata pelajaran Geografi.

ide Said,
December 18th, 2009 @10:45 pm  

sy sokong..ini kerana sy skrg 6bwh n mengambil sej.
bg sy sej lebih mudah kerana sy meminati sej disamping guru yg sy perolehi merupakan guru penanda..
beliau ada mengatakan ciri2 menjwb yg betul.
sek sy telah menjalankan 2 upt spnjg sy di 6bwh n pointer sej sy lebih tinggi berbandg subjek lain.

nilam Said,
December 20th, 2009 @4:12 pm  

Ide,
Semoga anda akan mendapat keputusan yang cemerlang semasa STPM nanti.

AT Said,
January 5th, 2010 @3:41 pm  

Assalamualaikum… skrg sy berada di ting 6 ats. sy mengambil aliran kemanusiaan dan subjek yg diambil ialah sej,geo,bm dan pa. masalahnya skrg sy rsa sy tak boleh nk bw subjek sej. setiap kali kelas sej, sy akn berdebar debar dan takut. sy sbnrnya menghidapi hypertension dan selalu gemuruh. tmbhan pula ckgu yg mengajar garang dan selalu memberi denda seperti berdiri di luar kelas atau ketuk ketampi. sy bercadang utk mengambil subjek tmbhan krn khuatir tidak dpt skor dlm sej. sy ingin ambil subjek syariah tetapi rmai kwn sy memberi pndgan negatif dan tidak menyokong cdgan sy. ckgu pun seperti memperkecilkan sy. sy bukanlah pelajar yang kurang pandai. exam akhir thn sy dpt tmpat ke 5 dlm kelas dgn pointer 2.25. sy harap ada sesiapa yg boleh memeri cdgan atau kata kata semangat kpd sy. sy sedang buntu dan tertekan….. BANTULAH SAYA….

AT Said,
January 5th, 2010 @3:47 pm  

jika ada yg prihatin dan bersimpati dgn sy, sila komen luahan sy di email sy athirah.butterfly@yahoo.com secepat mgkin….. terima kasih kepada yg sudi membantu…. HELP ME…

JOanne Said,
February 24th, 2010 @5:51 pm  

Hi..saya berminat bkerja dlm bidang sains, khursusnya bidang environmental science. Namun, saya masih kurang pasti bahawa saya sesuai dlm bidang ekologi/geologi atau bidang perubatan. Bidang yg manakah harus sy pilih? Geografi atau Sains? Harap dibalas..Terima Kasih..

shada Said,
March 14th, 2010 @2:14 pm  

assalamualaikum..sy nak tnya skit..ssah x kalo amik stpm??mana yg lbih bgus..stpm atau pun wat diploma??kalo stpm cemerlang..blh ke kalo nak further studi??ada x peluang nak further studi??bagaimana nak hadapi peperiksaan stpm?

Random Post

Leave Your Comments Below

Please Note: All comments will be hand modified by our authors so any unsuitable comments will be removed and you comments will be appreared after approved

Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.