Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Tahun 2011
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2012
Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.
Aliran SBP
Ketika ini ada sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran.
Kementerian Pelajaran menyediakan 55 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan aliran Sains Teknikal di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran SBP
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Aliran Sains Tulen
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan
Aliran Sains Tulen Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.
Aliran Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Aliran Sains Teknikal
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan
Permohonan SBP Tingkatan 4 2011
- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.
Tarikh Tutup
- Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010 dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2010.
- Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2011.
Maklumat
- Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
- Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
- Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
- Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010.
Related posts:
- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010
- Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2011
- Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010
- Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2009
- Keputusan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2009







nak tnya kalau dpt 1A 5B 2C , sej A .mats and sc B . boleh msk tak ? dan 1E . E bahasa arab
Maaf memang tidak boleh
pandai ang buat lawak naa..
haha…sedangkan rmai yg dpt straight A xdpt msk sbp..yg 1 A kompom xdpt nye…
salam..
saya dapat 9a dalam pmr 2011..
boleh dapat tawaran ke sbp ke?
erm, bila keluar keputusan tawaran tu, ya?
Salam… insyaAllah boleh dapat.
Mungkin esok atau minggu depan
bila boleh semak kemasukan pelajar tingkatan 4 2011 ke sbp ni?
assalamualaikum…..
kalo dpat 6a 2b ade pluang msuk sbp ker????
slm… bilakah trikh kluarnya rsult kmaskan k sbp n mrsm??
saya isi pglibtn sy dlm borang,mwakili rumah,adkh cerh peluang sy k sbp?
knp sbp x mmrlukn sijil pljr utk mngetahui pglibtn itu dlm ko-ku?
brpkh pertus pluang pljr 8a 1b ke sbp?
sya isi dlm borg sy hnya mwakili rumah sukn dlm penglibtan..sbnrnya sy ni aktif dri sgi kwd je..klu sukn ni kurg cket..adkh sy akn dterima?
knapa prmohonn tuk k sbp x mmrlukn sijil sbgai bhn bukti keaktifn sseorg dlm ko-ku?
brpkh peratus peluang pljr yg dpt 8a 1b k sbp?
salam.. bila tawaran ke sbp kuar??? tak sabar nak tggu.. 8a dah dapat.. arap2 sbp menanti! amin!
salam…saya difahamkan bahawa hari ini adlah tarikh semakan kemasukan ke sbp?
di mana boleh saya check yer?
Assalamualaikum…PMR2010 yg llu,sy tlah mndpat 7A1B..dn B untk mataplajran sains..ad pluang x nk msuk SBP??
peluang 2 ad..p tipis sgt coz rmai yg dpt straight a
assalamualaikum. boleh x ssape bgtau saye bla kputusan permohonan ke sbp kluar. sya nk thu sgt2 ni. ssape yg thu tlglh gtau
kalau dapat 10 A buli msk tak ?
saya nak masuk…
saya dapat 8a untk pmr , trial 5a2b1c . bnyk penglibatan di sekolah rendah , tetapi agak kurg di sekolah menengah , agak agak boleh dapat ke tak ?
thx
setahu saya 20th january 2011 ni keluar result sbp.
doakan saya dapat SBP.
amin~
hang tau dari mana?
confirm ke?
bile kua kputusan kmasukan neh ek????
em..lmbt lg ke nk tggu results ni??
x sabar nk tau dah ni..
tlong la bgi tau bile result tuk sbp n mrsm nk kluar..
erk…semakan kemasukan ke sbpi biler kluar ye..?
bile kptsan na kur coz kwn sye ade y da dpt..hrp dpertimbangkan
keputusan sudah keluar hari ini.
ade link tak ? saye nak tahu
Salam suma,
Saya baru terima tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011.
Tapi saya seaAnak saya dpat SBPI Gopeng.
Tapi saya search internet tak de pun berita keputusan SBP dan MRSM….
dpt surat ye?
