Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2011

Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2012

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon memasuki IKBN di seluruh negara bagi Sesi Kemasukan Januari 2011. Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Bidang Pengajian

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Perkhidmatan Personal

Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin atau bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang memohon kursus ke tahap SKM yang lebih tinggi dari sedia ada atau kursus (Penjaga Jentera Elektrik A1 (SLC02) atau kursus Penjaga Jentera Elektrik A4 (SLC03) atau Penjana Jentera Elektrik AO (SLC04)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Kemudahan

  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Lokasi IKBN

  • IKBN Sepang, Selangor
  • IKBN Dusun Tua, Selangor
  • IKBN Pertak, Selangor
  • IKBN Seri Iskandar, Perak
  • IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinang
  • IKBN Alor Gajah, Melaka
  • IKBN Miri, Sarawak
  • IKBN Kinarut, Sabah
  • IKBN Jitra, Kedah
  • IKBN Kuala Perlis, Perlis
  • IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • IKBN Bachok, Kelantan
  • IKBN Chembong, Negeri Sembilan
  • IKBN Pagoh, Johor
  • IKBN Pontian, Johor
  • IKBN Temerloh, Pahang

Permohonan

  • Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Online Permohonan Kemasukan ke IKBN.
  • Sila rujuk Iklan IKBN untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bidang kursus, sijil dan tahap, tempoh kursus, pusat IKBN yang menawarkan kursus, kelayakan akademik dan sinopsis kursus sebelum membuat permohonan.
  • Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 2 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke IKBN sesi Januri 2011 ini ditutup pada 2 November 2010.

Keputusan Permohonan

Maklumat

  • Pemohon dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam sebelum tarikh tutup permohonan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
  • Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan atau laman web utama KBS untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2010 untuk lebih maklumat.
  • Di samping itu sebarang pertanyaan boleh juga dibuat dengan menghubungi talian berikut 03-8871 3673/ 3651/ 3680/ 3685/ 3664.

34 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2011

  1. betulke permohonan sekolah asrama penuh bagi tingkatan 4 dilanjutkan sehingga 22 oktober

  2. IKBN nie biasa'y bpe taun pengjian'y??

  3. jikalau saya mempunyai skm level 3 tapi di bahagian bidang lain ,apakah yg harus sy isi di bahagian lemahiran yg sedia ada?

  4. can i ask smth? my race is chinese….can i register IKBN?

  5. biler lak ek permohonan kemasukan ke IKBN sesi julai 2011..
    tolong inform ek…
    sepupu yang baru abih SPM nak apply nie….dier baru je SPM..2010

  6. asma_husnaa says:

    salam…
    cmne nk semak kputusan kemasukan ke ikbn bg sesi januari 2011….???

  7. salam..
    ble keputusan ke ikbn sesi januari 2011 boleh disemak dan bagaimana nk semak????

  8. men momeat says:

    ha bla bleh thu kputusan ikbn januari 2011????

    • untuk pemjelasan masalah diatas call tel ini : 0388713673/3673/3651atau buka jee di pendaftaran IKBN untuk mendapatkan serbasedikit maklumat

  9. ana muslimah says:

    salam…nk cek cmne kptsn ikbn 2?

  10. mohd shaqiq says:

    14 disember 2010.blh semak.seperti yg tertera di atas..

  11. sy bru je buat permohonan tu,sy hrp dpt beri peluang untk ceburi bidang landskap.

  12. kenapa result kemasukan di tunda 14 aribulan?????

  13. bila keputusan ikbn 2011 dapat tahu

  14. how to check 2011 ikbn result

  15. knpe bile check kptsn kemasukan IKBN 2011 tpi dye kate tiada rekod ditemui sdangkan saya sudah apply….boleh tuan bg kterangan mengenai hal ini…??

  16. kenapa tiada rekod ditemui….baru jer check…huhuhu

  17. tiada sebarang rayuan ke????????

  18. Huhh..apa yang dimaksudkan oleh saudara??em..boleh tuan tlg jelaskan knp ianye mngatakan tiada rekod di tmui sdgkan sye sudah apply..??ada mslah teknikal ke atau smmgnye sye tdak dpt twaran tersebut…tlg jelaskan………

  19. salam..siapa yg dpt ikbn pontian sesi 1/2011…bidang automotif…
    kwn dpt disna..hrap yg dpt..kte brjmpa disna okey..

  20. x boleh memohon lagi ke….sy nk msok ke ikbn….

  21. when is the next intake for the ikbn 2011

  22. assalammulaikum..
    nak tnye..
    kalau mcm sye lpasan giatmara mcm mna nak mohon msok ikbn erk…
    nak ltak skm thap brpe erk…

  23. ameerull ikram says:

    mcam mne nk mohon ikbn eh??boleh tolong??

  24. […] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2010, Januari 2011 dan Januari 2012 sebagai […]