Ujian MEdSI 2011

Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iatu ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).

Program PendidikanIni bermakna Ujian MEdSI ini hanyalah untuk calon-calon yang memohon program pengajian pendidikan di pilihan 1 atau pilihan 2 sahaja ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian.

Ujian MEdSI adalah untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Format Ujian MEdSI

  • Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit.
  • Terbahagi kepada 4 bahagian:
    • Personaliti – 110 soalan
    • Minat Kerjaya – 60 soalan
    • Nilai Integriti – 70 soalan
    • Kecerdasan Emosi – 60 soalan
  • Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan.
  • Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.

Semakan Panggilan Ujian MEdSI

  • Semakan panggilan menduduki Ujian MEdSI boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my atau terus ke portal semakan.
  • Semakan boleh dibuat mulai 22 April 2011.
  • Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.

Menduduki Ujian MEdSI

  • Ujian MEdSI akan diadakan pada 30 April 2011.
  • Pusat Ujian MEdSI adalah seperti yang dipilih oleh calon sendiri semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian dahulu.
  • Calon perlu membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
  • Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk menduduki Ujian MEdSI.
  • Ujian MEdSI hanya sah untuk sekali ambilan sahaja.

Temuduga Program Pendidikan

  • Mereka yang berjaya dalam Ujian MEdSI akan dipanggil untuk menghadiri temuduga pula.
  • Panggilan temuduga dijangka boleh disemak pada 20 Mei 2011.
  • Sila rujuk Semakan Panggilan Temuduga MEdSI 2011.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi MPM di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau e-mel : ppa@mpm.edu.my

53 thoughts on “Ujian MEdSI 2011

  1. Salam ,

    Saya pelajar daripada Politeknik dan akan menamatkan pengajian saya pada hujung bulan april ini,
    saya telah memohon kemasukan ke IPTA 2011/2012 untuk peringkat ijazah. .. untuk pilihan pertama saya memilih ijazah dalam pendidikan dan saya telah menyemak status untuk menduduki ujian MEdsi, dan saya tidak berjaya. Ia bermakna pilihan pertama saya telah ditolak. Adakah sy tidak layak untuk memasuki IPTA untuk sesi 2011/2012 tanpa menunggu keputusan pada bulan Jun ataupun sy boleh membuat rayuan selepas keputusan kemasukan pada Jun nanti? sekian terima kasih

    Sekian terima kasih

    • rasanya mungkin sbb blm tamat lg punca xdpt, biasanya cuma ipta/program tertentu membenarkan pelajar thn akhir utk memohon.
      Cuba call IPTA yg dipohon tu utk kepastian

      • Abang_Bob says:

        Yg dipanggil untuk ujian medsi hanya calon2 yg layak dan melepasi syarat khas program saja. Yg masih belum tamat pengajian, dianggap tidak layak la….anda boleh membuat rayuan melalui erayuan UPU nanti tetapi bukan untuk program perubatan, pergigian dan yg bertemuduga. Di harap penjelasan ini dapat membantu anda

  2. salam, saya ada soalan..
    kursus pilihan pertama yang saya pohon ialah pendidikan dan saya layak ke peringkat ujian medsi, andaikata saya gagal melepasi peringkat ujian medsi ataupun gagal melepasi peringkat temuduga pendidikan, adakah kursus pilihan berikutnya akan diambil kira untuk kemasukan ke ipta?
    yang saya tahu, kursus pendidikan telalu byk saingan, saya risau terlepas kursus yang lain sekiranya saya gagal ujian medsi ataupun gagal temuduga pendidikan..harap sesiapa dpt memberi jawapan kpd saya..terima kasih…

    • setahu saya mmg mrk yg gagal dlm medsi atau temuduganya akan dipertimbangkan utk pilihan yg ada

      • Abang_Bob says:

        Betul kata sdr Azmer. anda akan dipertimbangkan untuk program pilihan seterusnya (3 hingga 8)

  3. salam,

    ada pelajar saya yang ingin membuat rayuan untuk menduduki ujian medsi..apakah prosedur untuk membuat rayuan?

  4. Sy juga calon stpm yg gagal menghadiri ujian medsi.mcm mana caranya untk buat rayuan bg peperiksaan ni sbb kesemua pilihan sy adalah pendididkan..

    • saya pun cuba cari mcmana nak buat rayuan ttp kat lmn web upu maupun mpm xde cerita apa2 ttg blh buat rayuan

    • Abang_Bob says:

      Cuba semak kembali hard copy permohonan anda. Bagaimana anda boleh kata SEMUA PILIHAN adalah kursus Pendidikan sedangkan hanya pilihan 1 dan 2 saja yg dibolehkan untuk program Pendidikan.

    • UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA,,,PILIHAN 1 N 2 DALAM PENGISIAN UPU ADALAH PILIHAN UNTUYK PROGRAM PENDIDIKAN,,,YG KE 3 N HGGA 8 ADALAH PROGRAM BUKAN PENDIDIKAN…

    • lsdlkdjfsdij says:

      cubalah apply dpli ke kpli ke lepas universiti

  5. salam..erm..saya nak tanya..kalau saya dapat ujian pergi ujian medsi..tapi saya gagal menhadirinya..apakah yang akan berlaku..ape kesan kalau say tak menghadiri ujian itu…

    • Abang_Bob says:

      Nak tahu kesannya? jika tak pergi ujian medsi, tak akan dipanggil temuduga la….Kesan lain takde…

  6. salam..kwan2.ade x sape2 yang dpat pggilan ujian medsi??

    kalo ada yg xbuat lagi preparation atau xsmpat nak siapkan diri tuk exam 30 april ni..ada panduan lengkap yg mgkin b’guna tuk wat rujukan.

    http://www.panduandpli.com/hop.php?ref=tipsMEdSi

    **semoga p’kongsian bermanfaat..gudluck!!

    **ak xdpat.. huhuhu

  7. ni nak tny sikit,,,saya xdpt temeduga medsi..adakah temuduga medsi ni untuk fasa 1 sahaja??untuk fasa 2??

