Karnival Pendidikan MARA 2011

Karnival Pendidikan MARA 2011 dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi setelah karnival yang sama tahun-tahun sebelumnya mendapat sambutan yang baik. Karnival Pendidikan MARA tahun ini bertemakan ‘Apa Jua Pencapaian Anda, Anda Berminat, Kami Jadikan Anda Hebat’. Tahun ini karnival ini akan diadakan di 8 lokasi berbanding 6 pada tahun lepas.

Karnival Pendidikan MARATujuan Karnival Pendidikan MARA ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan maklumat tentang peluang pendidikan khususnya kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta orang ramai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu turut diadakan pameran kerjaya dan temuduga terbuka kepada pencari kerja mengikut bidang kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.

Karnival tahun ini juga mempunyai penyertaan institut pengajian tinggi dari luar negara seperti United Kingdom, Australia, Perancis, Indonesia dan Mesir. Penyertaan IPT dari luar negara ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang kursus yang ditawarkan di negara tersebut.

Aktiviti

  • Info Program Pengajian – Info terkini mengenai program-program pengajian pra-U, diploma. ijazah, lepasan ijazah serta profesional
  • Info Program Latihan Kemahiran – Maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma.
  • Kaunseling Pendidikan & Kerjaya – Khidmat runding cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.
  • Temuduga Terbuka IPT – Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian terpilih.
  • Pinjaman Pelajaran – Maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran
  • Penajaan Pelajaran – Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran MARA untuk calon yang layak.
  • Peluang Kerjaya dan Temuduga Kerja – Khusus di PWTC terdapat pameran dari beberapa syarikat dan industri, temuduga terbuka bagi peluang kerjaya, Seminar Kerjaya; panduan menghadiri temuduga, tatacara penulisan resume, tatahias diri dan ujian personaliti.

Lokasi

Tarikh Tempat Masa
1 – 2 Mac ALOR SETAR 

Dewan Insaniah, Kolej Universiti Insaniah

10.00 am – 6.00 pm
5 – 6 Mac JOHOR BAHRU 

Plaza Angsana, Johor Bahru

10.00 am – 6.00 pm
11 – 13 Mac KUALA LUMPUR 

Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC

10.00 am – 6.00 pm
15 – 16 Mac KUALA TERENGGANU 

Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu

10.00 am – 6.00 pm
19 – 20 Mac KOTA BHARU 

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

10.00 am – 6.00 pm
25 – 26 Mac KUCHING 

Bangunan MARA, Plaza Astana

9.00 am – 5.00 pm
29 – 30 Mar KOTA KINABALU 

Suria Sabah

9.00 am – 5.00 pm
9 – 10 April IPOH 

Ipoh Parade

10.00 am – 6.00 pm

 

Maklumat

  • Sila rujuk laman web MARA dan risalah karnival untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan karnival ini sila hubungi Bahagian Hak Ehwal Korporat MARA di talian 03 2690 3906/ 3650 atau 03 2691 5111 sambungan 1303/ 1309 atau emel infopsk@mara.gov.my

6 thoughts on “Karnival Pendidikan MARA 2011

  1. Are Rifx says:

    Nice…mesti bez kalu dpt g karnival nie

  2. Iddin Ikram says:

    Nak pegi, tp msalah nye aku kerja..

    brape bnyak cuti dah ak cekau.. huuuu

  3. bez nye kalau pergi…nanti aku pergi la….huhuhuhuhu….

  4. nk g r!!!tpaksa r ponteng keje!!!

  5. jom4 jom kita serang!!!!

  6. […] Karnival Pendidikan MARA 2012 […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.