TERKINI: Keputusan e-Rayuan / Ambilan Kedua SBP Tingkatan 1
Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012
Para pelajar UPSR 2011 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online. Terima kasih kepada saudara Amirrul yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.
Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1
- Semakan permohonan ke Tingkatan 1 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
- Semakan permohonan SBP boleh dibuat mulai 14 Disember 2011 sehingga 5 Januari 2012.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP 2012 adalah di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Sesi 2012 Ambilan Pertama .
e-Rayuan
- Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara online.
- Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 adalah di Sistem e-Rayuan Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2012.
- Permohonan e-Rayuan ke SBP ini akan ditutup pada 5 Januari 2012.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.
Maklumat
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.
saya dah mimpi semalam saya dpt masuk mckk..harap tul dpt masuk sana..kalo tak mckk..alam shah pun ok gak..tak pun sdar ke..saya suka sekolah asrama penuh semua dak lelaki..nak chek ni tp internet sucks
assalam……alhamdulillah….keputusan ank sy ke SBP diketahui lebih awal…melalu surat pos…kemudian sms…n baru sy semak on line
mcm mane nk semak???
Assalam…saya rasa agak terkilan..knp ramai murid saya tidak terpilih ke SBP sedangkan mereka adalah dari kalangan luar bandar. 5A seramai 7 org tetapi hanya 3 orang saja yang dipanggil..tidakkah itu bertentangan dgn apa yang tlh diperkatakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin b Yassin?
Assalam.. anak saya tak terpilih…hsbn kata mungkin sbb gaji kami & keutamaan diberi kpd bpendapatan rendah & luar bandar…
tapi saya kata, based on pengalaman anak2 kawan & kenalan…tak semua mcm tu…ramai yg tak dapat gak, walaupun gaji rendah & duduk luar bandar..
bila cikgu antar komen mcm ni…betul lah apa yg saya kata dan pengalaman kawan2…
apa kriteria sebenarnya ya?
atau mungkin dah tak de rezeki untuk kami agaknya..
[…] TERKINI : Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 2012 […]
saya terkilan knapa ank saya yg mendapat 5a dn blh dikatakn kami dari luarbndr jgk tetapi gagal msk kesbp….apakah kritirea untk msk ke sbp nisebenarnya….memandangkn kwn2 nya yg lain jga 5a berjaya kesbp
anak saya dapat 5A dan koko hingga ke peringkat negeri-saintis muda dan robotik.Sedihnya anak saya tidak berjaya ke sbp.Sedangkan kawannya dari sek yang sama.sedangkan koko mereka ada yang hanya peringkat wakil sekolah sahaja. Anak saya mmemang sangat sedih kerana dia kata usahanya sia-sia sahaja selama ini.Saya rasa pihak berkenaan kena buat pemilihan yang betul.Tapi kita komen kat sini ada ke pegawai bahagian kemasukan ke SBP yang baca???????????
harap2 ada…
Firstly..sbp mencari orang yg 5a..secondly..dia check result percubaan upsr..then baru koko….and..x baik ckp usaha dia sia2..dh x de rezeki nk buat cmne..redha jer la..
Bukan setakat terkilan sedih pun ada . sebak pun ada . hati niii selalu tertanya2 kenapa anak aku yang tak terpilih.wal hal mendpat 5a dan mumtaz . sekarang tunggu mrsm pulak,
begitu juga dengan saya walaupun saya murid luar bandar tetapi saya tidak diberi keutamaan
salam terima kasih jasa guru didik anak saya beri anugerah tokoh murid dan berjaya dipilih ke sbpi .terimakasih kpm memberi peluang anak saya luar bandar bpendapatan rendah untuk menimba ilmu di sbpi.harapan ibu ayah semoga anak kami terus berusaha gigihtingkatkan prestasi diri untuk mencapai kecemerlangan sbp seiring dunia akhirat amin.kepada rakan sebaya anakku percayalah usaha tangga kejayaan.jika tiada rezeki di sbp berilah semangat sokongan kepada anak jgn kecewa terus berdoa usaha tawakkal untuk cemerlang di mana anda berada.setiap ujianada hikmah hanya maha agung mengetahui rahsianya .
