Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2009

Para pelajar lepasan SPM 2008 boleh mula menyemak tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2009 mulai 6 Mei 2009. Makluman ini tersiar di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Semakan Tawaran Tingkatan 6.
  2. Secara sms dengan menghantar MOE<jarak>T6<jarak>KP<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888.

Kelas tingkatan 6 bawah tahun ini dijangka akan bermula pada 11 Mei 2009. Oleh itu mereka yang terpilih diminta untuk mencetak surat tawaran masing-masing dan membawanya semasa mendaftar nanti.

Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK mulai 11 Mei 2009. Begitu juga dengan mereka yang ingin menukar jurusan iaitu dari kemanusian kepada sains atau sebaliknya perlu membuat permohonan.

Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
51 Comments Post a Comment
  1. ain says:

    fafa

    saya rasa better akak pergi terus ke pejabat pelajarn daerah akak. tanya apa2 yang patut.. maaf. tak byk membantu.

    joan21

    tengok kat post nilam yg berkaitan dhn f6 ni.. rajin sikit la… hehe

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.