Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2011

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Tahun 2011

Terkini:

Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 sekolah kebangsaan yang akan menduduki UPSR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2011 adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Ketika ini terdapat 53 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.

Aliran

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu aliran sains dan aliran agama. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini terdapat 39 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains

Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Agama

Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Permohonan SBP Tingkatan 1 2011

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada guru besar sekolah asal pemohon dan salinan kedua dihantar kepada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010 dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2010.
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2010.

Maklumat

Soalan Lazim Berkaitan Permohonan ke SBP

Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai permohonan ke SBP yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia :

  1. Apakah kriteria pemilihan murid ke SBP?Pemilihan murid SBP adalah berasaskan kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu murid mestilah warganegara Malaysia, murid daripada Sekolah Kebangsaan sahaja, memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pemilihan juga berasaskan kepada pendapatan seisi keluarga dan diberikan keutamaan kepada murid luar bandar berbanding murid bandar dengan nisbah 70% : 30%.
  2. Bila keputusan pemilihan murid tingkatan satu ke SBP akan diumumkan?Keputusan ke SBP akan diumumkan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan dan keputusan akan dimaklumkan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my.
  3. Bagaimana untuk membuat rayuan, sekiranya gagal atau tidak pernah memohon secara online?Rayuan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dalam e-rayuan. Sekiranya murid tidak memohon secara online sebelum ini, mereka juga perlu membuat rayuan secara online.
  4. Bagaimana sekiranya ibubapa/penjaga ingin menyerahkan surat/dokumen mengenai permohonan ke SBP?Surat/ dokumen boleh diserahkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dan surat/dokumen itu akan dicop terima. Seterusnya surat/dokumen tersebut diserahkan kepada pengarah untuk diminitkan kepada sektor yang berkenaan.
  5. Mengapa anak saya tidak dipanggil untuk proses temuduga di SBP?Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh pengetua SBP  dan 80% murid  akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

    Pemilihan oleh pengetua pula lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Sekiranya anak tuan tidak dipanggil untuk temuduga, murid tersebut masih berpeluang ke SBP berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 80% tanpa temuduga.

163 thoughts on “Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2011

  1. [...] Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2011 | ePutra says: 2 September 2010 at 2:11 pm [...]

  2. [...] This post was mentioned on Twitter by NurJenna, NurJenna, Nor Ngainon, Nor Ngainon, Mohd Bambang and others. Mohd Bambang said: RT @ePutra: Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2011 dibuka sekarang, sila rujuk http://eputra.com/?p=1996 [...]

  3. hakha smtink..hapen…

  4. xleh nk mohon pon… knp ea??/

  5. aisyah nabihah says:

    maaflah aisyah ,setahu sye MRSM buat sndirikn ??

  6. mana yg 2010 punya?

  7. Salam,betul website yang you beri tapi x boleh buka juga (service not available).tq

  8. SYAFIQ HAIQAL ARIS says:

    salam, nme sye syafiq thn ni sye nk upsr moga2 dpat la 5 a ye.AMIN………………….

  9. huhhhhh!!
    npe ekk???

  10. w'salam.
    Aishah, cuba baca dengan teliti laman web itu.Atupun mungkin pada waktu tersebut ada sedikit masalah. Cuba sekali lagi..

  11. dia mesti tengah dikemas kini..sya pon same ugak..mcm tu lah..confuse..skul pilihan awk ape??

  12. nape lmbt sngt bla sye bka??

  13. farhana 6 hijau says:

    harap2 dapat masok asrama yng d'pilih oleh sye…

  14. Asal lambat nak loading ya.Masa nak buka permohonan ke sbp.

  15. hehe arap2 dpt masuk sbp ni…..
    lau dpt 5A arap2 le dpt salah stu skul

  16. ye ke…..
    tapi btuy gak bab mak sdara saya kata kna dpt 5A
    mak sdara saya mengajar kat situ…….

  17. zahlia dhuha says:

    maaf nk tanye…npe ye ble sy dh isi semua maklumat pastu sy daftar tros die kuar error…musykil????

  18. sbb tu permohonan sbp 2010.. ..

  19. naPE BILA NAK RENEW X LEH MULA MULA PRINT KECIL SANGAT, CACAT AHH CIKGU REJECT

  20. assalamualaikum, senang ke tidak nak masuk mrsm ni …… untuk pompuan ? susah ke x kertas UPSR tahun ni?