salam terimakasih guru yang mendidik anakku hingga berjaya diberi pula anugerah tokoh murid.syukur anakku dipilih ke sbpi terimakasih kpm kerna saya dr luarbandar berpendapatan rendah pula.semoga peluang yg diberi anakku belajarlah lebih cemerlang supaya menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat amin.buat rakan sebaya anakku jgnlah kau kecewa hilang semangat pasti ada hikmah yg tersembunyi disebalik ujian yg allah beri.yakinlah dengan diri sendiri ada potensi kelebihan tersendiri.terus usaha doa tawakkal .pandang ke hadapan pasti hari esok kau akan lebih maju dengan semangat berkobar-kobar walau dimana berada.taat guru taat perintah tuhan kasih ibubapa sayangi orang disekelilingmu pasti KEJAYAAN TERUS BERSAMAMU
salam terima kasih jasa guru didik anak saya beri anugerah tokoh murid dan berjaya dipilih ke sbpi .terimakasih kpm memberi peluang anak saya luar bandar bpendapatan rendah untuk menimba ilmu di sbpi.harapan ibu ayah semoga anak kami terus berusaha gigihtingkatkan prestasi diri untuk mencapai kecemerlangan sbp seiring dunia akhirat amin.kepada rakan sebaya anakku percayalah usaha tangga kejayaan.jika tiada rezeki di sbp berilah semangat sokongan kepada anak jgn kecewa terus berdoa usaha tawakkal untuk cemerlang di mana anda berada.setiap ujianada hikmah hanya maha agung mengetahui rahsianya .Yakinlah dirimu ada potensi kelebihan tersendiri.taat guru ibubapa jalinkan silaturrahim dengan hati ikhlas kepada oranglain.pasti KEJAYAAN JADI MILIKMU WALAU DIMANA BERADA,INSYAALLAH
macam mana nak semak melalui hp?? saya dari tadi lagi semak o9 xdpat2
assalammualaikum….anak saya dapat masuk MCKK tahun 2010 ,bangganya saya hingga kehari ini..bila saya, sebagai ayah dapat keputusan yang dia dapat masuk mckk..
rayuan nak masuk SBP dah dibuat.Agaknya bila boleh tahu keputusannya.Bulan berapa mulaa untuk intake kedua.tk
bulan februari
nak check kat mne ?
apa yang diucapkan oleh TPM hanyalah satu harapan kepada kami sebagai ibu bapa yang gagal menempatkan anak ke SBP. Usah mimpilah kerana kata-kata itu tidak pernah menjadi kenyataan. Tiga anak saya dapat 5A…yang sullung ketua pelajar…no 2 dan 3 wakil sekolah dalam pelbagai acara kuiz sains dan matematik..malah wkil sekolah dalam bidang sukan hingga ke peringkat daerah. tapi masih tidak dipandang oleh mana-mana pihak. Kot kena ada org dalam … tapi saya hanyalah peniaga pasar malam yg tak kenal org kenamaan mahupun org dalam KPM…
salam. nak tanya. kalau rayuan untuk yang tidak pernah memohon sebelum ne macam mana yer? adakah perlu menghantar borang dgn sijil kpd guru besar sekolah asal dan kpm?
salam… boleh ke yg tidak memohon sebelum ini membuat rayuan? kalau boleh tidak perlu melalui sekolah, yg online tu dah cukup.
[…] MOE […]
Dua kawan saya yang mendapat 3A 2B dan 4A 1B berjaya masuk ke SBP..Saya yang mendapat 5A pun berjaya masuk ke dalam sekolah yang sama dengan mereka..Alhamdulillah!
mcmna kawan hang boleh dpt msuk sbp…?
pkai org dlm nie…
xkan senang2 je kawan hang boleh masuk sedangkan kelayakan untuk 5 A saje…
macaman ye 3A2B pun blh dapat???
syarat utama 5A tapi kalau yg kurang pd tu dpt masuk sbp dah tentu pakai kabel besar….. xmalu ke? sepatutnya peluang itu utk pelajar yg lebih berkelayakan….. pihak kementerian patut buat semakan semula pd semua pelajar2 yg telah berjaya ke sbp…..
sebenarnye bukan guna org dalam , 3A 2B juga layak kalau mereka anak org luar bandar dan miskin , itu dipertimbangkan kerajaan , tapi kalau mereka tidak miskin, sudah tentu org dalam . ..