  8. ingin tahu says:

    Adakah sbrg jaminan pekerjaan untuk calon yg berjaya terpilih mengikuti program diploma pendidikan nnti..?????

  9. siti nazzim says:

    Adakah pusat ujian MEDSI boleh berubah seperti yang dipilih calon?saya dapat pusat ujian di tempat lain.bukan sepeti yang saya pilih dalam permohonan.

    • patutnya xde tp mungkin pusat yg siti pilih tu dh ditutup & diganti dgn pusat yg diberi ni…

  10. Adakah temuduga akan dijalankan di pusat yang sama dengan ujian medsi?

  11. nurkhalisa says:

    apakah kriteria yang dicari untuk menentukan pelajar layak atau tidak meneruskan pembelajran

  12. hamba ALLAH says:

    saya ada di pangin untuk amek ujian medsi tp sya x pasti sam ada saya trus di panggil untuk tmuduga lpas ujian medsi. tp sya cuba bwat yang terbaik dlm ujian tu.

  13. alhamdulillah…mdsi test hri nie brjlan dgn lncar…
    skrg nie tgh brdebar nk tggu interview plak..
    dpt atau x bergntung pd rzeki msg2…
    hrp2 dpt la interview 2..insyaALLAH
    doa2 kn ek??^_^

  14. alhamdulillah…mdsi test hri nie brjlan dgn lncar…skrg nie tgh brdebar nk tggu interview plak….dpt atau x bergntung pd rzeki msg2…hrp2 dpt la interview 2..insyaALLAH…doa2 kn ek??^_^

    • insyaAllah damia akan berjaya

    • samelah kite…harap2 kite semua layak pergi interview 2..insyaallah.kalau ade 40 org doakan kite semua ni….insyaallah akan termakbul…

  15. nor hasrinah says:

    sya bdak lepasn stpm 2010…sya layak ke ujian medsi ni…tapi sya terlepas ujian ni sbb sya keje. so, xda mse nk layari internet. ..macam mana sya nak ambil ujian nie semula?
    boleh ke buat rayuan?..

  16. budak stpm mana boleh cuma lepasan ijazah je lah dan konvo ada skrol…. bila keputusan interview dpt ye? bila lapor diri? bosan lah dok umah menanti…

  17. salam….
    nak tanye…
    macam mane kalau saya gagal mghadiri ujian nh???
    sb 30 april hari tu ad kecemasan la…
    plis reply this….

  18. shadatul says:

    saya terlepas menduduki ujian medsi sebb blik kmpung atok menngal…sya arap sngat ujian medsi nie de ulangn blik bagi mereka yg t'lepas…

  19. sama la shadatul….
    saya pon hari trpkse pergi ke hosptal…
    ad kcemasan…
    harap sangat ada ulangan…..

  20. nur azillah says:

    ble lah result ujian medsi kuar?????

  21. aha,,btul jgk tu,,tak sabar nak tauw bila keputusan mereka yg dpt interview dkeluarkan,,,ada sesiapa tauw?

  22. sy lepasn stpm 2010 nk tnya bila kuar result kptsan ujian medsi ni…..dengar2 20 mei iaiutu ari ni tpi xdp pn huhuhu……..plzzzzzz bls……

  23. salam… sy dah check kptsn utk temuduga, tp xdpt. rasenye dah wat yang terbaik masa ujian Medsi ritu.. hm… bis tu skarang mcm mane ye?? ada peluang ke nak msuk U U pilihan yang lain tu?? or dia kira xdpt terus sbb dah dpt panggilan Medsi?? atau nanti kena buat rayuan?? help me =( tgh sedih ni.

    • ala…jangan la cdey sgt..even xdpt interview 4 medsi,awk ada byk g pluang wak..yg dpt 4 intrview pn blom tentu dpt g jd guru…kalo da xdpt t dowg tros proceed 4 da next choices dlm upu 2..jgn cdey la
      konfem akn ada pggilan lain lg

  24. salam.
    ada ujian bertulis x bg temuduga MEDSi?kne buat esei ke,,?

  25. saya akan amik ujian MEDsi pada 30 Disember 2011 ni….ujian MEDsi tu berkenaan ape ek? Nak kena study ape je?? Pastu kalau ujian bersukan bagi UPSI tu ape ek? kena bersukan ke??

  26. ahmad ridwan says:

    mcm mna nk wat pndaftaran

  27. sye nak tnye skit…sy lpsn stpm…skrang mhn upu utk perguruan…cnthnye klau dpt pnggln utk medsi tp sye ggl ujian medsi…pastu sye dpt koz laen dlm upu dan blajr koz tu smpai tmt pngajian… tp bile tmt pngajian bleh ke sye mhn utk ambik medsi smula utk kpli atau pun dpli…

  28. suriani zakaria says:

    sye nak tanya sikit,untuk kemasukan kemahiran ni dia nak umur berapa?ada kah terhad?umur sya dah 32 tahun,,saya masih boleh ambil kursus ni?

    • perlu rujuk syarat kelayakan memohon program kemahiran tersebut, biasanya memang ada had umur yg tertentu