Surat tawaran telah keluar. Tahniah yang telah mendapat tawaran. Harap yang lain dapat bersabar. Mungkin agak lambat bagi yang tinggal diluar Kuala Lumpur.
tuk semak on9 xbleh ag eak ?
Untuk semak on9 mcm blum ada lagi. Surat tawaran bertarikh 14 Januari 2011. Harap bersabar dan berdoa semoga berjaya. Amin
thanks for the info,aminnn
ble keputusan kemasukan sbp tuk tingkatan 4 keluar????
bile trikh nk semak sbp nie ?
nak prgi sester larh ..
doakn sy ek .
bile trikh nk semak sbp nie ? nk pergi sester .. doakn sy jgk ek
bila kptusn sekolah berasrama penuh nak keluar???
surat sbp dah dpt, tp semakan online x kluar lg
salam….
macam mne nk chek klu kte dpt sbp or x ek???
Bila agaknya keluar keputusan utk sbp keluar????????????
Alhamdulillah saya dapat semashur..
yg lain keep on berdoa and tawakal okay. keputusan on9 mungkin 20th ni..
tahniah ! ^^
Gua dpt alam shah science school. perghhh. syukur alhamdulillah.
tahniah ^^
alhamdulillah…mntap ar weh!
salam.
saye x mhon lagi utk sbp.
tp boley x saye mhon mase second intake nnti??
salam kepada semua…
just nak tnyer….
surat dh dihantar ker…??
saya dok kt ipoh..
ader ke yg dh dapat…??
saya dpt 9 A pmr 2010..
saya dh dpt surt.. dok kt p. pinang..
ramai dah yg dapat . rasa mcm tak dpt . mengharap gila la .
insyaAllah…fatin msti dpt..=)
macam mane nk check?
Keputusan kemasukan ke SBP and MRSM ble?
sya dpt twaran sains teknikal di sbp… adakah boleh untuk sya tukar aliran???
saya dpt 5a 3b..boleh tk nk rayu ke mrsm..
kalo boleh ..mcm mana??
slm ..nk tnye permohonan ke sbp masih di buka ke..??
saya nak tnya kena buat rayuan ka klau xdpt mrsm????
saya nak tnya kena buat rayuan ka klau xdpt mrsm????
salam..
sy ingn memohon sekolah berasrama penuh tapi sains sy dapat b,boleh jika sy memohon?
saya nak tnye skit,,npe ek sy mohon sbp tp tak pnah nak dpt,,mse sy darjah 6 saya ade mohon sbp dgn kputusan 5a,,,tp tak dpt,,,dan,,sy cbe skali lagi mohon sbp dgn kputusan 8a dlm pmr…tapi tak pat gak..npe ye??apekah faktor2 yg menyebabkan sy tak pat??
Mmg ramai yg senasib dgn Nur Farah… cuma pihak kementerian dan pegawai yg membuat keputusan pemilihan shj yg blh menjawab…
slm..
sye nk msok sbp n kptsn sye pon cemerlang tp sye da lmbt wat permohonan..
jd adakah sye msih ada hrpn dan kt mne sye nk wat rayuan??
Salam… tiada permohonan baru yg diterima slps tarikh tutup
salam…
boleh saya tanye sedikit..??
saya calon pmr 2011
saya hendak memasuki sbp..
boleh saya taw sbp y mne menyediakan aliran akaun..
salam… sbp aliran agama ada menawarkan mata pelajaran agama
nk tnye bleh x wat pemohonan lgik…………..????????
permohonan utk 2012 akan dibuka pada 1 Sept nanti
saya tidak faham tentang sbp. adakah ia sebuah asrama ataupun pusat utk maklumat ke asrama2 lain?
SBP adalah sekolah menengah yang mempunyai asrama… lebih lanjut rujuk http://bpsbpsk.webs.com/sekolahberasramapenuh.htm
klaw pmohonn untk 2012 ble bley wat??
boleh rujuk http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-sekolah…