Alhamdullilah syukur atas nikmat tuhan…
Anak2 yg tak dpt masuk SBP memang kita rasa terkilan, lebih2 lagi setelah mereka berusaha keras? Mereka yg dapat masuk melalui kabel memang tak boleh disalahkan kerana mak bapak mereka memang orang yg tak beriman? Dan yg Lebih-lebih bersalah lag haruslah Kementerian Pendidikan, kerana mereka yg membenarkan kabel-kabel besar ini bermaharajalela sekian lama. Kementerian pendidikan seharusnya lebih AMANAH dalam soal ini. Kementerian juga seharusnya menyediakan kemudahan atau sekolah khas bagi pelajar miskin yg mendapat 4A atau 3A tanpa perlu menganggu permohonan pelajar-pelajar yg mendapat 5A. Cuba bayangkan 40 ribu permohonan dari pelajar 5A dan hanya 9 ribu yg berjaya. Dari 9 ribu pelajar yg berjaya hampir 50% adalah luar bandar dan baki 50% belum lagi ditolak yg menggunakan kabel besar. Yg tinggal mungkin hanya 10% yg dapat masuk secara adil. Bayangkanlah ketidakadilan ini!!!!!
Kementerian menetapkan 30% pelajar di bandar manakala 70% pelajar luar bandar. Setelah 54 tahun merdeka masih lagi ada perbezaan ketara ini. Alangkah lucunya…….
Kita akan terima dengan redha sekiranya pemilihan dibuat secara adil.
Pemimpin yg amanah akan sentiasa dihormati, pemimpin yg korup akan dilaknati diakhirat kelak…….
Saya amat2 bsetuju dgn artikal Mohasufa….. sekolah anak saya 28 org pelajar berjaya mdpt 5A…. 1st batch yg bjaya ke SBP semuanya anak2 guru…… tidak ada yg ketinggalan. 2nd adalah pelajar2 lelaki yg memang peratusannya jauh lebih kecil dr pelajar perempuan. Pelajar2 perempuan semuanya hanya menerima jawapan yg menghampakan mereka……. dmana keadilan ini?…. Anak2 bertanya, dmana salah mereka? Mengapa mereka xlayak dpilih?……… Sgala usaha & kerja keras mereka sblum ini umpama tdk dihargai……….. harapan agar anak2 ini tdk putus asa…. teruskan belajar walau dmana jua berada pasti berjaya….. xde rezeki…. hanya itu yg org boleh kata…….. kasian mereka….
Assalamualaikum……kenapa ada pelajar 3A 2B yg ditawarkan SBP …sedangkan ramai lagi murid sekolah luar bandar yg mendapat 4A 1B tidak mendapat tempat di SBP……termasuk anak saya yg bersekolah di sekolah luar bandar ………bagaimana kritiria pemilihan…….
Walaikumsalam… hanya jawatan kuasa pemilihan sahaja yg boleh menjawab ini.
Rezeki tuhan…
Alhamdulillah brkt doa dan kgigihan guru2 yg mngajar anak sy, anak sy telah brjaya mendapat tempt di SBP..Kepada yg tdak brjaya mungkin ada rahmat disbaliknya…Walau di mana pun anak2 kita yg penting kita mesti redha dan brdoa semoga anak2 kita dirahmati dan diberkati…Amin…
Amin
Saya ni orang kampung,kerja kampung,kait buah kelapa sawit..anak saya cemerlang 5a dan d nobatkan sebagai tokoh pelajar,tapi tak berjaya jugak menempatkan diri ke SBP … dah nak kena merayu pulak… inilah dia karenah birokrasi namanya..saya merayu sesangat,,, tolong tempatkan anak saya ke SBP,sekian terima kasih d atas keperihatinan Tuan..
Harap jawatankuasa pemilihan memberi perhatian
anak saya mendapat tawaran ke sbp tp anak saya tak der la aktif sukan pun..murid biasa jer tak der pegang apa2 jawatan pun kat sekolah dia antara 15 org yg dpt 5A upsr2011 ..nak tahu rahsianya..saya pakai kabel besar punya..abg saya staff kementerian pelajaran malaysia bahagian sekolah menengah berasrama penuh..saya leh pilih jer mana2 sekolah sbp yg saya nak..last2 pilih masuk ke sekolah menengah sains tengku abdullah (semesta) raub..dah dpt tawaran dah pun..seronok la sbb sekolah dkt jer ngan rumah ni..xpayah nak risau anak g jauh2 belajar..nasib la anak dpt 5a kalo tak abg saya pun tak boleh nak tolong..yg dapat tu seperti kata tuty "Kepada yg tdak brjaya mungkin ada rahmat disbaliknya…Walau di mana pun anak2 kita yg penting kita mesti redha dan brdoa semoga anak2 kita dirahmati dan diberkati…Amin… "
patutlah anak sy x dpt.. sbb ade org2 mcm awak ni.. tak patut…
biarlah dia… rezeki dia,kitaorg kena lah berdoa & berharap saja… insyaallah boleh dpt…
Saya dah banyak kali dengar kes 'tak adil' dalam pemilihan pelajar ke sbp. Pelajar yang aktif, cemerlang, wakil sekolah dan ada mcm2 jawatan tak dipilih sedangkan yang dapat 4A 1B/ 3A 2B boleh mendapat tempat. Jawapannya 'PAKAI ORANG DALAM/ KABEL BESAR". Sesiapa yang ada kabel siap boleh pilih mana2 sbp yang dia nak. Kan tak adil tu…..tempat tu sebenarnya hak anak-anak yang lebih cemerlang, yang berusaha sedaya upaya sepanjang 2 thn untuk mendpt tmpt di sbp. Kasihan mereka. Pihak yg berkenaan sepatutnya pantau dengan lebih teliti pemilihan pelajar dan seeloknya buatlah pemilihan melalui sesi temuduga spt yg dibuat oleh mrsm.
kenapew tutp awal rk pemohonan?????
Memang biasa ditutup sebelum keputusan diumum
saya dah isi borang e-rayuan , tp kenpa xboleh nk print erh ? klu cmni cne nk anta kat PPD.
rasanya tidak perlu print pun & tidak perlu hantar ke PPD
Soalan saya, berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, keputusan mana kita akan tahu dahulu : keputusan e rayuan SBP atau tawaran MRSM. Terima kasih.
biasanya tawaran mrsm dulu baru erayuan SBP
cadangan saya….untuk pemohonnan masuk kesbp boleh x buat macam mrsm mohon sendiri x payah melalui sekolah….
betul,betul,betul
jangan tak percaya..ade yg tipu permohonan semata2 nk masuk sbp…mcm jugak pinjaman pelajaran..bleh tipu..dunia ni mcm2…adik saya pelajar cemerlan upsr 2008, setiap kali exam smpi upsr xpnah turun dari 5a..usahkan sbp, mrsm pon xdapat.. tapi sy cakap kat adik saya..xpe..jgn risau..sekolah mana2 pon..kalo awk betul2 seorg yg cemerlang… awk buktikan utk pmr..alhamdulillah… adik saya salah seorg pelajar cemerlang PMR baru2 ini… sekali lagi dia mohon SBP…dan kali ni sy pesan kat adik saya… walau ape pon keputusan ingat rezeki dan ketentuan di tgn Allah… jgn pertikaikan..mmg keputusan masuk ke tak ke SBP sikit sbyk mengecewakan hati ibu bapa saya yg mengharapkan perkara yg sama mcm tuan puan di atas.. tp saya ckp kt parent saya..ayah ibu, utk ape terlalumengharap?…utk kebanggaan?..supaya boleh timbul riak di hati..anak aku sek sbp?.. kalo xde rezeki.. ibu n ayah akan kecewa.. xpe.. kalo adik masih xdpt jugak sbp kali ni.. biar dia terus kan kt sekolah yg ade… kita bg semangat..mungkin semua ni ada hikmahnya.. n bila sy ckp mcm tu parent sy snyap n angguk2.. sy tau tggi harapan mereka…. tapi.. kite hanya mampu merancang.. setakat ni adik saya masih menanti keputusan kemasukan ke tingkatan 4 sbp..cume tidak terlalu berharap..biarlah org lain masuk dgn cara yg kotor n sebagainya… smoga ada pembalasan pada mereka ini..kerana mengedcewakan harapan ibu bapa pelajar cemerlang ini.. sy harap tuan puan dan adik2 semua jgn kecewa..dimana pon kite belajar.. kekal kan kecemerlangan…buktikan..bukan sekolah sbp pon anda mmpu berjaya… dan ingat jaga akhlak….ilmu dan akhlak merupakan aset utk seorg yg cemerlang.. 🙂
Saya ingin tahu lah adakah adik anda mendpt masuk SBP?
smoga dia berjaya
Saya sudah menghantar e-rayuan untuk anak sy. Pada kebiasaanya bilakah keputusan rayuan @ pengambilan kedua boleh diketahui ? Dan bagaimana untuk mengetahuinya ? Melalui sistem online atau pun kita hanya perlu menunggu unutk dihubungi oleh pihak jpn. Terima kasih 🙂
biasanya selepas keputusan permohonan MRSM tingkatan 1.
boleh disemak secara online & mungkin juga dihubungi oleh KPM
Terima kasih atas info 🙂
Sama la kita..tunggu keputusan e-rayuan anak ke SBP.
Budak kalau betul2 belajar n memang niat nak berjaya pasti akan berjaya…. Kalau nk ke asrama penuh sbb nk hidup bebas dr keluarga pun x guna gak…. Sekolah mana pun belajar boleh berjaya. Jgn igt cikgu2 sekolah SBP tu turun dr langit boleh buat magic semua student success n cemerlang. Kepada parent yg beriya2 sgt nk anak2 pegi sekolah asrama…. kenape…? Baru 12 tahun diorg membesar depan mata kita….lepas ni bila dah keluar rumah diorg dah jarang2 balik…kena tggu cuti baru blh tgk ibu bapa…. X pe lah…kalau dah beriya2 sgt nak masuk….buat le rayuan….ada byk lg kekosongan yg dikosongkn oleh anak saya n beberapa lg kwn2nya, yg parentnya sependapat dgn saya…. Terima kasih sbb sudi membaca, sayangilah n awasilah anak anda.
betul tu.anak saya dpt 5 A,dia beria2 nk masuk SBP tapi nk dekat rumah.duduk bangi jadi Sekolah Alam Shah lah yg paling dekat.Saya mmg tak nak hantar dia ke SBP.tapi buat2 bagi sokongan.dlm hati mintak2 dia tk dapat.Kalau boleh nak jaga dia kat sekolah harian sampai Form 5.sbb saya pun pernah mengajar kt SBP : 5 tahun.pada penilaian saya kurang sesuai anak2 berada 5 tahun d SBP.kdg2 banyak potensi anak terkubur dek kerana mengejar kecemerlangan akademik.ramai yg saya lihat kurang kebertanggungjawaban kpd keluarga.mementingkan rakan2.kebanyakannya kurang kreatif.oleh itu klu nk hantar anak ke SBP pun biarlah selepas tktn 3.sekarang ramai guru di sekolah harian yang hebat2 & lebih berpengalaman daripada guru d SBP (kdg2 d SBP guru muda&kurang pengalaman,terutama SBP yg baru2.)di sekolah harian anak2 kita lebih terlatih dlm ikhtiar hidup/survival cth pergi kesekolah(tk mcm budak2 SBP.asrama & kelas sekangkang kera)anak kita kena lebih belajar time management,pergerakan kena lebih kreatif.kdg2 budak2 SBP lurus bendul.kurang kreatif sbb segalanya diatur.TAPI YANG LEBIH PENTING BAGAIMANA KITA MENDIDIK/MEMBANGUNKAN POTENSI ANAK KITA!
