Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 1 2013
Para pelajar UPSR 2012 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan awal Februari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka untuk mengetahui keputusan rayuan.
Semakan Ambilan Kedua MRSM Tingkatan 1
- Keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 1 2013 boleh disemak melalui laman web Majlis Amanah Rakyat di
- Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor surat beranak atau nombor kad pengenalan atau angka giliran UPSR.
Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 4 2013
Para pelajar lepasan PMR 2012 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama awal Februari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka untuk mengetahui keputusan rayuan.
Semakan Ambilan Kedua MRSM Tingkatan 4
- Keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 4 2013 boleh disemak melalui laman web Majlis Amanah Rakyat di
- Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon.
Pengambilan Ketiga
Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga jika masih mempunyai kekosongan.
Maklumat
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan ambilan kedua ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.








Rakan y lain semua y merayu dpt walaupun result sy lbh tinggi tp knp sy x dpt..dorang bru dpt y ambiln kdua ni,tnpa merayu..tiada cara nak masuk mrsm lg ka?help me:(
Maksud sy dorang xda merayu slps gagal ambln ptma,tp mcm mana blh dpt.
Mesti ada yang tak kena ni…bekerjalah kerana Allah…..Semoga Allah S.W.T menentu rezeki anak-anak kita…..baik caranya , insyaAllah baiklah rezekinya…belajar mana-manapun sama je…
saye pon same..x dpt..sedih sangat..
Tiada ambilan ke 3 sdh?
Saya juga turut kecewa kerana selain dari pencapaian cemerlang UPSR, saya juga aktif dalam ko-kurikulum….malangnya tidak terpilih. Sedangkan rakan saya 4A1B dapat atas program murid miskin. Sedihnya.
saya pun x dapat …ya allah sedihnya :'(
kenapa bila nak rayu lagi dia kata 'anda sudah hantar rayuan'…adakah rayuan yg sebelum ini masih boleh dipakai lagi?
Mcm mana nak rayu?
Walaupun terkilan anak tidak berjaya ke mrsm kena redha. Memang tak ada rezeki agaknya. Pastinya ada hikmah. Ini merupakan anak yang ketiga tidak berjaya.Alhamdulillah kakaknya juga cemerlang dalam pmr 2012 walaupun di sekolah biasa dan dia juga tidak berjaya mendapat tempat di mrsm kali ini. Teruskan usaha
insyaAllah pasti berjaya walau bersekolah di mana saja
Anak saya juga tidak dapat. Saya tahu ramai yang dapat menggunakan "kabel" tertentu. Mula-mula tak percaya tapi sekarang saya faham maksudnya.Xpe la kalau rezeki anak saya diambil oleh anak orang yang ada kabel tu, saya tidak redha dan moga Allah membalasnya…pihak kakitangan MARA kena telus dan amanah semasa menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan….di dunia lepas di akhirat ada perbincangan sal ada pihak tak berpuas hati…
Sehingga kini anak saya masih belum lagi berpeluang ke MRSM dgn 5A yg berperolehinya. Mungkin masih belum ada rezeki nampaknya. Saya tetap berdoa.
Telefon pej. mara menggunakan no. 26134513 tak pernah berjawab. Saya amat berharap anak saya dapat masuk MRSM ni. Ini Angka Giliran Anak Saya : BH5675119.
salam,,,,,knpe adik sy punya tiada link untuk buat rayuan??boleh bg pandangan…mohon membantu……..
Kalau result UKKM tak capai target yg MRSM letak = markah rendah dari markah minimum MARA, kalau ibu/bapa pemohon ialah penjamin kepada peminjam MARA di mana peminjam itu ada baki tertunggak dengan MARA ATAU ibu/bapa ialah peminjam MARA dan ada baki tertunggak.
Cara nak check nama clear atau tidak sebagai penjamin ialah talipon MARA, Bahagian Kawalan Kredit. Beri nama & IC.
Sebelum check, call MARA Bahagian Hal Ehwal pelajar, beri no giliran anak/ic anak to check kalau ada dapat tawaran atau tidak. Mereka hanya boleh kata ‘dapat/tidak dapat’. Itu saja.
Kalau nak bayar sebagai penjamin, kena check berapa jumlah untuk lepaskan nama anda. Bayar atas nama anda [penjamin]. Lepas bayar, walaupun peminjam masih ada sejumlah tertunggak, nama penjamin tersebut tidak akan tersangkut.
mungkin xdapat 5A atau sebab2 lain
assalam….saya sebagai seorang ibu pun merasa kecawa sebab anak bongsu saya tidak dapat melangkah ke MRSM seperti abang-abangnya…..sudah ke-3 x,saya mencuba namun tetap masih sama tidak layak ….entah dimana silapnya saya pun tidak tahu namun begitu saya redha mungkin anak saya tidak ada rezeki nampaknya, cuma saya sedih melihat anak saya walaupun dapat ceremalang dalam UPSR tapi tidak dapat ke MRSm……
cukup2 la anak akak tu masuk mrsm..sekurang2nya ada jugak anak akak masuk mrsm drp anak saya mohon mrsm tak pernah dapat semenjak dari kakak dia lagi. saya yg baru lepas upsr ni..anak saya pun dapat 5a gak dan kokurikulum cemerlang tetapi masih xcukup utk mrsm ni..diharap yang dpt tu betul2 telus kerana jika tidak tak berkat
Pertama sekali MARA tgk ialah result UKKM. Kalau result tu okay, lepas tu MARA akan tengok markah interview. Lepas tu MARA akan tengok kokurikulum.
