Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2011
Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2010 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sudah boleh menyemak keputusan permohonan MRSM mereka secara online mulai 1 Februari 2010.
Semakan Permohonan
- Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan Angka Giliran UPSR pemohon.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2010 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 1 MRSM 2010. NOTA : Laman web ini TELAH dikemaskini oleh pihak MARA.
Rayuan
- Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.
- Rayuan boleh dibuat dengan datang sendiri atau menulis kepada pihak MARA.
- Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.
Tahniah kepada mereka yang mendapat tawaran ke Tingkatan 1 MRSM.
Related posts:






81 Comments