  21. brape a bleh msuk??bleh x kalo 3a1b1c masuk ke sbp

  22. Arep ituw aquh says:

    abis sudah UPSR….moge2 5A++++ lah hndak nyerrr………

  23. harap-harap dapat 5a lah.boleh pergi MARA

  24. hai syok ker masuk asrama penuh

  25. dah isi smua in4 tp x dpt print, nape?

  26. murid lelakikan pandai.apa orang english kata,as wise as an owl

  27. bila masa nak mohon mrsm. klu dah online sabp, mrsm kena mohon juga keeee….

  28. duduk di asrama xsesedap yg disangka:

    1.bosan

    2.kelengkapan x ckup

    3.sush nk belajar

    4.pengaruh kawan

    5.makanan xsdap(korang xde selera dan selalu jatuh sakit

    6.masa amat feet/dh dijadualkan-korang akan letih mybe slepas 2 bulam korg akn mula rasa bosan

    7.kehidupan korang xmcm budak di luar asrama yg lengkap spenuhnya dgn pertologan ibubapa

    8.korang akan dibuli(menipu kalau asrama xde pembulian)

    9.xde life-korang akan bosan psikologi korang xmenentu kerana jauh dri keluarga dan hidup yg telah diaturkan

    • fatin nadzirah skomt says:

      salam..duduk asrama best lh..x pyh lh nk fikir negative..

      = bila duk asrama dpt berdikari

      =dpt kwn yg lebih ramai dr negeri lain..s0,kita dpt brkongsi pengetahuan

      = ye..mmg asrama ada pembulian..hbs tu x kn nk buat bodoh jer kot..repot jer lh kat ckgu..apa susah

      = x dpt brsama kluarga tu adalah perkara biasa yg semua org akn alami kelak nnti..s0,kalau trlebih mnja ngan family..mintak jer lh asrama yg dkt ngan umh…kita pon dpt pulang kat umh..

      =prkara dpengaruhi kwn tu pon prkara biasa..mmg semua org kalu dh x sedar diri akn dperngaruhi kwn..s0,pndai2 lh pilih kwn yg baik,bijak,and s0 on..

      assalamualaikum..

  29. sebab belumkemaskini

  30. Salam, Borang permohonan telah di isi. tapi apabila nak submit keluar "ERROR" pula. Kenapa ye? boleh tolong beri penjelasan.

  31. saya dah siapkan borang banyak kali, da hantar da, tapi nape kluar error

  32. Assamakhandhi says:

    Sy dari sek rendah al-hidayah cuba nak apply tapi keluar syarat "untuk Sekolah Kebangsaan sahaja". Betul tu pelajar sek agama tak boleh pohon? Kenapa pelajar Islam, warganegara M'sia tak dibenarkan?

  33. Boleh tak anak sy yg belajar di sek agama swasta memohon?

  34. dh byk kali isi tapi bila nk kemaskini tak boleh ..kenapa yee???

  35. iliya insyirah says:

    saya dah print 2. 2 2 tu kena tanda tangan guru besar sek saya ke baru pos ke SBP yang saya pilih? X fhm la…….

  36. mmg la cam2

  37. cuba minta pada sekolah kebangsaan anda.

  38. hrp2 dpt la mrsm

  39. Nak sgat dpat SBP nih,smoga terplih pegi slah 1 SBP.Insyaalah..:D

  40. NFARahANAh says:

    penig!!!susa r nk cri…nk cri borg die, x jumpe pown…

  41. ♥ Lina &heart says:

    nape sy nk pohon sbp x ley??? please help me….!!!

  42. setelah print borang baru sedar ada kesilapan. minta nasihat untuk bagaimana membetulkan maklumat kerana borang yang sudah di print tidak boleh diubah lagi

  43. Dah cuba 2 hari nak register nama kat borang sbp 2011 tingkatan satu tapi tak dapat-dapatlah. Boleh tolong tak?

  44. cmne nk cari borg nie ?!

  45. hai, boleh saya tahu macam mana nak bukak sbp???

  46. khairiah tarmuzi says:

    SEKIRANYA MURID MEMPUNYAI LEBIH DARIPADA SATU PENCAPAIAN ISTIMEWA, DI MANA HARUS DIMASUKKAN

  47. salam tolong saya bagi laman web nak masuk asrama plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
    =(

  48. adekah saye patut memohon untuk masuk sekolah berasrama penuh???

  49. meminta nama sekolah berasrama penuh agama n sains?????

