Keputusan Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu 2011 ke Sekolah Seni Malaysia
Para pelajar tahun enam yang baru memperolehi keputusan UPSR 2010 dan ada membuat permohonan kemasukan ke tingkatan satu 2011 di Sekolah Seni Malaysia sudah boleh menyemak senarai nama mereka yang ditawarkan tempat.
Semakan Permohonan Sekolah Seni
Semakan boleh dibuat dengan merujuk senarai mereka yang ditawarkan mengikut sekolah :
Sekolah Seni menawarkan empat bidang iaitu Muzik, Tarian, Teater dan Seni Visual.
Syarat Kemasukan
- Tawaran ke Sekolah Seni ini hanya sah sekiranya murid memenuhi syarat-syarat di bawah;
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
- Tiada kecacatan anggota yang boleh menghalang penglibatan murid dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum, berupaya bergerak tanpa bantuan orang lain/tangan bertongkat/tanpa kerusi roda. Ini disebabkan Sekolah Seni Malaysia tidak mempunyai kemudahan untuk murid yang mengalami kecacatan seperti yang dinyatakan.
- Bersetuju menerima Sekolah Seni Malaysia yang ditawarkan dan menerima bidang kesenian yang ditetapkan.
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Seni Malaysia yang berkaitan.
- Semua syarat di atas perlu dipatuhi sepanjang masa persekolahan. Kegagalan murid mematuhi mana-mana satu daripada syarat-syarat di atas boleh menyebabkan tindakan yang sesuai dikenakan kepada murid yang terlibat.
- Semua murid yang menerima tawaran diingatkan supaya menyediakan keperluan yang sesuai seperti yang dinyatakan di lampiran.
Penerimaan Tawaran
- Sekiranya murid bersetuju menerima tawaran ke Sekolah Seni dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Syarat Kemasukan di atas, penjaga dan murid hendaklah mengambil tindakan serta merta menjawab tawaran ini dengan menggunakan surat jawapan yang disediakan (BORANG A dan BORANG A1).
- Surat tawaran juga akan dipos ke rumah pemohon.
Maklumat
- Sila rujuk pemberitahuan Tawaran Sekolah Seni Malaysia di laman web Kementerian Pelajaran untuk maklumat lanjut.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran di talian 03 8884 6829.
Alhamdulillah….,nama anak saya ada dlm senarai yg ditawarkan utk tahun 2011. Terima kasih…
Tahniah
camne nak semak keputusan tingkatan 1 sekolah seni?tolonglah..
Sila rujuk Senarai Ambilan di atas
salam ! saya nak tnye, kenapa sekolah seni ni tak ambik form 4 ?? sye nak masuk ..
salam , ada tak borang kemasukan untuk form 4 ?
Salam… buat masa ini tidak ada
Anak saya tersenarai ke sekolah seni johor , saya ingin tanya bagaimana dgn kos pembelajaran
seperti yuran dan sebagainya .
Kami tidak mempunyai maklumat tersebut, sila hubungi sekolah yang berkenaan untuk maklumat lanjut
Salam…boleh tanya tk?? boleh ke daftar sekolah seni di form 4? sy boleh bermain violin jadi sy ingin cuba nk ke sekolah seni…..boleh ke atau tidak?
sy nak tahu bila keputusan rayuan utk sbp
i love ikb
yahoo dapat msk skolah seni malaysia . ingat ke x dapat rupa-rupanya dapat.
kemasukan tingkatan4 ke sekolah seni jb ni tak de ke?
sy harap ada borang kemasukan bagi pelajar form 4 . sy ingin mendaftar . sy minat dalam bidang seni .
Rasanya selain kemasukan tingkatan 1 kena check dgn sekolah terus
askum, ni nk tnye sekolah seni x amik bdk tgkatan 4 ke utk thun 2012,ad x
salam… rasanya tak ada tapi cuba call sekolah seni tu.
sya nk tnye!!!knpe klh seni x ambk bdk form 4 bt sesi 2012 nnty???
mungkin dua tahun terlalu pendek masa… apa2 pun cuba call & tanya sekolah seni berkenaan, mungkin ada special intake
salam…….. permohonan ke sekolah seni 2011 di tingkatan 1sudah ditutup, bolehke ibu bapa buat surat rayuan untuk kemasukan anak mereka .
salam……apa siseapa boleh bantu….boleh ke buat rayuan jika tidak diterima masuk
Saya adalah Alumni Sekolah Seni Malaysia.. untuk pengetahuan semua intake hanya diambil semasa Form 1 sahaja kerana pelajar-pelajar perlu dilatih dan dibimbing dari awal dan rayuan boleh dibuat di kementerian bahagian Kokurikulum dan Kesenian. Sekian. Harap maklumat ini dapat membantu