Tarikh Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 2012

TERKINI: Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengumumkan bahawa keputusan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi pengambilan 2012 akan diumumkan serentak pada hari Jumaat, 20 Januari 2012.

Maktab Rendah Sains MARA

Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 program Ulul Albab dan IGCSE telah diumumkan pada 6 Januari 2012 yang lalu.

Pada tahun lepas telah berlaku kesesakan di laman web MARA dan ramai yang melaporkan menghadapi kesukaran untuk membuat semakan. Akhirnya pihak MARA telah menangguhan proses semakan keputusan pemohonan ke MRSM. Semakan hanya dibuka semula empat hari kemudian. Diharap tahun ini tidak akan berlaku masalah yang sama.

Di samping itu tahun ini semakan keputusan permohonan kemasukan ke MRSM boleh dibuat secara SMS. Format yang digunakan adalah MARA <jarak> MRSM <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888. Dipercayai semakan secara SMS ini adalah untuk pengambilan ke tingkatan 1 sahaja.

ePutra akan memaklumkan url laman web untuk membuat semakan apabila telah diumumkan oleh pihak MARA atau boleh terus merujuk di laman web MARA.

16 thoughts on “Tarikh Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 2012

  1. terima kasih di atas info yg diberikan…bagaimana pula dengan keputusan permohonan sbp tingkatan 4?

  2. wahh…serentak…hebad!

  3. keputusan pelajar yang berjaya masuk ke tingkatan 4 sekolah berasrama penuh (sbp) sesi 2012 akan diketahui pada 21 januari ini sementara keputusan rayuan pula akan dimaklumkan pada 16 februari 2012.

  4. kenapa bukan sbp yang diumumkan dulu?kerna sy nkkan sbp..tlg

  5. rohaizan abdullah says:

    bila keputusan rayuan SBP tg.1 akan diumumkan.

  6. […] Para pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 bagi sesi pengambilan 2012 dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing pada hari ini, 20 Januari 2012. […]

  7. saya belum lagi membuat rayuan kemasukan mrsm disebab online selalu saja breakdown so macamana ni ada cara lain ke ples

  8. bila erayuan mrsm keluar

  9. Fatin Adlina says:

    Ambilan ke3 mrsm bile????
    Mrsm seri alam bile akan dibuka????

  10. nur nana shaniel says:

    saya seorg lepasan pmr tapi dh berkahwin.saya ingin menyambung belajar di MRSM,adakah layak bagi pemohon yang telah berkahwin seperti saya??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.