Kawan anak saya dapat 5A [masa percubaan, Top 10 di sekolahnya di mana pelajar 5A hampir 80 org] .. tetapi dia masih skrg tidak dpt tawaran. Dia tiada pangkat apa2 [dalam kelas mahupun di dalam kelab/persatuan] .. Dia tidak aktif dalam sukan. Dia bukan pengawas/pengawas perpustakaan/surau].
Anak perempuan memang susah nak dapat kerana terlalu ramai pelajar perempuan yg dapat 5A merebuti tempat2 terhad di asrama berbanding dengan jumlah pelajar lelaki yang cuba dapatkan tempat2 [jumlah yg sama]
sedih tak dapat . Emm untuk pengambilan ketiga , kena buat e-rayuan ataupun hanya tunggu keputusan sama ada layak atau tidak ?
kakak saya 5a tapi x dpt mrsm.sedeh
Merayu spy anak sy terpilih ke panggilan ke 3..berharap sgt dia krn semua teman rapat yg sama 5A berjaya.
Bln brapa ambln ke 3?
mcmana nak buat rayuan? adik sy 8a 1b . b (bhasa mlyu). agak2 boleh diterima x?
Adik kalau perempuan, susah sikit sebab lebih ramai lagi pelajar perempuan yg dapat straight As yang nakkan tempat di MRSM.
Kalau kokurikulum adik Asraf okay [wakil sekolah sukan. persatuan dll].. mungkin ada peluang.
Ada keluar link untuk rayuan tak?
Kalau tidak ada, mungkin result UKKM rendah, atau ibu/bapa jadi penjamin kepada peminjam yg ada baki tertunggak dgn MARA atau ibubapa sendiri peminjam yg ada baki tertunggak dgn MARA.
Sila telefon MARA, Bahagian KAwalan Kredit utk check nama sangkut/clear.
Kalau jadi penjamin, hanya bayar bahagian penjamin saja dari baki tertunggak tu ATAS NAMA PENJAMIN.
Saya nak share ada juga yg dah dapat SBP tapi dapat mrsm jumpa dgn pegawai mara macamana boleh berlaku sedangkan kalau dah dapat sbp tak boleh dapat mrsm bagilah peluang yang merayu berkali2 tapi tak dapat kenalah adil. Itu belum lagi bab yang pakai kabel kawan anak saya masa interview x boleh bercakap langsung tapi dapat sebab pakciknya kerja kat mara. Fikir2kan lah jalankan amanah Allah dengan jujur
saya percubaan dapat straight A. PMR sebenar pon dpt straight A.tp tak dpt pon mrsm.dah buat rayuan pon tak dpt.:( sijil koko yg saya lampirkan masa hantar permohonan pon lebih bnyk drpd orang lain tp orang lain dpt..saya juga seorang pengawas dan merupakan tokoh pelajar PMR sekolah pon tak dpt jugak..
Mereka tgk result UKKM. Kalau rasa exam tu adik rasa senang atau okay.. maka sepatutnya dapat.
Tetapi.. memandangkan yana = perempuan. Pelajar perempuan susah nak dpt sebab sangat ramai girls dpt 8A dan nak tempat di MRSM.
matematik la sy rse susah sikit..tetapi SN sye rse okayy..tp mengapa kwn2 saya yg mse UKkm tidak dpt buat,,mereka kate susah sgt tetapi mereka yg dpt,.saya rse trkilan sungguh..ad yg tidak layka pon dpt masuk disebabkn mereka ade kabel..saya rse tidak adil lah begini..
Kalau boleh buat rayuan,mknanya ujian kita pass ke ? Sebab sy boleh buat dua kali rayuan tp ada kwn sy yg tkde button click utk buat rayuan. Mcm mna ya ?
saya merasa amat kecewa,…saya harap Allah memurahkan rezaki sy dgn ambilan ketiga…amin//
Saya dpt 7a1b(BM gred b).adakah mrsm pertimbangkan subject teras (bm,bi,scn,mt)perlu dptA krn kawan sy yg 7a 1b(KH gred b) dpt ke mrsm b.pahat.saya pula b.melayu jatuh.adakah itu sebabnya mrsm susah hndk terima pohonan saya?
Saya nak tahu bila next result rayuan mrsm ?
bila keputusan rayuan ke3 keluar? angka giliran AG1921008 / sijil lahir AU28708 tolong semak dimanakah akan ditempatkan?