Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2011


Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/ 2012 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2010 hingga 10 Oktober 2010 dilanjutkan ke 30 November 2010.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Mulai pengambilan 2011 ini terdapat perubahan dalam Program Matrikulasi, sila rujuk Program Matrikulasi KPM 2011 untuk maklumat lanjut.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah pelajar bumiputera atau pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2011.
  3. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2010.
  4. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2010.

    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum Akademik

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

Cara Memohon Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi ini iaitu:

Semakan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2011 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2011 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2011. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2011. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2011 ialah pada 30 November 2010. Dilanjutkan dari tarikh asal 10 Oktober 2010.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 atau faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.
  • Anda boleh juga mengunjungi Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Lepasan SPM

Related posts:

  1. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010
  2. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  3. Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2008
  4. Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  5. Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , ,
Read 485 articles by

194 Comments

  1. arif says:

    klau sya masuk jurusan teknikal apa2 pilihan yang boleh saya ambil?

  2. Azhad Nilam says:

    Tiada sebarang perubahan dibenarkan selepas tarikh tutup tetapi anda boleh menukarkan aliran selepas mendapat tawaran

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives