Keputusan Peperiksaan STAM 2011

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diumumkan pada hari Khamis 26 Januari 2012. Seramai 8,499 orang calon telah menduduki STAM pada tahun ini yang terdiri daripada 3,782 calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 649 calon Sekolah Agama Rakyat, 1,462 calon persendirian dan 37 calon Sekolah Menengah Swasta.

Calon Sekolah

Keputusan Peperiksaan STAM

Mereka yang menduduki STAM 2011 boleh memperolehi keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.

Calon Persendirian

Calon persendirian STAM pula akan menerima keputusan mereka melalui pos. Mereka boleh juga menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tempat pendaftaran peperiksaan dibuat dahulu bagi menyemak keputusan STAM.

Baca Sepenuhnya Keputusan Peperiksaan STAM 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012

TERKINI: Sila cetak semula surat tawaran untuk mendapatkan Nombor Akaun Pelajar

Para pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 bagi sesi pengambilan 2012 dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing pada hari ini, 20 Januari 2012.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Maktab Rendah Sains MARA

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4

Baca Sepenuhnya Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2012

Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2012

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012

Para pelajar yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online. Terima kasih kepada saudara Saia PQa yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 4

Keputusan Permohonan SBP

  • Semakan keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor MyKad pemohon.
  • Semakan permohonan SBP boleh dibuat mulai 20 Januari 2012 sehingga 7 Februari 2012.
  • Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP 2012 adalah di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2012 Ambilan Pertama .

Baca Sepenuhnya Keputusan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2012

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2011 Sesi Akademik 2012 / 2013

Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan STPM 2011

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan September 2012 bagi program pengajian lepasan STPM 2011 telah dibuka mulai 9 Januari 2012. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPTA.

Permohonan Melalui UPU

KATEGORI

Permohonan ke IPTA bagi lepasan STPM terbahagi kepada 2 kategori iaitu;

  • Kategori A

    Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM 2011 Aliran Sastera.

  • Kategori S

    Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM 2011 Aliran Sains.

Baca Sepenuhnya Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2011 Sesi Akademik 2012 / 2013

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi & Asasi Sesi Akademik 2012 / 2013

Permohonan Melalui UPU Ke IPTA Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM & Asasi UiTM

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan September 2012 bagi program pengajian Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2011/2012 telah dibuka mulai 9 Januari 2012. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa di IPTA.

Permohonan Melalui UPU

KATEGORI

Permohonan ke IPTA bagi Lepasan Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM 2011/2012 ini terbahagi kepada 6 kategori iaitu;

  • Kategori P

    Pemohon Lepasan Matrikulasi KPM : Aliran Perakaunan.

  • Kategori N

    Pemohon Lepasan Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi UiTM : Aliran Sains.

Baca Sepenuhnya Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi & Asasi Sesi Akademik 2012 / 2013

Page 2 of 97«123456»102030...Last »

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives