TERKINI :
Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2009 bagi Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi atau yang setaraf dengannya telah diketahui hari ini 19 Jun 2009.
Mereka yang tidak berjaya mendapat tempat ke IPTA masih berpeluang untuk membuat rayuan. Permohonan e-Rayuan telah pun dibuka kepada pemohon mulai 19 Jun 2009 sehingga 28 Jun 2009. Tarikh tutup permohonan membuat rayuan ialah pada 28 Jun 2009.
Permohonan e-Rayuan ini boleh dikemukan dengan melayari laman web Permohonan Rayuan Ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 bagi program pengajian lepasan STPM dan yang setaraf dengannya.
Permohonan e-Rayuan ini hanya dibuka kepada calon-calon yang ada membuat permohonan kemasukan dan tidak berjaya mendapat sebarang tawaran ke IPTA.
Pemohon hanya boleh mengemukakan permohonan e-Rayuan ini SEKALI SAHAJA dan boleh mengemaskini sebanyak tiga kali sehingga tarikh tutup permohonan.
Calon daripada kategori Lepasan Diploma/Setaraf , dikehendaki menghantar Transkrip Akademik dan salinan dokumen berketerangan sendiri ke IPTA yang di pohon mulai 19 Jun 2009 sehingga 28 Jun 2009 seperti berikut:-
- Maklumat Permohonan;
- Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon;
- Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
- Akuan majikan (Jika Berkaitan);
- Salinan Sijil STPM/Setaraf;
- Salinan Sijil SPM/Setaraf;
- Transkrip penuh akademik
- Salinan Diploma/Sijil (Jika Ada);
- Salinan Sijil MUET;
- Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian; dan
- Salinan Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika Ada);
Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM atau setaraf sesi akademik 2009/ 2010 dijangka boleh disemak pada 10 Julai 2009. Jika pemohon tidak menerima sebarang tawaran selepas 31 Julai 2009, permohonan e-Rayuan tersebut hendaklah dianggap tidak berjaya.
Pihak Bahagian Kemasukan Pengurusan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP, JPT) tidak melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.
[…] calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja […]
assalammualaikum.saya nak tanye..kalo nak tkar kos,boleyh x???kne gne rayuan tu jgak ker???
salam..bagaimana cara untuk saya menukar course dan ipta krn course yg sy dpt jauh dri bdg yg saya bljr sebelum ini…dan sy juga hrp utk ke ukm…adkh sy hrus mmbuat ryuan ke ukm shj sbgai cnth? tlgla saya..
salam.. nk tnye ni, klu status sy skrg sedang menunggu kputusan semester akhir, so sy x perlu nk sertakan skali la salinan kptusan semester akhir? n,perlu ke srtakan skali surat pngesahan tamat pengajian? harap sgt dpt tolong sy..
Bleh x nk tukar kos??? Sy dpt Rekabentuk Perindustrian UPM Serdang…. Tapi sy b’hajat nk kos Rekabentuk Senibina…. Sedangkn dua2 kos ni dlm Fakulti yg sama… Fakulti Rekabentuk Seni (FRSB)…
saya nak tanya bilahkah keputusan rayuan2009 akan keluar??nak tunggu sangat lama ke??tq
ada harapan ker ?….
bila result rayuan akan keluar… daftar skali ngan first intake atau leawt…hmmm
selamt sejahtera. saya mendapat cgpanya 3.33. Tetapi tidak mendapat tempat ipta. adakah kali ini saya akan mendapat tempat di ipta dalam rayuan?
[…] disemak di Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM & Setaraf dan Permohonan e-Rayuan Ke IPTA 2009 Lepasan STPM Dan Setaraf. addthis_url = […]
cgpa sy 3.89.. tp x dpt ipta coz terlwat htr sume salinan dokumen..
klu kali ni htr awl sblm due nya, cnfirm ke dpt?
skang ni macam malas nak wat rayuan….kalau wat rayuan pun mesti lambat dapat tau result die..serba salah….banyak ofter lain yang kemasukan lagi awal dari tarikh keputusan rayuan…..
terasing…mmg btul, tp baik buat rayuan, x dapat pun nak buat camana…sy maybe nk keja dulu…sbb sblum ni dah nyesal sgt…sanggup tolak byk twrn kerja n selama 6 bulan duk umah semata2 mengggu hr semalam..tp dah x ada resezeki…
salam…
din n terasing…da buat erayuan?mia pun x dapt sambung…:-(
da buat..tp x tahu dpt ker x…tp buat masa skrg lbh baik buat kerja sbg backup, nak sambung bila2 masa boleh, skrg blajar tinggi2 pun blum tentu dapat keja bagus… Kalau dah kerja n ada penglman bleh sambg kat mana2 n that time bleh jga buat PJJ… 🙂 anyway try buat rayuan, kalau dapat rezeki, kalau x dpt pun mgkin ada hikmah disebaliknya…:)
aritu din apply cos engineering, tp maybe dah ada diploma…sbb itu keutamaan diberikan kpd stpm/matrik. 🙁 mia apply cos apa ek ?
assalkm..saya ingin bertanya,masih ada harapankah untuk saya tukar kos? saya amt berminat dengan bidang perhotelan tetapi saya ditawarkan dengan keusahawanan kejuruteraan di unimap.keputusan upu sudah dikeluarkan pada 19 jun 2009..saya bnar benar susah hati..saya risau apa akn terjadi dengan masa depan saya jika saya ikuti kursus yang langsung saya tidak minati…tlglah saya….
masih ada harapan kah untuk saya tujar kos? saya amt berminat untuk mengambil bidang perhotelan tetapi saya ditawarkan dengan keusahawanan kejuruteraan di unimap….saya sangat bimbang dan susah hati jika saya ikuti kursus yang lagsung saya tidak minati…apa akan terjadi dengan masa depan saya…tlg lah…
Hai..
Saya STPM hr tu dpt 2.84 (1A-,1B,1B-,1C)..kira okla tp sy x dapat tawaran ke ipta, rasa frust sgt2 sebab rakan2 sy yg lain dapat..ada kawan sy yg pointer sama dgn sy pun dapat..Sy dh pun buat rayuan tp x confident dpt ke tak..rasa2nya boleh dpt tak? Sy nak tahu, org yg dpt ipta melalui rayuan ni mrk biasanya mdaftar dlm bln Julai juga ke?
..hmmm, semua salinan yg dihantr kena buat pengesahan pegawai jgk eh ?… kenapa perlu buat dua kali… mcm2lah arahan
ermm.. nk wat ryuan pn xde semangat.. klu x dpt jgk this time, lg brtmbh frust…
Youare, Fyzul,
Sepatutnya tidak boleh tetapi jika kursus itu di universiti yang sama anda boleh cuba merayu terus kepada universiti yang berkenaan.
Jika anda masih tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan, anda boleh menolaknya sekarang dan memohon untuk pengambilan yang berikutnya.
Pening_lalat,
Salam…. Aplikasi eRayuan adalah untuk mereka yang langsung tidak mendapat tempat di mana-mana IPTA. Jika anda benar-benar ingin ke UKM, cuba hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan, bagaimana cara anda boleh bertukar ke sana.
Leeya,
Salam… jika sekarang anda telah mendapat keputusan peperiksaan semestar, anda perlu sertakannya. Surat pengesahan tersebut memang lebih baik jika dapat disertakan.
Mungkin anda gagal mendapat tempat kerana lewat menghantar dokumen yang diperlukan. Jika semasa rayuan ini semua dokumen dihantar, peluang anda lebih cerah.
Banyakkanlah bersabar….
Muhd Hafiz,
Sepatutnya tidak boleh tetapi memandangkan kursus yang ingin ditukar itu adalah dari fakulti dan universiti yang sama tidak salah jika ingin mencuba. Saya syorkan anda hubungi terus fakulti berkenaan untuk mendapatkan penjelasan dan bantuan.
Mestyc, Din, Terasing,
Keputusaan rayuan dijangka akan diumumkan pada 10 Julai ini.
Baby_gal,
Bergantung kepada kekosongan.
Mv89,
Kejayaaa mendapat tawaran ke IPTA tidak semata-mata berdasarkan keputusan peperiksaan. Kursus dan universiti yang anda mohon juga mempengaruhi. Kejayaan rayuan bergantung kepada kekosongan tempat dan biasanya akan mendaftar pada bulan Julai juga.
Din,
UPU tidak sebut pula mengenai pengesahan tetapi jika ada pengesahan tentu lebih baik.
terima kasih nilam..
din..mia..saya tak buat rayuan…tak tau lah serba salah.saya dapat tawaran dari institut teknologi petroleum(instep) under petronas.saya dah pk banyak kali…instep nih register 5hb….kira 6 bulan kuliah..6 bulan lagi on job traing….then 2 tahun ikat kontrak ngan petronas atau anak syarikat petronas.untuk lepasan diploma…..ntahlah…memang frust gak tapi umur pun macam dah lanjut….so skang ni pk kerja dulu dalam bidang yang saya nak..then nanti baru mintak sambung balik…total rasanyer dekat 7 tahun rasenye saya nakkan chm eng..so ambik diploma in science (physical) memang siang malam study hard..pointer pun ok..tapi mungkin tak ader rezeki lagik…so kerja je dalam bidang chm..insya-ALLAH one day nanti akan di makbul kan.hope korang dapat apa yang korang nak.gud luck….
din…mia mintak kos sains komp (kej perisian)..mia pun dr dip gak…mia da wak e rayuan tu…harap2 ada gak rezeki masuk ipta…
terasing…instep ok…ramai gak kwn mia yg laja kat c2…senang masuk petronas…
nilam, saya akan cuba untuk berunding dengan pihak Universiti dan pihak fakulti untuk menukar jurusan, lepas saya melapor diri pd 28hb ni… Saya harap mereka akan m’p’timbangkan…
Sy ingin bertanya, UTM bru memperkenalkan course bachelor in accounting……apabila sy cbe merujuk syrt2 kemasukan di lmn web mohe, course tersebut tiada di situ……ini membuatkan sy konfius apabila pd permohonan rayuan terdapat course tersebut. soalan sy
1. Adakah course tersebut telah mendapat pengiktirafan?
2. Mengapa tiada syarat kemasukan bagi program ini sedangkan ia telah dimasukkan dalam senarai pilihan course?
sy ingin memilih course ini ttp sy tkt ia msh blm diiktiraf…Dihrp nilam dpt menjawab pertanyaan saya….terima kasih
Mv89,
Sama-sama
Terasing,
Sesuatu yang terjadi tentu ada hikmahnya, apa yang penting jangan berputus asa dan terus berusaha.
Muhd Hafiz,
InsyaAllah anda akan dapat apa yang diminati dan selamat mendaftar di UPM.
I’am confiusing,
Berkenaan kursus Bachelor In Accountancy di UTM,
1.Memang kursus ini tidak tersenarai di MQA dan Pengiktirafan Kelayakan JPA.
2.Syarat kemasukan kursus ini ada di laman web MOHE di bawah Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia.
Saya syorkan anda berhubung dengan UTM untuk mendapatkan penjelasan, mungkin kursus ini dalam proses mendapatkan pengiktirafan.
thanks nilam..
ermm.. sy ade 1 lg soalan.. mklumat prmohonan e-rayuan 2 kne print n sertakn skali brsma2 salinan2 lain yg prlu d pos.. cmne klu mklumat prmhonan yg d print 2, dhujung2 sblh knan prmhonan yg dprint 2, prkataan die x abis?
tp mklumat pribadi calon yg d isi, sumenye jelas…
cnthnye ‘trima kasih kerana mngemukakn permhonan rayuan bg progrm lpasan stpm’. trgntung smpai c2 je.. spatutnye ade lg d blkg2 2.. klu htr jgk, cnfirm x akn d lyan ke prmhonn 2? hrp sgt dpt bantu..
thanx nilam…
salam.nilam…saya ade gak dapat sambung study kat unikl mice (bachelor of chemical engineering technology(hons) in process.10hb register.saya ade terbaca paper..tol ke unikl skang ni di bawah kemnterian pengajian tinggi…tapi status unikl still swasta…..
terasing .. mia, apapun, Tahniah kat terasing sbb dpt jgk masuk Instep. Jadi warga Petronas lah kekgi.. Mia, InsyaAllah, ada rezeki dptlah mlanjutkan pljaran ke U.. 🙂 Terasing org Trg ker…
saya pelajar lepasan matrikulasi (sains hayat)..saya pun tak dapat masuk IPTA yg di keluarkan pada 19hb aritu..sememangnya sedey sgt.. dan sedang membuat e-rayuan.CGPA sy dahulu hanyalah 2.62 sahaja.
Di sebabkan nak sangat msuk UKM..sy masih memilih Ukm dgn kos sains sekitaran..saya juga memilih UPM(pemakanan dan kesihatan komuniti)
ada harapan kah tuk sy dpt?
dan benarkah org kata bdk matrik bole dpt U (walaupun kos lelong)?
saya risau sgt..takot x dpt lg..maklumlah,sijil matrik mmg xleh pakai tuk cari kerja sekarang ni..
Jadi Nilam mcmana yer sy nak berdepan dengan situasi ini?
saya berdoa moga Allah beri peluang kedua kepada sy…sy sgt berharap..
UniKL kekal universiti swasta
KUALA LUMPUR 14 Mei – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan terus kekal sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) walaupun ia kini diambil alih oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Bagaimanapun, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UniKL akan tetap memperolehi bantuan serta kemudahan seperti yang dinikmati institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
“Buat masa ini kerajaan kekal dengan keputusan UniKL sebagai sebuah IPTS.
“Tetapi segala pemantauan akan dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi membolehkan universiti ini menikmati kemudahan seperti bantuan kewangan dan dana penyelidikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa Teknologi Sains Membran di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status UniKL selepas universiti itu yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) diambil alih oleh kementeriannya.
masih kerisauan..
saya takut tak dapat juga rayuan tu.
Nilam,harapa sangat boleh pandangan berhubung pemilihan kos saya tadi tu. Kalo saya tak dapat masuk U, xtaw la apa nak cakap…buntu sangat.ingatkan bila dah lulus matrik,masih ada peluang masuk U ni..Tolong bg pandangan sikit kepada saya.Penat menangis dan ketensionan ni…=(
Leeya,
Sama-sama… Sepatutnya tiada masalah sebab yang penting maklumat yang diperlukan semuanya jelas.
Muhd Hafiz,
Sama-sama…
Terasing,
Salam… Ya betul seperti petikan berita yang anda lampirkan.
Zue,
Jika anda tidak kisah program pengajian yang diikuti asalkan di UKM, anda patut mohon kursus yang anda layak tetapi paling kurang saingan di UKM. Maklumat ini boleh diperolehi dengan berhubung dengan UKM.
Biasanya mereka yang mempunyai memenuhi syarat kelayakan akan ditawarkan program pengajian yang masih mempunyai kekosongan. Jadi mereka ini akan mendapat kursus yang langsung tidak dipohon atau lebih disebut ramai sebagai kursus lelong. Perlu diingat penempatan adalah bergantung kepada kekosongan, jadi jika semua tempat dah penuh mungkin ada layak tetapi tidak mendapat mana-mana tawaran.
Andaikata anda gagal mendapat tempat di IPTA kali ini, anda boleh memohon pengambilan yang akan datang atau anda juga boleh memohon masuk IPTA melalui projek usahasama dengan kolej swasta. Di samping itu anda boleh juga memohon IPTS dan dapatkan PTPTN untuk membiayai pembelajaran anda.
oh..terima kasih Nilam..
menurut kawan saya kos sains sekitaran di UKm budak 2.5 pun dapat..jadi saya pun memberanikan diri untuk mintak,masalahnya saya masih risau jika tidak layak untuk kedua2 kos yg di buat rayuan ini,adakah sy masih boleh mendapat U walaupun dgn kos lelong…?
k.terima kasih nilam.pada kawan2 yang tak dapat upu tu tunggu apa lagi….?unikl peluang peluang ke2……infrastruktur pun lengkap….let say tak dapat gak rayuan..apa kata jadikan unikl sbg platform.wah!macam duta unikl plak.huhuhu.
frust jugak tak dapat masuk universiti…..kenapa haa…ada jugak yang result bagus tapi tak dapat masuk universiti….pihak universiti nak budak yang macamana untuk masuk universiti …sedangkan …budak yang dapat 3.33 masih lagi tak dapat masuk…aku berdoa sangat agar aku dapat masuk uitm jadilah sebab u tu senang nak masuk…
nilam, saya rasa kegagaln ramai pelajar cemerlang dan yg cukup syarat utk kemasukan ke IPTA adalah disebabkan kesilapan teknikal pihak pengurusan USM dan UPU…. Sebab tahun ni la persaingan rendah ckit b’banding tahun lepas…
Kepada rakan2 yg x dapat jangan putus asa, cuba lagi…. Barangkali nasib anda bertuah lepas ni… Tu x masuk lagi dpt PILN…
pada ‘aku yg frust’, 3.33 tu dah kira boleh dah tuk masuk U tu…syg sgtlah yer…
sy nak mintak umt la..ntah ada nasib atau x…takutnya nak tgu 10julai nnti..aduh….
huhu..bdebar2 tggu 10hb julai ni..kalau x dpt jugak..tk tau la nak ckp apa..+_+
tp harap2 smua kt sini dpat tawaran ke ipta…
nilam..saya rasa apa yang muhd hafiz cakap tu macam ade betulnye.adakah UPU mahu cover kesilapa usm lalu memberi keutamaan pada calon tersebut.macam tak logik pulak hampir seratus peratus pelajar yang terlibat dalam kesilapan teknikal usm diterima ke IPTA lain.harus di ingatkan syarat kemasukan ke USM berbeza dari IPTA lain..akademik+koko+MUNSYI…..dan sebagai contoh juga untuk masuk ke USM bagi kursus engineering USM adalah satu2 nye berbeza dari IPTA lain….USM menerima juga pelajar sains hayat….iaitu BIOLOGY di ambil kira…sedangkan di IPTA lain sains fizikal adalah syarat utama.kalau tak caya cuba semak balik syarat masuk kat wesite USM.kalau betul lah macam tuh…rasanye tak adil bagi kami ni.kalau macam tuh kami pun nak juga terlibat dalam masalah teknikal tersebut di lain masa.macam tak logik…pesaingan macam rendah sket…bila result STPM pun macam turun……
Zue,
Sama-sama, buat masa ini anda perlu bersabar dan tunggu keputusan rayuan. Di masa yang sama fikirkan juga langkah tindakan yang berikutnya jika keputusan tersebut tidak menyebelahi anda. Sekurang-kurangnya anda sudah bersedia dengan tindakan susulan tidak kira apa juga keadaan yang akan terjadi.
InsyaAllah jika ada rezeki anda akan mendapat tempat di universiti.
Terasing,
Sama-sama, memang benar ini boleh dijadikan pilihan untuk mereka yang tidak mendapat tempat di IPTA.
Aku yang frust,
Semoga anda akan mendapat keputusan rayuan yang mengembirakan.
Muhd Hafiz dan Esterman,
Kesilapan teknikal USM menyebabkan seramai 4,574 calon tersalah diberi tawaran dan daripada itu 4,424 telah diberi tawaran ke IPTA lain oleh UPU. Manakala baki 150 pemohon yang tidak disenarai akan dipertimbangkan oleh pihak USM menerusi rayuan kerana menurut USM pada dasarnya mereka telah melepasi pra-penilaian yang dibuat oleh pihak universiti.
Mungkin betul juga kesilapan teknikal ini memberi keuntungan kepada mereka yang terbabit. Walaupun begitu bagaimana pula dengan mereka yang telah melepasi pra-penilaian untuk universiti lain.
Harap semua calon diberi peluang yang adil dan mengambil kira merit mereka dalam keputusan e-rayuan ini.
Salam semua,sy nak tanya upsi blh ke nak buat rayuan mcm univsiti lain,,minta penjelasan.
Teruskan mencuba dan Berjuang kawan2!!! Ku sentiasa mendoakan mu!!!
sy lepasan diploma CGPA 3.67…..Sy gagal mendapat tempat di IPTA. mmg frust sgt….tp xpelah mybe ade hikmah.smga rayuan ni sy dpt…kalu xdpt sy akan cuba 2nd intake pulak.
Saya pelajar lepasan diploma dengan cgpa 3.7 tak dapat jugak u..
rase frust sangat-sangat..saya dah buat erayuan tu..ada ke harapan saya nak dapat masuk u kali ni…
keliru and jiha…korang lepasan diploma universiti mana?
saya nak bagi cadangan.seperti yang kita maklum bahawa utp juga menawarkan kursus engineering dan teknolgy maklumat yang sangat di nantikan.tapi iklan permohonan utp baru saja ditutup 8hb hari tu.jadi kemasukan ke utp biasanye akan di umumkan selepas pelajar mendaftar di ipta.bukan kah bagus kalau utp dan universiti swasta yang bertaraf ipta ni di umumkan dahulu.alangklah ruginya kalau sudah mendaftar di ipta dalam masa sebulan tetibe dapat utp…saya pasti ramai yang akan memilih utp kalau di terima.jadi wujud pula kekosongan di ipta tempatan masa tu keputusan rayuan pun telah di umumkan.jadi memang sangat2 rugi.betol tak?y not upu bersama utp mewujudkan satu mekanisme pengambilan pelajar bagi memberi peluang kepada semua yang layak untuk masuk ke ipta atau ipts bertaraf IPTA?
macam mana nak tau semua transkrip yang di hantar sudah selamat sampai pada universiti yang kita wat rayuan tu?aku ade tipon pejabar pendaftar kat ump,um tapi diaorang macam marah je.siap sound aku lagik die kata tak boleh nak semak sebab ramai yang buat rayuan.tapi ukm lain plak.diaorang ade bagi satu kad yang dipos pada pemohon n bagitau semua borang pemohonan kita dah selamat sampai kat ukm dan sedang diproses.risau plak kalau universiti lain ni main campak2 je permohonan rayuan tu nanti.
salam,sy dpt twrn kt kolej poly-tech mara n sy jd kan pluang ke2 tuk bljar lps x dpat twrn di ipta..kolej polytech mara 2 bgus x n setanding x ngan MMU,U petronas n UNITEN..sy dpt koz bisnes in acconting,klu leh nak ke IPTA sgt2 sbb kos yuran pengajiannye sgt tinggi,,plz bg cdgn n nsehat ckit..n lg stu nk tnye,tol ke ryuan 2 kte kne plih kos selain 8 plihan y kte apply mse prmhonan ri 2 utk dptkan pluang y lbh crh ke ipta??
cokelated lolypob, dulu sy pun sme mcm awk……dpt twrn kt polytech dlm bdg kejururawatan tp kos sgt tggi….why not awk mhn politeknik lg mrh kos nye…….bkn pe lau nk iktkan polytech ni xley nk compared dgn MMU,sbb MMU lg std…..tp polytech ok jugak.
saya kecundang matriks dengan pointer kurang dari 2.00(lulu bersyarat).maseh da harapan lagikah untuk terus ambil degree melalui cgpa tu?apa cara yang plg sesuai untuk saya ambil agar dapat sambung belajar lagi.hendak ke ipts tetapi masalah kewangan.tolonglahh..saya betul2 ingin sambung belajar lagi nak tolong parents.
Zul,
Tidak pasti, mungkin boleh.
Muhd Hafiz,
Memang benar, walau apa pun keputusannya mestilah tidak berputus asa dan terus mencuba.
Keliru dan Jiha,
Semoga anda akan dapat, jika tidak cubalah di pengambilan berikutnya.
Syuk,
Satu cadangan yang baik semoga Kementerian Pengajian Tinggi dapat menimbangkannya.
Hakim,
Memang benar ada universiti yang memberi maklum balas dan ada yang tidak. Jika tiada memang sukar sikit untuk mengesahkan penerimaannya.
Cokelated lolypob,
Salam… Memang KPTM mempunyai kelebihan yang tersendiri tetapi tidak boleh dibanding secara langsung dengan MMU, UTP dan UNITEN. Pelajar KPTM boleh memohon pinjaman MARA bagi membiayai pengajian di sana tetapi tertakluk kepada kursus yang diikuti serta syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MARA. Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan untuk Pinjaman MARA, boleh memohon pinjaman dari pihak lain seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Tentang peluang permohonan rayuan tersebut, banyak bergantung kepada kekosongan tempat.
Aque,
Memang benar setiap IPTA/IPTS mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2.
Kecundang,
Agak sukar untuk terus ambil ijazah dengan keputusan sedemikian. Sebaliknya anda boleh memohon kursus Diploma menggunakan keputusan SPM sebelum sambung ke peringkat ijazah.
salam.. leh thu x, jumlah sbnar calon yg mohon utk e rayuan? ramai ke?
leeya n jiha awk lepasan mne?…..result awak berdua agk tggi….smge awk dpt msk U kli ni… leeya n jiha mhn dlm bdg per?
thanx nilam
2nd intake 2 leh mle apply bln bape ek..
korang yang da dpt masuk u tu bersyukur laa..
nk tuka2 kos ni mmg xboleh swtau aku la…
aku yang xdpt ni,kenela tgu keputusan rayuan walaupun cgpa 3.22..
bila agak nya kita smua nie dpt msk ipta??
asyik2 rayu pun xdpt juak..
tooooooollllllooooooooonnnnnnnnngggggggg..
la kmi ipta..
hehehhe..
hai keliru…
leeya lpasan kolej jer..leeya apply dlm bidang ekonomi n bsiness.. tp x hrap pn dpt kali ni. apply pn sje2 je.. keliru pply bidang pe?
salam…..saya nak tanya bila pendaftaran bagi pelajar yang mendapat tawaran ipta bagi e-rayuan???
Keliru…Jiha ni lepasan diploma pemasaran dari Politeknik…mm ntah la sdih jgak…blaja bgai nak rak…last2 xdpat jgak U..agak2 kan xckup lgi ke CGPA ngan pglibatan kokorikulum ek…@ pmilihan untuk msuk U ni dah ader kuota utk plajar llki ngan prmpuan…rse brdebar plak nk tggu kputusan ryuan U ni…harap2 smua yg buat ryuan kat sni dpat msuk U kan….AMIN………
member sya dapat cgpa 2.33..ok jer masok um amik kejuruteraan CAD…tapi dier dulu kat um gak r..amik asasi saner…maybe e2 kelebihan dier…datz why dier mudah masok sanerr…cam x adil kan??..heheheh
Leeya,
Saya tidak mempunyai maklumat tersebut.
Cokelated lolypob,
Sama-sama… Second intake itu rasanya maksudnya untuk mereka yang berjaya dalam rayuan.
Sy4fiq, Syafiq dan Jiha,
InsyaAllah ada rezeki anda akan dapat.
Hanie,
Salam… Tarikh yang tepat saya tak pasti tapi mungkin seminggu selepas keputusan diumumkan.
Jiha,
Setahu saya tidak ada kuota yang ditetapkan mengikut jantina.
Fariz,
Memang begitu… pelajar Asasi UM akan mendapat keutamaan ke UM.
Semoga smua yg memohon rayuan ni dapat ke IPTA..
Saya sendiri amat berharap agar ada rezeki ke IPTA…
Nilam,saya teringat sesuatu,,time saya mohon UPU dulu..saya ada wat kesilapan kecil iaitu tersilap tulis gred matematik saya time SPM..sepatutnya saya tulis A1 tuk Math,tapi saya tersilap,saya tertaruk A2..adakah kesilapan ini boleh menyebabkan saya di blacklist oleh bhgian pengambilan pelajar ini,ataupun pengambilan pelajar lebih menumpukan pada result saya time matrik….
saya musykil..=(
salam..
batch sy lepasan dip xde sape pun yg dpt ke ipta kecuali 4 5 org yg amik kos pndidikan..
sy da pegi jgk medsi ngan interview..siap interviewer 2 puji2 lagi ckp sy leh dpt kos pendidikan kt uum..
last2 hampeh..xtau pe sbb..erm..
btol le lpsan dip ni ssh nk msk sbb keutamaan lebih kpd bdk matrix ngan stpm..??
kami dak dip pun da perasaan jgk n cgpa lagi better dr bdk stpm..
bnyk dwet da hbs ni..huhu
Adoyai.
kalau xdpt juga rayuan ni.
apa lagi yg bleh dibuat utk masuk jgk IPTA?
sbb ikut brita di atas, rayuan dikira gagal jika tidak mendapat tawaran IPTA sehingga 31 Julai 2009.
10 Julai – 31 Julai….. dalam jangka masa tersebut, apa yg bleh dibuat bg memastikan dpt msk IPTA.
ataupun UPU akan menawarkan mana2 kursus yg mmpunyai kekosongan @ kos lelong?
Hati Berkecamuk. 🙁
Zue,
Semoga semua akan dapat tempat di IPTA.
Kedua-dua keputusan akan disemak kerana syarat kelayakan kemasukan biasanya memerlukan anda mencapai tahap tertentu di peringkat STPM/ Diploma/ Matrikulasi/ Asasi DAN SPM. Saya rasa anda mungkin tidak akan disenarai hitamkan kerana kesilapan itu tertulis gred yang lebih rendah.
Fiefie,
Salam… Jangan cepat berputus asa walaupun lulusan STPM dan Matrikulasi diberi keutamaan. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing.
Bond,
Banyakkan berdoa… jika ada rezeki anda akan mendapat tempat.
Memang ada kemungkinan anda akan ditawarkan program pengajian yang ada kekosongan yang bersesuaian dengan kelayakan anda.
saya nak tanye..dalam rayuan ari tu blah tak klu wat rayuan untuk masuk kos pendidikan??
ke tak blah wat rayuan tuk kos 2 dah??
someone hope reply.. thank you
ok,thnx nilam..
da doa ngn usaha..
klu da rezeki da la..
Terima Kasih Nilam.
Moga2 semua orang yang buat rayuan dpt tawaran IPTA.
Insyallah. Amin.
Jgn bimbang semua krn, msh ada hrpn utk kemasukan sesi januari 2010,ipta yg di buka ialah UPSI,UUM,UTHM,UIAM dan lain2 lg,sy rasa kalau lelaki mohon upsi,kebarangkalian mungkin dpt krn lelaki amat kurang di upsi.
salam…sy lepasan dip in bsnes mnagement kolej kerjasama ngn upm..
last sem dpt 3.95..cgpa 3.4..but apply upu result sem 5 3.3 coz result last sem lum oficcial release..pmohonan dtolak..mybe coz sy xanta butiran..tp sy dah apply utk rayuan dan dah anta butiran kt upm..agk2 nya dpt ke x..frust..
nads_88
sy ada kol upu tnya tntg 2 diorg ckp rayuan hnya tuk kos yg xde tmuduga..
tp xtau la klu de kosong mgkin akan dpertmbangkan..insyaallah..
sy pun da mntk pndidikan gak..
terima kasih nilam,
sangat hargai kerana Nilam sudi memberikan pendapat….
Nads88,
Saya tidak pasti pula, sepatutnya dibuka untuk semua program pengajian.
Fiefie, Bond dan Zue,
Sama-sama, insyaAllah.
Zul,
Memang benar, terima kasih kerana berkongsi maklumat.
Yumi_chan,
Salam… insyaAllah ada peluang.
thank u nilam,fiefie..
klu cam 2 rugi la wat rayuan utk pendidikan ari 2..
knpe phak upu x ckap x blh wat rayuan utk pendidikan
ni kluarkan smue skali ipta,ingat blah wat rayuan utk pendidikan..
adoooiii..
Nak tanye korang,ble lg pemohonan untk msuk u kluar??
bln 10 eaa???
nilam,
jika saya mndpt tempat di ipta bagi rayuan kali ini,
adakah saya b’peluang untuk memohon biasiswa mara dibwh program PIDN?
ini kerana twarn PIDN akan ditutup pada tarikh keputusan rayuan kluar.
saya teringin untk memhn biasiswa ini.
betol ke e rayuan kuar 10hb 7 ni?dlm web MOHE takde update ape2 pun?
em dijangkakan 10hb julai and tertakluk pada perubahan, kalau nak tahu dgn lebih lanjut kene tepon. taksabar rasenye nak tau, doakan moga kite dapat tmpat kat ipta.amin….
Nads88,
Sama-sama. Biasanya dalam bulan Ogos/ September berbeza-beza mengikut IPTA.
Amal,
Kalau ikutkan memang tak sempat, anda mungkin boleh memohon pada tahun hadapan. Sementara itu dapatkan PTPTN untuk membiayai pengajian anda.
Msaiesyah,
Memang dijangka pada 10 Julai ini, walau apapun ia bergantung kepada MOHE.
Syaz,
Betul… semoga anda pun akan mendapat tempat di IPTA.
hari dah nak dekat ni dgn 10hb…fuh..takut ler plak…isy…
pointer matrik 2.62 jer..risau ler Nilam kalau tak dpt lagi..
doakan semua dapat yer..
Ya ALLAh tolonglah hamba-Mu ini..
Moga ada tmpt ke IPTA..
amin ya rabbal alamin…
brdbarnye nk tggu 10hb ni…. sume prasaan brcmpur…
hye.. i cuma nk tnya.. klu buat rayuan kena hantar salinan sijil ke..? klu x hntr..?
sya nk tau ah kalo muat x kuar result lagi..
bleh but rayuan ke..
salam…dah lama x jenguk …hmmm… 🙂
sama2 berdoa ya…gudluck!
Mia,
yer..gudluck semua..waaaa…..harap2 dapat…
aminnnnnnnnnnnnnn….
nnti kalo dah dpt atau tak…kongsi same2 yer kat sini…
aiyo…mmg berdebar la…
ahhh…takot…moga semua dapat msuk IPTA…
Gelabah, Leeya, Mia,
InsyaAllah anda semua mendapat tempat di IPTA.
Somone,
Ya hanya untuk mereka daripada kategori Lepasan Diploma/Setaraf.
Hilmiz,
Boleh tapi anda beri bukti yang anda telah menduduki MUET dan sedang menunggu keputusannya.
Din,
Salam…
result maybe akan kua besok ni..
aku doakan kita dan sape2 lagi yang xdapat akan gembira bila taw result esok..
insyaallah..
p/s: da nak nangis ni.. huhu
salam….
saya nak tanye bila result rayuan permohonan program ijazah sarjana muda uitm sesi julai 2009 kategori lepasan tahun akhir diploma uitm/kolej bersekutu akan kuar?..
kalau ikut kalender akademik uitm tarikh akhir pendaftaran pelajar baru tawaran kedua ijazah sarjana muda sepenuh masa (lepasan diploma) adalah 24/7/09…
so klu stpm & setaraf xpyh htr la..? i dpt accounting dr unitar.. kos tu bagus x..?
nilam..
harap esok nilam dapat beritahu yer bila e-rayuan keluar..
kalau x keluar ke,keluar ke..harap bgtau je…
terima kasih nilam…
mcm bukan esok je kuar, mungkin result kuar lewat sikit kut…. tapi aku nak result cepat kuar.penantian satu penyeksaan… upu oh upu..
helo semua..
mmg esok rsult kuar..
boleh tgk kt laman web ni
http://upu.mohe.gov.my/
a’ah..
btol la..
terima kasih mv89..
esok kul 12tgh hari……
gudluck semua…
mari same2 semayang hajat malam ni… UPU oh UPU…
Utk Leeya dan Jiha sy lepasan diploma dr politeknik dlm bdg akauntansi. Sy apply dlm bdg accounting.Mmg sy hope sgt dpt dlm bdg accounting.tp kalu xdpt mybe sy kerja. kalu sy dpt kerja sy igt nk wt PJJ jerk akan dtg.GUD LUCK utk korang berdua esok.
keliru..
Moga dapat akaunting yer..
Doden,
tol tu..marilah bersama-sama kita semua bersolat hajat..Bermohon dan bermunajat kepada ALLAH,semoga semua dapat tempat di IPTA dengan kos yang di ingini…
Amin..
ALLAHU AKHBAR!!!!
—>sama2lah kita berdoa, di Malam Jumaat ini.. 🙂
adeh….
nak ngis gak ni..
hrp2 dpt…
TQ gelabah n nilam…:-)
Sy4fiq,
Amin…
Semalu_sepi,
Salam… Sepatutnya 10 Julai, sila semak laman web UiTM Student Portal.
Somone,
Ya betul. Saya tidak ada maklumat berkenaan kursus di Unitar.
Gelabah, Doden, Mv89, Keliru, Din,
Sila rujuk Keputusan Rayuan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM Dan SPM Sesi Akademik 2009. Semoga anda semua akan mendapat keputusan yang menggembirakan.
Mia,
Sama-sama.
hai keliru.. thanks.. gud luck untk awk jgk esk.. lpas thu rsult esk, inform2 la ae… n gud luck jgk utk sume kt cni… amiiinnn..
fuh..lg 1jam jer..
berdebarnya menanti..
moga2 dpt la kali ni..
tk0tnye,,,,,,,,,,!!!!
Semoga dapat la masuk university… insyaallah, berdebar-debar hati menunggu keputusan rayuan…
Keputusan yang mengecewakan… Ssaya tak dpt mana2, haihh apa nak buat… membuat hutang la di IPTS jawabnya.
sy dpt udm.
kcewa sgt sbb dpt kos yg lgsg sy x mnt..
n kos yg lgsg x jamin msa dpn sy..
scra jjur, sy d lelong!! ;((
semua student dicampak2 je… lelong.. sapa nk dia dpt.. saya diploma 3.82 pon satu apa tak dpt… kecawa
sy diploma 3.89..
jd MPP lg.. tp x dpt jgk..
pe2 pn, trima je la… dh xde rzeki…
try lg next intake..
bla boleh check rayuan upu lepsan stpm 2008
waaaa…..sedeyh nye….kenape lh susah sangat nk dpt tmpt kat ipta… lulusan diploma dr politeknik dipandang rendah ke?? hmmmmmmmm….give up lh kalo mcm ni…..
alhamdullilah dapat UMT-biology marin..
dgr2 cerita budak2 matrix yang conquer banyak tempat kat IPTA.. tak adil … kalo diploma susah sangat nak masuk, kena tambah lagi universiti IPTA kat malaysia ni, banyak student pandai, berbakat, aktif dibuat tak tahu je. KPT kena kaji ini macam hal =( sedih.. redha je la, ketentuan ilahi nk wat camne.
hemm..sedih sgt2…x dapat mane2 pun..xtau la ape salah saya..sume syarat kemasukan saya dah tgok n ikut..tetap x dpat..nape kawan2 saya yg result x baik mcm saya bley dpat..knape saya x dapt??
saya pun xdapat.
da xde rezki..
ade pape care laen x..
klu x, terpakselah tggu intake november ni..
sy4fiq Said,
July 10th, 2009 @6:22 pm
saya pun xdapat.
da xde rezki..
ade pape care laen x..
klu x, terpakselah tggu intake november ni..
syafiq,
kalau intake november ni, mcm ne kte nk apply?
bg sy,
bdk mtrx x cnquer ipta..
c0z sy bdk mtrx gk..
sy xdpt 1st intake dlu..
lgpn rmai kwn2 sy yg bdk mtrx xdpt ipta..
xtau clap kt mne..
pdhl rslt kt0rang okey je..
kpd yg xdpt 2..
jgn ptus asa k??
wish all of u gdlux..
Esto, Leeya, Msaiesyah, Miera, Sy4fiq,
Mereka yang tidak berjaya jangan berputus asa teruslah mencuba atau cari peluang belajar yang lain. Banyak bersabar… cuba memohon untuk pengambilan Disember/ Januari nanti. Permohonan dijangka akan dibuka pada bulan Ogos/September nanti melalui universiti yang berkenaan.
Ady, Gelabah,
Tahniah… semoga anda akan cemerlang di sana.
nak tanya.. keputusan PJJ ukm dah kuar ker?
sy dah check dia kate xditawarkan..
camne care2 nak buat rayuan ke PJJ ukm ye…
frust sgt xpat…
salam..upm ada x 2nd intake untuk bachelor business administration disember 2009?
sapa yg x dapat..
say pon x dapek ni ahh..
der peluang lagi x agak nye
salam.
sy ni antara yg terkandas la dlm permohonan masuk u sbb sy tolak offer yang sy dpt. psal jauh hehe.
sy dgr ada lg permohonan utk pengambilan disember/januari, btul kan? slalu nya mau buat permohonan tu, di mana? upu atau laman web universiti yg berkenaan?
sy ni sda sakit kpala memikirkan psal universiti ni, smpai ayah sy marah2, hehe. tp apa boleh buat. sy harap ada yg boleh jawabkan.
trima kasih.
rase nk giveup jer…
x tau nk watper skang…
rase nk giveup jer…kecewa sgt…
ada orang sabah ka sni? sy dr sabah. sy xdpt masuk ums sbb sy dpt di labuan. atas alasan kewangan.
Erra,
Anda perlu berurusan terus dengan universiti yang berkenaan untuk semua kursus PJJ.
Yumi_chan,
Salam… anda perlu semak apabila permohonan pengambilan dibuka nanti.
Hilmiz, Meia, Ucuk, Miera,
Salam… Mereka yang gagal boleh cuba memohon pengambilan Disember/Januari pula. Permohonan untuk pengambilan Disember/Januari biasanya dibuka dalam bulan Ogos/September. Permohonan perlu dibuat terus kepada universiti yang berkenaan dan bukan melalui UPU. Anda perlu membeli samada No. PIN di BSN atau Wang Pos/Kiriman Wang yang berbeza bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh universiti tersebut. Tarikh permohonan dibuka dan ditutup juga berbeza mengikut universiti.
Bagi pengambilan Disember/Januari ini cuma beberapa universiti dan program pengajian tertentu sahaja yang akan dibuka. Saya akan cuba dapatkan maklumat mengenainya dan paparkannya di sini.
cuma beberapa universiti saja? adakah UMS termasuk?
yup meia, sy org sabah, knapa ndak terima twaran? ahakz klu ndak ada duit boleh pinjam ptptn atau minta ja bkns. 🙂
skrang study di mana? di labuan ka? proceed saja bah. Fyi u are considered lucky la boleh dapat ums. Sy pun ada mohon tapi ndak dapat, aiseh keciwa saya. neway meia awk lepasan spm/stpm/diploma?
lepasan diploma… buat rayuan? rayuan msuk ums?
@iscariot: kira mau ums. tp xtau la. kalau terpaksa, uitm. ataupun tunggu ja tahun dpn, baru apply balik.
tahun depan, lama oo, ogos/september ni boleh mohon lagi.. tapi ndak smua u…
@iscariot: ya la, lama. sy tau. UMS buka ka rayuan nanti bln 8? mcm tidak ja.
em mau pegi ums jgak ka? klu dapat di semenanjung?
@iscariot: xmau. lagi jauh. parents xmau jauh2, sy pun xmau jauh2.
i cuma nk tnya.. dngr kt rayuan ums buka lg.. betul ka..? intake disember tu date berapa..
@iscariot: banyak mau kuar blanja. haha. parents pun xmau. kira silap langkah sda, terletak course yg di labuan tu jadi first choice. last minute tukar, sbb takut x dpt. huhuhu.
honestly, sy first time mcm tu juga, tapi lepas dpt study di kptm pahang, best jalan2. neway its up to you… pilih yg mane terbaik.. okies.. 🙂
@iscariot: sy masih lagi di rmh, sy sda tolak tawaran tu. sy tetap xmau, haha. sy lepasan stpm @ matrik. sy tgh tunggu mau buat rayuan. what about you?
