Permohonan Program Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2010

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mempelawa lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang berkelayakan untuk memohon Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2010.

Syarat Am

  1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.

Syarat Akademik

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75; ATAU
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti. DAN
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai; DAN
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) DAN
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.

Syarat Khas Program

  1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
  2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
  3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Syarat Tambahan

  1. Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah (skrol) sahaja yang akan dipertimbangkan.
  2. Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  3. Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.
  4. Sila semak laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

Permohonan

  1. Permohonan perlu dibuat secara online melalui Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Diploma Pendidikan (DP) Julai 2010.
  2. Pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional. Slip pembayaran perlu disimpan untuk rujukan dan bukti pembelian.
  3. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 19 Mac 2010.
  4. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
    • Maklumat Permohonan
    • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Calon
    • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
    • Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
    • Salinan sijil SPM

Ujian MEdSI dan Temu duga

  1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
  2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
  3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 15 April 2010 melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
  4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 11 Mei 2010 melalui laman web  http://upu.mohe.gov.my
  5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Universiti Dan Pengkhususan

Berikut adalah senarai IPTA yang ada menawarkan program pendidikan dan pengkhususannya;

IPTA Pengkhususan
Universiti Sains Malaysia (USM) - Bahasa Inggeris
Universiti Putra Malaysia (UPM) - Bahasa Inggeris
- Ekonomi Rumah Tangga
- Sains Pertanian
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Bahasa Inggeris
Universiti Malaysia Sabah (UMS) - Geografi
- Bahasa Inggeris
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Sejarah
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Perdagangan / Perniagaan
- Pendidikan Moral
- Bahasa Inggeris
- Ekonomi Rumah Tangga
- Perdagangan & Keusahawanan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Pendidikan Seni
- Bahasa Inggeris
- Perdagangan & Keusahawanan

Tarikh Tutup

  1. Tarikh tutup permohonan Diploma Pendidikan sesi Julai 2010 ini adalah 16 Mac 2010.
  2. Tarikh akhir penerimaan dokumen sokongan adalah 19 Mac 2010.

Maklumat

  1. Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja sila rujuk laman web UPU untuk maklumat yang lebih terperinci.
  2. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03 8883 5801 / 5802 / 5858 atau emel: upu@mohe.gov.my
  3. Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.
  4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , , Read 312 articles by Azhad Nilam

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

11 Comments Post a Comment
  1. [...] Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan. Permohonan program Diploma Pendidikan telah dibuka semula sila rujuk Permohonan Program Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2010. [...]

  2. mujahidah says:

    salam, sy nk tanye mcm mane nk pohon matematik kertas julai dan tarikh permohonannye sampai bile?

  3. nilam says:

    Mujahidah,
    Pendaftaran untuk peperiksaan Kertas Julai atau dikenali sebagai SPMU masih dibuka sehingga 31 Mac 2010, sila rujuk Pendaftaran Peperiksaan SPM, SPMU Dan STAM 2010 untuk maklumat lanjut.

    • eyza says:

      saya nak ambil stpm pada tahun ini tapi matematik saya dapa lulus je… kalau saya anbil matematk julai pada tahun depan, sempat tak saya nak isi borang upu untuk tahun depan dengan result mate julai tu?

  4. Minie Omar says:

    Saya berminat untuk memohon kursus perguruan,adakah saya masih layak untuk sebarang kursus perguruan sekiranya saya berumur 28 tahun???

  5. mira ruhami says:

    camna nk wat rayuan ke maktab perguruan???
    da tak yang secara online?
    kn bli no pin @ tak?
    sapa2 yg tau tlg reply kt mira_mmas92@yahoo.com..
    tankssz

  6. nabila says:

    saya tidak trpilih untuk temuduga kplspm jun intake 2010..sy nk tnya,bgaimana sy nk buat rayuan or waiting 4 2nd intake of kplspm??bilakah tarikh untuk buat rayuan dan tarikh utk mohon 2nd intake??

  7. saeki says:

    mcm mn nak buat prmohonan kplspm ambilan julai???

  8. wenona says:

    intake dpli ne sekali setahun je ker…bulan julai je ke????apa name website utk tgk intake DPLI da buka ke tak?

  9. suria says:

    Salam…nak tnye sket. sy baru je hbs study..oct ni baru konvo. dah terlepas DPLI ambilan july 2010. bile agak2 ade lagi pengambilan DPLI pasni?

  10. sai gurlz says:

    Bila boleh buat rayuan untuk DPLI ambilan Julai 2010 dan bagaimana cara untuk memohon?

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.