  50. Boleh tak cancel permohonan masuk ke sbp

  51. apesal lembab sgt?
    nak bg mohon tpi cm x nk bg!

    • nabilah azmi says:

      coz sbp amik bdak yang beradab jerk….
      cubalah bersabar…..
      sabar itu sbhgian dripada iman…

  52. Salam. Saya dah submit 1 borg utk ke sbp Kota TInggi, bolehkah saya submit lagi utk kemasukan ke sbp lain.

  53. Salam…. sila hubungi talian 03 7723 7070 atau 03 8321 7400 untuk mendapatkan bantuan.

  54. hurin comel says:

    takut arr…keputusan UPSR nk keluar dh…harap2 dpt msk asrama..

  55. amanda atirah says:

    salam, sye x dpt cri pn borang untk msk SBP..
    tlg laa sye…
    hri 2 bley, tpi ble dh siap jd laen plak…

  56. assalamualaikum…..ley x sye tyer? em borg kemasukan sbp ni da bes trikh….tp mslh yer borg 2 x print lg…borg 2 nk kne antar kt sekolah asrama yang nak di pohon……bes 2 kiter nk wat cmne ek? ley ke lw borg 2 xdicetak?

  57. kenapa ya..sya xdpt buka laman web utk permohonan kemasukan sekolah asrama penuh??

  58. nabilah azmi says:

    macam mana nak mohon masuk sbp….
    and macam mane nak dpat kn borang yerk

  59. emm cam mana nk tengok nama yg pernah berdaftar???

  60. nak load brg tpi tk dpt dp….x update ke?

  61. Farouk Aznan says:

    saya lak tak th nak pilih aliran agama ke sains. No pin pun tak ambik lg…

  62. kalo dapat 4a 1b bleh x masuk sbp????

  63. kalo dpt 4a 1b laman web untuk mohon mrsm aper yerrr???

  64. Nur Syuhadah says:

    saya dapat 4A 1b . b for english. saya nak memohon SBP tapi
    tak tahu bagaimana cara nya?

  65. jika ditawarkan ke SBP,bolehkah tawaran tersebut ditolak kerana saya ingin memasuki maktab rendah sains mara????

  66. cane nak tau dpt ke tak sbp yg dimohon?

  67. Salam… biasanya selepas tarikh tutup memang tidak boleh memohon.

  68. Memang benar, anda tidak semesti ditawarkan SBP yang dipilih itu.

  69. askum,tlong la bg laman web nk msk sbp nie……..plezzzzzzzzzz kwn2 sume.

  70. dimana nak semak sama ada di pangilan temuduga atau tak

  71. salam…camne nk tau kite terpilih tuk msk sbp pilihan kite?? n nama yg pernah berdaftar??

  72. camne nk tau keputusan sbp??n name pemohon yg pernah memohan??

  73. bukan kew keputusan keluar ari khamis nie….naper dye ckp hujung bulan disember lak???

  74. saya nur adilah ingin memohon kemasukkan ke sekolah berasrama penuh

  75. anak saya telah dipanggil utk temuduga SBP pada minggu lpas. kenapa sekarang ada t/duga ek?

  76. kenapa tak boleh buka? (tlg jawab cepat sikit)

  77. kalau tak hantar?

  78. anak sy dah temuduga SBP pada 25.11.2010 , Dalam masa yang sama sy juga ada memohon untuk memasuki sekolah ke Sekolah Kluster harian dan juga kelas KRK di sekolah harian . Adakah permohonan pertukaran sekolah itu akan menganggu permohonan ke SBP.

  79. budak laki says:

    just pilih pencapaian yang tertinggi.satu jek

  80. bila keputusan spb tingkatan 1 2011 akan dkeluarkan yer??sya harap pihak tuan dpt mberi maklum balas dengan segera..tQ..cam mana nak thu dan cara bagaimana kputusan dpat kita ktahui??

    • Dijangka dlm minggu ini. Semakan boleh dibuat secara online dilaman web Kementerian Pelajaran. Rasanya ePutra pun akan beritahu mcmana nak check

  81. bilalah result nak tau

  82. Salam, tolong la jawap soalan saudara iki tu

  83. mangsa keadaan says:

    diminta admin jawab sumer persoalan di atas…n bg aku…permohonan ke sbp ni dibuat selepas keputusan upsr dikeluarkan…sbb sah2 syarat nak masuk sbp budak2 yg dpt 5A….jd xdela budak2 ni mengharap sgt….

  84. nabilah yusof says:

    Salam, satu soalan ingin diajukan; sekiranya anak saya tidak menghadiri temuduga yang dipanggil oleh SBP, adakah pencalonannya ditolak awal-awal lagi?

  85. saya ingin bertanya , bilakah keputusan kemasukan pelajar tingkatan satu ke asrama penuh bagi sesi 2011 akan dikeluarkan? dan bilakah surat akan diposkan ke rumah para pelajar?

  86. salam,sye nk tnyer biler tarikh keputusan SPB 2011 akan keluar yea??????

  87. bagaimanakah cara saya nak membuat semakan keputusan pemilihan anak saya ke asrama penuh melalui internet?

  88. sye hrp dptlh spbi…………..sye nk sme dgn kwn sya….plzzzzzzzzzzz

  89. sye jge bgituuuuu………..
    bestnye kalo dpt sme kn…..

  90. kenapa takde keputusan permohonan sbp tingkatan 1 sesi 2011??

  91. salam.saye Aina Najwa Shamsuddin.saye menghadapi peperiksaan UPSR pd 2010.bagaimane hendak menyamak keputusan kemasukan bg tingkatan 1 2011????saye mendapat 5A dlm upsr.sekian 3me kaseh.hrp sesape dpt memban2.salam.

  92. bile???

  93. cmne nk uat rayuan secara online????

  94. sekolah vokasional kuala kangsar…aq pun ambik bakery……aq dpt…tpi asrama dah pnuh….

  95. Anak sy telah di temuduga.Sy tak pasti dpt atau tidak.kemusykilan sy ialah ada murid yg mndapat 3a dtg temuduga.mcm blh blaku.Anak sy yg dpt 5a dan anak2 rakan lain belum tentu dpt.Contohnya murid sy yg memohon sbp tidak dpt 5a,mereka tidak dipanggil temuduga.Adakah berlaku org dalam.kalau betul ini tidak adil.

  96. bila keputusan kemasukan sbp diumumkan.

  97. NOK PRIKSA NAMA PLJAR YANG TRPLIH KE SBP NK THU MCM MNE?

  98. Tak tunjuk macam mana nak isi borang dan keputusan pun.. menggong punya kerajaan..

  99. lebih baik tak payah ada website… nak isi borang pun tak boleh macam mana.. hampehhh.. orang yang buat website ni nak kena report buat aduan pada menteri pelajaran ni….buat kerja menyusahkan orang ramai.. buat orang marah kat kerajaan.. yang buat website ni mesti pembangkang… kerajaan mesti kena pantau.. orang macam ni tak boleh jadi kakitangan kerajaan… tunggu kau.. aku report nanti.. hampehhhh

    • Permohonan telah ditutup pada 22 Oktober 2010 (rujuk di atas) yg lalu sebab tu link utk mengisi borang pernohonan tu dah tak berfungsi.
      Keputusan permohonan pula akan diumumkan hujung Disember ini

  100. dah keluar result hari ni.

  101. Sy dh semak online…x dapat, dah dh buat rayuan melalui e-rayuan. Bila keputusan rayuan akan dikeluarkan?

  102. salam.

    bila boleh tahu keputusan e-rayuan untuk ke sekolah sbp??

  103. tersentuh hati baca komen ini..

  104. Bila keputusan e-Rayuan?

  105. bila rsult 4 tingktn 4 ke sbp kluar

  106. tidak………..! sekurang2 nyer 4a 1b

  107. amirul nafiz says:

    Bilakah bermula permohonan kemasukan sbp tingkatan 1 2012..

  108. [...]  Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2011 [...]

  109. MUHAMMAD AKIF FIRDAUS BIN NOR AMIZI says:

    SALAM Tn……. bila keluar borang sbp bagi permohonan 2012?

  110. cm ne nk buat kemasukan tok tngktan 1 2011 ble tolong x???

  111. [...] Anda boleh juga semak komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 dan Tingkatan 1 2011. [...]

  112. [...] komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011, Tingkatan 4 2012, Tingkatan 1 2011 dan Tingkatan 1 2012 untuk maklumat [...]

  113. […] komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011, Tingkatan 4 2012, Tingkatan 1 2011, Tingkatan 1 2012 dan SBP 2013 untuk maklumat […]

  114. Laman web utk semak keputusan blm dibuka lagi