Btol sy sokong!!!
syukur dgn penerangan sdra….ank bungsu sya dpt 5A skrg sklh agama kluster…mintak smap x dpt…dpt mrsm biasa tak mahu sbb abg dan tiga kakak produk mrsm….dia nk kelainan…jurusan agama dan sains…biarlah sya hantar dan jemput dia kesekolah setiap hari utk beri semangat setelah gagal ke sbp…..bljr mana2 pn sama….yg penting bljar sungguh2….
Bila dijangka keputusan e-rayuan dikeluarkan.
mungkin awal februari
rayuan ke sbp dah buat …. keputusannya bila..?
saya pun hairan kenapa kpm tidak memilik pelajar 2 yg betul2 layak ….x payah la guna kebel nanti kesian pelajar yg lebih layak kalau msk sbp pun x dapat ikut apa guna…. bgitu juga dgn ank saya dpt 5a dan pedapatan rendah /luar bandar mana janji tpm tu ….jangan mengunakan impian sendiri kepada org yg mengharap tolong menilai kemurnian perkerjaan kita…
as salam…sebenarnya dimana juga kita belajar..asal ade kemahuan utk berjaya.. tak perlu tunggu
nak ke asrama penuh…anak saya pernah kecewa gak tak dpt masuk sbp atau mrsam lepas upsr..
tapi alhamdulillah dpt 8A dlm pmr tahun lepas..walaupun hanya disekolah biasa.. dulu dia mengharap ke sbp or mrsam.. tapi skrg tak lagi..ada rezeki..ada lah.. tak ada.. tak mengapa.. doa saya sebagai ibu..semoga anak2 saya berjaya dlm pelajaran n kerjaya dgn cemerlang dimasa mendatang insyallah… walau tidak ke sbp or mrsam.. sayadan suami tetap bangga dengan kejayaan anak2 saya..
as salam…sebenarnya dimana juga kita belajar..asal ade kemahuan utk berjaya.. tak perlu tunggu
nak ke asrama penuh…anak saya pernah kecewa gak tak dpt masuk sbp atau mrsam lepas upsr..
tapi alhamdulillah dpt 8A dlm pmr tahun lepas..walaupun hanya disekolah biasa.. dulu dia mengharap ke sbp or mrsam.. tapi skrg tak lagi..ada rezeki..ada lah.. tak ada.. tak mengapa.. doa saya sebagai ibu..semoga anak2 saya berjaya dlm pelajaran n kerjaya dgn cemerlang dimasa mendatang insyallah… walau tidak ke sbp or mrsam.. saya dan suami tetap bangga dengan kejayaan anak2 saya..
camne nak semak ek. zira semak asyik error je site tu. takpaham la. plizz bg link mane yg nk semak tu.
as salam , sy sbgai pelajar agak terkilan jgk .. tak dapat semua tawaran sejak upsr lagi.. sy tetap bangkit dgn memasuki skola biase je , skola ugama(arab) . di sane sy blaja byk tentang kehidupan.. belaja lebih terperinci psl agama kita.. alhamdulillah , smase tingkatan1,2, sy b'jaya dgn cemerlang.. smsa tingkatan3 sy berusaha b'sungguh-sungguh utk dpt straight a's dlm pmr.. n then , alhamdulilah ttp b'jaya.. sy try mintak sbp dan mrsm .. semua nya tak dapat jugak,, kecewa nya punye hati.. arapan ibu bapa ade jgk nk tgk ank2 dia b'jaya.. semua adk bradik sy x dapat sbp dan mrsm , itulah ibu bapa sy mengharapkn sy utk msuk sbp, at least ade jugak ank dpt msuk.. bkn utk dbnggakan , cuma ibu bapa sy mengharapkan supaya dapat belajar dskola yg lebih baik.. mgkin x dapat sbb skola sy dpinggirkn oleh kerajaan.. sebak hati ini sekiranya begitu.. umi sy ckp , biar lah x dapat pun , teruskan blaja d skola lama .. buktikan yg kakak pun buleh b'jaya lebih dri bdk2 sbp.. blaja lah agama lagi, supaya buleh menjadi rujukan org rmai kelak.. sesungguhnya ade rahmat disebaliknya…