Meia,
Saya tidak pasti, nanti akan disemak bila permohonan mula dibuka.
SoMeOne,
Tentang UMS tu saya tidak ada maklumat. Pengambilan Disember/Januari biasanya akan dibuka pada bulan Ogos atau September.
sy ada pg ke ums dan berjumpa dgn org atasan. dorg ckp dorg akan buka pendaftaran utk org baru bulan januari. mcm biasa pnya pendaftaran.
Mcm biasa pnya pndftrn? X phm miea mcm ne?
miea awk dpt gk ke uitm?
meia thats a gud news, ade tnye tak diorang bgtau course yang tawarkan untuk kemasukan bulan januari nanti? Permohonan bulan brape?
@DIHAH: dia mcm yg slalu budak yg baru mau masuk U tu, beli no pin pastu pg online, daftar. gitu la. nanti sy mau check uitm. oh ya, it’s meia not miea.
@iscariot: suma kot?
MEIA…. td sy bru dpt col dr phk upsi. Sy ditwrkn ke progrm pndkn bimbingn n counseling… Tp yg pelik sy x apply pn upsi…. mcm ndak caya je…… ada sapa2 yg receive col dr ipta x kt cni? Uitm yg awk nk chck 2 intake bla?
uitm intake bla? Ad g ke intake?
hai DIHAH.. btol ke awk dpt kol dri upsi? mase isi upu 2, awk ade aply upsi x?
nilam,nk tnye la..klu dah dpt twrn msok politeknik, boleh dpt panggilan tawaran upu jugak ke? ke kalau dah dapat poli x kn dpt u? @ klu dah dpt u x kn dpt poli?
plz…
@DIHAH: ada, bulan dis/jan. dia pnya permohonan buka bulan ogos.
yup btol
gadis stdy kt u ne? Amk kos pa?
salam.. Dihah i pn dpt offer upsi gk. U dftr bla? Klau blh bg ur phone mobile….
u dpt kos pa dihah?
Gadis,
Ya ada kemungkinan…
maksud nilam ‘ada kemungkinan’ mcm mane?
betul ke org byk kate, kalau student2 lepasan STPM yang tak berjaya sambung dgre di ipta pada sesi julai, and kebanyakannye student2 lpsn STPM nie mohon lagi untuk intake sesi disember/januari akan dtg.. nt senang nak dapat?? maksud saya betuk ke kebayakannye pemohon2 lpsn STPM sesi disember/januari senang nk dpt di terima masuk ke ipta yg di pohon?
Gadis 1,
Berkemungkinan kerana jika anda memenuhi syarat dan ada kekosongan mungkin akan ditawarkan tempat.
Sebenarnya untuk mendapat tempat ke universiti bergantung kepada kelayakan pemohon, jumlah tempat yang disediakan dan syarat yang ditetapkan oleh universiti berkenaan. Pada kebiasaannya jumlah pemohon bagi pengambilan Disember/Januari ini tidak seramai semasa sesi Julai maka peluang untuk mendapat tempat adalah lebih cerah.
nilam… ble kluar prmohonan uitm n ipta2 lain yg wat pngambialn sesi dismber?
Leeya,
Permohonan dijangka akan dibuka dalam bulan Ogos atau September ini.
nilam so lepasan stpm 2008 also can apply or only for diploma??tq
nilam intake ipta disember/januari terbuka kpd semua course ??? sy lepasan stpm 2008 dpt apply pangambilan sesi kedua nanti ??? sy sedih krn tdk medpt apa – apa tawaran sedangkan saya memenuhi syarat am ipta 2.00 cgpa ke atas .
Bia,
Memang boleh bergantung kepada program pengajian. Walaupun begitu untuk pengambilan Disember/Januari ini hanya dibuka oleh universiti dan program pengajian tertentu sahaja.
tq nilam adakah course ekonomi dan business ditawarkan dlm pengambilan disember/januari 2010
Bia,
Sama-sama… Saya tidak pasti kerana ia bergantung kepada universiti yang berkenaan.
Saya sudahpun mula belajar di Kolej Poly_tech Mara Bangi dalam bidang Akauntansi bermula Julai 2009, baru-baru ni saya dapat tawaran dari Politeknik Sultan Azlan Shah Tanjung Mail Perak dalam bidang yang sama. Saya nak minta pandangan dalam membuat pilihan sama ada nak terus belajar di Kolej Poly-Tech Mara atau menerima tawaran politeknik.
Aisyah,
Saya tidak dapat membuat perbandingan kedua-dua tempat tersebut. Walaupun begitu anda mungkin boleh menimbangkan institusi yang mana lebih mudah atau peluang untuk anda melanjutkan pelajaran atau mendapat kerja. Di samping itu anda juga boleh melihat pembiayaan pengajian anda yang mana tidak membebankan dan mengganggu pembelajaran. Anda juga boleh menilai dari segi pengiktirafan lulusan kedua-dua institusi ini untuk membantu anda membuat keputusan.
salam.. 🙂
nanti bila tarikh yg sebetul-betulnya utk apply ipta for the second intake dec/jan 2009/2010 da keluar, state kan di sini yah. saya tanak miss. tolong yah. thanks semua! 🙂
or anything inform me through this num yah. 0122863612. sangat sangat mengharap dapat masuk utk second intake nanti.
Eqa,
Salam… Baik, insyaAllah.
salam… saya nak tanya pasal kemasukkan ke IPTA.Saya tidak mendapat tempat di IPTA pada ambilan Julai.. Saya mendapat keputusan yang agak baik iaitu 3.79.Saya telah membuat rayuan tetapi mendapat bidang yang jauh sekali dari apa yang saya pelajari semasa di matrikulasi sesi2008/2009.Oleh itu, saya menolak tawaran tersebut. Di sini saya ingin bertanya samada saya masih boleh memohon untuk tahun hadapan bersama-sama dengan pelajar matrikulasi sesi 2009/2010.Terima kasih.
NellA61,
Salam… Anda memang boleh memohon tetapi perlu membuat permohonan di bawah kategori Lepasan Diploma atau setaraf (Kategori E, F). Anda juga boleh cuba memohon bagi pengambilan Disember ini jika program pengajian dan universiti yang anda ingin masuk ada membuat pengambilan.
Bila tarikh rayuan kemasukan ke UPSI untuk bulan Disember akan keluar
Saya berkelulusan STPM 2008 nak tanya bila tarikh permohonan keluar untuk kemasukan pada bulan Disember 2009
Zolmaldi,
Iklan untuk UPSI ambilan Disember 2009 akan disiarkan pada 4 Oktober ini. Sila rujuk Permohonan Ke IPTA Sesi Disember 2008/Januari 2009.
salam nilam,
sy nk tny klo lepasan spm layak ke untk sambung ke peringkat ijazah?sy ingt nk amik pengajian luar kampus shj..sy lepasan spm 2005..x berkesempatan nk trus snbung belajar dlu sbb byk masalah mendatang..skg nie sy bekerja hampir 4 tahun..terima kasih..
Mya,
Salam… Lepasan SPM perlu lulus pengajian peringkat Diploma sebelum boleh melanjutkan pembelajaran ke peringkat Ijazah. Beberapa universiti memang ada menawarkan pengajian luar kampus, salah satu daripadanya ialah UiTM.
Sila rujuk Pusat Pendidikan Luar Kampus UiTM untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup permohonan untuk pengambilan Disember 2009 adalah 2 Oktober 2009.
Tapi saya pernah mendapat maklumat dari uum yang mengatakan pelajar lepasan spm layak sambung ke peringkat ijazah dengan syarat lulus spm,telah menduduki ujian MUET dan mempunyai pengalaman bekerja..saya keliru sangat..saya bercadang untuk memohon sesi januari 2010..untuk separuh masa..
Mya,
Saya sudah semak memang benar lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Program Pengajian Luar Kampus Ijazah Sarjana Muda di UUM. Di antara syaratnya ialah lulus SPM dengan kredit dalam Bahasa Melayu, lulus Bahasa Inggeris (untuk kursus tertentu), berumur melebihi 21 tahun dan lulus ujian pra-kemasukan untuk fakulti yang berkenaan.
Sila rujuk Distance Learning Programmes untuk maklumat lanjut.
terima kasih banyak nilam..anda sangat membantu..
Mya,
Sama-sama, semoga anda akan berjaya menyambung pelajaran anda.
nak tanya sket la.. saya kalu sambung belajar amik kursus sains sekitaran, apa peluang pekerjaan yang ada ek..
boleh x saya nak buat rayuan untuk kemasukkan ke instep…?
Orang Lama,
Saya memang tidak tahu, diharap ada pembaca lain boleh memberi maklum balas. Walaupun begitu sila rujuk laman web Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, UKM mungkin boleh membantu.
Asraf Klate,
Setahu saya tidak boleh tetapi untuk kepastian cuba anda hubungi 09-668 6134/ 6135/ 6150 ( Ahad – Khamis, 9 pagi – 4 petang ).
Salam, sy ingin bertanya,sy br sahaja menamatkan pengajian di politeknik.saya tidak dapat menghantar transkrip dan surat pengesahan diploma kerana sy telah dimaklumkan keputusan penilaian semesta tersebut adalah sementara.Dan keputusan rasmi untk penganugerahan diploma selepas mesyuarat lembaga peperiksaan dan penganugerahan yang dijangkakan pada 11 Februari 2010 maka pengesahan rasmi tersebut akan di dikeluarkan slepas pengesahan rasmi.dan saya hanya menghantar keputusan peperiksaan yang di cetak melalui internet serta surat keputusan provisional tersebut yang telah disahkan.tarikh tutup untuk permohonan ipta adalah sebelum tarikh tersebut.
Soalan sy:
1)adakah borang permohonan yang dihantar tersebut akan diproses?
2?Sekiranya saya menghantar semula dokumen yg diperlukan(transkrip dan surat pengesahan) selepas tarikh tertup tersebut akan diproses?
Sekian terima kasih.
izla,
sy pon lepasan politknik jugk.. msa sy nk apply upu, sy pon pening dgn bende tu. sy call penasihat akademik sy kt poli, die ckp kene anta transkrip tu, transkrip tu plk kene mintk sendiri kt lembaga peperiksaan. sy pon call la poli, smbungan ke lembaga peperiksaan n sy ckp dgn pgawai tu. die pon ckp mcm awk ckp. bln 2 baru diorng nk meeting. then sy tanye, boleh ke sy anta slip result je? die ckp dgn slumber.. ”anta jela slip result tu.. boleh jer…” sy pon anta jela slip result dr sem1 smpai sem6.. skali ngn Li sem4. lg pon same je.. slip tu kn menunjukkn result kite..
sy baca sume bende kt ats.. sy skng risau sgt3.. risau nk tggu kputusan permohonan sy..
alin88
itu la…sy br je dpt transkrip nie..tp sijil diploma tue x dpt lagi coz belum konvo..konvo lak dlm bn 4 neh…emmm.. sy anta lg skali transkrip tue pd ipta yg sy mohon. baru2 ne sy ada call uum dan dia ada kata leh anta kemudian lepas dpt transkrip tue.. tp kalu bleh secepat mungkin… em… tgkla rezeki kan… harap2 leh lah dapat sambung… good luck 4 u leen…
izla09,
maknanye, lps kite konvo, dpt je transkrip, kena hantar kt u yg kite apply ke? sy pon apply uum. usm pon sy apply..bis tu, nk antar transkrip je ke? or hantar skali ngn borang permohonan kite?
alin88
a’a hantar skali salinan borang pemohonan untk mudahkan dia check… pas tue skali transkri n sijil dip tau..
izla09
awk dr poli mane? amik kos ape kt poli? then awk apply kos ape kt uum? awk apply uum jeke?
sy dr psp….. sy mohon ums,umt, sy dip pengajian perniagaan.. awk?
oo.. sy dip kewangan dan perbankan.. ade 1 je kos tu dlm politek. kos tu kt puo jer ade. dlm upu sy apply uum jer.. then apply lg 1 kt usm. sy bru je pas konvo 8/4/10 aritu. paling best dlm idup sy.. group sy menang utk anugerah projek terbaik tahun nih. rsa mcm mimpi je dpt.
tahniah alin 88, sy dgr project kat puo terpaksa cr title susah2 gak.. em.. sy tumpang gembira taw..leh la trunkan ilmu sket kat sy..hehe
emm..mcm mana awk g x ujian munsyi tue…
group sy kaji thap kepuasan dlm penggunaan perbankan intenet di klgn lect n staf puo. kene buat questionaire sume. edarkn 1 puo.. letih gk la.. paling letih ble time nk amik feed back. ade yg lect x bg kerjasma. geram btol. tp dh rezeki group sy kot.. huhu.. sy dh cek.. name sy ade. kene pi ujian munsyi 24hb ni. awk doakn sy k.
SPM saya 6A3B1C ,B bio ,kimia and add math dan C EST.saya mintak dip sains kesihatan dlm upu tp x dpt.Saya buat rayuan dan adakah peluang saya nk dpt cerah atau tdk?
kalau sambung kat kolej poly tech mara,lepas tu ada peluang ke nak dpt masuk ke ipta walaupun program tu bukan under uitm dan sbg nya?apa kelebihan lepasan kolej poly tech mara ni?
errmm,nk minta pndapt…sy bdak lepasan stpm,pointer 3.0,nk kate bgs pun taklaa..bru-bru ni sy dimklumkan tidak berjaya ke ipta,saya agk kciwa..sdgkan kwn2 sy yg pointr rndh dr sy dpat…mgkn bkn rzki…sy reda,dan buat rayuan…sy nk minta pendpt ok tak klo sy amik kos (bacelor sains -pembangunan sumber manusia)kat upm dan pilihan kedua kat ukm kos (sastera-sejarah)…macm mane klo sy tak dpt msk u..blh bg cdgn untk sy..sy khlngan tujuan..bantu sy.
salam..knape sy klik link e-rayuan tu, x dpt?????tolong sy!!!
ape sy nk kne buat…
awak try masuk
http://www.upu.mohe.gov.my
pastu awak klick je kat rayuan pmohonan….insyallah dapat.
salam wbt…saya nak tanya…lepasan stpm nie sama ngan lepasan Diploma/setaraf ke??….
perlu ke kami hantar/cetak maklumat2 yang berkenaan ke ipta pilihan??
saya buntu…bimbang klu tersalah langkah lagi…tolonglah saya…(+__+)
bilalah agaknya rayuan upu tuk stpm akan keluar yer….?
nak cek camne er rayuan 2???xleh pon..pleessss