Para pelajar yang telah memohon untuk memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai hari ini. Pada mulanya diberitakan semakan hanya boleh dibuat pada minggu depan.

Semakan ini boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon. Terdahulu keputusan permohonan memasuki Tingkatan 1 di MRSM telah boleh disemak bermula semalam.

Sila kunjungi laman web Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2009 untuk menyemak status permohonan anda. Tahniah kepada mereka yang berjaya!

Mereka yang gagal mendapat tempat ke MRSM boleh membuat rayuan dengan menghantar surat rasmi berserta sijil-sijil yang telah disahkan dan surat sokongan lain jika ada kepada pihak MARA.

Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat membuat rayuan.

TERKINI : Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2009

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Related posts

Sponsors