Sebenarnya ketidak adilan didalam pembahagian kemasukan ke SBP maupun MRSM telah lama berlaku. Seperti yg diketahui pembahagian peratusan 30-70 telah lama berlaku. 30% bagi pelajar dibandar manakala 70% luar bandar. Negara kita telah lama merdeka ( 54 tahun ) tapi masih berlaku kuota seperti tersebut. Amat memalukan dan menganiyai pelajar2 yg telah berusaha keras dalam peperiksaan tapi gagal mendapat tempat ke SBP/MRSM. Setiap tahun perkara seperti ini berlaku? Dimana silapnya? Sepatutnya, pihak kementerian pendidikan mengambil pendekatan yg lebih rasional dalam isu tersebut dan bukannya membisu seribu bahasa. SBP/MRSM sepatutnya di tambah bagi menampung kenaikan pelajar yg mendapat 5A. Bandingkan lebih dari 40 ribu murid mendapat 5A berbanding dgn tempat yg disediakan yg hanya lebih kurang 9 ribu. Tidak munsabah!!
Tolong hapuskan kuota dan kabel dikalangan Pengetua, Kakitangan dan sebagainya.
AMANAH itu satu tugas yang berat tapi lebih berkat dan diredhai!!!!!!
setuju sgt2……
saya pun sangat-sangant kecewa, …dgn sbp dan mrsm… hanya Allah yg mengetahui hikmah disebaliknya…
Betul tu hanya Allah yang mengetahui hikmahnya… sabar je la..
saya ayah yg kecewa krn anak sy tidak mendapat mrsm atau pun sbp. UPSR 5A dia telah dikecewakn atas sebab kabel ayahnya yg x cukup kuat. Kawan sy kata perlu kabel. kalau SBP seseri putrajaya tu, kena tunjuk income puluhan ribu, baru layak. X kan nk minta sokongan surat menteri.kot… Kuota pengetua, kakitangan dan sebagainya ape yg dimaksudkan pun sy x faham. kalau ade yg x dpt 5A tapi terpilih masuk SBP.
Anak saya pun sama x dpt walau pada dasarnya memenuhi keperluan yang SEPATUTNYA. Sebagai ibubapa kia kena redha apa sahaja pemberianNya kerna Dia sebaik baik yang Mengetahui apa yang diuruskan. Itulah kabel yang Maha Besar. Setiap apa yang kita redha dan lakukan ada balasanNya.
sayapun agak kecewa bila anak saya yg dpt 5A & aktif di sekolah tp tk dpt msuk SBP atau MRSM. Tk tahu di mana silapnya, smpai cikgu2 di sekolahnya pun hairan. saya sebagai guru yang juga balu yg kena bertanggungjawab terhadap semua anak dan mempunyai masa yg terhad bersama mereka amat bimbang masa depannya apbl dia belajar di sekolah biasa yang jadual belajarnya tidak seperti di sekolah terpilih. Kabel langsung tkda mana lah nak dapat. Semoga Allah akan melindungi ank saya dan ank2 lain yg gagal msuk, harap mereka tetap berjaya dan sukses dalam hidup walaupun tk dpt bersama dgn mber2 yg dh ke MRSM atau SBP. InsyaAllah…
assalam .. sekolah mana erk yang palim bagouh ? tolom jwb bantuan anda diperlukan
salam..sy juga terkilan kerana adik perempuan sy pn dpt 5A jugak UPSR last year..die pn x terpilih nk msk sbp.sedangkan lau nk ikt pendapatan rendah,mmg die spttnya layak tambahan pula mak kami ibu tunggal..rse mcm x adil je..
bole lagi ke buat permohonan untuk kemasukan sbp tingkatan 1 sesi 2012 sekarang ?
mcm mana nak semak ?
Assalammualikum serta selamat sejahtera . Bolehkah saya tahu bagaimana untuk check keputusan ?